" Aliaa.. Aliaa.. " bisiknya sendiri. Senyum berseri. Ada saja yang buat dia semakin tertarik pada Aliaa. Dia kembali ke keretanya yang tidak jauh dari situ. Jam ditangan kirinya dilihat.
" Awal lagilah pula, balik rehat, malam ni boleh jumpa Adil sekali jumpa Aliaa. Hehe.." cadangnya sendiri. Bila dalam hati dah ada taman sedang berbunga, baru jumpa pun masih nak jumpa lagi. Orang dulu-dulu kata, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah. Itulah ibaratnya Faliq. Parah!! Baru saja menghidupkan enjin kereta, handphone berbunyi.
" Alang dekat mana?!" Suara Asnida di talian.
" Nak balik ni. Kenapa?!"
" Tolong Angah kejab, kereta rosak ni.."
" Call lah mekanik.."
" Angah tak ada nombor mekaniklah . Cepatlah, dah panas dah ni. Jangan lambat.. okey bye..!!" Terus talian dimatikan.
" Pelik. Dahlah minta tolong, lepas tu paksa suruh cepat. Lokasi pun tak bagitahu dekat mana? Pelik betullah .." Faliq merungut sendiri. Sungguh tak faham dengan perangai kakaknya tu. Kalau tak tolong macam- macam dicakapnya. Faliq juga yang dipanggilnya. Kadang bila difikirkan, pening juga kepalanya. Entah sampai bilalah dendamnya nak terpadam pada Adil. Betul-betul keras kepala, keras hati dan keras segalanya. Dibagi nasihat tak makan saman. Naik letih mama dan papanya menasihati, tapi sikit pun tak jalan. Nasihat suaminya sendiri pun dia tak ikut. Punyalah bersabar Lokman pada Asnida. Kadang, Faliq kasihan dengan abang iparnya itu, Asnida buat Lokman seperti tidak wujud saja. Tapi kerana sayangnya Lokman pada Asnida, dia ikut kan saja cakap Asnida. Entah sampai bilalah macam tu. Rasa bersalah Faliq pada Lokman.
Dendamnya pada Adil tak habis-habis. Semua yang berlaku atas kesalahannya sendiri tapi bila ego menguasai diri dan keras hatinya, Asnida tetap menghukum orang yang tidak bersalah. Dan sekarang ni, dengan Aliaa pun dia benci. Pantang dengar nama Aliaa, pasti mengamuk. Masalah juga, andai satu hari nanti jodoh Faliq dan Aliaa, macamana agaknya hubungan Aliaa dengan Asnida? Macamana layanan Asnida pada Aliaa? Pening Faliq.
Faliq memberi signal ke kiri apabila nampak kereta Asnida tersadai ditepi jalan. Memberhentikan kereta di hadapan kereta Asnida. Gelak kecil dia apabila melihat Asnida dan seorang wanita sedang mengipas-ngipas muka dengan kertas. Muka mereka merah seperti udang terbakar. Faliq keluar dari kereta dengan senyum. Dia menghampiri kereta Asnida. Rayban hitamnya di sangkut di kepala.
" Apasal kereta ni?!" Tanyanya pada Asnida.
" Mana Angah tahu, tiba-tiba mati. Dahlah panas macam ni.. " kata Asnida dengan muka mencuka.
" Ni panas kat dunia, pandai mengeluh, macamana kalau kena panas kat akhirat? " sempat lagi Faliq memerli. Makin merah muka Asnida. Mereka berdua hanya memerhatikan Faliq. Elly kawan baik Asnida tersenyum-senyum melihat Faliq. Mulalah gediknya.
" Ash.. Kenapa you tak cakap you ada adik sehensem tu?! Tak lena tidur i malam ni you.." bisik Elly. Asnida menoleh ke arah Elly dengan sinis sekali.
"You ingat, dia nak ke layan perempuan macam you ni.. Dia tak pandanglah beb.." selamba je Asnida cakap.
" Oyeke?! Habis dia layan perempuan yang macamana?! I tak cukup cantik ke ni !! Body i, rambut i, makeup i, tak ok ke you?! " Elly membetulkan rambutnya. Berkerut Asnida melihat gelagat gedik Elly. Sudahlah panas.
" Dia tu pandang perempuan yang pakai tudung, pakai baju kurung, bukan macam you.." jelas Asnida dengan muka bosannya.
" Maksud you.. Dia suka perempuan kampunglah ye atau perempuan ala-ala kampung?! " tanya Elly lagi.
" Eee you ni, sengal lah.."
"Sengal? I tanya je kut.."Elly mencebik muka. Tidak lama kemudian, Faliq menghampiri mereka. Elly masih dengan gaya gediknya dan bertambah gedik bila nampak Faliq.
" Alang dah call mekanik, sekejab lagi dia sampai.."
" Lama lagi ke?! Panaslah.." keluh Asnida lagi.
" Sekejab lagi sampailah tu. Masuklah dalam kereta Alang.." arah Faliq. Lalu dia menghidupkan enjin keretanya dan membuka aircond. Mereka berdua menunggu didalam kereta Faliq, manakala Faliq tunggu dibawah pokok sementara mekanik sampai.
Datang sebuah kereta proton wira, dua orang mekanik keluar dan menghampiri kereta Asnida. Dengan senyuman, Faliq menyambut kedatangan mereka. Mereka membincangkan sesuatu. Asnida dan Elly menghampiri Faliq.
" Angah.. kereta kena hantar workshop, esok petang baru boleh siap. So, macamana?! "
Terang Faliq.
" Okeylah!" Jawab Asnida ringkas.
" Ha?! Workshop?! Habis i nak balik rumah macamana you? I tak nak naik teksi.." tiba-tiba Elly bersuara.
" Kalau taknak naik teksi, you pergi naik bas.." geram Asnida dengan kawan baiknya tu. Terus dia berlalu dan masuk ke kereta Faliq semula.
" Tak apa nanti saya hantar.." jawab Faliq.
" Terima kasih you. You memang baik, tak macam kakak you tu, kejam..!!" Terus saja Elly berlari anak ke kereta. Faliq senyum. Urusan kereta Asnida sudah selesai. Nak selesaikan dua orang wanita yang bikin pening kepalanya. Dia menggaru kepala sendiri dan memakai Rayban hitam itu semula.
Faliq memandu seperti biasa. Asnida diam membisu. Dibiarkan saja kakaknya itu, mesti moodnya tak baik tapi memang selalu pun moodnya tak baik. Dari dia tegur lebih baik diamkan saja. Tak sakit telinga. Faliq memasang radio Ikim, sengaja dia buka channel keagamaan biar Asnida dengar. Elly fokus pada handphonenya, sesekali gelak kecil.
" Tunggu sekejab. Alang nak solat jab. Angah dan kawan Angah tak turun?!" Faliq masuk ke perkarangan masjid, berhenti sebentar untuk solat asar, takut lewat sampai rumah.
" Tak. Cuti.." ringkas jawapan Asnida.
" I pun.." Elly tersengeh macam kerang busuk dan menunjuk jari peace pada Faliq. Tanpa buang masa, Faliq terus keluar meninggalkan mereka berdua.
" Beb... tiba-tiba i rasa insaf. Mulai esok i nak berhijablah.." kata Elly tiba-tiba. Mata terus memandang Faliq yang sedang berjalan menuju ke masjid. Tidak berkelip.
" Ha?! Hmm.. Macamanalah i boleh dapat kawan sengal macam you ni.." Elly hanya senyum. Kawan baiknya juga rakan kongsi perniagaannya. Butik Perkahwinan Ashly, diuruskan oleh mereka sendiri bersama empat orang pekerja. Perniagaannya semakin berkembang maju, semakin banyak pelanggan dari golongan vip. Walaupun Elly agak kelam-kabut tapi bab menarik pelanggan dan urusan butik memang hebat. Boleh dikatakan Elly lah yang menguruskan butik sepenuhnya. Asnida kadang-kadang saja membantu jika mendapat tempahan dari golongan vip. Faham-faham sajalah, Asnida. Suka berpengaruh.
Tenang hatinya berada di rumah Allah. Selesai menunaikan kewajiban. Dia melangkah meninggalkan masjid dan berjalan menuju ke kereta.
" Assalammualaikum.." seseorang memberi salam. Faliq menoleh kearah suara itu.
" Waalaikumsalam.." seseorang lelaki berkulit putih tercegat memandangnya dengan senyuman. Faliq membalas senyuman lelaki itu.
" Sorry tanya.. Hmm.. Encik ni Faliq kan..?!" tanya lelaki itu.
" Iya.. Kenal saya ke?!" Faliq bertanya semula.
" Kawan Adil betul tak?!"
" Iya.. betullah tu. Siapa ek?!"
" Alhamdulilah.. Makbul doa aku.." Semakin senyum lebar lelaki itu hingga menampakkan gigi taringnya.
" Wan?! Wan kan..?!" giliran Faliq pula bertanya.
" Iyalah bro, siapa lagi. Akulah Wan.."
" Ya Allah!! Macamana kau boleh ada dekat sini ni, bukan kau kerja Sarawak ke?!" Seronoknya Faliq. Tak sangka dapat jumpa sahabat lama.
" Memang Sarawak tapi aku kursus sini. Ni nak balik Sarawak lah ni.. " terang Wan.
" Lama gila tak jumpa kau, lain dah kau. Makin sado lu bro.. Hahaha..Patutlah aku dah tak kenal.." mereka gelak
" Manusia kena ada perubahan kan.. Hahaha. Adil apa cerita?!"
" Aku pun baru jumpa Adil, awal tahun hari tu. Ni berita gembira ni.."
Mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon. Tapi perbualan sebentar saja, Wan mahu cepat ke airport. Takut ketinggalan flight. Bersyukur dia ke hadrat ilahi, disebalik kerosakkan kereta Asnida, rupanya Allah nak temukan dia bersama seorang lagi sahabat yang sudah lama dicarinya. Sudah lengkaplah persahabatan mereka. Tak sabar mahu cerita pada Adil. Dia kembali ke kereta dengan senyuman.
" Itu Wan kan?!" tanya Asnida sebaik saja Faliq masuk dalam kereta.
" Iya.. Angah ingat lagi ke?!" tanya Faliq semula.
" Ingatlah pun. Dia duduk mana sekarang?"
" Sarawak.."
" Ha? Sarawak?! You, tolong sampaikan salam i dekat dia ya.. Senyuman dia sweet sangat.." Elly menyampuk tiba-tiba. Faliq menggeleng kepala dan senyum.
" You ni memang pantang kan nampak lelaki hensem. Semua you nak.."
" Siapalah yang tak nak kalau dah hensem macam Faliq ni. Tak salah kut, lagipun i kan single, kan Faliq kan.." Faliq berkerut. Senyum saja. Dia membiarkan saja dua wanita itu berbual.
Happynya hati dia. Tiga sahabat kini bersama semula. Jika dulu, kemana-mana pergi pun pasti akan bertiga. Susah senang bersama, suka duga bersama. Semuanya bersama. Masing-masing sudah memahami antara satu sama lain. Tidak ada rahsia antara mereka. Segala kenangan kembali. Selain keluarganya, sahabatnya juga yang buat dia bahagia. Keluarga dan sahabat amat penting dalam hidupnya. Eh! Seorang lagi yang amat penting. Aliaa Sofeaa.. Iya!! Keluarga, sahabat dan Aliaa penting dalam hidupnya kini. Terima kasih Ya Allah..!! Terima kasih hadirkan mereka dalam hidup aku..