Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 42
Seperti yang telah dijanjikan, awal aku sudah menunggu Faliq di lobi. Sengaja ku turun awal, biar aku yang menunggu dia. Asyik dia je selalu tunggu aku. Baru adil. Cuaca agak panas, berpinar jugalah mata bila terkena cahaya silau dari cermin kereta di parking. Mahu sakit kepala macam ni. Tidak lama kemudian, Faliq muncul dengan senyuman. Dia ni asyik senyum je kan. Tak pernah tak senyum. Murah dengan senyuman. Aku pun tersenyum jugalah bila dia menghampiriku. Kami mula melangkah ke keretanya. Biasalah, kalau kami jalan berdua mesti jadi perhatian seketika. Ada je yang menegur, tapi tegur Faliq lah. Faliq kan glamour, aku ni sipi-sipi je. Kadang- kadang nak jalan bersama dia pun rasa segan. Siapalah aku kan nak dibandingkan dengan dia yang glamour tu. Glamour kerana mulutnya yang peramah itu. Memang tak dinafikan pun . Aku je yang pendiam. Hahahaa.. Pendiam ke?! Hmm..

Disebabkan aku belum makan lagi. So, aku pun ajaklah dia pergi makan dulu. Perut pun dah berdangdut sejak tadi. Mana taknya, pagi tadi aku cuma minum nescafe je dekat rumah, lepas tu mana ada makan apa-apa langsung sampai sekarang. Ni kalau tak diisi, mahu aku kena telan ubatlah jawabnya. Sebelum perut ni buat hal, lebih baik aku isi penuh.

" Hmm.. So, awak nak makan apa ni?!" Tanyanya memulakan pemanduan.

" Spagetti Pizza Hut.." aku tersengeh.

" Taknak makan nasi?!" Berkerut dahi dia. Macam pelik je aku nak makan spagetti. Hihi..

" Taknak. Saya dah lama tak makan spagetti tu, tiba-tiba teringin pula.. Please!!" jelasku. Aku buat muka kasihan.

" Okeylah Cik Aliaa ku sayang.. Boleh je.. " Lebar senyuman aku. Terima kasih Faliq, kau memang baik, kata hatiku.

" Kita pergi Mid Valley ya, nak cari barang sikit." Aku mengangguk je. Perut dah ligat berdangdut ni. Sabar Aliaa Sabar..

Perjalanan kami lancar je, jalan pun tak sesak. Jam 3.00petang, orang masih dalam waktu kerja, tuggulah sekejab lagi kalau tak sesak jalan tu. Lagi-lagi area Bangsar. Memang sakit jiwa. Entah apalah si Faliq ni nak cari ke Mid Valley tu. Kan best kalau pergi The Mines ke, aku pun dah lama tak ke sana. Boleh tengok ikan besar. Aku diam je, kalau beritahu dia ni , confirm dia akan bawa tapi mana boleh, kereta aku nak kena hantar ke workshop.

" Eh awak..! Kereta saya macamana? Sempat ke nak hantar workshop? Bukan workshop tutup jam 5.00petang ke.." aku risau betul lah. Aduhaii kereta. Sedih..

" Hahaha.." Boleh pula dia gelak, aku serius kut.

" Awak ingat workshop tu ikut office hour ke? Sempatlah pun, saya dah call kawan saya pun. Nanti dia check kereta.. " katanya.

" Tapi ni kita nak ke Mid Valley, nak makan lagi, belum lagi awak nak shopping bagai, Confirmlah lama, betul tak?! Jalan kang jem pula. Macamana?!" Aku memang risaulah. Takut kereta tak siap. Esok nak kerja. Tak kan Faliq nak ambil hantar lagi. Aduhai.. masalahlah..
Faliq  tetap gelak. Ish!! Tak faham lah dia ni.. Aku tengah risau dia gelak pula.

" Iya..saya tahu. Janganlah risau. Kalau kereta tak siap, saya ambil awaklah.. So,relax ye.." dia senyum je. Aku terdiam. Hmm.. terpulanglah.

Sampai je Mid Valley. Kami terus masuk ke Pizza Hut. Kami ambil tempat di tepi cermin, boleh pandang luar. Aku memesan Chicken Bolognaise Spagetti dan Asam boi Fizz je, cukup buat kenyang perut. Manakala Faliq pula memesan Garlic Cheese Flatbread, BBQ wings, Mushroom soup dan Strawberry Citrus Tea. Perhh!! Banyaknya dia pesan. Dasyat betul perut dia ni. Tengah lapar juga kut. Biarlah dia. Yang penting aku dapat spagetti aku.

Tidak lama kemudian, hidangan kami sampai. Tersusun makanan depan mata, aku fokus pada spagetti jelah. Perlahan-lahan ku kunyah. Fuhh!! Nikmatnya. Sedapnya..!! Puashati bila dapat makan. Syukur alhamdulilah..

" Amboii... Berseleranya dia makan. Perlahan-lahan sikit makan tu kang tercekik baru tahu.." Alamak!! Malunya aku. Arhh!! Belasahlah. Aku tengah lapar.

" Sedap tau.. Rasa lah.!!" Aku teruskan je makan. Faliq senyum je.

" Makan ni semua ya, makan banyak-banyak. Biar berisi sikit badan tu. Taklah macam cicak kubeng je.." Aku menjeling padanya. Tak habis-habis cakap aku cicak kubeng.

" Awak ingat perut saya ni tong dram?! Ni pun dah tak larat nak habiskan.." jawabku.

" Habis siapa nak habiskan ni?!" katanya.

" Awaklah. Awak yang order kut.."

" Saya orderkan untuk awak.."

" Saya tak suruh pun, saya dah order spagetti pun dah cukup tau.."

" Jadi, sayalah juga ni kena habiskan?!"

" Siapa yang order, dialah kena habiskan.." aku senyum. Dia garu kepala.

" Disebabkan kita duk satu meja ni. Jadi, kita kena habiskan sama. Tak kira..! Kalau tak , saya cancel mekanik.. Amacam?!" Ceh! Dia main ugut-ugut pula. Geramnya. Dahlah banyak nak kena habiskan.

" Main kasar ekk?! Saya dah kenyang lah.."

" Nak ke taknak..?!" Faliq senyum sinis.

" Tak baik tau paksa, buncitlah perut saya nanti.."keluhku.

" Buncit sebab makan tak apa, jangan buncit sebab lain sudah.. kan..kan.." Eh..Eh..!! Kesitu pula dia. Tak ada pilihan . Terpaksalah.

" Eeee.. gila..!! Okeylah, saya makan sikit je ni. Lain awak habiskan tau.." Setuju jelah . Kang lain pula dicakapnya. Faliq gelak lagi.

Kami berbual dan berbual. Macam-macam Faliq cerita. Cerita pengalamannya kerja di Singapore. Suka duka kerja disana. Cerita pasal family nya. Seronok sangat dengar dia bercerita. Lebih-lebih lagi mengenai family dia. Bahagia sangat. Hubungan kekeluargaannya memang baik. Seronok ada family ramai. Ada mak ayah, ada kakak, abang, anak buah. Aku dapat rasai kebahagiaan tu. Ada juga rasa cemburu. Iyalah, aku berdua je dengan abang. Tapi tak apa. Aku ada abang, ada Mak Long, Pak Long yang sayang aku. Cukup.

" Haiii Faliq..!" Terkejut aku. Tengah duk dengar cerita Faliq tiba- tiba seorang wanita tidak bertudung datang ke meja kami. Dengan gaya manjanya. Faliq berkerut dan senyum tawar. Aku buat selamba je. Kawan dialah tu.

" Eh! Haii.. "jawab Faliq ringkas.

" Tak sangka dapat jumpa you dekat sini. Kenapa dah lama tak datang butik. Rindulah.." katanya. Aku senyum je tengok gelagat wanita itu. Mahu gelak pun ada.

" Saya busy.. " Faliq malas nak melayan. Air muka dia berubah.

" Siapa ni Faliq. P.A you ye.. Haii.. i Elly, bestfriend Ash, kakak Faliq.." Dia mengenalkan dirinya sendiri. Faliq diam. Aku senyum.

" Saya Aliaa.." aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Dia menyambut dengan baik.

" Oh ya!! Ni bakal tunang saya.. " kata Faliq.
Aku berkerut.

" Iyeke?! You tipu kan. Sebab Ash cakap you belum berpunya. Kan Aliaa.. Dia tipu kan.." aku senyum je. Rimas jugalah tengok Elly ni, macam sotong. Gedik. Aku membiarkan mereka. Faliq memandang aku, muka dia rasa bersalah. Aku biasa je pun.

" Elly...!!!" Seorang wanita menjerit memanggil Elly dan menghampiri kami. Cantik.

" Pula.." aku terdengar Faliq mengeluh perlahan.

" Alang? Hmm.. patutlah you gedik nak ke sini. Rupanya nampak adik i kan.." kata wanita itu.

" Mana ada. Masuk sini baru i nampak Faliq.." terang Elly.

" Angah dari mana?!" tanya Faliq.

" Jumpa clien. Alang tak kerja ke?!" Tanya wanita itu pula pada Faliq.

" Halfday.." jawab Faliq ringkas.

" Ini siapa?!" wanita itu memandangku dengan pandangan bengis sekali. Aku mengukir senyuman padanya.

" Saya Aliaa.. " aku berdiri dan menghulurkan tangan tanda perkenalan. Tapi tanganku tidak disambut. Wanita itu menjeling dan padang aku tepat atas bawah. Seperti aku orang bersalah je. Aku tetap senyum. Walaupun dalam hati aku, dup dap dup dap!!

" Oh!! Inilah Aliaa.. Aliaa Sofea..! Adik kesayangan Adil Hafiz, dan yang dah buat Faliq angau.. huh!" Ha?Aku mengangguk perlahan. Senyum. Tersentak jugalah dengan kata-katanya. Dia kenal abang?

" Angah.." Faliq menyebut perlahan kakaknya itu. Aku tengok muka Faliq lain, muka serba salah. Tapi aku buat tak tahu je. Buat biasa. Senyum dan senyum.

" Hmm.. Manis dan comel. Tapi sayang sebab abang kaulah.." agak keras suaranya. Aku terpinga-pinga tak tahu menahu. Apa sebenarnya ni..

" Angah Please!! Elok Angah beredar dari sini. Alang dan Aliaa nak makan. Tolong jangan putuskan selera Alang.. Please!!" Lembut suara Faliq tapi nada suaranya agak mendalam maksudnya. Ditenung wajah kakaknya itu tanpa berkelip. Wanita yang bernama Elly tu pun hanya memerhatikan je.

" Okey..!! Angah pergi sekarang. Kau tunggu Aliaa.. Tunggu..!!!" Kakak Faliq menjeling tajam pada aku dengan kata-katanya itu. Aku hanya mampu tersenyum. Aku tak faham apa maksudnya. Tunggu?? Apa maksud tunggu?  Kenapa dia suruh aku tunggu? Untuk apa? Macam-macam persoalan.

" Jom Elly.. Hilang selera i nak makan.." terus je kakak Faliq jalan laju meninggalkan Elly.

" Okey.. Bye Faliq.. Nanti jumpa i tau. Love you..!! Ash..!!  Tapi i lapar, i nak makan.. " Elly lari anak mengejar kakak Faliq. Aku gelak kecil. Orang macam ni pun ada ke, kataku dalam hati.

" Dahlah.. Kita sambung makan ya.." Faliq senyum aku pun balas senyumannya. Kami kembali duduk.

" Maafkan kakak saya tu ye, dia memang macam tu. Maaf ya.." Aku senyum. Aku tak ambil hati pun.

" Tak apalah. Saya tak kisah pun.." kasihan Faliq. Muka dia memang sangat bersalah dengan aku. Aku pun tak nak tanya apa-apa. Biar jelah. Cuma aku terfikir apa yang kakaknya cakap tadi. Tunggu? Dan dia kenal abang. Ish!! Biarlah. Malas nak fikir. Kami berbual semula. Faliq menceritakan perihal setiap ahli keluarganya termasuk kakaknya tadi. Okey.. Baru aku tahu, kakaknya tadi bernama Asnida. Panggilannya Angah dalam keluarga mereka. Aku dengar dengan tekun sekali. Seronok dengar,semangat dia bercerita.
Beruntung Faliq. Punyai keluarga yang bahagia.

Aku senang dengan Faliq. Seronok berkawan dengannya. Dia pandai ambil hati aku, walaupun selalu menyakat aku, buat aku geram tapi dalam masa yang sama aku terhibur dan happy. Hilang segala kenangan bersama Zahwan. Terima kasih Faliq!

Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs