Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 48
Fuhh.!! Penatnya.. Aku duduk sekejab di sofa, menghilangkan lelah. Dapur, ruang tamu, bilik air, bilik tidur, siap aku kemas semua. Puashati. Terlebih rajin hari ni. Berpeluh satu badan, tak payah pergi jogging, kemas rumah je pun satu senaman. Selamat rumah setingkat je, taklah kalut sangat nak kemas, kalau dua tingkat mahu tercabut pinggang turun naik. Aku menyimpan penyapu dan penyodok sampah di dapur belakang. Ku ambil gelas dan tuang air suam, ku teguk habis segelas. Lega tekak.. 

Sekarang sudah jam 9.55pagi. Hmm.. awal lagi. Jam 10.30pagi nanti, Faliq datang ambil aku nak ke majlis perkahwinan Mira & Nizam dekat Hulu Langat. Ha?! Lima minit lagi jam 10.00pagi, ada setengah jam lagi nak bersiap. Lambaaaaattttt!!! Aduhai.. Aliaa kenapa blurr pula ni. Boleh pula aku leka dan tak perasan. Apa lagi kelam-kabutlah aku jadinya. Berlari aku masuk bilik dan terus ambil tuala mandi. Mujurlah aku dah siap gosok baju dan shawl malam tadi. Selesai mandi, aku menyarungkan baju kurung moden longgar. Kain yang diberi oleh Faliq. Cantik warnanya, kelabu lembut dan pink belacan. Pandai Faliq pilih. Dia cakap, aku lebih nampak manis bila pakai baju ada warna pink. Tak banyak pink pun tak apa janji ada pink.  Katanya lah. Aku pun suka warna ni. Cun juga aku ni kan, hahaha.. Perasan kejab. Kawan dengan Faliq yang kuat perasan tu aku pun jadi kuat perasan jugalah.

Disebabkan hari ni nk pergi ke majlis perkahwinan. Jadi, aku nak calit eyeliner. Jarang pakai ni, saja nak galakkan mata. Padahal mataku memang dah bulat pun. Dan sapu bedak compact nipis. Okey.. Siap!! Aku mengambil handbag, menunggu Faliq di ruang tamu. Baru je nak duduk , hon kereta Faliq berbunyi. Aku menjeling jam didinding. Tepat 10.30pagi. Terbaiklah Faliq. Menepati janji. Dia tahu aku tak suka orang mungkir janji. Dia lakukan yang terbaik untukku. Terharu sangat.
Aku senyum. Aku memulakan langkah penuh sopan ke kereta Faliq. Pintu pagar ku kunci dan terus masuk dalam kereta.

" Assalammualaikum teman mesra.." tegurku dengan memberi senyuman paling sweet.

" Waalaikumsalam sayangku.." dia membalas senyuman. Tapi ayat tu, hmm.. biarlah, janji dia happy. Tak ada makna apa-apa pun kan.

" Kenapa pandang saya macam tu, tak okey ke baju ni?!" Aku pelik. Tak berkelip matanya pandang aku. Risau pula kut-kut tak okey ke.

" Cantik dan sweet awak hari ni. Bertambah sweet bila pakai baju ni.. Terima kasih Aliaa.."
Eh! Kenapa dia ucap terima kasih pula. Aku berkerut.

" Terima kasih? Kenapa terima kasih pula?" Tanyaku ingin tahu.

" Terima kasih kerana sudi pakai kain yang saya bagi ni dan terima kasih kerana sudi jadi teman mesra saya. Saya sangat hargai.." Alahai Faliq. Tak tahu nak cakap apa, tak pernah jumpa lelaki sebaik Faliq. Memanglah tak pernah jumpa, sebab aku hanya rapat dengan abang, Naim dan Faliq je, termasuk Zahwan. Lain mana ada, kawan biasa je.

" Sama-sama.." jawabku ringkas.

Faliq memulakan pemanduan. Seperti biasa kami berbual dan bergurau senda. Bertukar-tukar cerita. Sakat-menyakat. Memang tak kering gusi. Happy.. Happy .. dan Happy..

Kami sudah masuk ke kampung pengantin. Mengikut pelan dalam kad jemputan ni majlis dibuat di Dewan Orang Ramai. Kami mencari lagi dan lagi. Di satu simpang ada banner gambar Mira dan Nizam tergantung indah di tiang elektrik. Jalan ke depan saja. Dari simpang sudah nampak deretan kereta penuh tersusun di tepi -tepi jalan. Faliq memandu perlahan.
Aku menghubungi Naim. Mereka sudah sampai, awal juga. Boleh tahan ramai tetamu. Almaklumlah, Mira anak bongsu, mesti buat besar-besaran. Senang mereka, satu kampung je, satu bangunan tempat kerja. Kalau balik raya, sekali jalan. Tiap-tiap tahun boleh beraya bersama dua-dua belah keluarga. Tak payah nak gaduh-gaduh ikut gilirin. Hehe..

Aku dan Faliq jalan bersama. Kami berpakaian warna sedondon. Kelabu. Patutlah malam tadi dia minta aku pakai baju ni, rupanya dia dah set baju dia juga. Lepas tu boleh pula cakap, eh! baju kita sedondonlah. Padahal dia yang plan. Pandai Faliq ni kan. Dari senyuman sengeh  dia tu pun aku dah tahu dah..


Kami disambut dengan ramah sekali. Baik betul layanan orang kampung pada kami. Lagi-lagi Faliq ni, pantang dilayan. Aku hanya senyum. Kami dijemput masuk ke dalam dewan. Siap ada meja khas lagi untuk orang office. Mataku meliar mencari Naim. Ternampak seseorang melambai tangan pada kami di bahagian hadapan berhampiran pentas. Nampak dah Naim. Tanpa berlengah kami pun melalui lorong karpet merah khas untuk pengantin. Mata tetamu tertumpu pada kami. Macam pengantin lah dah. Aku tersipu-sipu malu.

" Semua pandang kitalah. Macam pengantin pula kan.." aku ingat aku je rasa seperti itu. Rupanya Faliq pun sama. Aduhaiii malunya. Salah jalan kami ni. Aku buat muka tak bersalah. Laju je aku jalan. Sampai di meja. Lagi sekali kami jadi perhatian, rakan-rakan sekerja Faliq pun ada. Aku bersalaman dengan mereka dan terus duduk. Faliq duduk rapat disebelah ku. Sengaja dia ni bikin hot. Aku biarkan je.

" Korang ni betul-betul sweet couple lah. Sejuk mata akak pandang.." Kak Intan ni ada-ada je.

" Kan kak.. betul sangat. Cik Aliaa dan Encik Faliq bila lagi nak naik pelamin tu ha.."  Menyampuk pula si Nina ni.

" Doa-doakan lah kami ya. Manalah tahu jodoh kami kan, ." belum sempat aku jawab, Faliq dulu dah jawab. Dengan senyuman penuh keyakinan. Aku malas nak banyak cakap, jadi, aku berdiam jelah dan senyum.

" Cantik kan pelamin tu.. Nanti kita kahwin, saya tempahkan pelamin paling indah untuk awak.. " tiba-tiba pula dia ni. Berbisik di telinga ku.

" Merepeklah awak ni.."

"Betul lah.. Saya kan putera kayangan jadi pelamin pun kenalah indah bak singgahsana.. "
Eeee perasannya.

" Hahahaa! Perasan lebih.." aku gelak kecil.

Dewan meriah dengan alunan lagu pegantin, seronok je. Memang meriah. Tidak lama kemudian, paluan kompang pula berbunyi. Sepasang raja sehari berjalan penuh sopan menuju ke pelamin dengan pakaian songket berwarna merah hati. Cantik dan segak sekali pasangan secocok itu. Aku dan Faliq senyum tak putus. Bahagianya mereka. Pasangan pengantin duduk diatas pelamin, ditepung tawar. Saudara mara bergilir-gilir menangkap gambar. Gelak tawa menambah kemeriahan majlis. Seronok je.

Kami menikmati makanan. Rendang daging, nasi minyak,ayam masak merah, pajeri nanas, kuah dalca, buah tembikai, dan macam-macam lagi lauk pauk. Makanan memang sedap. Aku dan Faliq macam biasa, makan sambil bergurau senda. Kami juga jadi perhatian dari kalangan rakan-rakan office. Tunggu jelah cerita hot kami nanti. Pasrah je lah.. Selesai makan, kami duduk berbual sebentar. Aku mengeluarkan handphone dari handbag, ada message dari nombor yang aku tak kenali. Aku buka dan baca.

" Jauhi Faliq atau hidup kau akan menderita..!!" 

Aku terdiam. Terkedu. Serta-merta air muka aku berubah. Aku menoleh ke arah Faliq yang sedang berbual dengan Naim. Aku memasukkan semula handphone didalam handbag.

" Siapa orang ni? Kenapa dia suruh aku jauhi Faliq? Kenapa dia ugut aku? Apa salah aku? " bisik hatiku.

Aku rasa tak sedap hati. Ada orang yang tak suka hubungan kami. Tapi kami sekadar teman mesra je kut. Tapi kenapa sampai ugut macam ni. Aku pandang sekeliling, mana tahu orang ni ada disini tapi tiada seorang pun yang aku syak. Aku menarik nafas dalam. Ya Allah.. apa salah aku. Faliq mengajak aku pulang dan  yang lain juga. Aku senyum dan turutkan sahaja.

Kami jumpa pengantin, mengucapkan tahniah. Berbual sekejab dan bersalaman. Kami melangkah meninggalkan dewan dan berpisah dari rakan-rakan lain. Faliq memulakan pemanduan. Sepanjang jalan aku hanya berdiamkan diri. Masih berfikir akan message itu. Rasa takut pun ada. Tak pernah aku diugut macam tu. Perlukah aku beritahu Faliq. Ish! Taknak. Tak apalah. Belum masa lagi. Perjalanan kurasa cepat sangat, sudah sampai di depan rumahku.

" Aliaa.. Kenapa ni? Senyap je sepanjang jalan. Awak okey tak?!" Tanya Faliq. Aku seyum je.

" Saya okey. Cuma rasa penat sikit.." jawabku ringkas. Menutupi segala ketakutan.

" Ni untuk awak.." Faliq memberikan satu kotak kecil berbentuk bulat dihiasi kain baldu merah. Hatiku berdebar. Aku mengambil dan buka.

Sebentuk cincin emas berukiran ringkas cantik dan menarik didalamnya. Aku memandang cincin itu dan kemudian memandang wajah Faliq.

" Untuk apa ni Faliq. Awak tahu kan saya..." aku terkejut sebenarnya.

" Saya sayang awak Aliaa.. "luahnya.

" Tapi kita kan cuma.."

" Saya tahu dan saya tak paksa awak untuk terima saya sekarang. Saya faham, awak perlukan masa. Saya akan tunggu hingga hati awak terbuka untuk saya.." jelasnya.

" Saya takut Faliq, saya takut awak akan kecewa.."

" Saya taknak berjanji, saya takut saya mungkiri tapi saya akan usahakan sehabis baik untik miliki hati awak,.."sambungnya lagi.

" Tapi saya dah cakap  awal-awal kan. Kita teman mesra je. Awak ingat?!"

" Iya.. Saya tak pernah lupa semua tu Aliaa. Saya tak akan mengalah, saya yakin dan percaya. Doa saya akan dikabulkan oleh Allah. Cuma cepat atau lambat je.. " masih senyum.

" Besar harapan awak Faliq. ." Aku jadi serba salah. Huwaaa!!

" Saya tak akan pernah putus asa. Allah hadirkan awak dalam hidup saya mesti ada sebab. Awak simpanlah cincin tu, bila awak dah bersedia awak sarungkanlah di jari manis awak ya.." sedihnya. Tapi aku tak boleh.

" Saya tak berani nak cakap apa-apa Faliq. Saya minta maaf.."

" Tak apa Aliaa. Saya faham. Yang penting awak buat hidup saya bahagia. Kalau sehari tak menyakat awak, rasa pelik je hidup saya ni tau.." katanya lagi. Sempat bergurau. Aku terharu.

Aku senyum. Aku tutup perlahan bekas cincin itu. Aku genggam dan aku simpan didalam handbag. Dia masih lagi merenung wajahku. Aku membalas renungannya. Tiba-tiba airmata jernih menitis kat pipiku . Aku sangat terharu. Aku tak sedar pun airmata jatuh.

"Laa kenapa nangis pula ni. Saya salah cakap ke?! Alalalaa.. " aku gelak kecil. Jujur cakap, memang terharu. Dia mengambil tisu muka dan lapkan airmataku. Malu pun ada, kenapalah tersentuh hati pula ni. Tapi hatiku bukan untuk mu Faliq. Maafkan aku. Aku bisik didalam hati.

Aku gelak, senyum dan senyum. Faliq pun sama, gelak dan senyum. Kami berdua gelak sama. Tak tahu apa yang lawak. Ya Allah!! Berikanlah aku petunjuk. Zahwan atau Faliq. 

Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs