Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 5
Sebaik saja aku buka pintu bilik, tersusun fail-fail kemas diatas mejaku. Mula dah kerja yang tertimbun, semalam punyalah relax, siap lepak-lepak lagi. Hari ni tak ada makna nak relax dan lepak-lepak. Kena siapkan semua kerja ni hari ni juga. Aku tak suka tangguh-tanguh kerja. Bagi aku, hari ini punya kerja kena selesaikan hari ini juga. Esok buat kerja lain pula. Itulah aku.

Aku mengambil salah satu fail dihadapanku, menyemak satu persatu helaian kertas. Okey, tahulah aku apa nak buat. Kerja yang biasa aku buat. Mudah je. Ada lagak kat situ kan. Hehe.. Tanpa berlengah aku terus menghidupkan laptop. Kerja jangan tak kerja. Fokus. Sambil buat kerja sambil layan lagu.

" Tut..tutt.." handphone berbunyi. Dengan malas aku mencapai handphone ditepi laptop tapi mata masih tertumpu pada fail.

Baru je nak jawab, dah mati. Aikk!! Siapa pulalah ni main missed call. Aku letakkan semula handphone ditempatnya tadi. Baru saja letak, berbunyi lagi. Eh! Memain pula dia. Lantaklah. Aku abaikan saja. Lagi baik aku fokus siapkan kerja ni.

Sedang leka menaip, tiba-tiba Naim muncul. Tersengeh-sengeh di depan pintu. Tercegat berdiri memerhatikan aku. Aku pandang dia sekilas saja. Sambil terus menaip.

" Nah ni.." Naim menghulurkan jambangan bunga mawar merah. Kemas rapi tersusun. Wangian harum menusuk ke hidungku. Aku terkedu seketika. Berkerut dahiku.

" Ada someone special bagi kau.." Aku mengambil jambangan bunga itu, lalu menghidunya. Ya Allah.. wanginya. Aku senyum sendiri. Macam tahu-tahu saja aku suka bunga mawar.

" Someone special? Siapa? Selama aku kerja kat sini tak pernah pun dapat bunga bagai.." kataku pada Naim. Naim hanya tersengeh macam kerang busuk.

Ada terselit sekeping kad kecil berwarna putih di celah-celah jambangan bunga itu. Aku mengambil dan membaca.

" Salam perkenalan Aliaa Sofea..
Maafkan saya ya..!!

-Faliq Alfie- "

Cantik dan kemas tulisannya. Aku kembali memandang Naim yang masih lagi tersenyum. Ku letakkan jambangan bunga itu diatas meja.

" Kau kan yang bagitahu nama aku? " teka aku.

" Sorry..! Dah dia minta, merayu-rayu bagai. Aku bagilah. Tak salah kannn.."

" Siapa cakap tak salah? Kenapa tak minta izin aku dulu? " Aku menjeling tajam pada Naim.

" Alaaa kau, dan-dan marah, padahal kau suka bunga mawar kan. Macamlah aku tak tahu.." mencebikkan bibir tanda mengejeklah tu. Aku menjeling lagi.

" Memanglah aku suka bunga mawar,bunga rose tapi tak bermakna aku suka si Mr. Arkitek tu ek.. " balasku selamba. Eh..eh!! Kenapa tiba-tiba aku cakap macam tu pula. Huhu..

" Hahaahaa.. Aku tak cakap ek. Beb.. kalau kau suka dia pun okey apa,nampak caranya dia pun suka kau tu.." kata Naim. Jujur.

" Aku malaslah nak fikir benda-benda ni. Buang masa.." kataku. Rasa sesak nafas cakap bab-bab ini. Aku rasa macam.. Eee sakit jiwa.

" Lagi buang masa kalau kau terus fikir Zahwan dan tunggu Zahwan yang tengah bahagia tu tau tak Aliaa Sofea.." sadis. Pedih menusuk ke jantung aku. Terkedu sekejab. Aku mengangkat bahu. Diamkan saja.

" Faliq nak lunch dengan kau kang. Dia suruh aku pujuk kau. Dia mengharap sangat tanda mohon maaf sebab langgar kau semalam. Kau nak ke tak nak..?!" sambungnya lagi.

" Taknaklah aku. Kalau dia nak keluar makan dengan aku kena minta izin abang aku dulu.." jawabku.

" Dah agak dah. Nanti aku sampaikan kat dia. Kau taknak kirim salam kat dia ke?!"

" Tak payah..!!!"

Naim gelakkan aku. Sengaja menyakat aku. Aku sikit pun tak senyum, meneruskan kerja. Ku pandang jambangan bunga mawar merah ditepi meja. Cantik dan kemas susunannya. Entah kenapa, aku memang suka sangat dengan mawar merah. Warnanya memikat hati. Kalaulah aku naik pelamin nanti, aku nak pelamin aku dihiasi dengan bunga mawar merah je, xnak bunga lain. Biar wangi asli. Wahh!! Bestnya..!!!

Aku tersengeh sorang-sorang. Menepuk dahi sendiri. Biar sedar dari lamunan yang entah apa-apa. Ketawa kecil. Lawak dengan diri sendiri. Aku meneruskan kerja. Melupakan segala angan-angan. Hahahahaa.. Okey Aliaa.. Jangan nak berangan sangat, sambung kerja. Kataku sendiri. 
Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs