Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 45
Dua bekas tupperware berisi Congo Bar malam tadi, ku ambil diatas meja dapur. Pagi ni, mekanik mahu datang untuk baiki kereta aku. Aku tunggu diluar je. Cuaca agak mendung. Angin bertiup sepoi-sepoi menyapa kulitku. Sejuk je. Pintu pagar sudah ku buka awal. Setia menunggu kehadiran mekanik. Faliq kata mekanik nak datang dalam jam 8.00 pagi tapi ni dah jam 8.15pagi. Lewat 15 minit. Aku mengeluarkan handphone dari dalam handbag mahu menghubungi Faliq dan bertanya.

Baru je keluarkan handphone, muncullah kereta Honda City putih milik si Faliq. Dan, diikuti oleh sebuah kereta Saga merah. Itu mesti mekanik tu. Aku terus bangkit dan senyum. Menyambut kehadiran mereka. Tersengeh-sengeh Faliq dari jauh. Berbual ringkas dengan mekanik yang bertubuh gempal itu. Aku memberikan kunci kereta pada Faliq. Aku hanya memerhatikan mereka. Entah apalah yang mekanik tu beritahu Faliq. Faliq mengangguk-angguk je. Sesekali menjeling padaku, mengenyitkan matanya dan senyum. Sempat lagi mamat ni. Macam-macam..

Mekanik menyuruh Faliq menghidupkan enjin kereta. Yeahhh!!! Dah hidup. Melonjak gembiralah aku. Dalam hati je. Senyum lebar. Selesai kereta aku. Faliq mematikan enjin semula.

"Dah selesai.. Dah boleh bawa dah.." kata abang mekanik itu dengan senyuman.

" Terima kasih banyak-banyak. Apa masalah kereta saya ni bang. Nak kena hantar workshop ke?!" Tanyaku inginkan kepastian.

" Tak payah. Spark plug je tu tapi dah okey.." aku menganggukkan kepala tanda faham.

"Semalam abang nak datang, kebetulan ada customer kereta problem juga kawasan sini tapi Faliq cakap dia tak sempat, ada kerja katanya, tu yang abang datang pagi ni. Sorrylah ye.."
Jelas abang mekanik tu. Aku tercengang. Pandang sinis pada Faliq yang tersengeh macam kerang busuk tu.

" Oh yeke!! Iyalah.. dia memang sentiasa ada kerja, tak ada kerja pun , buat-buat ada.." aku memerli dengan gelak kecil. Kantoiii .

" Berapa nak kena bayar ni bang.." aku keluarkan wallet untuk buat bayaran.

" Eh.. Faliq dah bayar dah. Ni kad abang, kalau kereta problem, call je. Workshop abang dekat luar sana tu je.." Dah bayar? Bila masa pula dia bayar, tak nampak pun. Hmm.. Abang mekanik tu bagi kad pada aku. Bagus ni, apa-apa boleh terus call dia.

" Terima kasih banyak-banyak ya bang.."

" Sama-sama" Abng mekanik tu senyum.

" Okey Liq.. Abang gerak dulu. Nanti nak kahwin jangan lupa jemput ye. Rumah abang tak jauh pun.."  Ha?! Kahwin?! Hmm.. Entah apalah yang dia cerita dekat abang mekanik tu. Ada-ada je Faliq ni. Faliq menemani abang mekanik ke keretanya. Aku mengambil dua bekas bungkusan tadi dan letak dalam kereta. Eh! Mana pula kunci kereta ni. Mana pula Faliq letak. Ke dia nak mendajal aku ni. Aku keluh kecil. Tidak lama kemudian, dia menghampiriku dengan senyuman.

" Oo ada kerja ye, tak sempat. Kasihannya busy semalam ye. Pandaiiii En Faliq ni kan.. " aku perli. Faliq gelak.

" Tipu sunat untuk awak. Tak apa.."

"Banyaklah tipu sunat bagai. Ha! Ni.. mana kunci kereta saya ni, saya nak pergi office dah ni.."

" Sekarang tutup pintu kereta tu, dah jom!!"

" Apa jom?! Saya nak pergi  kerja lah.."

" Iya, jomlah saya hantar.."

" Ish!! Tak payahlah. Kan kereta ni dah okey, saya pergi sendiri je.. "

" Sekarang ni kunci kereta awak dekat saya, nak ke tak nak?! Kalau taknak saya hantar tak apa. Saya pergi kerja dulu. Biar awak yang tak pergi kerja. Amacam?!!" Aduhai.. Bertuah betul Faliq ni.

" Tapi..."

" Nak ke tak nak?! Okey byee..!!" Dia senyum dan berjalan ke keretanya.

" Iyalah.. iyalah.. Jahat, main ugut-ugut pula dia. Tak apa, hari ni hari awak.. tunggulah esok hari saya pula kenakan awak. Baru tahu.. " aku membebel sorang- sorang. Ku ambil semula bungkusan tupperware dalam kereta tadi. Dan, berjalan dengan mulut yang membebel. Pintu pagar ku kunci. Faliq berdiri memerhati dan gelak kecil mendengar bebelanku. Aku sempat gak menjeling padanya dan terus masuk dalam kereta.

" Bawa bekal ke?!" Tanyanya.

" Ni ha.. Congo Bar, saya buat malam tadi. Nak bawa ke office satu dan untuk awak satu.."
Jawabku detail.


" Congo Bar tu apa?!" tanyanya.

" Congo bar tu kira adik -beradik dengan brownies lah.."

"Aik!! Macam tu pula. Cuba tengok tang mana yang adik-beradik tu.." aku membuka penutup tupperware dan tunjuk pada Falia.

" Macam sedap je, nak rasa sepotong.."

" Nantilah tunggu sampai office ya.."

" Alaaa.. bolehlah. Sepotong je. Please.. please..!!" Dia merayu. Buat muka kasihan.

" Tak boleh. Nanti kereta awak bersepah, banyak pula semut datang kang.." aku bagi alasan.

" Hahahaa.. awak ingat saya makan macam budak kecil ke. Jangan risau semut tak kan masuk dalam kereta ni tau. Tak berani dia nak masuk.."

" Ceh!! Kut- kut bukan setakat semut je ada segala lipas, lipan, gajah, ular, biawak semua ada.."

" Hahahaa.. awak ingat kereta saya ni zoo negara?!"

" Ha laa.. Tuan punya kereta pun dah serupa monkey kan.. kan.. kan..." balasku selamba.

" Oii.. oiii.. amboii kasar bahasa ni, monkey dicakapnya. Bagilah rasa sepotong je.. please..!!" Masih merayu. Tak reti sabarlah mamat ni.

" Ha.. Monkey macam tu lah. Tak reti sabar.."

" Hahahaa.. okeylah Cik Singa, monkey pun monkey lah.. meh sepotong.."

Aku gelak. Ku luhurkan tupperware padanya. Sepotong congo bar terus dimasukkan ke dalam mulut. Penuh mulut mengunyah. Buruk benar rupa.

"Sedaplah. Nak satu lagi.."pintanya lagi.

" Tak boleh. Tadi kata sepotong je kan. Tunggu kat office, awak makanlah sampai muntah.." aku senyum. Akhirnya dia kalah. Hahaha..
Sengaja buat dia bengang. Jalan sesak lah pula, nasiblah. Terpaksa hadapi kesesakkan ni. Masing-masing layan perasaan.

Handphone ku pegang sejak tadi. Menunggu whatsapp dari Zahwan. Seronok berbalas whatsapp dengannya malam tadi. Dia masih seperti dulu, masih belum berpunya dan masih belum berumahtangga. Aku senyum lebar. Entahlah aku rasa bahagia sangat. Iyalah, insan yang aku tunggu selama ni, yang aku harap, yang aku pegang janji-janjinya. Mungkinkah ada sinar pelangi disebalik hitamnya awan. Mungkinlah ada kebahagiaan untukku setelah kedukaan selama ni. Kehadiran Zahwan dalam hidupku semula tak disangka. Dan tak sangka, dia masih ingat padaku lagi.

Tet..tett.. whatsapp masuk. Cepat-cepat aku buka. Makin lebar senyuman aku . Whatsapp dari Zahwan.

" Assalammualaikum Aliaa..
Mulakan harimu dengan senyuman.."

Ucapan inilah yang aku tunggu bertahun lama. Dulu, ucapan ini yang aku terima setiap pagi. Kini, ku terima lagi.

Kami berbalas-balas whatsapp. Aku sejak tadi senyum tak sudah. Aku perasan, Faliq selalu menoleh je padaku. Aku buat selamba je. Aku tahu apa yang Faliq fikir. Aku terus fokus pada handphone.

" Busy nya dia, senyum sorang-sorang. Whatsapp dengan siapa tu?!" tanya Faliq lembut.

" Oh.. Hmm.. tak-tak. Dengan kawan.. Ya kawan. Kawan lama.." aku sengeh.

" Kawan lama?"Faliq berkerut.

" Hmm.. iya, lama tau kami berpisah, tujuh lapan tahun juga lah.. " excited pula aku cerita.

" Oh ya.. Dah macam saya dengan Adil pula ye.. Bestfriend awak ke?!"

" Ha.. Bestfriend?  Iya.. ya.. " apa aku nak jawab. Tak kan nak bagitahu hal sebenar. Serba salah pula nak jawab. Tapi untuk apa serba salah, Faliq cuma teman mesra aku je kut. Kalau aku cerita pun tak salah kut. Tapi tetap  bahaya!! Kang dia info abang, mati aku.. Dah lah aku dah janji dengan abang. Naya aku naya..!!

Aku masih fokus dengan handphone. Tak kerja ke Zahwan ni, boleh pula layan whatsapp aku. Okey lah tu, lagipun kami dah lama tak berbual kan. Bertukar-tukar cerita. Aku menoleh ke arah Faliq. Dia fokus pada pemanduan. Muka tenang je. Aku senyum. Aku tak sabar nak sampai office, nak cerita dekat Naim. Nak cerita betapa happy dan bahagianya aku. Memang tak sabar. Aku tak fikir apa dah, sekarang ni fikiran aku hanya pada Zahwan. Iya..!! Zahwan.

Faliq?? Aku menoleh ke arahnya lagi. Faliq yang mengharap cintaku, sedangkan aku masih mengharap Zahwan yang baru sehari berhubung semula. Ya Allah!! Apa perlu ku lakukan..

Tolong..!!!!!

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs