Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 22
Faliq memerhatikan aku sejak tadi. Senyum dan senyum. Ingat hensem ke senyum macam tu? Hensem lagi unta di padang pasir.  Aku melayan bubur nasi, lagi bagus. Sikit pun tak hairan akan Faliq. Abang dan Faliq bersembang. Sedang mereka rancak berbual, handphone abang berbunyi. Cepat-cepat abang jawab panggilan itu. Lalu terus meninggalkan kami sementara dia berbual dengan si pemanggil di luar rumah.

" Yang awak jadi batu api ni kenapa?! " marahku, suara perlahan takut abang dengar.

" Mana ada, benda betul kut. Kalau saya tak jadi batu api, habis saya nak jadi batu apa?! " katanya mempertahankan diri.

" Jadi batu nisan eloknya awak ni tau tak " aku menjeling padanya. Boleh pula dia gelak. Aku tengah marah macam ni. Betullah mamat ni. Aduhhh!!

" Tak kisahlah betul ke tak betul tapi janganlah  batu api sangat. Awak sukalah kan tengok saya kena marah dengan abang.."sambungku lagi.

"Abang awak bukan marahlah, dia kan bagi nasihat. Awak ni tak tahu ek bezakan antara marah dan nasihat? Nak saya terangkan satu persatu tak?!"

" Tak payahlah Faliq. Makin saya duduk lama kat sini menghadap awak ni makin bertambah sakit perut saya, otak saya pun jadi sakit sebab awak tau.."

" Sakit otak tu maksudnya gila kan. Jadi, awak gila sebab sayalah ye.. Alhamdulilah, akhirnya awak gilakan saya juga kan..kan..kan.."  dia menadah tangan dan menyapunya ke muka. Jujur cakap aku memang geram, nak cekik-cekik je si Faliq ni. Geram.. geram.. geramm..!!

" Jangan perasanlah.." aku terus bangun dari sofa, membawa mangkuk bubur nasi yang tak habis tadi ke dapur. Ku tinggalkan Faliq sendirian. Setelah mangkuk siap kucuci, aku mengambil pula ubat diatas rak almari. Ku teguk air suam dan telan dua biji ubat. Baki air suam ku habiskan. Aku kembali ke ruang tamu, abang dan Faliq bersembang lagi.

" Adik sekejab.." Baru je nak melangkah masuk ke bilik, abang pula panggil. Alamak abang ni, dahlah aku malas nak tengok muka Faliq, dipanggilnya aku pula. Dengan malas aku kembali duduk sebelah abang.

"Mak Long kirim salam.."

"Waalaikumsalam.. Mak Long ke yang call tadi?" Tanyaku. Abang mengangguk.

" Abang cakap kita nak balik esok?" Abang mengangguk lagi.

"Korang nak balik kampung ke esok Dil?" Faliq mencelah. Sibuk je kan. Suka sangat menyampuk.

"Iya.. Lama dah aku tak balik. Mak Long dah bising suruh balik. Apasal? Nak follow? Jomlah. Mak Long cakap sekarang musim buah dekat kampung.." Aduhai abang.. Kenapalah nak pelawa mamat ni. Susah hati aku jadinya, elok-elok nak release tension sebab ngadap dia dekat sini jadi bertambah tension kalau dia ikut kami balik kampung.

" Alamak.. tak bolehlah beb. Ahad aku dah gerak dari sini. Takut tak sempat pula. Maybe next time, insha Allah.."

Alhamdulilah, dia tak ikut. Yeah!!! Melompat-lompat aku didalam hati. Bersyukur tak terhingga. Aku kembali senyum. Senyum sendiri.
Faliq perasan dengan perubahanku. Mana taknya, tadi muka aku masam mencuka, langsung tak senyum. Tapi ni boleh senyum pula lepas dia cakap tak boleh join. Memang tak berkedip matanya memandangku. Senyum dan senyum.

" Okey lah bang, adik nak masuk dulu ek.." pintaku. Abang mengangguk perlahan.

" Aik!! Awalnya nak masuk bilik, relax lah. Lepak dulu.."

" Daripada saya duk menghadap awak ni, lebih baik saya masuk bilik menghadap dinding lagi bagus tau tak.." Abang gelak. Dibiarkan je kami berdebat.

" Dinding tu lebih penting dari saya ke?! " sambungnya lagi.

" Saaaangat penting. Dan yang penting, dinding tu tak gila macam awak ni.."

" Gila-gila saya pun buat awak happy juga kan.. kan..kan.." Suka-suka je. Entah bila entah aku happy. Perasan lebih. Dia ni memang dilahirkan untuk jadi perasan je kut. Huh!!!

" Menyakitkan hati adalah.. Abang, tengoklah ni sahabat baik abang ni, gila meroyan.. Eee.. Dahlah, lama-lama aku pun jadi gila gak.. " abang dan Faliq gelak ketawa. Hampeh betul abang, bukan nak menyebelahi aku. Makin gelak pula.  Aku terus bangkit dari sofa, lalu ku ambil bantal sofa. Ku jalan perlahan dan aku campak bantal sofa sekuat hati dekat muka Faliq. 


" Oiii.. Main kasar nampak!! " Ambil kau. Hahahahaa.. Tepat kena mukanya.

" Padan muka. Hahahaa!!!" Kali ini aku pula gelakkan Faliq dan terus berlari anak masuk ke bilik. Puas hati aku. Sepatutnya aku baling dia dengan remote tv je tadi , biar benjol seketul kat dahi.

Aku tutup pintu bilik. Tudung ku buka dan sangkutkan di kerusi. Aku baring diatas katil memandang syiling. Baru jam 6.27petang. Apa aku nak buat sementara nak tunggu maghrib. Bosan pula rasanya. Nak tengok tv ada si penyibuk tu. Bilalah dia nak balik. Ish!! Apalah aku ni, tetamu kut. Tetamu datang kan bawa rezeki. Tapi tetamu ini bawa bencana dekat aku. Huhu..

Hmm.. Zahwan.. Mana kau sebenarnya? Nama itu dan wajah itu juga yang mengacau kebosananku. Wajah itu bersama senyuman jelas di syiling bilikku. Apakah semua ini? Aku menarik nafas dalam.

Teringat kembali, kali terakhir dia menghubungiku. Waktu itu, dia berada di Uitm  Shah Alam. Praktikal katanya. Dia menghubungi ku menggunakan telefon awam. Zaman dulu, telefon awam masih ada. Sekarang je nak cari pondoknya pun payah. Agak terkejut juga lah aku bila tiba-tiba dapat panggilan dari dia. Kira masi ingat dekat aku lagi. Dalam sebulan dia langsung tidak menghubungiku. Aku pun punyalah tertunggu-tunggu. Aku ada cuba menghubunginya tapi tak dapat.

" Awak apa khabar, sihat tak? Sorrylah, handphone rosak, nombor semua hilang.." katanya di talian.

" Alhamdulilah saya sihat. Jadi, macamana tahu nombor saya ni..?!" Tanyaku.

" Nombor awak ni saya ada tulis dalam buku, tu yang dapat call. Saya nak jumpa awak, sekarang saya ada di Uitm, Shah Alam.. Rindu dekat senyuman awak dan rindu awak juga" sambungnya lagi. Aku senyum happy. Cairlah juga.

" Awak sambung study?!" Tanyaku.

" Saya praktikal dekat sini. Setahun. Minggu depan saya free, saya nak pergi rumah mak angkat saya, sekali jalan. Insha Allah saya jumpa awak ya.." jelasnya.

" Baiklah.. Saya tunggu awak.."

" Okey!! Tunggu tau. Saya buat apa yang saya cakap tempoh hari. Saya akan buktikan.." katanya dengan yakin sekali. Aku pun apalagi, happy tak terkata.

Tau tak.. Sampai pada hari yang dijanjikan. Aku tunggu panggilan dari dia. Tapi langsung tak ada. Pagi petang hingga ke malam, tiada sebarang panggilan darinya. Keesokkannya dan seterusnya, sampailah kini aku masih menunggu. Tapi tiada khabar berita. Langsung..Fuh!! Lama dan terlalu lama.

Mudahnya berjanji, mudahnya memberi harapan. Akhirnya, janji tinggal janji, harapan tinggal harapan. Jangan menabur janji andai tak mampu untuk tepati. Tanpa sedar ada yang sedang menderita menanggung janji palsu.

Aku menekup muka dengan bantal. Menjerit kecil. Melepaskan segala kenangan. Tapi tak boleh. Aku tak kuat hadapi ini semua. Ya Allah..!! Tolonglah hambamu ini. Berikan aku kekuatan untuk terus menuju ke hadapan tanpa segala kenangan yang menyakitkan itu.

Oh kenangan!! 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.