Bab 7
Aku tak tahulah, kenapa aku rasa hari ni sangat emosi. Aku rasa macam betul-betul jatuh tersungkur dan tak boleh nak bangkit lagi. Macam dah tak mampu nak tanggung lagi semua ni. Penat, letih, hampa, kecewa dan arhhh!!! Aku tak mampu! Aku dah tak larat! Aku rasa macam nak pergi jauh dari semua ini. Aku tak nak jumpa sesiapa pun. Aku nak cari hidup baru. Aku tak nak orang semua kenal aku. Aku tak nak suami aku cari aku lagi. Aku hanya mahu hidup dengan dua orang anak aku. Merekalah nyawa aku, hidup aku dan kekuatan aku. Tapi yang lain.. aku benci. Aku nak pergi jauhhhhh...!! Fade up!!

Ada suami tapi serupa tak ada. Aku dibebani dengan semua ini. Hidup aku hancur kerananya. Habis semua kepercayaan aku hilang kerananya, semua kerananya.

Taufik.. Sampai bila kau nak buat aku macam ni? Sampai bila kau nak seksa hidup aku dan seksa hidup anak-anak? Kenapa sanggup kau buat aku macam ni? Dunia ini memang tak adil. Dunia penuh hipoktrit. Dunia penuh pendusta. Dunia penuh dengan munafik. Tension betul lah.

Huh!! Semuanya aku yang salah. Semuanya aku yang tak betul. Semuanya akulah yang jahat. Akulah bini derhaka. Akulah bini tak kenang budi. Akulah penyebab kau buat maksiat. Akulah penyebab hidup kau hancur. Iya.. Memang.. memang aku jahat. Semua aku.. semuanya. Kalau itu yang kau rasa, kenapa kau masih simpan aku? Kenapa masih bela perempuan jahat ni yang menyebabkan kau tanggung dosa. Kenapa? Kenapa?

Aku langsung tak ada mood nak buat kerja hari ni. Pagi tadi Zaidah temankan aku hantar kek pengantin. Lepas hantar kek Zaidah terus balik rumah dan konon nak masuk kedai. Tapi apapun tak boleh nak buat. Entahlah... tiba- tiba berubah mood ni. Hari ahad macam ni, sepatutnya kedai memang tutup. Tapi aku gatal nak juga buka kedai. Nak buat persediaan untuk esoklah konon. Sudahnya mood ke laut.

Ni semua sebab Taufik. Dialah punca mood aku ke laut. Tak tahulah nak sakit hati atau nak marah. Lama dia tak call aku dan bila tiba-tiba dia call terus marah. Cakap aku macam-macam. Sedih betul lah.

" Awak pergi mana?" Tanyanya dengan kasar. Marah. Aku berkerut dan tarik nafas. Apalagi lah ni. Dengar jelah.

"Saya kat kedai ni, baru balik dari hantar kek orang kahwin." jawabku perlahan. Jujur cakap, aku malas sebenarnya nak layan.

" Ada awak keluar ke mana-mana? Awak keluar dengan siapa? " Tanyanya lagi. Keras.

" Keluar ke mana pula. Saya tak ke mana-mana pun. Pergi kerja balik kerja jelah. Pergi pasar, niaga.." Jawabku jujur.

" Jangan nak menipu ye, dah pandai kan. Keluar dengan jantan sana sini, punyalah mesra. Awak nak jadi bini derhaka ke? " Marahnya kuat. Sakit telinga aku dengar. Terkejut aku dengan apa yang dia cakapkan tu.

" Ya Allah.. Apa awak merepek ni. Bila masa pula saya keluar dengan jantan. Awak ingat saya kemaruk jantan ke. Menuduh tak habis-habis. Peliklah.." Keluhku. Sedih hati aku dituduh macam tu. Jahat sangat ke aku ni sampai dituduh sebegitu rupa.

" Jangan ingat saya tak tahu. Mentang-mentang laki tak ada, suka-suka je nak keluar  layan jantan. Ingat.. syurga awak tu dibawah tapak kaki suami. Keluar rumah tanpa izin suami pun dosa besar, ni pula layan jantan. Tak bau syurga tau.." Aku tarik nafas panjang dan geleng kepala. Aku dah hafal pun setiap ayat dia.

" Sukahati awaklah nak cakap apapun. Saya dah penatlah. Awak nak tuduh saya ke nak fitnah, terpulanglah. Malas dah nak gaduh.
Memang semua salah saya pun.." Keluhku lagi.

" Dah memang salah pun.."

"Ada bukti ke yang mengatakan saya keluar layan jantan? Kalau ada, tunjuk sekarang? Atau ni fitnah dari kekasih pujaan hati awak.. kan?" Aku senyum sinis. Taufik terdiam.

" Jangan nak menuduh orang kalau tak ada bukti, tak baik.." Aku gelak sinis.

"Hohohooo.. Pandainya awak bercakap. Awak fitnah saya tanpa bukti. Itu baiklah. Yang awak fitnah ni, bini awak tau. Bukan kekasih gelap awak. Bini awak yang cari rezeki untuk diri sendiri dan nafkah anak. Kekasih gelap awak fitnah saya, awak percaya dan awak marah saya. Hebat sungguh awak ni Taufik. Sangat hebat.!" Senyap sunyi dia. 



" Okeylah. Saya malas nak cakap apa-apa dah. Malas nak gaduh. Kirim salam dekat kekasih gelap awak tu yee.. Assalammualaikum.." Aku terus matikan talian.

Arhh !!! Geramnyaaa.. Sakitnya hati ini...!! Suka-suka je nak tuduh aku tanpa bukti. Aku kerja bagai nak rak, pagi petang siang malam nak bantu dia cari nafkah, dia senang je tuduh aku keluar layan jantan. Ya Allah.. !! Melampaunya.

Sedih sangat sebenarnya. Memang menitis airmata. Sampai hati dia tuduh bininya ni.  Bukannya dia nak berterima kasih. Nak hargai? Memang langsung taklah tapi makin tuduh aku pula macam-macam. Lebih percaya kekasih gelapnya dari isteri sendiri.

Memang kurang ajar punya perempuan tu. Kalau aku dapat dia, aku nak smackdown dia cukup-cukup. Aku nak tarik-tarik rambutnya, aku nak tarik skirt pendek dia tu sampai terlucut dan aku nak tampar bertubi-tubi mukanya yang konon cun tu. Tapi nak kata cun taklah cun sangat pun. Harap muka je putih, tinggi. Tapi perangai macam haram.

Yang laki aku ni pun satu, kalau dah benci sangat dekat aku, dah bosan dekat aku, dah taknak aku pun. Carilah perempuan yang muslimah, yang baik, yang boleh bimbing dia sendiri bukan yang sama- sama buat maksiat.

Aku pun dah tak kisahlah sekarang. Dah malas nak fikir. Aku dah usaha pertahankan rumahtangga ini dengan sehabis baik. Tapi Taufik yang runtuhkan sendiri. Aku dah cuba dah, dan kalau hanya aku seorang je yang mahukan rumahtangga ini kekal tapi dia tak nak. Apa boleh aku buat. Aku tak ada kuasa. Aku minta dia bagi jawapan pasti tapi dia buat tak tahu je. Entahlah.. Sampai bila aku harus terus begini? Hidup dalam keadaan serba salah. Hidup dalam berhati-hati. Hmm.. Apalah nasib aku.

Aku pandang kanan kiri depan belakang. Apa nak buat ni. Time jiwa kacau macam ni memang tak boleh dah nak buat apa. Ada je salah nanti. Sooo.. melayan perasaan jelah. Nak balik, malas pula. Okey.. capai handphone. Layan facebook lah kejab. Gambar kek kahwin di rumah pengantin tadi, awal-awal dah aku upload. Itu wajib. Bila tengok gambar kek yang aku buat ni, cun juga ek. Ada bakat juga aku ni ek. Hebat juga. Hahaaha... aku gelak sendiri. Perasan tak habis.

Bipp..!! Notifiication whatsapp masuk. Aku pun cepat-cepat baca. Eh..!! Dah kenapa Mr. Blueberry Cheese ni whatsapp. Nak cancel kek ke?

"Assalammualaikum Si Penjual kek"

Aku senyum.

"Waalaikumsalam Mr. Blueberry Cheese. Nak tambah cheese lagi ke atau nak ikat tepi?"

Balasku. Gurau. Hahaha..

" Tak. Saja nak tanya, apa khabar kek saya?"

"Kek awak khabar baik. Sihat walafiat. Insha Allah.."

" Alright! Make sure sedap ya. Rabu ni awak niaga kat pasar tani kan. Saya ambil kek after office hour ya. Don't forget..! "

"Insha Allah sedap dan tak kan forget punya. Don't worry.."

Aku senyum sendiri.

" So.. Awak tengah buat kek ke ni?" Tanyanya lagi.

"Taklah. Tengah berangan Mat Jenin ni."

"Aik..! Berangan apa tu. Boleh tahu?!" Dia ajak borak pula dah.

" Biasalah.. Saya kan Si penjual kek. Beranganlah nak besarkan kedai dan nak ada cawangan satu Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Baru famous Dellicious Choc Cakes. Hahahaa.." Balasku. Kemudian, aku gelak sendiri.

" Besar impian awak ni. Tapi why not kan. Segalanya mungkin. Yang penting awak kena  yakin, kena usaha lebih dan jangan sesekali putus asa. Insha Allah.. akan dipermudahkan.." Dia bagi semangat dekat akulah.

" Aamin.. Terima kasih Mr. Blueberry Cheese.."

"Sama-sama. Cantik kek pengantin tu. Kemas dan elegan.."

Aku berkerut. Eh.. Dia tahulah. Maknanya dia tahu facebook aku jugalah ni. Dia kawan facebook aku kut. Nak kena tanya ni.

" Awak tengok kat facebook saya ek? Awak kawan facebook saya ek?"

"Okeylah. Saya ada kerja ni. Take care! Byee."

Last whatsapp dari Mr. Blueberry Cheese. Dia ni buat gempak jelah. Suka sangat buat aku tertanya-tanya. Berlagak betul. Siapa dia ni ek. Arhhh... Biarlah. Yang penting aku kena buat kek untuk dia yang sedap, kalau tak, nanti confirm membebel. Customer ni bagi aku memang banyak songeh.

Sekarang ni aku nak buat apa ek, balik jelah. Tak ada mood dah nak adun kek, nak rehat kat rumah jelah layan anak-anak.


Sebelum balik, aku check setiap sudut kedai. Pastikan plug yang tidak digunakan dicabut. Lampu semua dipadamkan, pintu chiller dan pintu peti sejuk ditutup rapat. Semua dah check dan aku terus ambil kunci kedai dan kunci kereta. Okeylah.. Nak balik rumah dan nak rehat. Iyelah tu Aina.. Rehatlah sangat. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.