Bab 29
Hari ni aku niaga di Putrajaya, aku tolong Ijoy susun kek diatas meja. Setelah siap semua, aku ke cafe yang berhampiran. Nak sarapan dulu, perut dah minta diisi, pagi tadi aku langsung tak sarapan. Tak ada selera. Badan rasa tak sedap, rasa macam nak demam je. Aduhai.. Risau aku, aku jarang demam tapi kalau dah demam, mahunya berhari-hari tak dapat bangun. Masak oii..

Aku hanya ambil dua ketul kuih donat dan air teh tarik. Duduk di tepi dinding kaca. Donat ku kunyah perlahan-lahan, lemahnya badan. Tak boleh dilayan lemah badan ni, kalau dilayan mahunya terus tumbang ni. Jadi, kena kuatkan.

Mata aku liar memandang sekeliling cafe, tak ramai orang pula. Kemudian, aku pandang keluar cafe pula. Dari jauh aku nampak seseorang yang cukup aku kenali. Muka skema dia dengan cermin mata rabunnya jalan ke gerai kek. Aku perhatikan je. Ni mesti cari aku, tekaku.

Dia bercakap sesuatu dengan Ijoy, dan kemudian terus jalan menuju ke arah cafe. Sah..!! Memang dia cari aku. Apa dia nak ni. Aduhaiii.. Malas betullah nak ngadap dia ni.

Azaim menolak pintu cafe, mata meliar mencari aku kut. Aku buat-buat tak nampak, terus mengunyah kuih donat yang terakhir dan menghirup air teh tarik. Nampak je aku, Azaim terus jalan laju ke arahku.

"Assalammualaikum.." Terus duduk di hadapan aku.

"Waalaikumsalam.."

"Sorang je ke?!"

" Ada nampak saya dengan orang lain ke? Tak ada kan.. " Aku sengaja buat muka berlagak. Dia sengeh.

" Iyelah. Hmm.. Hmm.." Azaim garu kepala. Tersengeh-sengeh. Aku berkerut pandang dia. Serius. Dia nak cakap sesuatu tapi..

" Awak ni dah kenapa? Hmm.. hmm.. Ni kenapa cari saya ni. Sengeh-sengeh.. "

" Sebenarnya saya ada nak bagi sesuatu ni. Tapi  hmm.. Tapi..." Aku geleng kepala. Tak faham betullah dengan mamat ni. Pelik. Nak cakap pun susah.

" Tapi apa? Cakap jelah.." Aku sengaja keraskan suara. Muka aku memang serius gilalah.

" Ishh.. Awak ni janganlah garang sangat. Relax lah.." Suaranya mendatar.

"Ha lah. Dah awak cakap hmm.. hmm je.. Cakap jelah.."

"Okeylah.. Okeylah.. Saya cakaplah ni.." Dia meletakkan beg kertas diatas meja.

" Saya diamanahkan oleh Mr. Blueberry Cheese untuk beri ni pada awak. Dia hadiahkan ini pada awak sebagai tanda terima kasih kerana awak sudi berkawan dengannya.." Azaim memberikan beg kertas kepadaku. Aku berkerut lagi.

" Hadiah? Tanda terima kasih? Saya tak perlukan hadiah bagailah. Saya kawan dengan dia bukan sebab nak hadiah. Kawan je kut kenapa nak bagi hadiah bagai.." Terkejut aku dengar. Aku menolak beg kertas ke Azaim.

" Iye saya tahu tapi dia ikhlas bagi hadiah ni kat awak. Awak terimalah ye. Tak salah kut dia beri hadiah sebagai tanda persahabatan. Kan.."  Azaim senyum.

" Memang tak salah tapi saya tak nak dan tak boleh terima. Baru je kenal dah nak bagi itu ini. Tempoh hari bagi duit lebih masa beli kek, lepas tu bagi hadiah ni pula. Eee tak nak.. Tak nak. Saya takut nak terima. Maaf..!!" Terangku. Aku memang takut nak ambil barang pemberian orang. Dahlah baru kenal dah bagi macam-macam. Kut ada udang disebalik mee hailam ke. Tak naya namanya.

" Takut? Takut kenapa pula. Dia tak letak bomlah dalam ni. Dia ikhlas lah Cik Aina. Terimalah ye.. Ambillah.. Kasihan dia.." Azaim memujuk aku.

" Bukan masalah letak bom ke tak. Tapi masalahnya saya takutlah nak terima pemberian orang. Orang bagi barang konon tanda persahabatanlah, tanda terima kasihlah bagai tapi ada niat lain. Nak something bila tak dilayan, dah mengungkit. Ish.. Tak nak.." Aku tetap berkeras.

" Tak... Tak..!! Awak janganlah sangka buruk kat dia. Dia baiklah. Dia memang nak kawan dengan awak dan ikhlas. Percayalah. Ambillah ni ye.." Azaim puji Mr. Blueberry Cheese.

" Bukan sangka buruk tapi maaf Azaim. Saya tak nak. Saya takut nak terima. Saya kawan dengan dia ikhlas dan saya tak minta semua ni. Janganlah biasakan memberi takut nanti terbiasa. Janganlah umpan saya dengan kebendaan macam ni. Saya b.ukan jenis yang suka ambil pemberian orang.. "jawabku jujur.

" Aina.. Aina.. Awak dengar ni. Mr. Blueberry Cheese tu memang ikhlas nak kawan dengan awak. Dia bagi ni ikhlas. Awak jangan fikir lain. Okey macam ni, sebenarnya dia tu murah hati, dia memang suka bagi orang hadiah. Lagi-lagi dengan family dan kawan-kawan. Kalau dia balik sini, dia mestilah akan bagi hadiah untuk kami dan kawan-kawannya. Termasuk awak. Dia tu suka bersedekah. Awak tengok je dia macam tu, poyo, berlagak tapi bab sedekah dan bab agama ni, dia memang utamakan. Jadi.. Tak salahkan awak terima pemberian ikhlas dari Mr. Blueberry Cheese. Terima ye Cik Aina ye.." Terang Azaim bersungguh-sungguh. Aku pandang acuh tak acuh je pada Azaim. Tapi telinga dengar.

"Iyeke?! Boleh percaya ke?!" Aku rasa sangsi pula. Aku pandang sinis kat Azaim.

"Boleh.. Boleh.. Boleh..!! Yakin dan pasti. Ishh awak ni, terima jelah orang tu bagi kut. Tak payahlah fikir bukan-bukan. Dia ikhlaslah. Aduhai.. Awak ni, negatif je. Cuma positif sikit dekat sepupu saya tu. Dia baiklah, janganlah takut.." Azaim pula berkerut. Ini mesti bengang dengan aku ni sebab tak terima pemberian tu.

" Memanglah takut. Nanti kang tak pasal-pasal saya dicop perempuan materialistik pula. Saya tahulah dia kerja bagus, duit banyak, kereta mewah. Saya ni cuma Si Penjual Kek je kut, sebenarnya saya tak layak kawan dengan dia. Ha... Ni pemberian ni semua ni, saya tak layak terima.." Aku merendah diri. Risau tau, nak terima pemberian orang. Sebab aku sedar diri aku siapa.

"Tak ada siapa cop awak macam tu. Itu perasaan awak je. Dahlah, jangan fikir macam tu ya. Mr. Blueberry Cheese ikhlas bagi ni kat awak tanda persahabatan korang. Jangan risau, dia bukan macam yang awak sangka. Dia baik macam saya juga.." Aku terdiam. Mata kejab pandang muka Azaim yang tersengeh dan masih usaha pujuk aku supaya terima hadiah itu. Dan kemudian aku pandang beg kertas pula.

" Huh!! Kenapa dia tak bagi saya sendiri? Kenapa dia suruh awak yang bagi pula? Tak gentleman langsung. Pengecut.." Kataku spontan.

" Laaa.. Dah awak yang tak nak jumpa dia kan. Dia tu kalau boleh nak sangat jumpa awak tau tak. Awak ada bercuti ke Melaka hari tu kan?!"
Aku angguk.

"Mama saya ada jumpa awak kat Melaka kan? Awak ada info mama saya yang awak stay kat Umang-Umang Chalet? Betul?? " Tanya Azaim lagi. Aku angguk lagi.

" Untuk pengetahuan awak, mama saya sampai je rumah terus info dia yang awak bercuti kat Melaka dan info lokasi awak. Terus berdezup  dia memandu ke Melaka dan cari awak kat chalet tu tau.." Jelas Azaim. Aku sangat terkejut mendengar. Sangat terkejut. Terbeliak mata aku mendengar.

" Ha?? Dia cari saya kat sana? Kat Melaka? Kat chalet tu? Biar betul awak ni..?"

" Iye Cik Aina. Dia cari awak kat sana. Tapi bila sampai chalet tu, awak dah check out pula. Jadinya.. Dia pun pulanglah ke rumah dengan hati yang kecewa, hampa dan sedihhhhh... Alkisahnya..." Alahai... Kasihannya..

" Tapi kenapa dia sampai cari saya kat sana? Kenapa dia nak sangat jumpa saya?" Tanyaku perlahan. Perasaan bersalahlah pula dekat Mr. Blueberry Cheese.

" Hehe.. Itu awak kena tanya dia sendiri ye. Kalau saya cakap nanti awak marah saya pula. Saya cuma diamanahkan untuk beri hadiah ni pada awak. Terimalah pemberian dari Mr. Blueberry Cheese awak ni ye Si Penjual Kek.." Azaim menolak beg kertas kepada aku. Aku pandang muka Azaim, teragak-agak pula aku nak ambil. Azaim sengeh.

"Aduhai.. Macamana ek? Nak ambil ke tak nak ni ek? Nak ke tak nak?"Aku cakap sendiri. Dua hati nak ambil atau tidak.

" Hahaha.. Ambil jelah. Orang dah bagi. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Mana tahu jodoh.. kan.. kan.." Azaim gelak.

" Apa jodoh-jodoh? Lempang nak lempang.." Aku menjeling tajam pada Azaim.

" Gila garanglah dia ni. Tak boleh nak bergurau langsung.." Gerutu Azaim.

" Hmm.. Okeylah. Saya terima hadiah ni. Tapi awak tolong cakap kat Mr. Blueberry Cheese. Hadiah ni adalah yang pertama dan terakhir saya ambil. Tak payah bagi saya apa-apa hadiah pun lepas ni. Saya berkawan dengan dia bukan nak hadiah bagai. Tak..!! Saya ikhlas kawan dengan dia. Tapiii.. hanya kawan je tau. Tak lebih dan tak kan lebih dari seorang kawan. Faham tak Encik Azaim bin entahlah tak tahu..." Aku tegas berkata dengan memek muka serius. Sinis.


" Alhamdulilah.. Akhirnya, awak terima juga. Terima kasih ya Cik Aina. Saya akan info Mr. Blueberry Cheese awak ye.." Senyum Azaim pada aku. Aku pun ukirkan senyuman sikit je kat dia.

" Okey. Sama-sama. Okeylah, saya minta diri dulu. Sampaikan salam saya dekat Mr. Blueberry Cheese dan cakap terima kasih kat dia ek. Bye..!" Pesanku pada Azaim. Azaim mengangguk dan aku terus melangkah keluar dari cafe dengan membawa beg kertas pemberian Mr. Blueberry Cheese.

Aku jalan nak ke toilet dulu sebelum ke gerai kek. Tandas ada dihujung bangunan, jalan perlahan sambil bernyanyi. Aku melintasi beberapa gerai peniaga lain. Ada yang jual pakaian, jual makanan ringan, jual buah dan macam-macam lagi. Sedang melayan perasaan dan memegang erat beg kertas yang aku sendiri pun tak tahu apa isinya. Tiba-tiba seseorang menjerit memanggil namaku..

"Ainaaaa..!!" Suara kuat lelaki. Aku terus berhentikan langkah dan menoleh ke belakang. Terpaku seketika. Hanya mata je memandang susuk tubuh kurus dengan wajah yang bengis menuju ke arahku. Fikiran aku terus jadi kosong.

" Abang panggil banyak kali, tak dengar ke?!" Leceh betullah dia ni. Boleh pula dia ada dekat sini. Bila pula sampai sini? Ahh.. Tak perlu tahulah.

"Awak nak apa?" Aku menjeling padanya. Tak selesa dengan kehadirannya. Risau pula aku kalau dia buat kecoh kat sini. Dahlah dalam kawasan jualan. Mahu kecoh nanti ni.

" Bijaknya awak kan. Dah pandai dah keluar dengan jantan. Siap dibagi hadiah lagi. Betul-betul mata duitan.." Amboi.. mulut dia ni kan. Buat aku betul-betul terbakar. Sakitnya hati.

" Mata duitan ke mata apa ke, yang penting saya tak kacau hidup awak. Bye..!" Aku menjawab dan terus jalan laju terus menuju ke toilet. Taufik mengekori aku. Apahal Taufik ni. Cari pasal jelah.

Aku baru je nak tolak pintu toilet, tanganku terus ditarik kuat oleh Taufik. Terkejutnya aku. Tangan jantannya terus memegang pergelangan tangan aku dengan kuat sekali dan menarik aku ke belakang bangunan.

" Lepaslah Taufik. Lepas..!! Sakitlah.." aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tapi semakin aku cakap, semakin kuat dia pegang dan tarik aku. Hampir je aku tersungkur. Ya Allah..!! Selamatkanlah aku dari manusia yang kejam ini.

Sampai je dibelakang bangunan, sunyi sepi. Taufik terus menolak badanku dengan kuat hingga tersungkur ke tepi dinding batu. Kepalaku hampir je terhantuk kat dinding. Beg kertas tercampak entah ke mana. Gila betul lah Taufik ni. Jantungku berdegup kencang. Ketakutan mula menyelubungi diri aku. Mahu mati aku dikerjakan. Dah lah tak ada sesiapa, sunyi kawasan ni.

" Kau dah melampau kan. Kau keluar dengan jantan, kau layan jantan kat facebook. Kau ni memang tak tahu malu kan.." Katanya marah. Aku bangun perlahan-lahan dan berdiri menghadapnya. Sedapnya mulut dia cakap. Geram je.

" Saya keluar dengan jantan ke, layan jantan ke. Awak tak ada hak nak marah atau halang. Awak lupa ke, saya dan awak bukan suami isteri lagi. Kenapa awak nak menyibuk?" Aku menjawab selamba. Makin membara hatinya.

" Aku ada hak marah sebab anak-anak dibawah jagaan kau. Aku tak nak anak-anak aku ikut perangai kau.."

" Ooo.. Macam tu ya. Tak nak anak ikut perangai saya. Habis.. Awak nak anak-anak ikut perangai awaklah. Helloo.. Elok saangat ke perangai awak tu. Perangai haram tak sedar diri.." Ah sudah!! Aku ni pun kepala batu juga. Terlepas cakap.

" Kurang ajar..!! Panggg...!!" Berpinar terus mata aku ditampar oleh Taufik. Peritnya muka aku, berbirat pipi dengan tapak tangannya.

" Kau memang sengaja buat aku sakit hati kan. Kau tahu tak, aku sayang kau tau Aina. Aku tak nak lepaskan kau tapi kau paksa aku.." Taufik semakin mengganas dan berkata. Bahu aku dipegangnya kuat, kemudian sekali lagi aku ditampar. Di tolak ke lantai pula. Tersungkur lagi aku. Airmata mengalir laju minta dilepaskan.

" Sakitlah. Sudahlah. Bunuh jelah saya Taufik. Jangan buat saya macam ni.. Ya Allah..!!" Aku merayu dan terus merayu. Dia tetap pukul aku. Aku jadi lemah.

" Aku nak kau, tapi kau tak nak aku. Kau buat aku macam orang gila sekarang. Kau tahu tak, fikiran aku hanya kau je tau. Aku datang sini 

semata-mata nak jumpa kau sebab aku rindu kau Aina tapi kau keluar dengan jantan lain. Kau memang tak guna. Kau memang perempuan jahaman..." Aku terduduk terus dilantai lepas ditolak kuat. Mengesat airmata sendiri. Taufik terus meluah dan meluah.

" Iya.. Memang saya perempuan jahanam. Kenapa masih cari saya lagi, mana perempuan cuci dan mulia awak tu. Pergilah dekat dia. Jangan cari saya lagi, janganlah ganggu saya lagi. Saya tak nak jumpa awak sampai bila-bila. Awak cuma tahu pukul je. Awak ingat saya ni apa Taufik... " Aku kuatkan badan bangun perlahan-lahan. Airmata terus menitis.

Taufik menekup muka dengan tapak tangannya. Sakitnya badan aku, sakitnya muka aku. Sakit semuanya.

" Maafkan abang.. Maafkan abang Aina. Abang.. Abang sayang Aina. Abang sayang anak-anak. Abang sayang family kita.." Taufik cuba menyentuh tangan aku. Mohon maaf berkali-kali tapi aku tepis kasar.

" Tolong jangan ganggu hidup saya. Pergilah.. Saya dah cukup bersabar dengan awak. Saya tak sanggup berhadapan dengan ini semua.." Kataku. Aku mengambil beg kertas tadi yang tercampak berhampiran pokok bunga. Kemudian, aku berdiri dihadapan Taufik. Aku pandang tepat ke mukanya.

" Jangan kacau aku lagi. Kau dan aku dah tak ada apa-apa ikatan. Dah berakhir. Tolonglah terima hakikat. Aku hormat kau sebab kau bapa kepada anak-anak. Aku tetap bersabar kau  pukul aku walaupun kita dah berpisah. Tapi sekarang aku tak boleh sabar lagi. Kau dah melampau. Dengar ni Taufik, kalau lepas ni, kau datang lagi dan naik tangan ke muka aku walaupun sekali. Aku akan terus buat report polis. Biar kau meringkuk dalam penjara.  Aku tak akan berdiam lagi. Ingat tu Taufik. Ingat..!!" Kataku tegas. Serius. Dia terdiam.

Aku jalan perlahan-lahan meninggalkannya. Menahan sakit kaki yang terseliuh mungkin semasa ditolak tadi. Aduhai.. Dahlah badan rasa macam nak demam. Sekali dipukul pula. Makin sakitlah aku. Boleh pula tak ada sesiapa yang lalu atau saksikan kejadian tadi. Kalaulah ada saksi, kan bagus. Memang tak ada rezeki. Memang aku jadi bahan pukulannya tadi. Inilah yang paling teruk dia pukul aku. Aku tak mampu nak melawan, tenaga lelakinya kuat sedangkan aku lemah seluruh badan. Aku hanya mampu melawan mulut je.

Niat nak ke toilet untuk membuang pun sampai terencat. Tak jadi sudahnya. Nak ke gerai kek pun tak jadi. Tak naklah nanti customer nampak muka aku yang dah merah ni ada kesan tamparan kat pipi. Dah macam pakai pemerah pipi je. Aku menuju ke kereta, masuk dalam kereta, hidupkan enjin, lock pintu, pasang aircond, pasang radio dan rehatlah kejab.

Beg kertas hadiah pemberian Mr. Blueberry Cheese aku letak diseat sebelah. Tak tengok lagi apa isinya. Nantilah kat rumah. Badan aku makin lemah, pening pula kepala. Aku sandarkan badan diseat dan turunkan sedikit seat ke bawah.

"Ya Allah... Apa salah aku? Apa dosa aku? Kenapa aku terus dilakukan begini? Lindungilah aku Ya Allah. Kuatkan semangatku, cekalkan hatiku untuk terus hadapi dugaan ini dengan tenang.." Aku berdoa.

Andailah ada insan yang sudi melindungi dan mempertahankan aku disaat aku diperlakukan begini. Mesti aku seronok tapi tiada seorang pun yang sudi membantu dikala aku dijadikan seperti bahan ulian tepung donat.

 Dipukul sana sini, ditumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian diuli lagi dan lagi. Dipukul, ditumbuk sampai lembik dan lembut. Aduhai... Nasiblah Aina... 

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.