Bab 14
Seperti yang telah dijanjikan, kek tempahan dari Mr. Blueberry Cheese siap. Aku masukkan kek ke dalam kotak dan selitkan pisau kek dibawah papan kek. Kemudian, ku tutup kotak dan selotipkan.

" Kak Hasnah.. Saya nak hantar kek kejab ek. Nanti kalau ada customer datang nak ambil kek kartun tu, akak uruskanlah ye. Resit semua saya dah letak atas kotak tu ye.." Pesan aku pada Kak Hasnah.

" Okey.. Bisa diatur.." jawab Kak Hasnah.

" Nak makan apa-apa tak? Saya belikan.. Idah, kau nak makan tak?" Tanya aku lagi.

" Hmm.. Petang-petang macam ni, akak belilah pisang goreng ke,keropok lekor ke.." Pinta Zaidah.

" Okey.. Nanti akak beli. Pergi dulu ek.. byeee!!" Aku terus angkat kotak kek dan keluar dari kedai. Kotak kek aku letak di bahagian belakang seat. Dan aku memulakan pemanduan. Mendengar radio dan ikut bernyanyi.

Masuk ke dalam satu kawasan perumahan yang aku tak pernah jejak sebelum ni. Nak hantar kek ke rumah siapa entah ni. Aku pun tak pakar sangat kawasan perumahan ni. Boleh tahan  juga besar-besar rumah ni. Aku berhentikan kereta di bahu jalan. Mencari whatsapp dari Mr. Blueberry Cheese dan melihat address yang diberi pada aku malam tadi. Mahu confirmkan semula.

" No 40, Jalan Orkid 6.. Ni Jalan Anggerik. Depan tu kut.." Kataku sendiri.

 Aku memandu perlahan hingga ke hujung jalan. Pandang kanan kiri. Haaa!! Tu dia Jalan Orkid 6, memandu lagi perlahan. Okey.. Sampai depan rumah bernombor 40. Rumah berpagar kayu, cantik rumah ni. Ada sebuah kereta Vios berwarna hitam. Aku keluar dari kereta dan menekan loceng. Berkali-kali jugalah aku tekan.

" Assalammualaikuuummmmm.." Aku memberi salam. Tak berjawablah pula. Ada orang ke tak ni. Aku keluarkan handphone dan terus whatsapp Mr. Blueberry Cheese.

" Oooo Mr. Blueberry Cheese.. Saya dah dekat depan rumah ni. Tapi bagi salam tak ada orang jawab pun. Saya nak kena tunggu sampai malam ke atau sampai esok ye.." Kemudian, aku sent.

Aku tekan loceng lagi. Aduhai.. Ada orang ke tak ni. Tak apalah, tunggulah kejab. Ishh..!! Mana pula Mr. Blueberry Cheese ni, tak reply pula. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti didepan kereta aku. Keluarlah seseorang.. Azaim? Eh... Aku berkerut.

" Eh... Aina. Awak buat apa kat sini?" Tanya Azaim. Pelik.

"Nak hantar keklah. Tapi dari tadi saya bagi salam tak ada orang jawab.." Jawabku.

"Hantar kek? Kek apa? Bila masa pula saya order?" Azaim garu kepala. Muka memang pelik. Aku pun rasa pelik juga.

" Aik.. Awak jangan macam-macam. Yang kelmarin order tu, siapa pula? Tak kan hantu kut.." Aku dah mula bengang. Macam ada yang tak kena je ni.

" Eh.. Betul. Saya tak tipu, saya tak order kek pun. Tak ada sesiapa sambut birthday kut. Tapi kek apa?"

"Russian. Awak jangan cari pasal tau. Dahlah panas ni, ada pula yang terbakar nanti ni." Aku mula marahlah. Bengang kut.

" Kejab.. Kejab..! Siapa yang order dengan awak? Maksud saya, nama yang order tu.." Azaim tanya. Menbetulkan cermin mata rabun dia.

"Mr. Blueberry Cheese..!!" Aku dan Azaim jawab serentak. Aikk.. Ini dah pelik dah ni. Aku terkejut. Hairan. Pelik. Semualah.

" Aik.. Mr. Blueberry Cheese tu bukan awak ke?"
Aku pandang tepat ke anak mata Azaim. Mendongak aku pandang dia. Muka aku memang serius. Azaim ketuk dahi. Start dah dia punya mengelupur.

" Aduh mamat ni. Buat hal lah pula. Bukan dia nak bagitau aku. Kan dah kantoi." Azaim cakap sendiri perlahan tapi aku dengar dengan jelas. Dia tak senang berdiri dah. Macam cacing kepanasan je aku tengok.

" Kantoiii..?! Kantoi apa ni? Kalau bukan awak Mr. Blueberry Cheese, habis siapa dia? Awak jangan macam-macam Azaim, saya ni ada tali pinggang merah putih hitam tau. Tak pasal-pasal patah kaki tangan kepala awak kang.."

" Eh.. Relax.. Relax.. Bawa bertenang. Tarik nafas, lepas.." Tahu takut.

" Saya bukan nak bersenam, tarik nafas bagai. Ni kek ni macam mana ni? Siapa yang harus bertanggungjawab ke atas terima kek ni? Saya dah buat sedap-sedap. Jangan cakap nak cancel pula. Kena kang.." Kataku tegas dan garang. Nak main-main pula dia dengan aku.

"Okey.. Okey.. !! Saya terima kek ni. Saya makan, memang saya suka kek  Russian ni. Berapa ringgit? Saya bayar sekarang.." Huru-hara dia, terus keluarkan wallet.

" Kek ni dah dibayar oleh Mr. Blueberry Cheese tu. Saya cuma nak hantar je ni. Dia cakap nak buat surprise.." Kataku jujur.

"Laa iyeke! Okey.. okey.. Selamat duit aku. Saya terima kek tu, bak sini.." Senyum Azaim.

Aku terus buka pintu kereta dan ambil kotak kek. Lalu beri pada Azaim.

" Nah ni keknya. Makanlah sampai muntah.." Azaim sengeh macam kerang busuk.

"Dapat kek free. Sedap ni.. Mahu gemuk saya makan kek sedap ni. Hehe..." Aku pandang Azaim ni besar kecil besar kecil je.

" Sengeh-sengeh. Dah macam kambing je saya tengok. Sekarang ni saya nak tahu, siapa Mr. Blueberry Cheese tu sebenarnya?" Aku buat muka serius.

"Alamak.. Perlu ke saya jawab ni.." Azaim buat muka serba salah pula.

" Perlulah.. Saya ingat dia tu awak, rupanya orang lain. Saya paling tak suka orang tipu saya, tahu tak. Cepat cakap siapa Mr. Blueberry Cheese tu. Ke awak nak patah kaki tangan ni.. Cepat cakap..! Sebelum saya mengamuk.." Aku jeling Azaim tajam setajam-tajamnya. Cuak muka dia.

"Okey.. Okey.. Saya cakap. Sabar ye sabar. Sabar tu separuh daripada iman kan. Kejab.. saya nak letak kek ni dalam kereta. Tak pasal-pasal cair pula kek ni.. Tunggu jab ye.." Azaim sengeh lagi. Berpeluh mukanya. Ketakutan kut. Apalah.. Diugut macam tu je pun cuaknya macam apa je, lelaki ke pondan ni. Aku nak gelak je tengok gelagat dia tapi aku tahankan. Mengelupur habis dia. Hahaha..

Lepas letak kek dalam keretanya, dia jalan ke arah aku semula. Aku tetap buat muka garang harimau. Berkerut sejuta. Menanti jawapan dia.

" Cepatlah cakap..!" Gertak aku. Terkejut dia.

" Iye nak cakaplah ni. Sabarlah. Garang betul lah awak ni, nampak je lembut. Harimau pun kalah.." Merungut Azaim.

"Ni bukan harimau lagi ni. Ni dah naga, monster semua. Jangan banyak bunyilah Azaim. Cepat cakap, siapa Mr. Bluberrry Cheese tu.."

"Mr. Blueberry Cheese tu sebenarnya sepupu saya.."

"Sepupu awak?"

"Iye.. Tapi dia tak duduk sini. Dia duk kat KL dan sebenarnya dia tak duduk KL pun. Dia duduk kat Taiwan sekarang, kerja kat sana.."

"Ha? Apa awak merepek ni. Kejab duduk kejab tak duduk. Bikin panas betul lah dia ni. Belasah kang.." Geram pula aku dengan Azaim ni. Pusing-pusing cerita pula.

" Macam ni.. Sepupu saya tu orang KL. Tapi dia kerja dan duduk kat Taiwan.."

" Okey.. Tapi macam mana dia tahu kek saya. Order Blueberry Cheese tempoh hari sedangkan dia dekat Taiwan tu?" Aku tanya. Keliru betul lah.

" Dia ada balik Malaysialah dan dah tentulah dia ada balik rumah saya ni, kan ni rumah makcik dia, saya sepupu dia. Setiap kali dia balik sini, saya akan bawa dia ke pasar tani tu dan awak pun tahu kan. Setiap minggu saya beli kek awak. Jadinya, dia pernah rasalah kek awak dan tahulah kek awak. Fahamm!!" Jelasnya. Aku angguk kepala tanda faham.

"Dia memang hantu kek Blueberry Cheese. Dan sangat cerewet pasal kek tu. Mana-mana tempat dia pergi, dalam atau luar negara memang akan cari kek Blueberry Cheese tu tapi tulah ada je yang tak kena dekat tekak dia. Dan bila dia rasa sekali kek awak, entah macam mana entah terus dia terpikat. Kek awak memang berhantu. Power..!!" Sambungnya lagi. Aku tercengang mendengar.

" Dia kenal saya ke dan saya kenal dia ke?" Tanyaku lagi. Ingin kepastian.

" Of course lah dia kenal awak dan saya tak pastilah pula awak cam dia ke tak. Yang pasti dia memang pernah ikut saya beli kek awak. Dua minggu lepas dia ada ikut saya ke pasar tu waktu tu saya dengan mama saya. Awak ingat tak?" Aku berkerut cuba mengingati semula.

" Kejab.. Saya tunjuk gambar dia." Handphone dihulurkan pada aku dannn..

" Ha?? Ini.. ini Mr. Blueberry Cheese?" Terkejut aku tengok gambar itu. Gambar lelaki berkulit cerah dengan memakai cermin mata hitam bergayanya. Terkedu aku sekejab.

" Iyelah. Tulah dia Mr. Blueberry Cheese awak.." jawab Azaim.

" Lelaki cermin mata hitam bergaya ni Mr. Bluberry Cheese? Awak tak tipu?" Aku ulang lagi bertanya. Memang terkejut.

" Haahaha.. Iye.. Saya tak tipulah.


Itulah dia.." Aku terdiam seketika. Menghulurkan handphone pada Azaim semula. Aku buat muka pelik.

" Ni gambar dia tak pakai cermin mata hitam bergaya. Tengoklah ni.. Hehe.." Azaim memberikan handphonenya padaku semula. Aku ambil jelah dann... Boleh tahan hensem. Tapiii...

Aku pandang Azaim dan kemudian pandang gambar Mr. Blueberry Cheese dalam handphone ni. Berkali-kali aku pandang dia silih berganti. Berkerut.

" Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Azaim. Telan liur dia.

" Kenapa muka lain sangat. Kata sepupu. Kenapa awak gelap, kenapa dia cerah. Muka awak muka jawa tapi muka dia ni chinese look. Awak tipu saya yee.." Aku pandang sinis je dekat Azaim ni. Cari pasal ke apa ni.

" Ya Allah..!! Saya tak tipulah. Dia memang sepupu saya. Dalam family dia memang lain dari yang lain. Dia sorang je muka cina, mata sepet. Tak tahulah masa mak dia mengandungkan dia, mungkin mak dia suka tengok Jet Li kut tu yang terkenan kat dia tu.." Jawab Azaim selamba. Bergurau pula Azaim ni.

" Arhh..!! Lantaklah malas nak fikir. Eh.. Tapi kan Sabtu lepas, saya niaga dekat Klang. Dia ada beli kek. Awak cakap dia kat Taiwan.. Kelirulah saya.." Aku berkerut lagi. Lama-lama tualah aku jadinya asyik berkerut dahi je.

" Flight dia Ahad sebelum subuh. Jadi Sabtu sebelum dia terbang tu dia tengoklah awak. Dia ni kalau balik sini memang selalu follow awak kat pasar. Tapi tengok awak dari jauh je.." Jelas Azaim. Lagi sekali aku terkejut.

" Follow saya? Follow saya kenapa pula? Bahaya betul lah you all ni. Dia ada niat jahat ke ni? Jangan cari pasal, saya buat police report nanti baru tahu. Dan awak-awak sekali kena.." Aku pula mula cuak. Gila tak cuak. Kut-kut dia ada niat jahat ke. Bawa aku lari, rogol aku. Eeee... Takutnya..

" Taklah.. Dia tak ada niat jahat pun. Niat dia baik.."

" Baik apa kalau follow orang. Kut dia nak bawa saya lari, lepas tu buat benda jahat kat saya. Rogol saya ke, lepas tu minta wang tebusan kalau tak dapat dia campak saya ke bunuh saya ke kat tepi jalan. Tak naya...!! Orang sekarang bukan boleh percaya. Muka baik tapi perangai haram jadah.. " Membebel aku. Azaim boleh pula gelak. Pelik. Tak betul ke apa aku cakap.

" Hahahaa.. Awak ni kan. Janganlah negatif sangat. Awak kira beruntung tau. Sepupu saya tu suka kek awak. Kiranya kek awak tu dah buka selera tekak dia. Bila dia cakap kek awak sedap maknanya memang sedaplah tu.."

" Tak ada maknanya sedap. Dia cakap kek saya tak sedap dan tak kena dengan tekak dia. Macam-macam dia complain. Kritik gila-gila. Dia cakap kek saya blacklist. Tak nak order lagi tapi order juga ni. Pelikkk..!!" Aku meluah. Menyandarkan badan di pintu kereta.

" Hahaha.. Aina.. Dia cakap semua tu cuma spiko je. Untuk pengetahuan awak, Mr. Blueberry Cheese tu bukan je terpikat dekat Blueberry Cheese cake awak tapi dia dah terpikat dekat Si Penjual Kek. Tahu tak !!" Azaim gelak kecil dan geleng kepala.

" Apa?? Apa.. apa awak cakap??" Telan liur aku. Terkejut.. Sangat.. sangat terkejut.

" Iye.. Dia dah terpikat dekat awak dan nak kenali awak.." Jawab Azaim tenang.

Pula dah. Gila ke Mr. Blueberry Cheese ni. Dia salah orang. Salah terpikat. Masaaakkk..

" Ishh..!! Gilalah. Dahlah, pening kepala saya. Saya malaslah nak fikir benda pelik macam ni. Dahlah, saya balik dulu. Terima kasih ya kek tu awak terima. Okey bye...!!" Aku terus buka pintu kereta. Dan masuk dalam kereta. Tingkap kereta memang aku tak tutup sebab aku tak pasang aircond.

"Aina.. Saya tak tipulah. Dia memang dah terpikat dekat awak. Dia dah syok dekat awak.." Kata Azaim.

" Tak payah nak mengada-ngadalah Azaim" Aku jeling padanya.

Aku teringat akan bayaran kek malam tadi melalui akaun bank aku. Tanpa berlengah,
Aku ambil handphone dan aku check akaun bank aku. Aku nak tengok berapa ringgit yang Mr. Blueberry Cheese tu bank in dekat aku. Check punya check. Terbeliak mataku melihat.

" Apasal banyak sangat sampai Rm150? Kek aku Rm80 je kut.." Aku cakap sendiri mula rasa tak sedap hati. Aku terus keluarkan duit aku dari dalam poket seluar. Selamat duit aku cukup Rm70. Jadi.. aku terus keluar semula berikan wang berjumlah Rm70 pada Azaim. Azaim pelik. 


"Ambil baki duit kek Russian. Mr. Blueberry Cheese bank in kat saya Rm150 tapi kek saya hanya Rm80 je. So.. Saya kembalikan baki kek ni pada awak. Okey?!" Kataku.

" Eh.. Tak apalah. Dia bagi awak ni.." Azaim menolak dan menghulurkan semula duit itu padaku. Tapi aku tolak sekeras-kerasnya.

" Saya tak nak. Saya hanya ambil duit kek je. Duit lain saya tak nak. Dan saya tak nak dia beli kek sebab saya. Saya tak nakkkk..!!! Faham tak Azaim. Tolong bagitahu Mr. Blueberry Cheese, saya ucap terimaaaa kaaasih banyak-banyak.. Okey bye...!!" Azaim terdiam.

Aku terus masuk ke dalam kereta semula dan memulakan pemanduan. Azaim masih lagi terpinga-pinga. Garu kepala yang tak gatal.  Nasib kaulah Azaim.

Fuhh!! Gilalah Mr. Blueberry Cheese ni. Salah oranglah dia nak terpikat. Dah terpikat dekat kek aku, boleh pula terpikat kat aku. Hohohooo.. memang cari nahas kau Mr. Blueberry Cheese. Jangan macam-macam.

 Aduhai.. Risaunya aku...!!!
Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.