Bab 3
Fuhh!! Penat betul hari ni. Aku berdiri di depan chiller melihat lapan biji kek yang dah siap semua. Esok pagi niaga kat Putrajaya. Tapi bukan aku yang niaga, ada seorang pembantu khas kami untuk niaga kat pasar je. Amin namanya budak lepasan Spm. Kerja part time. Petang pula niaga kat pasar tani kat pekan.

Kek untuk Putrajaya dah siap empat biji, kek pasar tani dah siap empat biji juga. Nak kena siapkan lagi tiga biji. Okey senang je tu. Esok pagi sambung balut dan deko kek. Dah jam 6.30 petang ni. Aku nak balik rumah pula.

Dari kedai ke rumah tak jauh pun. Merempit je. Sampai rumah anak-anak aku tak adalah pula. Biasalah tu, petang-petang macam ni balik dari sekolah terus merayaplah mereka. Pergi ke rumah Moyangnya. Bermain. Aku pun masuk dalam rumah, mandi. Selesai mandi terus ke dapur, hari ni mak aku masak ikan selar masak kicap dan sayur kubis masak lemak. Sedap ni. Perut lapar tapi nak makan tak ada seleralah pula. Kembalilah aku masuk ke dalam bilik. Labuhkan badan di katil sambil layan handphone.

Notification facebook berbunyi. Ada komen di gambar kek yang aku upload pagi tadi. Komen dari Azaim Hamdan. Aku baca..

Azaim Hamdan - " Esok petang ada niaga kat pasar tani tak? Ada kek apa je?"

Aina Si Penjual Kek- " Insha Allah niaga. Deliccious Chocolate, Russian Black White, Blueberry Cheese, Chocolate Cheese, Strawberry Mille Crepe, Rainbow cake, Chocolate Indulgence dan Almond Butterscoth.

Azaim Hamdan- " Semua sedap-sedap ni. Kalau sempat saya datang esok. Kek cik ni memang sedap gilalah. Tiap minggu saya beli tau.

Aina Si Penjual Kek-" Hehe.. Iyeke. Terharulah. Terima kasih.

Aku gelak sendiri baca komen dia ni. Saja intai profil dia. Saja nak tengok muka dia. Kut aku kenal. Laa pula, gambar seorang lelaki pakai kacamata hitam bersandar di kereta Honda menghadap tepi. Hmm.. memang tak camlah muka dia ni. Nampak dari tepi tu muka jambu, budak-budaklah ni.

Tak lama, Syaira dan Aqil balik. Kecohlah rumah dengan suara mereka. Aku ajak mereka makan, sambil makan kami berborak. Tanya tentang persekolahan mereka siang tadi. Macam-macam ceritanya. Seronok je dengar. Lepas makan, kami solat maghrib bersama. Waktu malam kalau aku tak niaga kat pasar memang aku habiskan masa dengan mereka jelah. Dengar Syaira ajar Aqil mengaji kemudian temankan dan ajar mereka siapkan kerja sekolah dan kemas buku.

"Mama.. Dah lama papa tak telefon. Ira rindu papalah.." tiba-tiba Syaira bersuara. Syaira ni kira dapatlah juga rapat dengan Taufik, dapatlah merasai sikit kasih sayang dari Taufik. Itu yang dia terasa kut bila lama Taufik tak hubungi dia.

" Papa tak telefon ke ma? Mama telefonlah  papa.." tanyanya lagi.

" Tak. Mama tak tahu nombor telefon papa. Papa asyik tukar nombor telefon je. Lagipun, handphone mama tak ada creditlah." jawabku jujur.

" Hmm.. Tak apalah. Kalau papa ingat kita mesti papa telefon kita kan." katanya lagi. Kasihan Syaira. Aku tahu dia rindu Taufik.

" Papa tak sayang kitalah kak.." Aqil pula bersuara. Telan liur aku dengar. Pandai pula adik ni bercakap.

"Papa sayanglah cuma papa busy je. Kalau papa ada masa nanti, dia call lah. Dah.. dah.. siapkan kerja sekolah lepas tu solat dan tidur." aku mencelah. Aku memandang wajah mereka ni. Sedih sebenarnya. Sepatutnya waktu umur mereka macam ni, mereka bersama bapanya. Tapi hmm.. tak apalah nak. Sabar jelah nak.

Siap je kemas dan susun buku. Mereka terus ke bilik air, ambil wuduk dan solat. Mereka ni anak-anak yang baik. Mendengar cakap dan sangat memahami. Aku sangat bersyukur, walaupun hubungan aku dan Taufik bermasalah tapi Allah beri aku rezeki anak-anak yang alhamdulilah baik. Pencapaian pelajaran Syaira cemerlang, dari sekolah tadika, tahun satu sampai tahun empat, memang terbaik. Sama juga dengan anak bujang aku, Aqil. Pun sama, tapi Aqil lebih pada sukan. Kira dua-dua cemerlanglah. Pelajaran agama pun alhamdulilah, mengaji pun lancar. Kadang aku pun malu, aku yang dah tua ni pun mengaji ada tergagap-gagap jugalah. Nak kena belajar dari anak-anak sendiri ni. Hehe..

Sebelum mereka tidur, kami berbual lagi. Bergurau senda, sambil menonton tv. Lama-lama mereka senyap. Dah mimpi ke bulan rupanya. Aku gelak sendiri. Aku selimutkan mereka, kejab je selimut ni. Tak sampai setengah jam kang, hilanglah selimut tu.

Aku padamkan tv, nak tidur tak dapat pula. Pusing kanan pusing kiri. Bosanlah pula. Bipp..!! Notification whatsapp berbunyi. Tangan mencapai handphone. Eh..! Nombor Taufik. Hantar gambar pula dah. Malas betul aku nak download gambar merepek dia ni. Aku tahu, ni Monica tu yang hantar gambar. Saja nak sakitkan hati aku. Padahal aku dah tak hairan pun gambar tu semua. Memenuhi memori handphone aku je. Tak apa, download jelah.

Aku senyum melihat gambar dia dan Taufik. Amboiii.. Mesra dan bahagianya. Berpelukkan ditaman bunga. Romantik gitu! Dahlah belum kahwin, peluk-peluk lagi. Haram oii haram. Gasak koranglah. Aku memang dah tak ambil port dah pasal Taufik ni. Walaupun masih suami tapi apa aku boleh buat. Dia pun tak ambil port langsung pasal kami. Aku letak handphone semula. Kurenung wajah anak-anak aku. Teringat peristiwa itu lagi. Tinggg!!

Masa tinggal disana, aku pernah kerja dekat satu butik pakaian. Kerja aku menjahit baju pelanggan. Waktu tu, umur Syaira dua tahun lebih dan aku hantar Syaira pada pengasuh iaitu isteri kawan Taufik. Dapatlah aku kerja, hari Isnin sampai Sabtu. Masuk kerja jam 8.00 pagi dan balik jam 6.00 petang. Gaji waktu tu memang tak banyaklah, belah borneo gaji memang sikit berbanding Semenanjung hanya gaji Rm400 sebulan. Aku bayar upah pengasuh Rm150, bagi suami Rm100 bayar api air. Kalau tak bagi nanti kata aku tak membantu pula. Okeylah ikhlaskan. Baki tinggal Rm150, itulah perbelanjaan aku sebulan. Nak buat makan, kadang-kadang beli lauk rumah.

Balik kerja aku terus masak, siap masak aku rehat sekejab sambil layan Syaira bermain. Waktu tu belum ada Aqil lagi. Dan entah kenapa, boleh pula Taufik balik awal hari tu. Bermain dengan Syaira. Aku duduk sendiri ngadap tv. Jarang kami dapat duduk bertiga macam ni sejak Taufik dah ada Monica. Rasa janggal dengan suami sendiri. Mana taknya, hati dah kecewa.

" Kan best kalau ada anak lelaki. Boleh bawa main bola, bersukan.." Eh..Eh.. Tiba-tiba pula Taufik bersuara. Aku senyap je. Nak anak lagi pula, anak sorang ni pun tak layan. Asyik ditinggal je.

" Boleh ke nak jaga karenah saya ni kalau mengandung? Dengan saya mabuk teruk, minta macam-macam, sanggup ke awak layan. Jaga saya waktu mengandung, jaga Syaira.." saja aku bertanya.

" Anak tu kan rezeki." Jawabnya.

" Memanglah rezeki. Tapi kalau buat anak je pandai, jaga tak pandai. Semua saya je, time awak nak saya, awak ambil. Time tak nak, awak campak saya. Macamana pula tu? " Aku ni pun emosi pula. Geram.

" Tak habis-habislah. Kan saya dah cakap, saya tak buat lagi dah. Saya nak dengan family saya je sekarang ni. Saya nak bina hidup baru." kata-katanya memang manis mengalahkan gula.

Aku baru je balik bumi kenyalang ni baru dua bulan. Lepas kantoi dia dengan Monica masa umur Syaira setahun dulu. Taufik suruh aku balik Semenanjung, aku pun baliklah. Lapan bulan lepas tu dia ambil aku dan Syaira. Janji macam-macam, dan aku pun kembalilah mempercayai kata-katanya. Suami kan, sayang tetap ada. Sakit dan kecewa macam mana pun tetap mengalah. Dengan harapan dia betul-betul dah berubah. Tapi jujur cakap, aku memang tak percaya langsung.

Pada mulanya alhamdulilah, dia okey. Banyak habiskan masa dengan kami, layan aku dengan baik, tak keluar malam. Aku pun fikir, mungkin dia dah betul berubah kut. Jadi, nak dijadikan cerita, aku pun terfikir balik apa yang dia cakapkan. Katanya nak anak lagi.

Mungkin dengan ada anak lagi sorang, dia akan terus berubah. Syaira pun ada kawan. Umur aku pun masih muda lagi. Jadi, aku nekad. Aku buat keputusan, aku nak stop ambil perancang keluarga dan setuju untuk mengandung lagi. Dengan harapan, Taufik akan berubah dan penuhi kehendak dia. Jujur cakap, sebenarnya bila dia dah buat aku macam tu, aku jadi trauma dan takut tapi tak apalah. Aku kena terima semua ini. Serah je pada Allah.

Alhamdulilah, lepas dua bulan aku stop ambil 

perancang, aku hamil. Allah bagi rezeki secepat itu.

Aku sendiri pun rasa happy sangat. Rasa macam hamilkan anak pertama je. Seronok gilalah. Balik kerja aku terus bagitahu berita gembira ini pada Taufik.

" Abang.. Saya pregnant." Kataku seronok. Senyum lebar.

" Hmm.." Itu je jawabnya. Langsung tiada reaksi gembira. Buat muka selamba je. Mata terus menghadap handphone.

" Abang.. Abang tak happy ke? Tak ada apa-apa respon pun.." Aku buat muka merajuk. Tarik nafas dalam. Sedih pula rasanya.

" Iye abang dengar. Syukurlah.." Katanya. Hanya pandang sekilas je pada aku. Aku terus bangun dan menuju ke dapur. Minum air dan duduk di kerusi.

Sedih dengan reaksi Taufik, dia yang nak anak tapi bila dapat berita ni dia macam tak happy je. Atau ini cuma perasaan aku je. Entahlah..
Bermula dari hari itu, aku mula mabuk teruk sama macam mengandungkan Syaira dulu. Tengok cahaya matahari pun tak boleh. Dan, mengandung kali ini pun sama juga.

Aku mabuk teruk. Memang langsung tak dapat bangun, hanya muntah, pening dan tekanan darah rendah asyik pitam je. Makan langsung tak boleh, makan muntah, makan muntah. Badan jadi lemah sangat. Mula-mula Taufik jaga aku dengan baik tapi dia jadi bosan. Dah mula keluar malam, balik kerja terus keluar. Biarkan aku dengan Syaira dekat rumah. Sampai hati. Dia cakap, aku mengada-ngada. Ya Allah.. Ingat mabuk mengandung ni boleh buat suka-suka ke? Boleh nak mengada-ngada ke? Sedih sangat!

Dalam keadaan  aku yang lemah longlai, Syaira pula menangis nak susu, nak makan. Balik kerja Taufik tetap nak keluar. Sebelum keluar dia cuma buatkan Syaira susu sebotol je.

" Abang nak keluar, tidurkan Syaira tu. Jangan awak nak tidur je.." Katanya yang buat aku sentap.

"Abang janganlah keluar. Saya tak laratlah bang. Tolonglah jagakan Syaira.." Pintaku dengan suara yang lemah.

" Abang dah buatkan dia susu tu. Abang keluar kejab je.."

" Tolonglah abang. Janganlah keluar. Saya tak larat bang. Kasihanlah saya.." Aku merayu tapi dia tetap keluar tanpa pedulikan aku. Aku hanya menangis je. Sedihnya aku. Aku baring dan sapu minyak angin kat kepala. Kepala macam nak pecah, badan macam melayang-layang je. Arhh!! Loya lagi tekak. Aku kuatkan badan, memaut pada dinding dan bangun perlahan-lahan ke bilik air.

Muntah lagi dan lagi. Peritnya tekak, dah tak ada benda nak dimuntahkan pun. Muntah hijau pun dah tak ada. Aduhai... Aku kena kuat demi anak dalam kandungan ni. Aku keluar dari bilik air, kaki melangkah perlahan-lahan dan tiba-tiba pandangan aku jadi gelap gelita.

Aku pitam lagi. Aku sedar Syaira menangis ditepi aku. Aku bangun perlahan-lahan, aku kuatkan badan buatkan dia susu. Kemudian aku baring lagi dan Syaira baring disebelah aku. Kasihan anak aku. Aku menangis dan menangis. Aku call Taufik minta dia balik. Aku memang tak larat, aku minta dia bawa aku ke hospital. Badan aku memang sangat lemah. Taufik jawab panggilan tapi katanya sekejab lagi dia balik. Aku tunggu dia balik dan akhirnya terlelap.

Aku terjaga bila rasa tekak ni macam nak terkeluar. Aduhai... Terpaksa mengesot ke bilik air, tak larat nak bawa badan. Makan langsung tak, nak makan pun tak tahu nak makan apa. Sebab tak ada lauk, tak ada makanan pun. Macam mana aku nak masak dengan keadaan macam ni. Taufik tak belikan apa-apa makanan pun. Aku sedih Syaira pun langsung tak makan. Ya Allah.. Kasihannya anak aku.

Eh!! Mana Syaira? Aku terus kuatkan badan bangun dan keluar dari bilik dengan memaut pada dinding. Aku ke ruang tamu tengok Syaira tiada. Risaunya aku. Aku panggil Syaira. Tiada sahutan. Dada berdegup kencang. Aku jalan perlahan ke dapur pula. Terpaku aku melihat Syaira. Airmata terus deras menitis. Aku terduduk ke lantai. Anak aku!

Syaira cuci pinggan. Memang pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki. Aku tak tahulah berapa hari punya pinggan. Aku langsung tak ke dapur pun beberapa hari ni. Taufik beli makanan bungkus je untuk aku. Dan tak sangka, Taufik langsung tak tolong kemas dapur. Sedih teramat sedih.

Syaira berdiri atas kerusi dan mencuci pinggan. Air paip dipasang, satu persatu pinggan dicucinya dengan cecair pencuci pinggan. Kemudian, Syaira bilas dibawah air paip yang mengalir. Terharunya aku. Syaira memahami keadaan aku. Anak yang berumur dua tahun lebih ini bantu aku cuci pinggan. Atas meja pun bersih, kain lap terletak di tepi sinki. Syaira yang buat semua. Ya Allah.. Anak aku. Terima kasih sayang. Terima kasih Ya Allah. Menitis gembira aku melihat Syaira. 


Aku dan Syaira menunggu Taufik disofa dan akhirnya kami tertidur tanpa makan dan minum. Aku sedar Taufik balik jam 5.00pagi. Tak apalah. Biarlah aku dan Syaira mati je. Sedih aku. Aku dibiarkan dan ditinggalkan dalam keadaan begini. Sanggupnya dia. Tak apalah.

Genab lima bulan kandunganku, Taufik suruh aku balik Semenanjung lagi. Alasan tetap sama. Tak mampu nak tanggung. Mudahnya...!! Stress gila aku waktu tu. Memang tak pandai serik, tak reti insaf langsung Taufik ni. Sampainya hati Taufik. Aku tak boleh nak cakap apa dah. Terpaksa relakan. Jadi, baliklah aku semula untuk kali kedua ke Semenanjung. Kali ini aku balik dengan alasan sendiri iaitu mahu bersalin. 

Alasan Taufik memang tak boleh pakai. Tak mampu tanggung? Padahal, nak together-gether dengan Monica. Pandainya dia atur hidup aku. Memang hebat, memang terbaik. Tak apalah, aku malas nak fikir, malas nak gaduh. Ikutkan jelah. Aku sendiri ke klinik, ke hospital, semua sendiri sama juga semasa mengandungkan Syaira dulu. Sendiri.

Sampailah waktu melahirkan, aku dah minta Taufik balik awal dari due date tapi dia tak balik pun. Lagipun, aku melahirkan awal seminggu. Jadinya, sakit bersalin semua sorang juga. Mujur aku bersalin kali kedua mudah dan berjalan lancar. Tapi lepas je melahirkan, l aku pitam. Itu memang aku tak sedar langsung. Yang aku tahu, pipi aku ditampar-tampar oleh nurse. Nama aku dipanggil-panggil. Dan aku sedar aku dipasang kan oksigen. Memang terpinga-pingalah.

Aku cuma dengar, doktor cakap dekat nurse.

" Dah sedar, pantau dia. Jangan bagi dia bangun.." Itu je. Aku selamat melahirkan bayi lelaki yang tembam dan comel lebih kurang jam 1.00pagi. Itulah anak aku, Aqil.

Lepas melahirkan dan keadaan aku dah stabil sikit, aku di tolak ke wad biasa. Aku dapat tidur dan rehat. Keesokan paginya, sewaktu aku mahu mandi, aku turun dari katil perlahan-lahan. Berdiri je aku, fuhh!! Kepala jadi pening dan hampir pitam. Selamat nurse ada dan terus tolong aku.

Aku duduk di kerusi. Nurse panggil doktor. Aku diminta baring semula di katil dan berehat. Doktor memeriksa aku. Doktor cakap, aku tak stabil lagi. Tekanan darah rendah, badan lemah. Darah banyak keluar masa melahirkan. Doktor cakap lagi, kalau aku terus bergerak aku boleh tumpah darah. Dan doktor suruh aku jaga pantang baik-baik. Baiklah doktor.

Keesokkan harinya, baru Taufik balik Semenanjung. Jumpa aku di hospital. Dia tengok bayi kami, seronok dia dapat anak lelaki. Keadaan aku pun dah stabil, dah okey. Aku dibenarkan keluar dari wad tapi doktor tetap pesan pada aku jaga diri baik-baik. Doktor takut aku alami tumpah darah. Itu je pesannya. Aku hanya angguk dan faham.

Bermulalah episod aku berpantang. Tapi berpantang aku tak macam orang berpantang pun. Hari ketiga aku dah buat kerja. Sidai kain, angkat kain jemuran, masak, macam-macam. Sampai mak aku bising. Taufik nak tolong. Hmm.. Dia yang patut cuti seminggu tapi balik pada hari kelima. Sedih betul. Biarlah dia balik sana, dekat sini pun jasad je ada tapi hakikatnya dekat Monica. Aku betul- betul makan hati. Kalau tak kawal emosi memang boleh meroyan. Tapi aku bukan lemah, aku dah nekad. Apapun terjadi, aku takkan lemah kerana perbuatan suamiku. Aku dah ada dua aset dunia akhirat. Dua aset nilah kekuatan aku. Biarlah apapun Taufik nak buat, biarlah. Yang penting, aku ada dua anugerah yang tak ternilai ni. Kebahagiaan aku. Cukup ini bagiku tanpa suami. Aku tahu bakal yang aku akan hadapi selepas ini. Aku... Dah sedia.!!

Huhu..!! Itulah kisah aku sewaktu diawal mengandungkan Aqil. Sedih sangat. Tanpa sedar, airmata aku menitis. Aku cium Aqil penuh kasih sayang. Aku pandang Syaira kemudian pandang Aqil pula. Anugerah paling terindah. Terima kasih Ya Allah..!!
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.