Bab 23
Aduhaii manalah Si Penjual Kek ni. Dari sehari ke sehari dia setia menunggu kemunculan Si Penjual Kek. Handphone memang terus didalam genggaman, tak lepas walau seminit. Doa memang tak pernah putus setiap kali solat. Memang betul-betul dah jatuh hati. Dasyat betul penangan cinta Mr. Blueberry Cheese ni.

Dia baring di sofa yang empuk itu. Sunyi saja rumah. Almaklumlah..  Semua pergi bekerja, hanya dia je seorang dirumah. Nak keluar tak ada kawan, nak balik KL pun malas. Tak ada mood dah dia nak keluar lepak dengan kawan-kawan di KL. Lebih banyak duduk dirumah Azaim je. Tenang.

Handphone diambil, membuka aplikasi facebook. Apa lagi, stalk facebook Aina lah. Hanya itu jelah pengubat rindu walaupun tak ada gambar wajah Aina tapi tengok gambar kek-kek Aina pun jadilah. Terubat juga rindunya. Tapi beberapa hari ni, Aina tak update apa-apa pun di facebooknya. Itu buat dia makin resah gelisah. Bernyanyi-nyanyi kecil.

" Manalah kau ni Si Penjual Kek. Kenapalah menghilang? Kau tahu tak, aku setia tunggu kau ni ha. Aduhai.. janganlah seksa hati, jiwa dan perasaan aku. Seksa ooo seksa..!" Katanya sendiri.

Nadim sengaja komen pada satu gambar kek. Nak tengok sama ada Aina membalas komen atau tidak.

Hang Nadim : Nampak sedap. Kek apa ni?

Senyum sendiri dengan harapan Aina membalas komen. Bipp..!! Notification facebook berbunyi. Dengan pantas dia melihat.

" Yess...!! Yesss..!! Dia balas komen akulah. Fuhh.. Lega aku. Tak hilang rupanya. Hahahaaa..." Terus terduduk gembira Nadim. Macam dapat award je. Punyalah gembira.

Aina Si Penjual Kek : Insha Allah sedap tuan. Ni kek Victoria Sandwich.

Hang Nadim : Oo Victoria. Saya tahu kek ni, tapi tak pernah rasa lagi kek awak ni. Nampak menarik..

Aina Si Penjual Kek : So, tuan kena rasa. Rugi tau tak rasa, hehe..

Hang Nadim : Awak niaga dekat mana?

Aina Si Penjual Kek : Lusa kami niaga kat Pasar Tani.

Hang Nadim : Awak yang niaga?

Aina Si Penjual Kek : Pembantu saya yang niaga. Saya sedang bercuti tuan.

Hang Nadim : Okey. Tq.

Berbalas komen mereka di facebook.

" Jadi, betul lah dia cuti ni. Tak dapatlah jumpa dia. Tak apalah, dia reply komen aku ni pun dah senang hati aku.." kata Nadim sendiri dan kembali baring di sofa.

Memandang syiling bumbung. Lama-lama mata terpejam. Terus terlena dibuai mimpi.

Jam terus berdetik, hari semakin petang. Memang Nadim betul-betul lena tidur. Pintu rumah perlahan-lahan dibuka oleh Azaim. Senyum melihat sepupunya sedang lena. Menghampiri Nadim.

"Oiii Dim.. Bangun.. Bangunnnn..!!" Azaim mengejutkan Nadim. Masih juga lena.

" Dia ni kan kalau dah tidur memang tak ingat dunia. Nanti kau ek.." Azaim terus jalan ke dapur, mengambil mangkuk kecil dan mengisi air paip. Senyum. Lalu, terus kembali ke ruang tamu, Nadim masih lagi lena. Air dalam mangkuk dijirus ke muka Nadim.

" Oiii apa ni..!!! Gila kau Zim..." Terus terjaga Nadim. Mengelupur terkejut.

"Hahahahahaaa.. Rasakan kau. Hari tu kau buat aku kan. Buruk betul muka kau Dim.. Hahaahaaa" Azaim gelak kuat. Lawak.

"Ni kira kau balas dendamlah ni kan. Kurang asam kau.." Nadim mengelap mukanya. Azaim masih gelak.

" Aduh sakit perut aku bro. Hahaha.. Ni dah dekat jam 6.00 petang tau. Tidur lepas asar boleh jadi gila kau tahu tak. Aku tahulah kau memang dah gila pun. Tak kan nak tambah gila tu lagi.." Azaim menyakat Nadim. Terpinga-pinga Nadim.

"Iyeke dah jam 6.00 petang?"

"Iyelah pun. Tu jam punyanya besar dah tak nampak dah. Mana nak nampak, asyik nampak muka Si Penjual Kek je kan.." Perli Azaim.

" Ahalah.. Jam 6.00petang. Aku tak solat lagi ni. Aku naik dulu, lepas tu keluar makan ek. Laparlah..." Nadim terus bangun dan berlari menuju ke tangga.

" Iyelah.. Aku pun nak mandi jab..." Azaim mengekori Nadim mendaki anak-anak tangga naik ke atas.

Hari itu, Acik Zakiah tiada di rumah. Pergi kursus di Port Dickson selama tiga hari. Jadinya, tiadalah orang yang masakkan untuk mereka. Pandai-pandailah mereka berdua.

Selesai solat asar, Nadim duduk di birai katil. Termenung sebentar.

"Mana aku nak cari Aina ni. Malam lusa aku balik Taipei dah, entah bilalah  nak balik sini lagi. Harapan aku balik ni nak jumpa dia, tapi tak ada rezekilah pula. Tapi aku tak sedap hatilah. Macam ada yang tak kena je dengan dia.." Nadim masih ligat berfikir. Selagi tak jumpa Si Penjual Kek, memang tak tenang jiwa.

Nadim meletakkan handphone diatas tilam dan mencapai tuala yang bergantung kemas di tepi dinding. Terus masuk ke bilik air mahu membersihkan diri.

Beberapa minit kemudian, dia melangkah masuk ke dalam bilik pula, tikar sejadah dibentangnya, songkok hitam diletak diatas kepala. Menunaikan solat maghrib dengan kusyuk sekali. Doa tidak dilupakan.

Selesai menunaikan solat, dia melipat semula tikar sejadah dan masukannya ke dalam almari. Dia duduk semula dikatil, songkok diletakkan diatas meja lampu tidur. Dan tangan terus mencapai handphone.

Notification whatsapp tertera di skrin handphone. Terus saja dibuka. Apabila melihat nama penghantar, dia kaku sebentar. Eh.. ini mimpi ke atau kenyataan ni. Digosok-gosok matanya berulang kali, lalu melihat lagi.

" Betul ke ni? Macam tak percaya je? Adakah ini realiti atau fantasi? Adakah ini hanya bayangan?" Katanya sendiri. Tak percaya pula dah. Lalu, ditampar pipinya sendiri.

"Aduh... Pedihnya..!! Hahahahaaaa... Ini bukan mimpi bro, ini kenyataan. Hahaahaa.. Yeah!!" Melonjak dia keseronokan yang tak terhingga apaabila mendapat whatsapp dari insan yang ditunggu-tunggu selama ni. Siapa lagi kalau bukan dari Si Penjual Kek.

"Hahahahaaa.. Akhirnya.. Betul lah penantian itu satu penyeksaan tapi disebalik penyeksaan itu ada kebahagiaan di situ. Hahaahaa... Gilalah aku ni. Relax Nadim.. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas lagi dan lepas perlahan-lahan. Sekarang.. Duduk dan jom baca text dari dia. Harap menggembirakan hidup aku. Fuhh..!! Berdebar-debar pula jantung ni. Bismillahirrahmannirrahim.." Gelak sakan Nadim. Dah macam orang dapat anak je pula gembiranya. Excited sungguh.

Dia duduk kembali, senyum sampai ke telinga. Perlahan-lahan dia membaca text dari Si Penjual Kek.

"Assalammualaikum Waramatullahi Wabarakatuh... Mr. Blueberry Cheese.." Gelak kecil dia.

"Waalaikumsalam Waramatullahi Wabarakatuh wahai Si Penjual Kek.. Apa khabar?" Cepat je Nadim balas. Senyuman memang terus terukir.

"Alhamdulilah sihat walafiat. Kalau tak sihat taklah text awak.."

"Syukurlah. Bukan apa, risau juga kalau sihat hanya diluaran tapi dalaman tak sihat.."

"Dalaman tak sihat? Apa dalam-dalam?"

Nadim gelak dan gelak.

" Jiwa, hati dan perasaan tak sihat sebab merindui Mr. Bluberry Cheese awak ni ke.."
Sengaja Nadim, padahal jiwa, hati dan perasaan dia sendiri yang tak sihat. Angau.

" Hellooooo.. Tak ada makna ya. Jiwa, hati, perasaan, fizikal, mental, rohani, segala isi dalaman luaran saya sihat-sihat belaka. Alhamdulilah tak cedera dan tak kan cedera kerana Mr. Blueberry Cheese.." Jawab Aina.

Amboi.. Berlagaknya. Tak cedera ye. Nanti kalau dah terrrrcedera, baru kau tahu. Jual mahal sangat kan, tak apa, Mr. Blueberry Cheese akan beli walau mahal macamana sekalipun. Kata Nadim sendiri. Yakin.

"Hahahahaa.. Baiklah Si Penjual Kek. Tapi kalau terrrrrcedera kerana Mr. Blueberry Cheese ni, cepat-cepatlah inform ya. Insha Allah.. Mr. Blueberry Cheese akan sedia beri rawatan bila-bila masa. 24 jam, tanpa sebarang bayaran. Free of charge..!! "

"Tak apa Mr. Blueberry Cheese. Sila beramal pada yang memerlukan. Si Penjual Kek tidak memerlukan perkhidmatan amal dari Mr. Blueberry Cheese.."

Hahahaa.. Ada je jawapan dia ni. Katanya lagi.
Terhibur hatinya.

"Dah sudah.. Tak payah nak merepek bagai. Ni saya nak tanya, kawan saya ada inform. Katanya awak cari saya. Dah kenapa cari sampai ke kedai? Apa hal yang konon peeeennnting sangat tu.." Tanya Aina.

"Saja..!!"

"Ha?? Saja?? Ceh.. Buang masa saya je text. Tahu tak nak text." gelak lagi Nadim.

" Janganlah macam tu. Saya ni setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap 24jam menunggu text dari awak. Janganlah seksa jiwa, hati dan perasaan saya ni. Penantian itu satu penyeksaan wahai Si Penjual Kek oii...!!" Jujur Nadim berkata.

" Jadi... Sebenarnya yang cedera dalaman, jiwa, hati dan perasaan tu awak sendirilah kan wahai Mr. Blueberry Cheese. Poyo cakap saya, padahal dia sendiri. Cehhh..!!" Perli Aina.

Hahahahaaa.. Aduh.. Dia kenakan aku balik daaaa.. Mampos aku!! Nadim ketuk kepala sendiri.

"Hahahaa.. Gitulah gamaknya. Sooo, awak dah tahu kan jiwa, hati dan perasaan saya cedera parah kerana Si Penjual Kek. Tolonglah rawat, apalagi.."

"Sorry..!! Saya tak ingin nak tahu dan saya tak buat kerja amal untuk rawat jiwa, hati dan perasaan Mr. Blueberry Cheese. Dari saya beramal untuk Mr. Blueberry Cheese lebih baik saya beramal untuk anak-anak yatim piatu dan golongan asnaf. Dapat gak pahala.."

" Memang betul tu tapi bila awak buat amal dekat Mr. Blueberry Cheese, merawat jiwa, hati dan perasaannya. Awak akan dapat sesuatu juga tau. Insha Allah akan membahagiakan.."

" Sesuatu apalah.."

" Awak akan dapat hati dan cinta dari Mr. Blueberry Cheese..."

" Sengal.. !!"

Sengal?? Aku punyalah cakap jujur, dia cakap aku sengal. Bertuah betul lah minah ni. Nadim ketuk dahi. Masalah.. masalah...!!

"Dahlah.. Malaslah layan. Okey bye..!!"

" Kejab.. kejab.. Last saya nak tanya ni.."

"Ishh..!! Nak tanya apa lagi.."

" Awak nak kawan dengan saya kan..?!"

" Belum ada keputusan. Akan dipertimbangkan.."

" Nak timbang-timbang buat apa? Bukan minta signs contract ke, signs agrement ke.."

" Sesiapa nak kawan dengan Si Penjual Kek memang kena signs agrement dan ada syarat-syaratnya.."

" Pula dah. Mengalahkan nak minang anak raja je.."

"Sebab saya bukan anak rajalah saya kena buat macam tu. Kalau saya anak raja, sebelah mata pun tak ingin pandang awak.."

"Amboiii.. Dasyatnya Si Penjual Kek ni. Gerun pula saya dengar. Okey.. Sila listkan, apa syarat-syaratnya.."

" Nanti saya listkan. Ada 18 syarat yang awak kena patuhi untuk berkawan dengan saya.."

" Apa?? 18 syarat? Ini sudah mendatangkan cuak.."

" Cuak tak cuak.  Ini syarat-syarat Si Penjual Kek, sama ada Mr. Blueberry Cheese setuju atau tak. Terpulang..!"

"Baiklah wahai Si Penjual Kek. Nanti info jelah ye apa syarat-syaratnya. Saya setia menanti.."

" Ha.. Macam nilah. Okeylah Mr. Blueberry Cheese. Si Penjual Kek mahu mengundur. Nak mencekik dulu dah lapar dah ni. Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.."

Nadim gelak sendiri. Berbunga hatinya. Memang akan senyumlah sampai esok.

Tokkk... tokkk... Pintu diketuk. Muncul Azaim dimuka pintu. Berkerut dahi.

" Oii.. kau dah siap ke blum. Aku punyalah tunggu dari tadi, tak turun-turun. Tu apahal pula tu, sengeh-sengeh dah macam kerang busuk je aku tengok.." Marah Azaim.

" Hahahaa.. " Nadim hanya gelak.

" Oiii.. Apa yang happy sangat ni. Ada good news ke bro. Share lah apa story.." Azaim masuk ke dalam bilik Nadim. Bersandar di dinding. Hairan pula dia tengok sepupunya ni.

" Cuba teka apa yang buat aku happy.." Masih senyum. Berseri mukanya.

"Aduh kau ni. Bab-bab nak teka meneka nilah buat aku lemah bro. Cakap jelah.."

"Aku nak kau teka juga. Cepat teka?"

"Pelik.. Peliklah kau ni Dim. Hmm.. Kau dapat pindah Malaysia dah ke?" Azaim mula meneka. Nadim menggeleng.

" Kau dapat naik pangkat?" Tetap geleng kepala.

" Dapat sambung cuti ke..?!" Geleng lagi dan lagi. Azaim garu kepala. Hairan. Nadim gelak pula.

" Cakap jelah. Aku teka semua tak betul.."

"Si Penjual Kek text aku bro. Hahahahaaaa...!!" Gelak besar Nadim. Bahagianya hidup.

" Ha? Sebab tu je kau jadi gila macam ni.. Laaaa... Kacau bilau betul lah kau ni Dim. Aduh.. Sakit otak aku bro.." Nadim gelak dan gelak.

"Tapi macamana dia boleh nak text kau ek? So, maknanya dia nak kawan dengan kaulah kan.." Tanya Azaim ingin tahu.

" Dia tanya, apa yang penting nak jumpa dia. Maybe Kak Fiza info dia kut. Dia tak bagi jawapan pun sama ada nak terus kawan dengan aku atau tak. Aku tengah tunggu syarat-syarat dari dialah ni.." Cerita Nadim seronok.

"Syarat? Syarat apa pula?!"

" Entah.. Kalau nak kawan dengan dia, kena bersyarat.."

"Pula dah. Macam-macamlah korang ni. Macam budak-budak baru dapat cinta. Cinta monyet pun tak macam ni. Umur dah tua kut tapi mengalahkan budak-budak. Hey..!! Gasak koranglah. Hmm.. Ni senyum confirm sampai ke tahun depan kan. Dah.. Dah.. Jom, aku lapar gila dah ni. Tadi dia juga yang ajak makan.."

" Tiba-tiba perut aku jadi kenyanglah bro. Kau pergilah makan sorang..!" Nadim sengaja bergurau.

"Oiii.. Amboiii... Mentang-mentanglah Si Penjual Kek dah text kau, terus kau kenyang ye. Kau jangan nak mengada Dim. Aku hempuk kau kang. Cepatlah... Dah dapat Si Penjual Kek, kau lupakan aku kan. Hampeh kau Dim.. Cepatlah, lapar gila ni.." Marah Azaim lagi.

" Haahahahahaa.. Iyelah.. Jom!!"

Gembiranya hati. Mereka terus keluar dari bilik Nadim. Masih berbual dengan senang hati. Nadim masih senyum dan gelak saja. Terasa sangat bahagia. Azaim pula asyik mengusik Nadim. Memang ceria sungguh mereka berdua. Paling ceria sudah tentulah Mr. Blueberry Cheese. 
Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.