Bab 20
Hari ni aku agak busy, nak siapkan kek pasar untuk dua hari. Semua nak kena buat 15 biji. Tempahan kek harijadi tiga biji. Kak Hasnah ditugaskan mengadun dan membakar semua kek, Zaidah pula kena siapkan tempahan cupcakes 2000 biji. Kak Fiza dah sibuk mencari barang dan tolong aku siapkan kek pasar. Memang busy betul minggu ni. Ijoy macam biasa, niaga di pasar.

Masing-masing ada tugas sendiri. Kalau boleh badan ni dipotong 10 memang nak potong je. Boleh juga bahagi-bahagikan kerja. Hmm.. Mana mungkin. Tapi syok kerja busy macam ni, tangan ligat buat kerja sambil berbual sambil juga bernyanyi. Kalau nyanyi melalak tu, dah tentulah aku. Menyanyi untuk hiburkan hati.

Layan punya layan kek, okey siap sebiji dan siap deko sekali. Aku pun angkatlah kek dan bawa ke chiller kek. Susun atur kek, kemudian aku kira satu persatu kek yang dah siap. Lalalaaaa.. menyanyi lagi dan lagi.

Aku terpandang ke luar pintu, ada kereta masuk dan berhenti betul-betul dihadapan kedai. Aku senyum, customer datang mesti nak beli kek. Aku memperbetulkan tudung dan baju. Nak layan customer kenalah cun-cun sikit walaupun bau kek satu badan. Mood nak layan customerlah, biasa kalau ada customer, aku akan panggil Zaidah. Tak apa, hari ni mood aku baik, aku nak layan customer. Bersiap sedia nak keluar ni. Okey tengok cermin kejab, sengeh sendiri. Dah cun dah ni. Dengan semangat, aku baru je nak melangkah...

Haaa??? Terpaku, terkedu dan terbeliak biji mata aku macam nak terkeluar je bila tengok customer itu adalah..... Mr. Blueberry Cheese!!!!! Oh my god...!! Apa aku nak buat ni? Apakah ini? Mengapakah ini harus terjadi? Bagaimana ia terjadi? Aku mula mengelupur. Gila tak gilalah tapi hampir gila jugalah.

Aku terus menyorok di sebalik langsir. Mengintai Mr. Blueberry Cheese. Dia bersama Azaim, ni mesti Azaim yang tunjuk kedai kat dia. Mereka memandang ke dalam kedai, berborak sebentar. Boleh tahan kacak juga Mr. Blueberry Cheese ni tapi tetap dengan cermin mata hitam bergayanya.. Eh.. eh..!! Dah kenapa dengan aku ni.

Aku perhatikan je mereka. Alamakkk.. alamak..!! Mereka nak masuk ke dalam kedailah pula. Mana aku nak lari ni. Oh tidak!! Dengan sepantas kilat aku terus masuk ke dalam dapur. Kelam-kabut jadinya.

" Idah.. Idah.. Tolong akak cepat..!" Aku menjerit panggil Idah yang sedang leka menghadap cupcakes nya. Terkejut dia termasuk Kak Hasnah. Mata mereka fokus pada aku.

" Kenapa Kak Aina?!"

" Idah.. Akak nak minta tolong. Tu ada customer datang. Kalau dia tanya akak, kau cakap akak tak kerja, cuti tiga bulan. Cuti emergency. Kalau dia tanya apa-apa, cakap je tak tahu tau. Kalau dia nak order kek, bagi nombor Kak Fiza. Ingat tau.. Kalau dia tanya apa-apa, cakap tak tahu. Okey?!" Pesanku pada Zaidah.

" Baiklah.. Tapi siapa dia kak?" Alamak Zaidah ni, tanya pula.

" Nanti akak cerita. Tu.. tu.. dia dah masuk. Ingat tau, jangan sampai terlepas cakap pula. Dah pergi layan dia.." Zaidah angguk, senyum dan terus menyambut kedatangan Mr. Blueberry Cheese dan Azaim. Aku menyorok di balik pintu. Menyintai sikit-sikit. Kak Hasnah senyum-senyum tengok gelagat aku yang cuak tak sudah ni. Berpeluh aku jadinya.

" Assalammualaikum.. " suara Mr. Blueberry Cheese memberi salam. Alahaii suara, lembutnya.

" Waalaikumsalam.. Beli kek abang?!"

" Hmm.. Nak tanyalah. Ni kedai Cik Aina kan?"

" Aha iye.."

" Dia ada tak? Saya nak jumpa dia kejab?!" Tanya Mr. Blueberry Cheese. Aku dengar je.

" Abang ni siapa ek?!"

" Saya kawan dia.." Aku berkerut sinis. Kawan? Bila masa pula aku kawan dengan dia. Perasan sungguh. Aku cakap sendiri. Kak Hasnah gelak je tengok aku.

" Oh.. Tapi Kak Aina tak ada. Dia cuti sekarang.."

" Cuti? Berapa hari dia cuti?" Ceh.. buat-buat terkejut konon, padahal dah tahu kut aku cuti. Ijoy ada cakap semalam, ada abang pakai cermin mata hitam cari aku kat pasar. Siapa lagi kalau bukan Mr. Blueberry Cheese. Tapi masalahnya kenapa dia cari aku? Sampai ke kedai ni pula tu. Aduhai..

" Dalam tiga bulan kut. Cuti emergency. Saya pun tak tahu sangat.." Aku gelak tutup mulut. Pandai Zaidah auta.

" Tiga bulan? Cuti Emergency? Emergency kenapa? Dia tak sihat ke? Lama tu tiga bulan.. " Banyaknya soalan dia. Sibuk je nak tahu. Sukahati akulah nak cuti berapa lama pun. Aku menyintai lagi.

" Tu saya tak tahu.."

" Saya call dia tapi tak dapatlah. Saya pun tak tahulah sama ada dia off handphone atau block nombor saya. Dia ada nombor lain tak? Macam mana ye saya nak contact dia.." Memang pun aku block nombor dia. Sebab aku tak nak diganggu.

" Tak adalah bang. Itu jelah nombor dia dari dulu, sekarang dan akan datang. Tunggulah lepas tiga bulan baru contact dia ye. Insha Allah dapat contact juga tu nanti.." Hahahaha.. Aku tergelak pula. Opssss!! Terlepas sudah. Cepat-cepat aku tutup mulut.

" Hmm.. Iyelah..!"

" Dik.. Bagi cheese tart ni lima dan fruit tart ni lima ye.." Pinta Azaim. Zaidah terus mengambil cheese tart dan fruit tart masuk ke dalam bekas. Aku mengintai lagi. Alamak...!! Mr. Blueberry Cheese pandang-pandang ke dalam pula. Dia perasan aku ke tak ek?! Aku ketuk dahi. Boleh pula aku terleka mengintai. Apalah aku ni..

" Dik.. Nak pinjam toilet kejab boleh tak?"
 Ha?? Alamak.. Dia nak pinjam toilet lah pula. Masalah betul lah Mr. Blueberry Cheese ni. Macam tahu je aku ada kat dalam ni.

" Boleh. Abang masuk dalam ni ye terus ke belakang.." kata Zaidah. Aduhaii Zaidah ni, dia  bagi pinjam Mr. Blueberry Cheese ni toilet pula. Cakap jelah toilet tak ada. Aduh..!! Parah betul lah.

Aku apalagi, terus mengelupur berlari pecut masuk ke dalam bilik solatlah pula. Terus tutup dan kunci pintu. Berdegup kencang jantung aku macam berlari 100meter. Fuhh!! Selamat sempat.

"Nak pinjam toilet sekejab ya..!" Suara lembut Mr. Blueberry Cheese meminta izin kat Kak Hasnah pula.

" Iye boleh. Toilet dekat belakang.." balas Kak Hasnah. Aku mengurut dada, memasang telinga.

Bijak betul Mr. Blueberry Cheese ni kan, aku tahu dia sengaja je buat-buat nak ke toilet lah, nak terkucil lah konon, sebab nak tengok aku  ada atau tak. Macam aku tak tahu taktik dia. Taktik basilah. Aku senyap seribu bahasa. Tidak lama kemudian, aku dengar orang berjalan.

"Terima kasih kak. Buat kek order ke tu kak?"

" Aha.. Adun kek order dan kek pasar ni."

" Banyak ke buat tu kak.." Aikk...!! Boleh pula dia ajak Kak Hasnah berborak. Dah pinjam toilet tu, silalah keluar sana. Tak payahkah nak interview bagai. Nampak sangat dia sengaja. Lepas ni nak pinjam apa pulalah dia tu. Jangan cakap nak pinjam tempat solat nak solat sunat sudah. Mana pula aku nak lari. Mati aku, kantoi pula nanti. Ishh... Merepek pula aku ni.

" Adalah dalam 15 biji.."

" Banyak juga tu. Sorry lah kak. Kacau akak buat kerja pula. Saya minta diri dulu ya.." Katanya.

Tahu pun kacau orang buat kerja. Menyibuk je. Huh!! Aku dengarkan je. Bila pula dia nak balik ni. Aku nak siapkan kerja aku. Mengganggu gugat kerja oranglah Mr. Blueberry Cheese ni. Sampai ke kedai dia cari aku. Ni kalau Taufik tahu, memang mati aku dicekiknya.

Aku pesan kat Ijoy semalam sebelum niaga dekat pasar. Kalau ada lelaki datang cari aku, cakap je aku cuti tiga atau empat bulan. Cuti emergency. Kalau dia tanya apa-apa, cakap je tak tahu. Aku pesan tu sebenarnya untuk Taufik
sebab dia asyik cari aku je. Lepas tu nak marah-marah, nak berlaku kasar dekat aku. Aku pun pelik dengan dia tu. Dah berpisah, sudahlah. Tak payahlah ganggu hidup aku lagi. Kalau setakat nak jumpa, tak apalah tapi jumpa sebab nak lepaskan kemarahan, mungkin dendam dekat aku kut. Sampai naik tangan. Entahlah tak faham aku dengan Taufik tu. Hmm..

Dan... Tak sangka pula Mr. Blueberry Cheese ni boleh terjebak dalam penipuan cuti aku ni. Bukan dia dekat Taiwan ke?! Fikir aku. Ooo mungkin dia baliklah tu. Bercuti kut.

Sejak Azaim jumpa aku dekat pasar tani tempoh hari tu. Setiap malam dan pagi mesti Mr. Blueberry Cheese whatsapp aku. Pujuk aku untuk terus kawan dengannya. Bagi kata-kata motivasi, bagi nasihat, bagi ceramah pun ada juga. Boleh tahan juga ilmu ustaz-ustaz dia tu. Nampak je macam senget tapi ilmu didada boleh tahan. Tapi aku tak layan pun. Satu pun aku tak reply. Aku hanya baca je. Lepas tu aku abaikan. 


Jujur cakap, kadang-kadang rasa kasihan pun ada. Tak tahulah kenapa dia nak sangat berkawan dengan aku. Muka buruk macam ni pun ada orang terrsyok. Merepek, mengarut, mengada-ngada jelah. Hmm.. Geleng kepala aku sendiri.

Aku buka pintu perlahan-lahan, mengintai dari celah-celah pintu. Kut-kutlah dia ada lagi mengacau Kak Hasnah ke.

"Dia dah keluar dah. Tengah bayar tu.." Terkejut aku tiba-tiba Kak Hasnah tegur. Gelak kecil dia lihat aku.

Aku teruslah keluar dan mengintai pula dibalik pintu tengah. Zaidah sedang melayan Azaim membuat bayaran.

" Terima kasih. Saya jual ye. Datanglah lagi.." kata Zaidah peramah.

" Iye saya beli. Insha Allah.." jawab Azaim dengan senyuman.

Sebelum melangkah keluar, Mr. Blueberry Cheese menoleh ke arah akulah pula. Cepat-cepat aku sorokkan muka, kalau tak mesti kantoi. Dia ni macam tahu je aku ada kat dalam ni. Aku intai lagi. Kak Fiza pula sampai, terus masuk kedai.

" Maafkan saya.. Ni Kak Fiza ke?!" Tanya Mr. Blueberry Cheese pada Kak Fiza. Aduhai dia ni, mesti nak soal siasat kat Kak Fiza pula. Kan Zaidah dah info. Betul-betul lah dia ni. Aku pasang telinga dengar setiap pertanyaan dia. Dia buka cermin mata hitam bergayanya. Menampakkan kekacakkan wajahnya dengan mata yang sepet. Anak cina sesat manalah ni. Sempat lagi aku mengutuk. Sambung dengar lagi.

" Iya saya.."

" Hmm.. Saya kawan Aina. Boleh tak saya nak tanya akak kejab pasal Aina?" Aku berkerut sendiri. Mujurlah aku ada cerita pasal Mr. Blueberry Cheese ni kat Kak Fiza. Aku harap Kak Fiza tak kantoikanlah.

Tak lama kemudian, Zaidah masuk ke dalam. Senyum je dia, aku buat muka selamba dan terus pasang telinga.

" Iya.. Dia cuti sekarang ni. Ada masalah keluarga sikit. Biasa kalau dia cuti memang payahlah nak contact dia. Kena tunggu dia yang contact sendiri.." Aku sengeh.

"Oh iyeke?! Tapi dia ada masalah apa ye, boleh saya tahu?!" Ish.. Mr. Blueberry Cheese ni, sibuk je nak tahu dari tadi. Pelik betul. Aku berkerut pula.

" Maaf saya tak tahu. Dia cuma cakap nak cuti sebab ada masalah keluarga. Tu je. Ada hal penting ke awak cari dia ni?!" Tanya Kak Fiza pula.

" Iye kak, memang penting sangat-sangat. Kalau tak jumpa Aina tu, boleh kena strok sepupu saya ni.. " Azaim tiba-tiba menyampuk dengan muka yang mengelupur dia tu. Aku gelak kecil.

" Apa? Boleh kena strok? Bahaya ni.."Perli Kak Fiza. Azaim gelak kecil. Mr. Blueberry Cheese tersipu malu. Pandai malu ke.. Hmm..

" Taklah kak. Ada hal sikit nak jumpa dia. Hmm.. Macamana ek? Nak tunggu dia sampai tiga bulan. Fuhh!! Lama gila. Saya balik Taipei minggu depan pula tu. Zim.. Kau ada idea tak?!" Muka Mr. Blueberry Cheese ni jadi resah gelisah pula. Dah kenapa dia ni ek? Apa yang penting sangat nak jumpa aku?

" Nak atau tak nak. Terpaksalah kau tunggu. Tiga bulan je, pejam celik je bro. Sabar...!!" Kata Azaim. Kak Fiza senyum je.

" Masalahnya nak tunggu tiga bulan macam 300 tahun bro. Hmm.. Oh ya! Akak tahu rumah dia tak? Boleh bagi alamat dia? Saya cari dia kat rumah.." Aku terkejut, tercengang dengar. Nak cari aku kat rumahlah pula. Uittt... Bahaya ni bahaya. Berani pula dia nak cari aku kat rumah. Kecoh satu kampung nanti ni. Jangan buat hal Mr. Blueberry Cheese oiii. Jadi hot story nanti ni oii..

" Maaflah. Akak tak boleh bagi suka-suka alamat orang tanpa keizinan. Lagipun, rasanya dia tak ada dekat sini. Balik kampung kalau tak silap.." Fuhh.. Lega aku dengar. Selamatlah Kak Fiza ni memahami situasi aku. Kalaulah Kak Fiza bagi alamat. Mati tercekik kek aku jadinya.

" Baiklah. Kampung dia dekat mana?" Tanya lagi. Banyak betul pertanyaan dia ni. Hmm..

"Kampung dia kat Perak.."

" Orang Perak ke dia?!" Azaim cepat je tanya.

" Ayah dia orang Perak. Mak dia orang sini. Dia lahir je kat Perak tapi dah dari kecil duduk sini, jadi orang sinilah dia.." Aduh Kak Fiza ni. Tak payahlah cerita pasal aku. Mr. Blueberry Cheese tu tanya-tanya ada sebab tu. Aku ketuk dahi.

" Aina.. Pergi jelah jumpa dia tu. Betul-betul dia nak cari kau tu. Ada hal penting tu agaknya. Rugi tak jumpa, hensem tu.." Tiba-tiba Kak Hasnah bersuara.

"Ish.. Akak ni. Tak boleh lah kak. Bahaya..!" Jawabku perlahan. Aku sambung dengar lagi. 


" Okeylah kalau macam tu. Tak apalah kak, terpaksalah ni tunggu dia tiga bulan. Harap dia tak terus menghilanglah. Hmm.. Kalau akak ada contact dia atau dia contact akak, cakaplah saya cari dia dan kirim salam dekat dia ya.." Lembut suaranya. Aku senyum.

"Waalaikumsalam.."Okey Mr. Blueberry Cheese, aku dah jawab salam kau.

"Insha Allah.."

"Saya minta diri dulu ya. Assalammualaikum.."

Nak minta diri dulu buat apa, mintalah balik sekarang. Apadah..!! Aku buat muka. Tetap lagi mengintai. Dia dan Azaim dah keluar dah.

" Fuhhh... Leganya. Terlepas satu kes.." Aku mengurut dada tanda lega amat. Baru boleh bernafas dengan lancar. Aliran darah pun dah tak tersekat-sekat dah macam tadi.

Eh.. Eh..!! Aduh.. duh.. duh..!! Mr. Blueberry Cheese tak pergi lagi, boleh pula dia muncul. Menyibuklah lelaki ni, nak apa lagilah dia cari aku. Sebab kaulah aku terpaksa menipu Mr. Blueberry Cheese tu. Huh!! Aliran darah aku dan pernafasan aku tersekat-sekat semula. Hmm..

Aku nampak, Taufik keluar dari keretanya dengan wajah yang serius. Kak Fiza berdiri depan pintu, mujur ada Kak Fiza. Taufik segan sikit dekat Kak Fiza. Taufik memandang Mr. Blueberry Cheese dan Azaim dengan pandangan sombong sekali. Serius dan macam tak puashati je. Mr. Blueberry Cheese memakai semula cermin hitam bergayanya. Lalu terus masuk ke dalam kereta diikuti Azaim juga. Mata aku fokus kat  Mr. Blueberry Cheese je bukan kat Taufik pun.

Tiba-tiba aku tersenyum melihat kereta Mr. Blueberry Cheese mula bergerak meninggalkan kedai. Aku melambai ke arahnya. Eh.. Dah kenapa dengan aku ni. Gila sekejab. Sengeh sendiri tapi bila tengok Taufik terus jadi menyampah pula. Automatik muka yang comel ni jadi muka pontianak. Aku dah tahu dah niat dia datang. Nak jumpa aku, kemudian marah tak tentu pasal. Kalau aku menjawab, aku pasti kena tampar, kena pukul. Kejam punya manusia.

Ada juga terfikir nak adukan kat mahkamah tapi nanti makin macam-macam hal terjadi pula. Malas nak berurusan dengan Taufik lagi dah lepas ni. Aku kena sabarkan je ni. Tapi bila dah habis iddah nanti. Kalau dia datang dan pukul aku, aku akan terus buat police report. Baru padan dengan muka dia.

Taufik ni aku malas nak intai-intai. Kak Fiza yang tolong handle. Biarkan jelah.. So, aku sambunglah buat kerja.

Bila teringat Mr. Blueberry Cheese tu tadi, aku gelak sendiri. Lawak pun ada. Terhibur pula aku.

 Hai Aina... Kau jangan macam-macam. Lelaki sama je, tak guna. Jangan mudah terpikat nanti kau terikat dan diikat tanpa tali lagi. Ingat apa yang Taufik dah buat kat kau dan anak-anak kau kan. So.. Tak payahlah fikir pasal lelaki kalau hanya menyakiti je. Lebih baik kau fikir anak-anak dan bisness kau ni je. Kan menguntungkan namanya. Hatiku berkata.

Iyelah.. betul lah tu. Dahlah aku nak ngadap kek. 
Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.