Bab 18
Setengah jam jugalah Azaim dan Hani menunggu aku. Aku pula yang jadi serba salah. Setelah customer beredar, Aku mengelap papan kek menggunakan tisu. Sambil bernyanyi kecil. Membiarkan Azaim dan Hani di belakang. Selesai mengelap papan kek, Aku memandang Azaim dan Hani. Hmm..

" Huh!! Tak reti nak balik ke diorang ni? Menyibuk jelah.." kataku sendiri. Tisu yang kotor ku ambil dan masukkan ke dalam plastik sampah yang tergantung di tiang canopy. Lalu, aku terus menuju ke arah Azaim dan Hani. Terus senyum lebar Azaim melihat aku. Aku macam biasalah, muka tetap serius. Selamba.

" Awak ni tak reti nak balik ke? Nak tunggu saya sampai malam ke atau macam mana?" Sengeh je Azaim. Geram pula tengok muka skema dia ni.

"Selagi awak tak nak jumpa saya dan dengar penjelasan saya, saya akan stay sini sampai awak nak.. " Balas Azaim pula.

" Penjelasan apa pula ni. Yang pelik-pelik jelah dia ni.." Bengang pula aku jadinya. Berkerut sejuta muka aku.

" Hai Aina.. Saya Hani, tunang Azaim.." Tiba-tiba perempuan sebelah Azaim ni bersuara dan menghulurkan tangan tanda salam perkenalan kepadaku.

"Hai.. okey..!" Aku menyambut salam dengan ceria sekali. Senyum pada Hani. Oo.. dah bertunang rupanya. Aku angguk-angguk kepala.

" Maaf Aina. Saya bukan nak campur hal korang ni tapi saya pun terjebak juga sebab Azaim.." Kata Hani. Alahai tuturkatanya, lembut sekali. Aku dengar jelah.

" Hmm.."

"Kita jumpa kejab ya. Perkara ni memang kena bincang.."Dah pula Hani ni cuba pujuk aku. Aku menjeling pada Azaim, sengeh panjang. Sakit jiwa betul tengok muka dia ni.

" Nak bincang untuk apa. Saya malaslah nak fikir, lagi pun saya tak ada kena mengena pun.." Aku tetap berkeras tak nak. Buat serabut otak jelah mereka ni.

"Sebab awak ada kena mengenalah saya nak jumpa. Sebab Mr. Blueberry Cheese.." Azaim pula berkata.

"Itu masalah dia bukan masalah saya. Saya tak kenal siapa dia. Setakat customer kek je kut. Faham tak Encik Azaim..!"

" Iya.. iya.. saya tahu. Tapi... Aduh.. Aina..!! Please.. saya merayu kat awak ni. Boleh ye.."

"Iya Aina. Kejab je. Macam ni, awak dengar dulu apa yang kami nak cakapkan. Kemudian, awak sendiri menilai. Kami tak nak paksa awak tapi kami harapkan budi baik awak. Please Aina.." Amboii.. sampai merayu macam ni sekali mereka ni. Aku pun, mulalah cair. Pandai pula Hani ni buat muka kasihan.

" Baiklah. Ni saya luangkan masa sekejab je tau. Pun sebab Hani bukan sebab cermin mata rabun ni.." Kataku bengang. Dan jeling Azaim. Mereka gelak.

" Okey.. 10minit je. Cepat cakap. Apa yang penting sangat? "

" 10 minit jee?! Mana cukup. Jomlah ke kedai minum, sambil minum kita bincang.."

" Habis nak berapa lama? 10jam? Banyak bunyilah dia ni. Tak payah nak kedai minum bagai. Kalau nak minum pergi beli air. Mengada pula dia. Cancel kang baru tahu.." Geram betul aku dengan Azaim ni.

" Hahahaaa.. Okey.. Okey..!! Garang betul lah awak ni. Macam manalah Mr. Blueberry Cheese boleh tersyok kat harimau garang ni. Kalau aku, memang taklah.." Amboi mulut dia.

" Oii.. Oii.. Dahlah paksa nak jumpa. Lepas tu mengutuk pula. Belasah kang nakkk!!" Keras suara aku. Hani gelak je dari tadi. Dah kenapa dia ni, sawan gelak agaknya.

Sakit jiwa betul layan mereka ni. Aku ajak mereka duduk bincang kat taman tepi tasik. Tak jauh pun, belakang pasar je.

"Okey cepat. Apa cerita?!" Kataku dan terus duduk bersila di bangku batu. Azaim memulakan perbincangan hangat. Cehh!! Hangatlah saaangat.

Aku dengar je dulu apa dia cakapkan. Diselang-seli dengan Hani. Aku pandang Azaim kemudian pandang Hani pula. Perghhh..!! Mereka punya story mori ni memang gila mengharap. Bersungguh-sungguh. Aku pun mulalah rasa pelik.

" Masalahnya sekarang ni, kenapa saya?"

" Sebab kek awak. Dari sepotong kek turun ke hati.."

" Kalau suka kek pun, kek jelah. Kenapa sampai saya pun dia suka. Tak fahamlah. Peliklah lelaki zaman sekarang ni, nampak je perempuan terus suka. Lepas tu paksa, kasi ayat power. Haa.. Bila dah dapat, dibuang, dicampak macam tak ada maruah. Lepas tu cari lain. Ingat perempuan ni apa, perempuan pakai buang.. " Eh.. Eh.. Aku pula yang emosi dah kenapa. Hani gelak je. Azaim garu kepala. Pelik kut.

" Helloo Si Penjual Kek.. Saya bukan nak dengar awak membebel, saya nak tahu jawapan awak. Nak tak kawan semula dengan Mr. Blueberry Cheese awak tu?" Tanya Azaim. Seriuslah konon. Aku mencebikkan muka. Memuncungkan mulut, berkerut dahi sejuta, pandang Azaim pandang Hani. Muka memang serius gila-gila.

"Kalau tak nak macam mana?"

"Aduh Aina.. Janganlah macam ni. Janganlah tak nak, tolonglah nak. Nak ye.. nak ye.." Azaim buat muka kasihan.

" Sukahati sayalah nak ke tak nak. Saya peliklah. Kenapa awak yang beriya sangat ni nak saya kawan semula dengan Mr. Blueberry Cheese tu? Dia paksa awak ke? Atau awak pujuk saya ni sebab awak nak dapatkan manis dari dia kan?!  Cakap cepat, jangan tipu.." Aku meneka. Terus berubah airmuka dia. Aku senyum sinis.

" Eh.. Mana ada, dia minta tolong saya. Saya tolonglah. Itu je.." Kata Azaim.

"  Hmm.. Dahlah. Saya nak kerja, dah lebih 10 minit dah pun.." Aku tak bagi jawapan. Terus berdiri.

" Aina.. Bagilah jawapan. Nak tak kawan dengan dia."

" Saya tak ada jawapanlah. Malas nak fikir, dalam kepala saya ni cuma fikir tu ha tu, nampak tu. Kek saya tu, lagi menguntungkan. Dah lah Azaim.. Kirim salam je kat Mr. Blueberry Cheese tu ya.. byee..!!" Aku terus tinggalkan Azaim dan Hani.

"Aina.. Aduhh..!!" Azaim jerit panggil aku tapi aku buat tak tahu je. Aku jalan terus ke gerai kek. Serabut kepala otak aku. Blank dah otak ni.

Nak kena fikir masalah aku yang tak settle lagi. Dah pula ditambah satu masalah lagi. Mr. Blueberry Cheese ni macam terdesak je nak berkawan. Dia tak ada kawan perempuan ke yang cantik yang bujang. Kenapa aku juga? Aku ni dahlah rupa pun ke laut dah tu pula masih isteri orang. Ehh... Pembetulan.. Status akan bertukar kepada janda. Huhu! Ha.. Nampak tak? Aku ulangi, janda. Status yang akan dipandang sinis oleh masyarakat.

Tapi tak boleh salahkan dia. Dia bukan tahu pun apa status aku. Azaim pun tak tahu. Arhh!! Lantaklah. Tahu ke tak tahu ke, yang penting. Aku tak sabar nak terlepas dari ikatan tali yang amat menyakitkan ini.

Sampai di gerai, aku terus layan customer. Hari dah semakin gelap. Lampu semua Ijoy dah siap pasang. Kemudian aku meneguk air.

" Aina!!" Terkejut aku bila Azaim menegur aku dari belakang. Mahu tersembur air limau aku ni.

" Ya Allah.. Nak apa lagi? Kan saya dah cakap, saya tak ada jawapan. Faham tak?!" Terus beranginlah aku.

" Bagilah Mr. Blueberry Cheese tu satu peluang untuk kenali awak. Tak salahkan." Lembut suara Azaim. Masih mengharapkan jawapan dari aku.

" Masalahnya sekarang ni memang salah. Tak bolehlah Azaim. Memang salah. Sangat salah." Azaim terpinga-pinga. Macam blurr pula dia.

" Kenapa tak boleh dan kenapa salah?!" Eh.. Ayat dia macam sama je dengan ayat Mr. Blueberry Cheese hari tu. Hmm.. Musykil aku.

" Adalah sebabnya.."

" Aina.. Okey macam ni. Awak tolak ketepi dulu pasal hati perasaan Mr. Blueberry Cheese tu. Awak jangan fikir pasal tu. Sekarang ni awak cuma kawan je dengan dia. Macam awak kawan dengan saya ni." Azaim memberi cadangan pada aku.

" Siapa kawan dengan awak? Saya tak kawan dengan awak pun.." Selamba aku cakap, saja buat dia bengang.

"Tak kisahlah kawan dengan saya ke tak tapi awak kawan dan layan Mr. Blueberry Cheese tu macam sebelum ni ya. Terpulanglah awak anggap dia customer ke apa ke tapi yang penting kawan dengan dia semula ya.." Aku garu kepala sendiri. Aduh..!! Macam ni pun ada juga ke. Peninglah aku jadinya.

"Ya Ampunn.. Ya Ampunn..!! Tensionlah saya macam ni. Awak paksa , Mr. Blueberry Cheese ni pun satu hal lah. Kalau dia ada dekat depan aku, memang aku patahkan tengkuknya. Menyusahkan orang jelah.." aku merungut.

" Awak dengar ni ya. Jujur saya cakap, buat masa ni saya tak boleh kawan dengan Mr. Blueberry Cheese tu atau dengan sesiapa pun. Saya ada alasan sendiri. Saya tak nak kusutkan fikiran saya. Awak tengok saya macam ni tapi awak tak tahu apa saya alami sekarang. Maafkan saya, saya memang tak boleh bagi jawapan sama ada boleh atau tak berkawan dengan Mr. Blueberry Cheese tu. Saya tak ada jawapan. Tolong hormati keputusan saya. Please..!!" Kataku satu persatu dan perlahan. Azaim dan Hani tekun mendengar.

" Tapi..."

" Tapi apa Aina.." Belum sempat aku nak teruskan bercakap terus Azaim potong. Tak reti nak bersabar.

" Hmm.. Tak ada apalah. Cuma tu je yang mampu saya cakapkan. Saya harap awak faham. Dan tolong bagitahu Mr. Blueberry Cheese tu, saya minta maaf banyak-banyak. Buat masa ni saya memang tak boleh nak berkawan dengan sesiapa pun. Memang tak boleh. Kalau dia nak order kek, awak bagi nombor kawan saya ni dekat dia, boleh order dengan Kak Fiza tapi saya yang akan buatkan kek untuk dia. Kalau nak kek potong, datang jelah pasar. Okey?!" Jelasku perlahan.

" Kalau macam tu, baiklah. Mungkin awak perlukan masa dan ruang. Tapi nanti bila awak dah sedia nak berkawan dengan Mr. Blueberry Cheese tu, awak cakap je ye. Dia akan sentiasa menunggu awak. Tapi saya tahu, dia selalu text awak kan, walaupun awak tak layan. Betul tak? Setiap hari kan.." Azaim sengeh. Pandai dia pancing aku. Aku buat muka selamba jelah.

"Iya.. Memang pun. Okeylah saya nak pergi surau. Dah masuk maghrib dah pun. Sorrylah ya kalau terrrkasar bahasa. Saya memang macam ni, mulut je laser tapi hati baik. Hahahaa.." Sempat pula aku perasan sendiri. Aku bersalaman dengan Hani dan terus menuju ke surau.

Selesai solat, aku terus ke gerai kek. Dah tak ramai orang, kek pun dah tak banyak yang tinggal. Aku suruh Ijoy kemas semua barang dan baliklah. Penat sangat rasa hari ini. Penat fikir sebenarnya. Aku tolong Ijoy sikit-sikit je. Setelah selesai kemas, aku mulakan pemanduan balik ke kedai untuk hantar barang.

Dalam perjalanan ke kedai, aku teringat sesuatu. Jadi takut pula. Lepas balik dari Pejabat Agama tempoh hari, Taufik asyik cari pasal je dengan aku. Urusan penceraian kami berjalan dengan lancar atas persetujuan kami bersama. Memang Allah permudahkan segalanya. Betapa tenang hati aku, aku rasa bebanan yang aku tanggung selama ni terlepas semuanya dibahu. Ringan rasa. Ikatan tersimpul rapi terus terbuka seluasnya. Aku rasa lebih aman. Cuma sekarang ni, aku masih dalam iddah. Sebab tu aku tak boleh nak berkawan dengan sesiapa. Lagipun aku malas nak fikir.

Dijadikan cerita, selepas aku dan Taufik bercerai. Aku macam biasalah niaga kat Putrajaya. Aku dan Ijoy yang kena niaga. Semasa tengah layan customer, tiba-tiba je Taufik muncul. Katanya nak jumpa aku, ada hal penting. Okeylah aku pun jumpalah dia tapi aku pelik juga. Sepatutnya sehari lepas perceraian kami dia balik tapi ada pula dia kat sini. Dia bawa aku jumpa di tepi bangunan berhampiran car park.

" Jangan ingat kau boleh lepas tau. Ada tiga bulan tempoh iddah. Bila-bila masa aku boleh rujuk kau balik.." katanya keras.

" Saya tak nak rujuk dengan awak. Hati saya dah mati kerana awak. Dan lepas ni saya tak nak ada apa-apa kaitan pun dengan awak.." Aku balas.

" Aku akan ambil anak-anak aku. Kau jangan cabar aku.." Ugutnya.

" Dan saya tak kan lepaskan anak-anak pada bapa yang tak bertanggungjawab ni. Apapun terjadi, saya akan fight. Saya tak takutlah ugutan pengecut awak tu.."

"Kau tengok nanti. Aku akan buat apa aku cakap. Dan bila aku dah dapat anak-anak, aku tak kan benarkan anak-anak jumpa kau sampai kau mati.."

" Anak-anak tak bodoh. Diaorang tahu menilai mana kaca mana permata. Diaorang tak kan pilih untuk ikut bapa yang tak guna ni.." Aku betul-betul beremosi dan lantang aku suarakan perkataan tak guna padanya. Dannnn...

Panggg..!! Aduh.. Satu tamparan hinggap kat pipi aku. Bergetar seluruh urat muka. Pedih perit.

" Kurang ajar..!! Kau yang buat aku jadi macam ni. Kau buat aku jadi lelaki tak guna, jadi tak bertanggungjawab, jadi terpesong macam ni. Semua sebab kau.. Kau sedar tak, kau punca segalanya. Selama kahwin, kau menyusahkan hidup aku, kau minta macam-macam, kau layan jantan, kau tak membantu aku langsung. Sekarang kau berani cakap aku tak guna.. Semua ni sebab kau.. sebab engkau..!!!" Aduh.. sakitnya bahu aku ditolak-tolak kasar. Mahu terjatuh terduduk aku. Dia salahkan aku?? Dah agak dah pun. Tapi tak pula dia dia cakap kat mahkamah. Depan Hakim dia setuju je. Mengaku salah, tapi dah bercerai ni, lain pula jadinya. Dia asyik call, marah-marah sampai ugut itu ini. Dan.. itulah pertama kali dia kasar dengan aku lepas cerai. Tapi masih suami isteri pun dia dah mula naik tangan kat aku. Aku je malas nak cakap depan Hakim, malas nak panjangkan kes. Aku cuma nak kami berpisah dengan cara baik. Tak bermasam muka, tak bermusuhan sebab aku sayang belah family dia.

Tapi tulah, dia berani naik tangan kat aku. Ingat tak sakit. Dan dia ingat aku nak kembali rujuk dengan dia. Memang tak lah.

" Dahlah.. Pergilah. Lupakan saya. Awak dah buang saya lama dah pun, apa awak nak, saya dah bagi semuanya. Awak nak bebas, pergilah. Pergilah dengan kekasih awak tu sana. Dia lebih layak untuk awak, pergilah. Saya tak nak gaduh lagilah. Cukuplah. Kita pun dah berpisah. Semua dah tamat. Saya doakan awak bahagia dengan Monica tu. Jadikanlah dia solehah awak dan ketua bidadari awak di syurga. Jadikan dia muslimah yang sejati, didiklah, bimbinglah dia. Dan, semoga awak jadi imam yang berjaya untuknya. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak bersamanya. Selamat tinggal. Assalammualaikum..!" Kata-kata akhirku. Taufik hanya mendengar. Aku mula melangkah.. Tapi.. baru beberapa langkah, tiba-tiba tangan aku disentapnya kuat. Ya Allah sakitnya..!! Macam nak tercabut je.

" Aina.. Nanti dulu. Aku tak habis lagi cakap.."

" Sakitlah..!! Awak nak apa lagi. Tolonglah jangan buat saya macam ni lagi. Lepaslah.. Sakitlah.." Aku meronta minta dilepaskan tanganku yang masih dia pegang kuat.

" Aku tak kan biarkan kau. Macam mana sekalipun aku akan rujuk dengan kau semula.." Dah kenapa dia ni. Gila agaknya.

" Sudahlah Taufik. Lepaskan tangan saya. Sakitlah.. Atau saya menjerit.." Terus je dilepaskan tangan aku. Aduh.. sampai lebam tangan aku dbuatnya.

" Saya tak nak jumpa awak lagi. Pergi.. Jangan sampai saya buat police report atas kekasaran dan ugutan awak ni. Jangan ingat saya takut. Awak pergi berambuslah.." Jeritku. Memang sakit hati.

"Okey.. !! Aku pergi sekarang. Aku akan datang balik. Kau tunggu..!!" Taufik terus melangkah dengan mulut yang membebel-bebel.

Huh!! Apalah nasib aku. Jodoh pun tak panjang. Ingat lepas dah bercerai tenanglah hati dan fikiran sebab tak perlu nak fikir pasal suami lagi tapi lain pula jadinya. Datang dengan kekasaran pula tu. Aduhaii... Sakit otak sakit jiwa. Makin serabut kepala aku.

Tak boleh jadi ni, aku nak kena tenangkan fikiran. Tak nak stress, tak nak fikir. Makin teruk pula aku nanti. Aku nak kena cuti untuk ubat hati yang tercedera parah. Aku nak bercuti. Nak lari dari bekas suami yang gila dan nak lari dari lelaki yang gilakan aku. Alahai.. Mr. Blueberry Cheese!

Arhhhh!! Mana aku nak lari ni. Mana port? Satu hal lagi nak kena fikir. Hmm... Sakit otak akuuuuu...!! Lari ke Tanjung Rambutan lah macam ni.... Huwaaa!!!
Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.