Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 41

Dania merenung sebentuk cincin emas permata dalam kotak biru empat segi.Sudah seminggu cincin itu berada di atas meja solek.Langsung tidak disentuhnya.Setiap kali memandang cincin itu dadanya terasa sesak seakan dihimpit dinding konkrit. 


Seminggu jugalah Alvin tidak datang menemuinya.Hanya sesekali menanyakan khabar lewat kiriman Whatsapp.Mungkin jejaka itu sengaja memberikannya ruang untuk berfikir atau mungkin saja tidak mahu terlalu berharap. 


"Nia tak cintakan dia, bu."

Luah Dania kepada Puan Saida selepas Alvin melamarnya tempoh hari. 


"Kalau memang Nia tak cintakan dia, kenapa tak terus terang je?Kenapa mintak waktu untuk berfikir?Kesian Alvin kalau Nia bagi dia harapan palsu."

Ujar Puan Saida.


"Nia tak sampai hati, bu.Nia tengok dia bersungguh-sungguh sangat.Lagipun sebelum ni Nia dah pernah cakap yang Nia tak nak kahwin dengan dia tapi dia nak jugak datang jumpa ibu dengan ayah."

Keluh Dania lagi. 


"Itu tandanya dia memang serius nak kahwin dengan Nia.Ingat senang ke dia nak datang sorang-sorang bawak cincin?Dahlah keluarga dia tak ada dekat sini."


"Ibu boleh nampak keikhlasan dia pada Nia.Dia betul-betul sayangkan Nia."

Sambung Puan Saida lagi, cuba memujuk Dania supaya menerima Alvin. 


Dania menutup kotak cincin lalu bergerak menuju ke katil.Kata-kata ibunya sedikit sebanyak mengusik hatinya. 


"Tapi kalau aku setuju untuk kahwin dengan dia, tak ke aku jilat ludah aku sendiri?"

Dania meletakkan sebiji bantal di atas riba lalu duduk bersandar di kepala katil.Seketika dia mula menyesali kelancangan lidahnya yang mungkin akan memakan dirinya sendiri. 


Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Berderau darahnya memikirkan kemungkinan Alvin yang menelefonnya untuk meminta jawapan.Teragak-agak Dania mahu menjawab panggilan itu tatkala melihat nama pemanggil yang tertera. 


"Aduhai, buat apa dia call aku lagi?"

Panggilan dari Asyraaf itu sangat tidak diduga.Sangkanya remaja itu sudah pun berputus asa selepas apa yang berlaku di butik tempoh hari. 


"Assalamualaikum, Aulia."

Kedengaran suara Asyraaf di hujung talian sebaik saja Dania menjawab panggilannya. 


"Waalaikumussalam, ada apa Asyraaf?"

Langsung saja Dania bertanya. 


"Saya tau saya tak patut ganggu awak lagi,  tapi saya betul-betul rindukan awak."

Terdiam Dania mendengarkan pengakuan Asyraaf itu. 


"Kalau awak sudi, saya nak jumpa awak untuk kali yang terakhir."

Kata Asyraaf lagi selepas Dania hanya membisu. 


"Tapi untuk apa, Asyraaf?"

Sememangnya perasaan Dania berbelah bagi untuk bertemu lagi dengan remaja itu.


"Sebenarnya lepas saja tamat SPM, saya akan ke Amerika Syarikat untuk jalani terapi di sana.Kemungkinan saya tak akan balik lagi ke Malaysia sebab mama dan papa saya dah aturkan untuk saya sambung belajar di sana."

Jelas Asyraaf dengan nada kecewa. 


Tersentak Dania mendengarkan kata-kata itu.Adakah sudah ditentukan bahawa hubungannya dengan Asyraaf hanya setakat ini saja?


"Kalau macamtu, baiklah.Kita jumpa."

Balas Dania sambil menahan perasaan.Tiba-tiba saja dadanya terasa sebak. 


"Terima kasih, Aulia."


Setelah menamatkan perbualan, Dania cuba melelapkan mata tetapi gagal.Sungguh dia keliru dengan perasaannya sekarang.Di satu sisi dia merasa lega kerana tidak perlu memikirkan masalah berkaitan Asyraaf lagi.Namun di satu sisi yang lain, hatinya berat untuk melepaskan Asyraaf pergi. 



                         ***********


"Doktor Hazran!"

Alvin menggamit Doktor Hazran yang baru mahu menapak masuk ke biliknya. 


"Doktor Alvin, ada apa?"

Tanya Doktor Hazran. 


"Doktor, boleh saya tengok dokumen pesakit doktor yang terima jantung dari Rizki?"


"Boleh, tapi untuk apa?"


"Saya cuma nak pastikan sesuatu."


"Nah."

Doktor Hazran menyerahkan fail pesakit yang diminta Alvin setelah mereka berada di dalam bilik. 


"Asyraaf Wafiy.."


Sebaris nama itu meniti di bibir Alvin tatkala meneliti dokumen di tangan.Seketika dia teringat kejadian di butik tempoh hari di mana Dania ada menyebutkan nama Asyraaf.Dia yakin itu adalah orang yang sama.


"Kenapa?Doktor kenal ke dengan Asyraaf?"

Hairan Doktor Hazran melihatkan tingkah laku Alvin.


"Tak..tak kenal.Okey, doktor.Thanks!"

Alvin menyerahkan kembali fail tersebut lalu menapak keluar dari ruangan bilik Doktor Hazran.


"Apa aku nak buat sekarang?Kalau Dania tau tentang ni, dah tentu dia tak akan terima aku."

Alvin mundar mandir di dalam biliknya.Sekejap dia duduk di kerusi dan bangun semula.Gelisah hatinya memikirkan kemungkinan besar Dania juga telah jatuh hati kepada remaja itu.Dan yang lebih menakutkan, dia akan kehilangan gadis itu buat selama-lamanya. 



                     ************



"Awak betul-betul ke nak kahwin dengan lelaki tu?"

Tanya Asyraaf kepada Dania sewaktu mereka duduk berbual di taman.


"Kalau saya kata tak?"

Dania cuba menduga walaupun dia tahu jawapan yang bakal diperolehinya. 


"Saya akan jadikan awak permaisuri hati saya."

Jawab Asyraaf tenang.Direnungnya wajah ayu Dania dengan harapan menggunung. 


Dania tergelak kecil mendengarkan Kata-kata Asyraaf yang dirasakan tidak masuk akal itu. 


"Awak nak saya hidup dengan caci maki mama awak ke sepanjang hidup saya?"

Gurau Dania dengan nada serius.Serik rasanya untuk berhadapan dengan Puan Melinda lagi. 


"Saya mintak maaf pasal tu.Tapi saya janji dengan awak, saya takkan biarkan mama saya sakiti awak lagi."

Tetap saja Asyraaf berharap yang Dania akan menerimanya. 


Sekali lagi Dania tertawa mendengarkan kata-kata Asyraaf yang menggelikan hatinya. 


"Kenapa awak ketawa?Awak tak percayakan saya ke?"

Tanya Asyraaf serius. 


"Asyraaf, awak dengan saya ni ibarat orang kebanyakkan dengan orang bangsawan.Jauh bezanya."

Dania membuang pandang ke arah tasik di depan mata apabila Asyraaf asyik menatapnya. 


"Aulia, saya tak kisah semua tu.Kalau awak hidup melarat sekalipun, saya tetap sayangkan awak."


"Itu kata awak.Kata mama awak?Asyraaf, untuk kebaikan awak, awak lupakan jelah saya.Lagipun kita takkan berjumpa lagi lepas ni."

Dania bangun dari duduknya dan berpeluk tubuh.Dia mula gelisah dengan sikap Asyraaf yang tidak mahu mengalah.



                          ***********



"Dania ada?"

Alvin tersenyum di muka pintu memandang Ayumi. 


"Dania tak ada, Vin.Dia keluar."

Jawab Ayumi. 


"keluar pergi mana?"


"Dia kata nak jumpa client."


"Jumpa client?Sejak bila jumpa client dekat luar?


"Entahlah, Alvin.Bila aku tanya dia diam je.Cubalah call dia."


Alvin mendail nombor telefon Dania sebaik masuk semula ke dalam kereta.Puas dihubungi namun tidak juga berjawab.Terpaksa Alvin menggunakan GPS untuk menjejaki keberadaan Dania.Setelah menemui lokasi gadis itu, Alvin memecut laju menuju ke destinasi dengan perasaan cemas. 




"Demi awak, saya takkan pergi ke Amerika Syarikat.Saya sanggup bantah cakap mama dan papa saya."

Asyraaf turut berdiri di sisi Dania. 


"Asyraaf, saya tak pernah mintak awak ketepikan orang tua awak untuk saya.Lagipun saya memang tak boleh terima awak, Asyraaf."


"Tapi saya sayangkan awak, Aulia."

Asyraaf berdiri menghadap Dania lalu mencapai sebelah tangannya dan diletakkan di dada kirinya.


"Saya tak tau kenapa, tapi saya rasa awak dah lama ada dalam hati saya.Saya cintakan awak, Aulia."

Kata Asyraaf lagi sambil menatap ke dalam mata Dania. 


Seakan terpukau, Dania hanya terdiam kaku dengan perlakuan Asyraaf.Tidak mampu rasanya melarikan pandangan dari terus menatap mata Asyraaf yang redup.


"Kurang ajar!"


Satu tumbukkan padu hinggap di pipi Asyraaf.Terduduk remaja itu dengan bibir yang berdarah. 


"Asyraaf!"

Bergegas Dania mendapatkan Asyraaf dengan perasaan cemas. 


"Alvin, apa awak buat ni?!"

Dania mengangkat muka memandang Alvin.Kemudian perhatiannya ditumpukan kembali kepada Asyraaf.Bimbang seandainya sakit remaja itu kembali menyerang. 


"Sepatutnya saya yang tanya apa yang awak dah buat?Kenapa awak kecewakan saya lagi Dania?!"

Alvin tidak mampu menyembunyikan betapa kecewanya dia dengan apa yang baru saja disaksikannya.Saat hatinya sudah merelakan perbuatan Dania tempoh hari, sekali lagi gadis itu meremukkan hatinya. 


Setelah memastikan Asyraaf baik-baik saja, Dania bangun dan berdiri menghadap Alvin. 


"Alvin, apa yang awak nampak tak seperti apa yang awak fikirkan."

Dania memberanikan diri bertentang mata dengan Alvin.Jejaka itu terlihat sangat marah dan kecewa. 


"Kalau macamtu, awak jelaskan pada saya."

Alvin merapati Dania dan merenungnya tajam. 


"Kau masih tak faham ke yang dia tak nak pun dekat kau."

Asyraaf bangun dengan susah payah lalu bersandar di sebatang pohon.Tumbukkan Alvin yang agak kuat membuatkan kepalanya terasa berpinar. 


"Kau memang tak serik kan budak hingusan!"

Alvin beralih kepada Asyraaf dan menekan bahunya.


"Sepatutnya kau gunakan peluang kedua ni dengan sebaiknya, bukan buat benda yang merugikan diri sendiri!"

Alvin tidak dapat mengawal emosinya dengan kata-kata Asyraaf sebentar tadi. 


"Aku tak tau kenapa kau cakap macamni, tapi apa yang aku tau, Aulia cintakan aku, bukan kau."

Provok Asyraaf.Sedikit pun dia tidak merasa gentar terhadap Alvin walau jejaka itu jauh lebih berusia darinya. 


Alvin yang hilang sabar sekali lagi mahu melayangkan penumbuknya ke muka Asyraaf namun sempat dihalang oleh Dania. 


"Alvin!"

Dania menolak dada Alvin bagi menjarakkannya dari Asyraaf. 


"Asyraaf, lebih baik awak balik sekarang.Saya tak nak hal ni jadi semakin rumit.Lagipun awak kena jaga kesihatan awak."

Dania cuba memujuk Asyraaf yang kelihatan semakin tidak berdaya.


"Tak, Aulia.Saya nak awak buat pilihan sekarang."

Asyraaf tetap saja berdegil. 


Dania sudah mati kutu dengan sikap Asyraaf yang tidak mahu mengalah.Dijeling sekilas Alvin yang berdiri di belakangnya sambil menggenggam penumbuk. 


"Dania, kita balik."

Alvin memegang tangan Dania kejap. 


"Aulia, please.Jangan tinggalkan saya."

Rayu Asyraaf yang turut memegang sebelah lagi tangan Dania. 


Dania memandang Alvin dan Asyraaf silih berganti.Dia tahu yang dia sudah terhimpit di antara dua lelaki yang menagih cintanya.Setelah berfikir sedalamnya, Dania menarik tangannya dari pegangan Alvin lalu menatap wajah Asyraaf.


"Asyraaf, saya mintak maaf.Saya dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Alvin.Tolong lupakan perasaan awak pada saya."

Setitis air mata gugur di pipi halusnya.Tersenyum lebar Alvin mendengarkan kata-kata Dania manakala Asyraaf tertunduk tidak percaya. 


"Aulia.."

Sudahnya Asyraaf hanya mampu menghantar kepergian Dania bersama Alvin dengan linangan air mata.Lemah terasa seluruh anggotanya saat itu. 


"Raaf, sudahlah tu.Kita balik."

Fikri yang sedari tadi hanya memerhatikan drama di antara mereka bingkas mendapatkan Asyraaf.Panik dia melihat remaja itu yang sudah terduduk sambil menekan dada.


"Sakit sangat, Abang Fik.Rasanya seolah Jantung Raaf ni ditikam berkali-kali."

Asyraaf membiarkan saja hingus yang mengalir keluar dari hidungnya.Sakit yang dirasai kali ini mungkin tidak dapat disembuhkan sampai bila-bila.




"Awak menyesal ke tinggalkan dia?"

Alvin menahan Dania yang mahu masuk ke dalam kereta. 


"Alvin, saya tak nak cakap pasal ni lagi.Saya nak balik."

Jawab Dania sambil menyapu air mata.


"Dania, hati saya ni memang hancur dengan apa yang awak dah buat.Tapi saya takkan ungkit tentang semua ni lagi sebab awak dah janji untuk kahwin dengan saya."

Alvin menatap Dania dengan pandangan yang redup. 


"Tahniah.Awak dah pun dapat apa yang awak nak."

Dania menjeling tajam ke arah Alvin lalu masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan jejaka itu.


Setelah agak jauh meninggalkan kawasan taman, Dania menghentikan kereta di bahu jalan dan menangis semahunya.Kerana tidak mahu Asyraaf terus mengharapkan cintanya, dia terpaksa menerima Alvin yang langsung tidak dicintainya.Namun segalanya sudah terlanjur.Kata-kata yang diucapkan tadi tidak mungkin dapat ditarik kembali. 



                        ************



Dania merenung sayu barang hantaran dalam bilik pengantin yang sepatutnya diserahkan kepada Rizki pada hari persandingan mereka. 


"Betul ke Nia tak nak buat majlis?"

Tanya Puan Saida meminta kepastian.Dania menganggukkan kepala.Matanya masih tertumpu kepada barang hantaran di atas lantai. 


"Kalau dah itu kemahuan Nia, ibu dan ayah turutkan jelah.Yang penting, Nia ikhlas terima Alvin."

Puan Saida mengusap lembut bahu Dania.Dia tahu benar apa yang sedang dirasakan anak gadisnya saat melihat barang hantaran itu. 


"Ibu, Nia takut bu."

Dania bersuara tiba-tiba.


"Takut apa, sayang?"


"Nia takut tak dapat jalankan tanggungjawab Nia sebagai seorang isteri."

Dania memandang wajah Puan Saida dengan rasa bimbang. 


"Kenapa pulak cakap macamtu..Belum kahwin pun dah fikir bukan-bukan.Tak elok."

Ada riak risau di wajah Puan Saida mendengarkan kata-kata Dania itu. 


"Nia rasa Nia tak boleh kahwin dengan Alvin."


"Astaghfirullahalazim..apa Nia cakap ni?Nia nak batalkan perkahwinan ni ke?Nia tak kesian dekat Alvin ke?"

Terkejut bukan kepalang Puan Saida mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut anaknya. 


"Bukan ke Nia dah buat solat istikharah.Dah dapat pun jawapannya kan?Masih tak yakin lagi dengan jodoh Allah?"


"Nia bukan tak yakin dengan jodoh Allah, bu.Tapi Nia tak yakin dengan diri Nia sendiri.Macamana kalau Nia memang tak dapat nak terima Alvin sampai bila-bila?"


"Berdoalah banyak-banyak, sayang.Mintak supaya Allah bukakan pintu hati Nia untuk Alvin.InshaAllah."

Puan Saida memeluk Dania yang sudah menangis teresak-esak seperti anak kecil.


Sedikit pun tiada niat untuk memaksa anak gadisnya berkahwin dengan Alvin.Namun jauh di sudut hatinya dia sangat berharap yang Alvin dapat melenyapkan segala duka dan kesedihan yang dirasakan Dania. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi