Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 14

"Yumi, aku ada berita baik untuk kau."

Dania menghampiri Ayumi yang sedang tekun memeriksa kain fabrik di bilik simpanan.


"Pagi-pagi dah ada berita baik ni.Apa dia?"

Tanya Ayumi tanpa menoleh ke arah Dania.


"Alvin dah setuju jadi pengapit Rizki.Kau happy tak?"

Jawab Dania.


"Serius lah, Nia?"

Tanya Ayumi tidak percaya.Kain yang berada di tangan diletakkan semula ke dalam kotak.


"Ada nampak macam aku main-main ke?"

Tanya Dania pula lalu menuju ke depan.Dia tahu Ayumi pasti sangat teruja mendengarkan berita itu.


"Wah..tak sabar rasanya!"

Ayumi mengekori langkah Dania.


"Kita yang nak kahwin, dia pulak yang excited lebih."

Dania senyum sumbing.


"Tapi Nia, aku tak sempat nak berkenalan lagi dengan dia.Entah-entah dia dah tak ingat aku tak?"


"Hari nikah aku nanti kan boleh berkenalan."


"Tapi, Nia.."


Perbualan mereka terganggu dengan bunyi loceng.Ayumi berlari-lari anak ke arah pintu.


"Selamat datang.."


Ayumi menyambut di muka pintu dengan wajah yang ceria.Air mukanya langsung berubah apabila mendapati orang yang berdiri di hadapan pintu bukanlah pelanggan seperti yang dijangkakan.


"Ya, cari siapa?"

Ayumi bertanya.


"Cik Dania Aulia ada?"

Seorang pemuda dalam lingkungan awal 20an bertanya.Di tangannya terdapat sejambak bunga mawar merah.


"Ada..ada.Emm, masuklah."

Ayumi mempelawa pemuda itu masuk.


"Cik Dania Aulia?"

Pemuda itu bertanya lagi apabila melihat  Dania berada di situ.


"Ya, saya?Ada apa ya?"

Dania memandang pemuda yang memegang bunga itu dengan tanda tanya.


Pemuda itu mendekati Dania lantas menghulurkan jambangan bunga itu kepadanya.


"Bunga ni untuk cik.Saya pergi dulu.Terima kasih."

Pemuda itu segera beredar setelah jambangan bunga bertukar tangan.


"Eh, nanti!"

Dania mengeluh.Jambangan bunga di tangan diperhatikan lama.Matanya tercari-cari kad yang mungkin terselit di celah jambangan.


"Dari siapa?Rizki la tu.."

Ayumi mendekati Dania yang asyik mencium haruman mawar merah di tangan.


"Entah, kad pun tak ada."


"Tak ada kad?Siapala yang bagi bunga kosong macam ni je.Tak gentleman langsung."

Ayumi cebik bibir.


"Bila aku ingat-ingat balik, dah lama kan Rizki tak bagi kau bunga.Hmm, dah nak kahwin pun..masih nak romantik-romantik.Menyampah!"


Ayumi mengusik lalu kembali ke bilik simpanan.Seketika kemudian, dia keluar semula dengan kain fabrik di tangan.


"Kau nak jadi patung pegang bunga ke?"

Ayumi menegur Dania yang masih membatu di tempatnya berdiri tadi.

Dania tersengih lalu masuk ke bilik pejabat.Jambangan mawar diletakkan di atas meja.


"Betul cakap Ayumi.Memang dah lama awak tak bagi saya bunga."

Dania berkata sendiri.

Jambangan bunga di atas meja diambil kembali lalu diciumnya berkali-kali.Hatinya tersentuh.Senyuman di bibirnya memekar semekar mawar di jambangan.


Tiba-tiba telefon bimbit di atas meja berdering.Bayangan wajah Rizki hilang serta merta.Jambangan bunga di tangan diletakkan kembali di atas meja lalu telefon bimbit dicapai.Senyuman Dania semakin melebar apabila nama Rizki terpapar di skrin.


"Sayang, saya mintak maaf.Tengahari ni tak dapat nak lunch dengan awak.Ada urgent meeting.Petang nanti saya ambil awak macam biasa ok?Bye, sayang."


Belum sempat Dania membuka mulut, talian telah pun dimatikan.Dania kecewa.Muak dia dengan alasan Rizki.Baru sahaja ingin merasa bahagia, hatinya kembali dihiris sembilu.Jambangan bunga di atas meja dijeling.


"Dia langsung tak ada cakap pasal bunga.Betul ke dia yang bagi?"

Dania membebel sendiri.Tangannya bingkas mencari sekali lagi di celah-celah jambangan.


"Memang tak ada.Rizki tak pernah bagi bunga tanpa kad.Apa dia lupa ya?"

Dania melepaskan keluhan lalu duduk di kerusi.Mawar merah ditatap lagi untuk kesekian kalinya.


***************************************


Petang itu seperti biasa, Rizki menjemput Dania di butik.Sengaja Dania tidak membawa jambangan bunga yang diterimanya pulang bersama.Dia mahu melihat reaksi Rizki.Ternyata dugaannya benar, bukan Rizki yang mengirimkan bunga itu untuknya.Rizki langsung tidak menyebut soal itu.


'Kalau bukan Rizki, siapa?'

Dahi Dania berkerut.Otaknya gagal meneka siapa yang mungkin menghadiahkan jambangan bunga itu kepadanya.


"Sayang, are you okay?"

Rizki bertanya apabila perasan akan kerutan di wajah tunangnya.


"Hah, ok..ok je.Kenapa?"

Tergagap-gagap Dania menjawab.Dia sebenarnya terkejut dengan pertanyaan Rizki yang tiba-tiba.


"Are you sure?Muka tu macam tak ok je?"

Rizki masih tidak berpuas hati dengan jawapan Dania.


"Ok..saya ok.Biasalah, penat."

Jawab Dania acuh tak acuh.Jambangan mawar merah yang ditinggalkan di atas meja pejabat, terawang-awang di matanya.




Keesokkan harinya, seperti biasa Dania ke butik bersama-sama Rizki.


"Assalamualaikum."

Dania memberi salam sebaik sahaja menapak masuk ke dalam butik.


"Waalaikumussalam.."

Jawab Ayumi.


"Latte kau aku letak dalam office."

Kata Ayumi apabila melihat Dania terus menuju ke bilik pejabat.


"Ok, Yumi.Thanks."

Balas Dania.


Sebaik pintu pejabat dibuka, bola matanya terus tertancap pada jambangan mawar di atas meja.Ditenungnya mawar itu dengan pandangan yang kosong.


"Kalau kau tenung dua puluh empat jam pun, bunga tu takkan segar balik macam semalam.Nah, letak dalam ni."


Ayumi berdiri di belakang Dania dengan balang kaca berisi air di tangan.Dania menyambut balang kaca itu tanpa sebarang kata.


"Dania, kau ok ke?"

Ayumi kerut dahi melihat tingkah Dania yang hanya membisu.


"Ok.."

Dania menjawab sepatah.Tangannya kini sibuk mengisi mawar di dalam balang.


Ayumi ingin bertanya lagi tetapi bunyi loceng di pintu mematikan niatnya.Dilihatnya jam di tangan.


"Awal pagi dah ada customer ni."

Ayumi berkata lalu menuju ke pintu manakala Dania masih dengan bunganya.


"Hai, Cik Dania ada?"

Sorang pemuda menyapa sebaik Ayumi membuka pintu.


"Awak ni budak semalam kan?Ada bunga lagi?"

Giliran Ayumi pula bertanya.


"Betul, cik.Cik Dania ada?"

Tanya pemuda itu sekali lagi apabila Ayumi tidak menjawab soalannya.


"Ada..Takpe awak bagi je bunga tu kat saya.Saya boleh pass kat dia.Thank you."

Ayumi mengambil bunga dari tangan pemuda itu seraya menutup pintu.


"Siapa, Yumi?!"

Laung Dania dari dalam bilik.


"Korang ni dah macam pasangan baru bercinta aku tengok."

Ayumi sudah pun tercegat di muka pintu pejabat bersama jambangan bunga.


"Untuk aku ke?"

Dania terkejut melihat jambangan bunga mawar di tangan Ayumi.


"Dah tu, takkan untuk aku pulak.."

Ayumi masuk lalu meletakkan jambangan bunga di hadapan Dania.


Dania hanya memandang mawar itu tanpa menyentuhnya.Tiada sekelumit pun senyuman di wajahnya.


"Orang dapat bunga happy, senyum..ni masam je?"


"Ada kad?"


"Tak ada."


"Takpelah, Yumi.Kau jelah ambil bunga ni.Aku tak nak terima bunga dari anonymous."


"Kenapa pulak?Semalam tu elok je kau ambil?"


"Semalam tu aku fikir Rizki yang bagi."


"Maksud kau bunga ni semua bukan dari Rizki?"

Ayumi menggaru kepala yang tidak gatal.


"Aku pun tak tau.Semalam masa ambil aku, dia langsung tak ada sebut pasal bunga."


"Kau tak tanya ke?Maybe dia nak surprise kan kau."


"Kalau aku tanya, dan ternyata dia tak tau apa-apa pasal bunga tu.Tak ke timbul salah faham nanti?Aku dah malas nak gaduh dengan dia, Yumi."


Ayumi terdiam.Ada betulnya juga yang dikatakan Dania.Mawar merah di dalam balang kaca dan jambangan di atas meja dipandang bersilih ganti.


"Jangan-jangan..kau ada peminat misteri tak?!"

Ayumi jadi teruja tiba-tiba.Dipandangnya wajah Dania yang berkerut seribu.


"Jangan nak merepeklah.Kau ambil lah bunga ni.Bawak balik ke..nak buang ke.Suka hati kaulah."

Dania berpura-pura sibuk.


"Takpelah aku letak dalam mana-mana bekas yang ada.Kesian bunga ni, dia tak bersalah."

Kata Ayumi sambil tersengih lalu mencapai jambangan mawar di atas meja Dania.


"Buat hiasan pun cantik jugak.Bunga hidup lagi."

Ayumi mengomel sendiri sambil berlalu meninggalkan Dania.


Dania tersandar di kerusi.Fikirannya menerawang entah ke mana.Wajah Rizki yang bersahaja memenuhi mindanya.


"Alvin?"

Sebaris nama itu tiba-tiba sahaja meniti di bibir.


"Tak..tak mungkinlah Alvin nak buat macamni.Tak mungkin."

Kepalanya digeleng-gelengkan.


Dania cuba menepis segala prasangka yang datang.Walau seberapa kuat pun dia cuba untuk tidak memikirkan identiti si pemberi bunga itu, hati kecilnya meronta-ronta ingin tahu.


'Semakin dekat hari perkahwinan, semakin banyak hal yang mengganggu fikiran aku.Rizki..Nabila..Alvin..Dan sekarang?'


Mawar merah yang masih segar di dalam balang kaca dipandanginya dengan hati yang sebal.



Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi