Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 10

"Yumi, confirm kan kau jadi pengapit aku nanti?"

Dania bertanya sebaik sahaja selesai berurusan dengan pelanggan.


"Yelah, kenapa?Kau ada orang lain ke?"

Ayumi yang sedang sibuk memilih material untuk jahitan, berhenti sejenak memandang Dania.


"Aku ingat nak mintak Alvin jadi pengapit untuk Rizki.Kau rasa macamana?"

Dania menjeling Ayumi.


"Alvin?Tapi bukan ke kau cakap adik lelaki Rizki yang belajar kat kolej tu jadi pengapit?"

Seperti yang diduga, Ayumi sangat teruja mendengarkan nama itu.Dia meninggalkan pekerjaannya lalu menghampiri Dania yang duduk di meja.


"Memanglah..Sebab Rizki pun tak tau nak mintak siapa jadi pengapit dia.Tapi bagi aku, Alvin lebih sesuai sebab dia bukan ahli keluarga.Lagipun dia kan kawan baik Rizki."

Jelas Dania.


"Betul tu.Aku setuju.Tapi kenapa sebelum ni Rizki tak mintak dia jadi pengapit?"

Ayumi bertanya kehairanan.


Dania terdiam.Dia cuba mengingat kembali perbualannya bersama Rizki sehari selepas bertemu Alvin buat pertama kali.


"Kenapa tak mintak Alvin je untuk jadi pengapit awak?Kan dia dah ada kat sini."

Tanya Dania.


"Saya dah cakap..Tapi dia takut tak boleh nak janji."


"Kenapa?Ada operation?Atau kena pergi kursus lagi?"


"Maybe.Maybe not."

Rizki angkut bahu.


"Nasib baik saya tak bercinta dengan doktor bedah.Kalau tak mesti awak pun tak ada masa untuk saya kan?"

Dania tongkat dagu.

Rizki ketawa.Kata-kata Dania terasa lucu di telinganya.


"Nak buat macamana sayang..Takpelah nanti saya cuba tanya budak-budak kat office.Kalau tak, biar Razif jelah jadi pengapit saya."


"Hoi!Sampai mana dah?"


Terkebil-kebil Dania disergah Ayumi.


"Ingatkan dah sampai tempat bulan madu.Maklumlah..dah berbaik kan..?"

Ayumi senyum mengejek.Mengusik Dania boleh dikatakan sudah menjadi rutin hariannya.


"Apa kau tanya tadi?Ulang balik."


"Aku tanya kenapa Rizki tak mintak Alvin je jadi pengapit dia?Boleh pulak dia termenung."


"Yang tu aku tak tau.Maybe dia tak bersedia kot nak jadi pengapit."

Dania mereka cerita bagi meyakinkan Ayumi.Yang jelas sekarang dia semakin pasti sebab penolakkan Alvin.


"Tapi kenapa kau tiba-tiba je cadangkan dia?"

Tanya Ayumi masih tidak puas.Dalam hati, bukan kepalang gembiranya seandainya Alvin bersetuju untuk menjadi pengapit Rizki.


"Sebab apa lagi?Dia kan kawan baik Rizki.Tapi aku ada sebab lain jugak."

Dania menanti reaksi Ayumi.Seronok dia melihat wajah Ayumi yang teruja.


"Apa?"


"Aku nak tolong kau rapat dengan Alvin."


Hampir terbeliak mata Ayumi mendengarkan kata-kata Dania itu.


"Serius lah?"


"Tak ada masa pulak aku nak main-main."


"Kau nak ke tak?"

Dania bersuara lagi apabila tiada balasan dari Ayumi.Wajah cerianya bertukar mendung sekelip mata.


"Tapi aku tak confident la dia akan suka kat aku.Aku ni dah la tak lawa mana nak dibandingkan dengan dia yang macam artis Kpop tu."

Ayumi menjuihkan bibir.


"Banyaklah kau punya Kpop.Boleh tak fikiran tu jangan nak negatif sangat?Bukan ke kau jugak yang tergila sangat kat dia?"

Dania buat muka menyampah.Geli hatinya melihat Ayumi yang dulunya tergedik-gedik kini bertukar menjadi Ayumi yang rendah diri.


"Betul lah tu.Belum cuba belum tau kan?Manalah tau lama-lama nanti dia tersangkut kat aku.Untung-untung dapat pakwe Kpop."

Ayumi ketawa senang hati lalu bangun meninggalkan Dania.


"By the way, thanks tau Nia sebab kau nak tolong aku.Sayang jugak kau kat aku kan?"

Kata Ayumi lagi lalu kembali menyambung pekerjaannya sambil menyanyi-nyanyi riang.


Dania geleng kepala melihat telatah Ayumi.Mengenangkan hari pernikahan yang berbaki dua minggu sahaja lagi, Dania segera menyusun rencana.


***************************************


"Nora, kau ingat lagi tak yang hari tu kita nampak bakal kakak ipar aku dengan seorang mamat ni kat pasaraya?"

Tanya Nabila ketika mereka berada di kantin pada waktu rehat.Norasyikin yang sedang menikmati nasi lemak ayam hanya mengangguk.


"Kau tau tak siapa mamat tu?Sekali kawan abang aku weh!"

Kata Nabila lagi lalu menghirup teh o suam.


"Abis tu, kenapa?"

Tanya Norasyikin pula.Mulutnya penuh dengan makanan.Suhaila yang baru selesai membeli makanan mengambil tempat di sebelah Nabila.


"Korang cerita pasal apa?Tak tunggu aku pun eh?"

Suhaila memandang Nabila dan Norasyikin silih berganti sebelum menjamah mi goreng di hadapannya.


"Tak ada apa kan, Nora?"

Nabila mengangkat kening kepada Norasyikin.Gadis itu mengangguk mengiayakan kata-kata Nabila.


"Camtu ah member..Merajuk ah camni."

Suhaila tarik muka.


"Kalau aku cerita pun kau bukan faham."

Kata Nabila selamba.


"Tak nak cerita sudah.Tak jadi ah nak belanja Mykori."

Pancing Suhaila.


"Mykori?!"

Sebut Nabila dan Norasyikin serentak.


"Bella, cerita jelah.Aku nak makan Mykori."

Desak Norasyikin.Kecur air liurnya membayangkan keenakkan pencuci mulut itu.


"Fine.Orang kata rezeki jangan ditolak."

Lantas Nabila menceritakan kejadiannya kepada Suhaila.


"Oh, camtu..Ingatkan best sangat."

Suhaila mencebik.


"Aku dah cerita.Sekarang tunaikan janji kau."

Pinta Nabila kepada Suhaila.


"Ok, set.Lepas habis sekolah kita pergi makan MyKori."

Kata Suhaila.


"Tapi Bella, kau tak takut ke mama kau marah?"

Norasyikin bersuara setelah lama mendiamkan diri.


"Mama aku takkan tau kalau tak ada yang bukak mulut.Lagipun macam biasalah, lepas sekolah kan kita study dekat library kononnya.Pandai-pandai akulah!"

Norasyikin dan Suhaila saling berpandangan setelah mendengar jawapan berani Nabila.


"Ok, aku ikut je.Driver kau macamana pulak, Su?"

Tanya Norasyikin kepada Suhaila pula.


"Yang tu korang jangan risau.Pandai-pandai akulah!"

Suhaila mengejek percakapan Nabila.Kemudian mereka bertiga ketawa bersama-sama.


***************************************


Setelah menemui alamat hospital tempat Alvin bekerja melalui carian internet, Dania pantas mendail nombor yang tertera.Beberapa detik kemudian, suara seorang wanita kedengaran menyambut panggilannya.


"Ya, boleh saya bercakap dengan Doktor Alvin Malik?"


"Sekejap ya, cik.Saya periksa dulu."


"Oh, maaf cik.Doktor Alvin masih berada dalam bilik bedah.Ada keperluan apa ya, cik?"


"Ok kalau macam tu, nurse boleh tolong sampaikan pesanan saya pada Doktor Alvin?Minta dia hubungi saya secepat yang mungkin."


"Ok baiklah.Kalau begitu cik boleh tinggalkan nama dan nombor telefon ya."


"Terima kasih, nurse."

Dania mematikan talian selepas memberikan nama dan nombor telefonnya.


"Ok, sekarang tinggal tunggu Alvin call je."

Dania senyum lega.


Maisarah meletakkan gagang telefon.Ditenungnya nota kecil berwarna kuning cair yang berada di tangan.


"Dania Aulia?Macam pernah nampak nama ni."

Dengan pantas dia mencapai telefon bimbit dan membuka account instagramnya.


"Yes, betullah.Dania Aulia, designer dan pemilik Daniaulia Couture.Tapi mungkin ke orang yang sama?Atau hanya nama yang kebetulan sama?"

Maisarah berkira-kira sendiri.


"Tengok apa sampai berkerut-kerut macam tu?Ada berita sensasi ke?"

Shazana yang berada tidak jauh dari Maisarah menegur gadis itu.


"Tadi ada seorang perempuan ni call.Nak cakap dengan Doktor Alvin.Lepas tu dia tinggalkan nama dengan nombor telefon.Kau tengok nama ni."

Nota yang tertulis nama dan nombor telefon itu diunjukkan kepada Shazana.


"Dania Aulia?Pemilik Daniaulia Couture?Designer muda yang ada lima ratus ribu followers kat instagram tu?Yang kakak kau tempah baju pengantin tu?"

Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Maisarah.


"Aku pun tak pasti.Mungkin jugak kan nama je yang sama."


"Kat account instagram tu takkan tak ada nombor telefon?"


"Ada tu memang ada..tapi nombor bisnes lah.Takkan dia nak letak nombor peribadi dia kat situ."


"Betul jugak ek.Tapi apa hubungan dia dengan Doktor Alvin?Kalau diorang ada hubungan sekali pun, takkan perempuan tu tak ada nombor telefon Doktor Alvin?"

Shazana membuat andaian sendiri.


"Manalah aku tau."

Maisarah tarik muka.Membayangkannya pun sudah cukup mencarik hatinya.Sejak hari pertama bekerja lagi, hati Maisarah sudah terpaut pada Alvin.Dia sangat mengagumi jejaka itu yang pada matanya sangat sempurna.Apatah lagi setelah tahu yang jejaka itu merupakan seorang mualaf.


"Atau jangan-jangan..dia nak tempah baju kahwin tak?Hmm, melepaslah kau, Mai.."

Shazana sengaja mengusik Maisarah.Bukan dia tidak tahu yang gadis itu sudah lama menyimpan perasaan terhadap Alvin.


"Siapa yang nak kahwin?"

Alvin yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan mereka berdua.Menggelabah Maisarah dibuatnya apabila jejaka pujaan hati berada di depan mata.


"Tak ada siapa-siapa lah doktor.Macamana dengan operation, doktor?"

Shazana bertanya sambil menghulurkan dokumen kepada Alvin.


"Alhamdulillah..Semuanya ok."

Jawab Alvin pendek lalu mencatat sesuatu pada dokumen tersebut.Setelah menurunkan tandatangan, dokumen itu diserahkan kembali kepada Shazana.


"Doktor!"

Maisarah menahan Alvin yang baru mahu melangkah pergi.


"Yes, Mai?"

Alvin berpaling ke arah Maisarah.


"Ada pesanan untuk Doktor."

Maisarah menyerahkan nota kecil itu kepada Alvin.


"Tadi cik tu call masa doktor dalam bilik bedah.Dia pesan supaya doktor call dia secepat yang mungkin."


Alvin terkejut membaca nama itu.Wajahnya jelas berubah.


"Dania?"

Sebaris nama itu meniti di bibirnya tanpa sedar.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi