Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 39

Dania merenung wajah di cermin sambil sebelah tangan menyisir rambut ikalnya yang semakin panjang.Perlakuan Alvin terhadapnya di butik petang tadi benar-benar meremukkan hati.Dan paling tidak disangka, jejaka itu sanggup menggunakan taktik kotor demi untuk mendapatkannya.


"Tak, tak mungkin Alvin sanggup bertindak sampai macamtu.Paling kuat pun dia hanya ugut aku je supaya terima lamaran dia."

Dania cuba menenangkan dirinya.Dia bergerak dari meja solek dan bersandar di tepi jendela dengan tangan masih memegang sikat.


"Tapi kalau dia nekad macamana?Apa aku nak jawab dengan ibu ayah pasal video tu?"

Sakit hatinya memikirkan rakaman video yang ditunjuk Alvin tadi.Tidak habis fikir bagaimana rakaman tersebut boleh berada dalam simpanannya. 


"Kalau tak kerana video tu, aku tak payah nak serabut macamni.Ahh!"

Dania membaling sikat yang sedari tadi berada kemas digenggaman ke lantai.Kusut kepalanya memikirkan jalan keluar dari permasalahan baru yang dihadapinya. 


"Kalaulah aku boleh hapuskan video tu..tentu Alvin tak ada alasan lagi untuk paksa aku kahwin dengan dia.Tapi macamana?"

Dania merengus kasar.Kemudian dia memalingkan tubuhnya ke arah tingkap lalu merenung langit kelam yang tidak berbintang.Sekelam hatinya saat ini.



                     ***************



"Abang Fik, Dania mana?Dia tak datang tengok Raaf ke?"

Asyraaf bertanya kepada Fikri setelah selesai menghabiskan sarapan.Tekaknya langsung tiada selera tetapi dipaksakan juga demi memenuhi perut yang kosong.


"Dania?Hmm, abang tak rasa yang dia boleh datang tengok Raaf."

Jawab Fikri sambil membetulkan kembali letak duduk papan meja yang digunakan Asyraaf.


"Kenapa Abang Fik?Dia dah benci Raaf ke?"

Asyraaf bersandar di kepala katil dengan wajah muram. 


"Kenapa dia nak kena benci Raaf?Memangnya Raaf buat apa sampai dia benci Raaf?"

Fikri duduk di hujung katil.Dia cuba mengorek cerita sebenar yang terjadi antara Asyraaf dan Dania. 


"Raaf..Raaf rasa Raaf dah buat salah besar."

Asyraaf menundukkan wajah. 


"Salah besar?Apa dia?"

Fikri jadi semakin tidak sabar untuk mendengar cerita Asyraaf.


"Raaf luahkan perasaan Raaf pada dia.Raaf bagitau dia yang Raaf cintakan dia."

Asyraaf mengangkat muka sejenak memandang Fikri lalu kembali menundukkan wajah.


"What??Are you out of your mind?"


Asyraaf dan Fikri serentak berpaling ke arah suara jerkahan itu.Puan Melinda sudah tercegat di muka pintu dengan mulut ternganga.Kedua tangannya di depakan tanda tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut anaknya. 


"Ma..ma."


Asyraaf begitu terkejut dengan kehadiran Puan Melinda secara tiba-tiba.Begitu juga dengan Fikri yang bingkas bangun dari katil. 


"Who's the girl?Tell me, sayang.Who is the girl?!"

Puan Melinda merapati Asyraaf dengan muka tegang.


Asyraaf cuak melihatkan reaksi mamanya sehingga tidak mampu untuk bersuara.Dijelingnya Fikri yang berdiri di sebelahnya dengan wajah tertunduk. 


"Oh, anak mama ni dah bisu pulak ke?Okey, kalau Raaf tak nak jawab biar Fikri yang jawab!"

Puan Melinda menatap Fikri dengan pandangan tajam.


"Kalau kau rasa masih perlukan pekerjaan ni, cepat bagitau aku siapa perempuan tu?!"

Lagi-lagi Puan Melinda memanfaatkan kuasanya untuk mengancam Fikri. 


Fikri mengangkat wajah memandang Puan Melinda dan Asyraaf silih berganti.Dia benar-benar rasa terhimpit dalam situasi itu. 


"Dania.Dania Aulia."

Belum sempat Fikri mengatakan apa-apa, Asyraaf terlebih dahulu menyebut nama itu.Fikri hanya memandang Asyraaf dengan wajah terkejut.


"Dania?"

Puan Melinda cuba mengingati sebaris nama yang seakan pernah didengarinya sebelum ini. 


"Oh, perempuan tu..Perempuan yang dah buat anak mama sampai masuk ICU?Jadi dialah?!"

Berombak dada Puan Melinda tatkala mengingati gadis yang sudah menyakiti anaknya itu. 


"Ma..please jangan cakap macamtu.Raaf sakit sebab memang Raaf dah sakit, bukan salah siapa-siapa!"

Asyraaf memberanikan diri bersuara.Tidak sanggup mendengar mamanya menyalahi gadis yang dicintainya atas kelemahan dirinya sendiri. 


"Mama tak tau apa perempuan tu dah buat sampai Raaf boleh jatuh cinta dengan dia.And mama tak tau sejak bila Raaf berkawan dengan perempuan tu tanpa pengetahuan mama.Mama tak nak tau semua tu!Tapi kalau mama dapat tau Raaf berhubung lagi dengan perempuan tu lepas ni, bukan setakat penampar, lebih dari tu mama boleh buat.Ingat tu?!"

Mudah sekali Puan Melinda mengancam anaknya yang tidak berdaya itu. 


"Mama!"

Asyraaf meraup wajahnya lalu satu keluhan berat dilepaskan.Kemudian dia menyandarkan kepala dan memejamkan mata.Tidak sanggup lagi mahu melihat wajah mamanya. 


"Raaf..mama takkan benarkan apa-apa yang buruk terjadi pada Raaf.Mama sentiasa nak yang terbaik untuk anak mama.Kalau memang Raaf nak bercinta sekali pun, mama tak ada masalah.Tapi bukan dengan perempuan sembarangan, okey?"

Puan Melinda cuba memujuk anaknya.


"Ma, boleh tak sekali ni mama bagi peluang untuk Raaf tentukan apa yang Raaf nak dalam hidup Raaf?Raaf dah korbankan banyak benda disebabkan penyakit Raaf.Raaf tak dapat nak nikmati zaman remaja macam orang lain.Baru sekarang Raaf rasa hidup Raaf ni ada makna.Boleh tak mama cuba faham perasaan Raaf kali ni je?"

Rayu Asyraaf, cuba meminta pengertian dari Puan Melinda. 


"Wow, anak mama dah pandai nak lawan cakap mama sekarang.Fine!Jangan harap mama nak izinkan Raaf keluar dari rumah lagi even ke sekolah sekalipun!"

Gertak Puan Melinda lalu melangkah pergi meninggalkan Asyraaf dan Fikri terpinga-pinga.


"Raaf, tak sepatutnya Raaf cakap dengan mama Raaf macamtu tadi."

Fikri kembali duduk di katil. 


"Raaf dah tak tahan, Abang Fik.Raaf dah muak dengan perangai mama."

Asyraaf memandang ke arah tingkap dengan wajah berkerut seribu.Saat itu juga, bayangan wajah manis Dania terawang di ruang mata.Seperti yang dijangka, hubungannya dengan Dania pasti tambah bermasalah jika diketahui oleh mamanya. 


"Abang rasa, ada baiknya kalau Raaf tak jumpa dengan Dania lagi."

Fikri bersuara setelah agak lama mereka berdiam. 


"Maksud Abang Fik, Raaf kena lupakan Dania?"

Asyraaf menegakkan kepalanya memandang Fikri dengan wajah tidak percaya. 


Fikri angguk.Pandangannya dihalakan pula ke arah langit cerah yang terbentang melalui cermin tingkap. 


"Tak semudah tu, Abang Fik.Raaf dah terlanjur sayangkan dia."

Asyraaf kembali menyandarkan kepalanya. 


"Raaf, abang bukan nak campur hal peribadi Raaf.Abang tau abang tak ada hak untuk tentukan dengan siapa Raaf boleh berkawan atau tak.Tapi abang rasa ini yang terbaik untuk Raaf.Untuk masa depan Raaf."

Fikri cuba meyakinkan Asyraaf sedangkan dia sendiri tidak pasti dengan kata-kata yang diucapkannya. 


"Sekarang Abang Fik pun nak sebelahkan mamalah?"


"Raaf, abang tak sebelahkan siapa-siapa.Tapi cuba Raaf fikir, setiap kali Raaf jumpa dengan Dania, Raaf mesti sakit.Abang tak nak tengok Raaf terusan sakit macamni.Abang nak Raaf sihat sepenuhnya."


Asyraaf terdiam mendengarkan kata-kata Fikri.Ada benarnya apa yang dikatakan Fikri itu.Sudah beberapa kali sakitnya kembali menyerang disebabkan Dania.Dan dia juga tidak menafikan ada sesuatu dalam diri Dania yang membuat hatinya memberontak mahu memiliki gadis itu.


"Raaf akan sihat sepenuhnya kalau Abang Fik bawak Raaf jumpa Dania."

Kata Asyraaf tanpa memandang Fikri.Fikri pula hanya mampu menggelengkan kepala dengan kedegilan remaja itu. 


                         *************


"Nia, kau kenapa?"

Tegur Ayumi apabila menyedari Dania lebih banyak termenung dari melalukan kerjanya di butik pagi itu. 


"Kenapa apa?"

Dania pura-pura tidak mengerti. 


"Aku tengok kau asyik mengelamun je dari tadi.Tu patung tu, dah dekat sejam terbogel."

Ayumi memuncungkan bibirnya ke arah patung model yang tidak dipakaikan baju. 


Dania menoleh sekilas ke arah patung tersebut kemudian dia duduk di sofa.Hilang mood nya untuk melakukan sebarang kerja bila otaknya masih memikirkan kejadian semalam. 


"Ni tak lain tak bukan mesti pasal mamat cina tu kan?"

Ayumi menekankan perkataan 'mamat cina' yang biasa digunakan Dania apabila sedang marah. 


"Yumi..aku tak nak kahwin dengan Alvin.."

Dania merengek seperti anak kecil.


"Dah agak dah..siapa yang paksa kau kahwin dengan dia?Mak ayah kau?"

Ayumi berhenti dari melakukan pekerjaan lalu duduk di hadapan Dania. 


Dania terdiam.Kenapalah dia boleh sebutkan hal itu kepada Ayumi.Apa yang harus dijawabnya?Nak kata Alvin ugut dia dengan rakaman video tu?Tidak mungkin pula dia hendak memalukan dirinya sendiri.


"Tengok tu, termenung lagi."

Ayumi geleng kepala melihat tingkah Dania. 


"Aa..aku cakap tu kalau aku terpaksa kahwin dengan dia."

Dania cuba menutup kembali lubang yang digalinya. 


"Aii lain macam je bunyinya.Kau ada buat apa-apa yang tak elok ke dengan Alvin?"

Ayumi mula membuat andaian yang tidak-tidak. 


"Hish kau ni, Yumi..ke situ pulak!"

Dania buat muka ketat. 


"Habis tu dah tak ada siapa paksa kau, kenapa nak terpaksa pulak?Dah macam tajuk lagu.Kau dipaksa aku terpaksa."

Ayumi ketawa dengan jenakanya sendiri. 


Bunyi loceng di pintu menyelamatkan Dania dari terus terperangkap dengan pertanyaan Ayumi.Apabila terfikir mungkin Alvin yang datang, dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam pejabat tanpa mempedulikan Ayumi yang tercengang. 


"Nia, kau okey tak ni?"

Ayumi mendapatkan Dania yang berada dalam pejabat setelah selesai urusan dengan pelanggan sebentar tadi. 


"Siapa yang datang?"

Tanya Dania cemas. 


"Customer ambik baju..kenapa, ingat Alvin yang datang ke?"

Ayumi tersenyum mengusik.


"Kalau dia datang kau cakap je aku tak ada okey?Nanti patung tu kau tolonglah pakaikan dia baju, okey?"

Dania buat-buat sibuk.


"Aku rasa kan, korang berdua ni memang patut kahwinlah."

Usik Ayumi lagi lalu beredar sambil ketawa.


Dania cebik bibir.Sakit hatinya terhadap perlakuan Alvin tidak akan pernah hilang.Membayangkan yang dia akan hidup bersama jejaka itu saja pun dia tidak sanggup.




"Nia, jom balik!"

Ayumi sudah tercegat di muka pintu dengan beg tangan tersandang di bahu. 


"Okey, kau geraklah dulu.Aku nak kemas kejap."

Jawab Dania.


"Orait, jumpa esok.Bye!"


Selesai mengemas, Dania mencapai beg tangan lalu menapak keluar dari butik.


"Awak?!"

Terkejut Dania apabila Alvin sudah pun menunggunya di luar butik. 


"Tadi saya jumpa Ayumi, dia cakap awak dah nak balik.So, saya tunggu jelah dekat luar."

Kata Alvin lalu tersenyum manis. 


Dania tidak mempedulikan kata-kata Alvin lalu melangkah menuju ke kereta. 


"Jom teman saya minum."

Alvin menghadang Dania dengan berdiri di hadapan gadis itu. 


"Tak nak.Saya nak balik!"

Dania mengelak tubuh Alvin lalu kembali mengatur langkah. 


"Awak tak nak bincang pasal perkahwinan kita ke?"

Alvin tetap tidak berputus asa.


Dania menghentikan langkah lalu berpaling semula ke arah Alvin yang berjalan menghampirinya. 


"Tak ada apa yang nak dibincangkan.Saya, Dania Aulia, takkan kahwin dengan awak.Full stop!"


"Jadi awak memang tak kisahlah kalau ibu dengan ayah awak tau tentang hubungan awak dengan budak sekolah tu?"


Dania tidak jadi membuka pintu kereta.Kata-kata Alvin terasa bagai sembilu yang menusuk tangkai hatinya.


"Alvin, you better shut your mouth because you know nothing about me!"


"I know everything about you, my dear.That's why i want to marry you.Please, give me a chance."

Perlahan-lahan Alvin merapati Dania.


"You know what, Alvin?Awak tak layak ganti tempat Rizki!"

Dengan perasaan marah yang membuak-buak, Dania masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ tanpa mempedulikan Alvin lagi.Sungguh dia semakin bencikan jejaka itu saat ini. 


Alvin tersandar di kereta dengan perasaan hampa.Seketika dia merasa menyesal kerana tanpa sedar telah menyakiti perasaan gadis itu.Namun apa yang terjadi telah pun terjadi.Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Alvin tidak akan sesekali menyerah kalah.Melepaskan Dania tidak ada lagi dalam kamus hidupnya kini.

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi