Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 34

Dania merenung telefon bimbit di atas meja sambil memainkan pensil di tangan.


"Dah seminggu dia senyap.Langsung tak Whatsapp.Budak ni tak reti cakap terima kasih ke?"

Dania mengomel sendiri.


Bukan ucapan terima kasih yang dimahukan.Dia cuma ingin mendengar khabar Asyraaf.Ingin sekali dihubungi remaja itu tetapi egonya membatasi keinginannya.


Sedang dia asyik mengelamun memikirkan Asyraaf, telefon bimbitnya berdering.


"Asyraaf?"

Dania terkejut melihat nama yang tertera di skrin.Senyuman lebar terukir di bibir.


"Assalamualaikum, Asyraaf."

Dania menjawab panggilan dengan debaran di dada.


"Waalaikumussalam.Aulia, awak ada dekat mana?Saya nak jumpa awak boleh?"

Asyraaf langsung bertanya tanpa basa basi.


"Err saya dekat butik.Nak jumpa dekat mana, ya?"


"Kita jumpa dekat cafe yang kita terjumpa hari tu, ingat tak?"


"Oh, ingat.Pukul berapa?"


"Saya dah on the way ke sana.Saya tunggu awak, okey."


"Hah?"

Dania memandang jam di tangan yang menunjukkan pukul empat petang.


"Okey."

Balas Dania lagi.


Setelah menamatkan perbualan, Dania tersandar di kerusi.Kemudian dia meletakkan tangan ke dada.Tiba-tiba saja hatinya berdebar.Selesai mengemas, Dania bingkas mendapatkan Ayumi.


"Yumi, aku balik dulu ya.Aku ada hal."

Kata Dania kepada Ayumi.


"Hal apa?Oh, hal dengan Alvin la tu.."

Usik Ayumi pula.


"Taklah.Lambat lagi nak ada hal dengan dia.Aku pergi dulu, ya.Jangan lupa lock pintu.Bye!"

Kata Dania dengan senyum ceria.


"Hmm, tak payahlah nak berahsia bagai dengan aku Nia.."

Kata Ayumi sambil menghantar langkah Dania dengan ekor mata.



                      *************



Asyraaf melihat jam di tangan.Telefon bimbit di atas meja diketuk-ketuk dengan hujung jari.Matanya tidak lepas dari mencari kelibat Dania.Akhirnya gadis itu tiba setelah hampir lima belas minit Asyraaf menunggu.


"Sorry, Asyraaf.Mesti awak dah lama tunggu kan?"

Dania menyapa Asyraaf di meja.


"Taklah, saya baru je sampai."

Bohong Asyraaf.


"Ada apa tiba-tiba nak jumpa saya?"

Setelah membuat pesanan, Dania langsung memulakan bicara setelah Asyraaf hanya diam menatapnya.


"Err, sebelum tu saya nak mintak maaf."


"Sebab?"


"Sebab lambat ucapkan terima kasih pada awak.Terima kasih sebab dah selamatkan nyawa saya."


"Sama-sama.Dah kebetulan saya ada dekat situ kan.Tapi kenapa awak tak call je?Kenapa susah payah nak jumpa saya dekat sini?"

Dania cuba menduga remaja itu.


"Sebab..sebab saya rindukan awak, Aulia."

Kata Asyraaf tanpa berselindung lagi.


"Hah?"

Tercengang Dania memandang Asyraaf.Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.


"Saya rindukan awak."

Asyraaf mengulangi ayatnya.


Terasa membahang seluruh wajah Dania apabila Asyraaf asyik menatapnya dengan mata yang redup.


"Err, okey."

Dania tersengih.Cuba menutupi perasaan gemuruhnya.


"Aulia, boleh saya tanya sesuatu?"


"Tanyalah."


"Siapa lelaki dengan awak dekat butik hari tu?"


Asyraaf tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya.Mungkin benar apa yang diceritakan Nabila kepadanya tentang Dania.Namun hatinya cuba menafikan tuduhan Nabila itu.


"Lelaki..?Oh, tu kawan saya."

Serta merta Dania teringatkan Alvin.


"Awak datang butik saya?Bila?Kenapa tak datang jumpa saya?"

Tanya Dania bertalu-talu.


"Ya, memang saya datang hari tu.Tapi masa tu awak dah keluar dengan lelaki tu."

Jawab Asyraaf.


"Oh, jadi kenapa awak tak call saya lepas tu?Kenapa tunggu sampai hari ni baru nak jumpa saya?"

Tanya Dania lagi.Terlalu banyak persoalan yang dirasakan saat ini berkenaan remaja itu.


"Maaf, sebenarnya saya kurang sihat."


"Awak sakit lagi?"


"Macamtulah.Nak biasakan dengan jantung baru.."

Kata Asyraf lalu tersenyum.


"So, lelaki tu kawan biasa atau kawan special?"

Tersentak Dania dengan pertanyaan itu.


"Kenapa awak nak tau?Penting ke?"

Tanya Dania.


Asyraaf angguk berkali-kali sambil merenung Dania dengan wajah serius.


"Kawan biasa."

Jawab Dania pendek lalu menyicip kopi yang masih hangat.


"Kalau gitu, bolehlah saya nak jadi kawan special awak."

Mata Asyraaf mengekori wajah Dania yang ditundukkan.


Dania angkat kepala memandang Asyraaf.Kemudian dia tersenyum.


"Boleh, apa salahnya."

Kata Dania bersahaja.Dia cuba berlagak selamba di hadapan Asyraaf sedangkan dadanya berdegup kencang.



                        ************



"Hai, Yumi.Dania dah balik ke?Saya tak nampak pun kereta dia dekat luar?"

Tanya Alvin sebaik Ayumi membukakan pintu.


"Alvin, dia dah balik pukul empat tadi.Katanya ada hal.Saya ingatkan dia keluar dengan awak."

Terkebil-kebil Ayumi memandang Alvin yang berdiri di hadapannya.


"Oh yeke.Emm takpelah kalau macamtu.Thanks, Yumi."

Kata Alvin lalu meminta diri.


"Ke mana pulak si Dania ni pergi?"

Ayumi bertanya sendiri kemudian menggaru kepala yang terasa gatal.




Di dalam kereta, Alvin mendail nombor telefon Dania.Agak lama Alvin menantikan panggilannya disambut.


"Ya, Alvin.Ada apa?"

Perlahan saja suara Dania kedengaran di talian.


"Dania, awak dekat mana?Saya datang butik tapi Ayumi cakap awak dah balik.Awak dah sampai rumah ke?"

Tanya Alvin tidak sabar.


"Err, saya dekat luar ni.Jumpa kawan sekejap.Okeylah, Alvin.Nanti saya call awak balik."

Jawab Dania lalu talian dimatikan.


"Hello, Dania.Dania!"

Alvin mendengus setelah mendapati talian telah pun ditamatkan.




"Siapa Alvin?Kawan awak yang saya nampak dekat butik tu ke?"

Asyraaf langsung bertanya setelah Dania menamatkan perbualan.


"Err..haah."

Teragak-agak Dania mengiakan tekaan Asyraaf.


"Asyraaf, saya rasa saya kena balik sekarang."

Dania sudah tidak senang duduk selepas mendapat panggilan dari Alvin.


"Awak nak pergi jumpa lelaki tu ke?"

Tanya Asyraaf.Kali ini dengan nada suara yang berbaur cemburu.


"Eh, taklah.Saya nak balik rumahlah.Awak pun kena balik jugak.Nanti awak sakit lagi."

Kata Dania sambil menahan perasaan.Pertanyaan Asyraaf tadi sedikit sebanyak menggugat emosinya.


"Awak risaukan saya ke?"

Asyraaf senyum senget.


"Mestilah saya risau.Kalau awak sakit lagi, macamana saya nak angkat awak?"

Gurau Dania lalu ketawa.


Asyraaf hanya diam merenung Dania kemudian dia tersenyum nakal.


"Tapi saya harap saya akan sakit setiap kali jumpa awak."

Asyraaf meletakkan kedua-dua tangannya dia atas meja dengan badan ditegakkan.


Dania terdiam.Tiba-tiba dia teringatkan kejadian di mana dia berpelukkan tanpa sengaja dengan remaja itu.Pasti itu yang dimaksudkan Asyraaf dengan kata-katanya tadi.


Dengan perasaan malu yang menebal, Dania lantas meminta diri.


"Okeylah, Asyraaf.Saya balik dulu.Awak jaga diri baik-baik.Assalamualaikum."

Kata Dania lalu beredar meninggalkan Asyraaf yang masih tersenyum.





Sebaik berada di dalam kereta, Dania tidak terus menghidupkan enjin.Dia memegang kedua belah pipinya.Kemudian sebelah tangannya diletakkan pula ke dada.


"Tapi saya harap saya akan sakit setiap kali jumpa awak."


Ayat terakhir Asyraaf kembali terngiang di telinga.Dania menggeleng-gelengkan kepala cuba mengusir Asyraaf dari ingatan.

Sedang Dania berkira-kira untuk menggerakkan kereta, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada kiriman masuk.


"Saya dalam perjalanan ke rumah awak.Jumpa dekat sana." - Alvin.


"Apa?!"

Dania terkejut bukan kepalang.Dengan pantas didailnya nombor jejaka itu, namun tiada jawapan.


"Hish, apa pulak muslihat dia kali ni?"

Dengus Dania lalu dengan perasaan marah, dia menekan pedal minyak menuju ke rumah.




Setibanya di perkarangan rumah, kereta Alvin sudah pun berada di situ.Dania turun dari kereta dengan dada yang berombak menahan perasaan.


"Haa, dah balik pun anak ibu."

Puan Saida menyapa Dania yang menapak masuk ke dalam rumah.


Dengan langkah laju, Dania menghampiri Alvin yang sedang duduk di sofa bersama Puan Saida tanpa menyedari kehadiran Encik Iskandar di situ.


"Awak buat apa datang sini?Kan saya dah cakap jangan datang sini lagi?"

Dania terus saja menghamburkan kemarahannya tanpa mempedulikan Puan Saida yang sudah tercengang-cengang.


Alvin bangun lalu berdiri menghadap Dania.Belum sempat Alvin membuka mulut, Encik Iskandar terlebih dahulu mencelah.


"Dania, kenapa cakap macamtu dengan Alvin?"

Tegur Encik Iskandar.


Terkejut dengan suara itu, Dania menoleh ke sisi.


"Ayah!Nia tak perasan ayah ada dekat sini."

Kata Dania dengan perasaan cuak.


"Duduk sini.Dengar dulu apa yang Alvin nak cakap."

Dengan berat hati, Dania duduk di sofa berhadapan Alvin dengan muka ketat.


"Ayah ingatkan kamu berdua ni bercinta.Kenapa kamu tak bagi Alvin datang sini?"

Tanya Encik Iskandar kepada Dania.


"Bercinta?Ayah ni dah salah faham.Nia dengan Alvin tak ada apa-apa hubungan pun.Kan, Alvin?"

Dania memandang Alvin sambil menahan marah.Sakit hatinya mendengar kata-kata ayahnya sebentar tadi.


"Uncle, auntie.Sebenarnya saya dah lama cintakan Dania.Saya datang ni pun atas niat untuk melamar Dania jadi isteri saya."

Alvin berterus terang.Dia nekad untuk melamar gadis itu walau apa pun yang terjadi.


"Alvin!Apa awak mengarut ni?!"

Dania merasa dadanya bagai ditimpa batu besar dengan pengakuan Alvin.Sungguh tidak menyangka jejaka itu akan seberani dan senekad ini di hadapan orang tuanya.


"Alhamdulillah.Suka sangat auntie dengar."

Puan Saida tidak dapat menyembunyikan perasaan bersyukurnya.Sememangnya ini yang diharapkan terjadi antara Alvin dan Dania.


"Auntie dah lama restu hubungan kamu berdua.Uncle pun sama.Betul tak, bang?"

Puan Saida mengangkat kening kepada Encik Iskandar.


"Ibu!"

Dania memandang Puan Saida dengan wajah tidak percaya.


"Uncle tak ada masalah, Alvin.Kalau ibunya pun dah restu, uncle ikut je.Sekarang ni terserah pada Dania je."

Ujar Encik Iskandar pula.


Alvin tersenyum lebar setelah mendapatkan restu dari kedua orang tua Dania.Tinggal meyakinkan gadis itu saja untuk menerimanya.


"Kalau itu niat awak, Alvin, saya akan pastikan niat tu takkan kesampaian sampai bila-bila!"

Kata Dania lalu bingkas bangun meninggalkan mereka bertiga dalam keadaan terpinga-pinga.


"Astaghfirullahalazim..Kenapa dengan anak awak tu Ida?"

Encik Iskandar mengucap panjang.Kepalanya digeleng-gelengkan melihatkan sikap Dania yang tidak sopan terhadap tetamu.


"Alvin, maafkan Dania ya?Mungkin dia terkejut Alvin tiba-tiba datang melamar dia.Alvin bagi dia masa ya.Nanti auntie cakap dengan dia."

Puan Saida cuba memujuk Alvin yang dari tadi hanya mendiamkan diri.


"Uncle, auntie, saya tak salahkan Dania.Saya tau dia belum bersedia untuk terima saya.Tapi saya betul-betul ikhlas dengan perasaan saya.Saya tak nak kehilangan dia uncle, auntie."

Kata Alvin bersungguh-sungguh.


"Uncle faham.Kalau Alvin tak sungguh-sungguh, Alvin takkan datang sini kan?Tapi Alvin pun kena faham, Dania tu baru je kehilangan orang yang dia sayang.Mungkin dia perlukan lebih masa untuk terima Alvin dalam hidup dia.Tapi uncle harap Alvin takkan putus asa, ya?InshaAllah, kalau ada jodoh tak ke mana."

Ujar Encik Iskandar panjang lebar.


Alvin tersenyum mengangguk dengan kata-kata Encik Iskandar.Walaupun Dania sudah memalukan dia di hadapan Puan Saida dan Encik Iskandar, namun sedikit pun dia tidak menyesal dengan tindakannya hari ini.Malah dia semakin bersemangat untuk mendapatkan Dania.


'Dania, sekali awak menolak, seribu kali saya akan berusaha untuk memiliki awak.'

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi