Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 3

"Kau percaya takdir tak?"


Alvin semakin resah apabila pertanyaannya dibalas dengan persoalan oleh Rizki.


"Tentulah aku percaya."


Alvin hanya menurut.Dalam pada itu, dia cuba meneka apa sebenarnya yang ingin disampaikan sahabatnya itu.


Wajah Rizki serius sekali.Seolah-olah sedang memikirkan jawapan pada kertas soalan peperiksaan.


"Kalau aku cakap yang aku tak ditakdirkan untuk bersama Dania, kau percaya tak?"


Rizki tenang menantikan reaksi Alvin.Wajah Rizki yang tadinya serius, bertukar mendung.Semendung awan di langit pada petang itu.


"Kenapa kau tanya aku camtu?Bukan ke kau yang lebih faham soal takdir berbanding aku?Lagipun, siapa lah aku ni nak meneka takdir hidup seseorang."


Rizki hanya mengeluh mendengar jawapan Alvin.Dia meneguk minuman sejuk di hadapannya beberapa kali sebelum kembali bersuara.


"Kadang-kadang aku rasa hidup ni macam tak adil.Kadang-kadang aku rasa macam nak lawan takdir tapi tak boleh."


Rizki menyandarkan tubuhnya di kerusi.Pandangannya dilemparkan ke luar cermin tingkap.


"Kau ada masalah ke dengan Dania?"


Giliran Alvin pula bertanya.Terbit rasa bimbang di hatinya mendengarkan keluhan sahabatnya itu.Sepanjang mengenali Rizki, dia bukanlah seorang yang suka memendam rasa.

Alvin yakin pasti ada sesuatu yang sedang membebani fikiran sahabatnya itu.Cuma kali ini, dia tidak pasti kalau Rizki akan bersikap terbuka dengannya.


"Riz, kalau kau nak cerita apa-apa, aku sedia mendengar.Macam dulu-dulu.Kau still anggap aku sahabat lagi kan?Well, i'm here, bro."


Alvin cuba meyakinkan Rizki untuk berterus terang dengannya.


Rizki senyum mendengar kata-kata Alvin.Dia tahu hanya Alvin yang dapat diandalkannya saat ini.Sekilas dia melirik jam di tangan.


"Alamak!Aulia!"


Rizki kalut berdiri dari duduknya sambil memegang dahi.Reaksi spontannya itu menarik perhatian beberapa pengunjung di cafe itu.


"Weh, kau dah kenapa Riz?"


Alvin turut bangun dari tempat duduknya.Dia cemas melihat kelakuan Rizki yang sudah seperti orang kehilangan anak.


"Matilah aku.Dah enam setengah.Aku belum jemput Dania lagi.Aduh..bateri kong lah pulak!"


Rizki semakin kalut apabila tidak dapat menghubungi Dania.


"Nah, pakai handphone aku.Call dia cepat."


Alvin segera menawarkan bantuan.


"No!Tak boleh.Dia tak boleh tahu yang aku ada dengan kau.Nanti susah pulak aku nak explain.Takpelah Vin.Aku kena gerak sekarang.Nanti bila-bila kita sambung lagi, okey.Thanks for your time today.See you."


Laju sahaja Rizki menuturkan kata lalu bergegas pergi meninggalkan Alvin yang masih kebingungan.


***************************************


Dania gelisah memerhatikan jam di dinding.Waktu sebegini pun bayang-bayang tunangnya belum juga kelihatan.Puas didailnya nombor Rizki.Namun yang didapatkan hanyalah suara operator wanita yang bertutur dalam Bahasa Inggeris.


Dania hilang sabar.Dia muak dengan kelakuan aneh Rizki yang semakin menjadi-jadi.Dengan rasa marah yang meluap-luap, dia membuka aplikasi Grab lalu memesan sebuah kenderaan.


"Dia ingat aku tak boleh balik sendiri?Geram betul lah!"


Dania membebel sendiri.Beg tangan yang sedari tadi sudah terletak di bahu dibetul-betulkan.Setelah mengunci pintu, dia menunggu kenderaan Grab di hadapan butik.Dan beberapa minit kemudian, kelibat Dania hilang bersama Toyota Vios yang memecut laju.


"Aulia!Aulia!"


Rizki mengetuk-ngetuk pintu butik sambil melaung memanggil tunangnya namun tiada sambutan.Pintu butik juga sudah terkunci rapat.Sahlah yang Dania sudah pun pulang ke rumah.


"Damn it!"


Rizki menampar kuat pintu butik.Dia kecewa kerana Dania sudah tiada di situ.Dia melihat jam di tangan yang sudah pun menunjukkan pukul tujuh malam.


Rizki masuk semula ke dalam kereta dengan perasaan hampa.Dia cemas memikirkan apakah Dania mahu mendengar penjelasannya nanti.Rizki meraup muka beberapa kali sebelum menghidupkan enjin kereta.


*********************************


"Assalamualaikum."


Dania memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Sayup terdengar suara ibunya mengaji dari tingkat atas.Dania lega kerana ibunya tidak melihat mukanya yang mencuka.Kalau tak, pasti ibunya akan bertanya itu dan ini.


Dania meniti anak tangga menuju ke biliknya di tingkat atas.Rumah batu dua tingkat itu kelihatan sepi sekali seolah-olah tidak berpenghuni.


Sesampainya di bilik, Dania terus menghempaskan tubuhnya di atas tilam katil.Mujur hari itu Dania tidak boleh solat, jadi dapatlah dia bermalas-malas sebentar.Terasa hilang segala penat bekerja seharian.Namun rasa sakit di hatinya masih menebal.


Dania mencapai sebiji bantal kecil berbentuk empat segi lalu melemparkannya sekuat hati.Tidak cukup dengan itu, diambilnya pula sebuah patung beruang berwarna coklat bersaiz sederhana lalu dilontarkan ke dinding dengan sekuat tenaga yang ada.


Dania puas melihat patung beruang pemberian Rizki itu tergolek di atas lantai.Seakan segala amarahnya telah dilepaskan kepada Rizki.Dania pejam mata dengan harapan dapat melupakan apa yang berlaku pada hari itu.


Seketika kemudian, dia tersedar apabila ada tangan hangat menyentuh lengannya.Rupa-rupanya dia tertidur.


"Ibu.."


Dania memalingkan tubuh menghadap ibunya yang duduk di sisinya.Dania masih berbaring.Matanya terasa berat.


Puan Saida menggeleng-geleng kepala melihat anak gadisnya yang tidur tanpa membersihkan diri terlebih dahulu.Tidak biasanya dia bersikap seperti itu.


"Ni kalau tak sebab penat sangat kerja kat butik, mesti kes gaduh dengan tunang kan?"


Puan Saida cuba meneka sambil menjeling ke arah lantai di mana Dania melemparkan patung beruangnya tadi.


"Tak adalah, bu..Ibu pun tau kan Dania memang sibuk..Banyak tempahan nak kena siapkan sebelum nikah."


Dania merapatkan tubuh ke ibunya.Dia mengisyaratkan ibunya agar memicit bahunya yang pegal.


Puan Saida tersenyum dan hanya menurut keinginan anak manjanya.


"Dah jadi isteri orang nanti, agak-agak dapat tak nak manja-manja macam ni lagi?"


Dania pejam mata.Dia hampir tertidur untuk kali keduanya saat menikmati picitan hangat tangan ibunya.


"Kenapa pulak tak boleh?Nia kan satu-satunya anak ibu.Anak kesayangan ibu.Walau dah jadi isteri orang sekalipun, Nia tetap anak manja ibu sampai bila-bila."


Dania membuka mata dan mendongak memandang ibunya yang sedang tersenyum.Dania sebak mendengar kata-kata itu.Dia bangun lantas memeluk erat ibunya.Air matanya jatuh berguguran.


Dania tidak mengerti mengapa dia semudah itu tersentuh.Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini Rizki selalu membuatnya sedih.


Puan Saida mengusap-ngusap belakang anaknya.Dia cuba menguatkan diri agak tidak terlihat sedih di hadapan Dania.Hingga ke hari ini, dia masih tidak percaya yang anak kesayangannya itu bakal menjadi seorang isteri tidak lama lagi.Terasa belum rela untuk melepaskan Dania pergi bersama keluarga baru.


"Dah, tak mau sedih-sedih.Pergi mandi..lepas tu turun bawah makan."


Puan Saida mengarahkan anaknya seperti anak kecil.


"Baiklah ibuku yang tercinta.."


Dania mengesat air mata lalu turun dari katil menuju ke bilik air.


Puan Saida hanya memerhatikan gerak geri Dania.Walaupun Dania enggan bercerita, dia tahu yang anak gadisnya itu sedang bersedih.Puan Saida tidak mahu bertanya.Biarlah anaknya itu sendiri yang membuka mulut apabila dia sudah bersedia.


Selesai mandi, Dania terus turun ke bawah untuk makan malam.Perutnya terasa lapar sekali.


"Ayah!Lamanya tak jumpa ayah."


Dania mengusik ayahnya yang sudah pun berada di meja makan.


"Yelah, ayah pun dah lama tak jumpa anak cantik ayah ni.Berapa bulan dah ek?"


Encik Iskandar tertawa melayan usikan anaknya.Puan Saida yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan turut tertawa senang melihat telatah lucu anak beranak itu.


Dania sengih sambil menarik kerusi lalu duduk di hadapan ibunya.


"Macamana anak ayah ni.Dah ready ke nak jadi tukang masak?"


Hampir tersembur nasi dalam mulut Dania mendengar soalan ayahnya itu.


"What?Tukang masak?Bila masa pulak Dania apply nak jadi chef ni?"


Dania pura-pura tidak mengerti dengan maksud ayahnya itu.Dania memandang ibunya yang tidak memberi sebarang reaksi.


"Hmm, macamana nak jadi isteri orang kalau tak pandai masak?"


Encik Iskandar mengusik lagi.


"Ayah, patutnya soalan ni ayah tanya masa mula-mula Nia bertunang dulu, tau.Sekarang ni soalan tu dah tak relevan dah.."


Dania tidak mahu kalah dengan ayahnya.Pantang dia kalau ada yang membahas soal kemahiran memasaknya.


"Anak abang ni bukan tak pandai masak, tapi malas."


Giliran Puan Saida pula mengusik anaknya.


"Ibu..ayah..Kalau Nia pandai masak macamana sekalipun,kalau tak ada masa nak masak, tak guna jugak kan?"


Dania puas dapat membalas usikan ibu dan ayahnya.


"Tengoklah anak awak ni, bang.Ada je yang dijawabnya."


Encik Iskandar hanya ketawa mendengar kata isterinya.Dia mengangkat tangan tanda menyerah.


Selesai mengemas dapur, Dania masuk ke bilik untuk beristirehat.Kantuknya kembali menyerang.Tiba-tiba dia terpandangkan patung beruang coklat yang sedari tadi terbaring kaku di sudut lantai.Ingatannya kembali kepada Rizki.


Dicapainya beg tangan dia atas meja solek lalu telefon bimbit dikeluarkan.Di skrin tertera sebelas panggilan tidak dijawab daripada Rizki.


Dania melepaskan keluhan lalu bersandar di kepala katil.Kepalanya terasa berat tiba-tiba.



Bersambung..

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi