Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 27

Ayumi memperhatikan gelagat Alvin yang sedang menghirup kopi di hadapannya.Riak wajah lelaki itu kelihatan agak serius.


"Ceritalah.Kenapa Dania marah-marah awak hari tu?"

Ayumi bersuara setelah agak lama mereka berdiam.


"Awak nampak ke dia marah saya?"

Tanya Alvin terkejut.


"Err, tak penting.Sekarang ni saya nak tau kenapa Dania tiba-tiba je nak balik.Apa awak dah buat pada dia?"

Ayumi pantas mengelak dari soalan Alvin apabila sedar yang dia sudah terlepas bicara.


"Saya tak buat apa-apa pun.Saya pun tak faham sebenarnya kenapa Dania marah saya pasal hal kecil."

Alvin bersandar di kerusi.Kemudian pandangannya dilemparkan ke luar cermin tingkap.


"Dia marah awak pasal apa?"

Ayumi jadi semakin tidak sabar.


"Ayumi, saya dah lama sukakan Dania.Tapi saya terpaksa pendam perasaan sebab masa tu Dania dah ada Rizki.Dan sekarang, saya takkan lepaskan dia lagi."


Pertanyaan Ayumi dibiarkan sepi.Alvin mula meluahkan perasaannya.Fikirannya berkecamuk memikirkan gadis itu.Satu keluhan dilepaskan lalu tengkuknya digosok.


Ternganga Ayumi mendengarkan luahan hati Alvin.Lain yang diharapkan lain pula yang didapatkan.Ayumi bingung dengan perasaannya sekarang.Mulutnya seakan terkunci untuk berkata-kata.


"Saya tau semua ni mungkin terlalu mendadak untuk dia.Saya faham kalau dia susah nak buka hati dia untuk lelaki lain sekarang.Tapi saya tak sanggup kalau dia terus-terusan mengelak dari saya."

Sambung Alvin lagi tanpa mempedulikan wajah Ayumi yang jelas berubah.


Lama Alvin terdiam seolah memikirkan sesuatu.Kemudian dia kembali bersuara.


"Ayumi, awak rasa patut ke kalau saya melamar Dania?"

Alvin menegakkan badan menghadap Ayumi.Kedua-dua tangannya kini berada di atas meja sambil jari jemari disilangkan.


"Me..melamar?"

Tergagap-gagap Ayumi menyebut perkataan itu.Baru saja Alvin meluahkan perasaannya terhadap Dania.Sudah terasa bagai disambar halilintar.Dan kini Alvin mahu melamar gadis itu pula.


Ayumi tersandar di kerusi.Semangatnya terasa dibawa lari entah ke mana.Pahit sekali untuk dia menerima kenyataan itu.


"Ayumi, Ayumi!Awak kenapa ni?"

Alvin mengetuk-ngetuk meja apabila gadis itu tidak menghiraukan panggilannya.Tersentak dengan itu, Ayumi mengumpul kekuatan untuk bersuara.


"Alvin, saya mintak maaf.Saya baru teringat yang mak saya suruh balik cepat.Ada barang nak kena beli.Saya balik dulu.Sorry."

Seraya berkata, Ayumi langsung meninggalkan Alvin terpinga-pinga.


"Aku cakap sorang-sorang ke dari tadi?"

Alvin mendengus.


"Dania, apa yang perlu saya buat sekarang?"

Kata Alvin lalu menekup muka dengan kedua tapak tangan.


Di dalam kereta, Ayumi menangis semahunya.


"Bodoh!Kau memang bodoh Ayumi!Kau tau yang Alvin tak pernah pandang kau tapi kau tetap berharap pada dia.Bodoh!"

Ayumi menampar stereng kereta berkali-kali.


"Kenapa mesti Dania?Kenapa?!"


Rasa sakit itu bukanlah kerana Alvin semata, tetapi juga kerana Dania.Ayumi tidak akan sekecewa itu kalau gadis yang disukai Alvin bukanlah Dania, teman baiknya sendiri.Pasti lebih mudah untuk dia menerimanya.



            ***************



Pagi itu di dalam kelas 4 Waja, suasana agak riuh kerana tiada guru yang masuk mengajar.


Nabila duduk di bangku dengan badan disengetkan ke kiri sambil sebelah tangan menongkat dagu.Buku teks di atas meja diselak helaian demi helaian tanpa dibaca.Fikirannya melayang entah ke mana.Sejak pemergian Rizki, Nabila jadi hilang semangat untuk belajar.Seminggu juga dia tidak hadir ke sekolah kerana terlalu bersedih dengan kematian abang sulungnya.


"Bella, bila kau nak kenalkan aku dengan Abang Razif kau?Mesti bertambah handsome kan lepas balik dari oversea."

Suhaila merapati Nabila sambil tersengih-sengih.


"Lambat lagi."

Jawab Nabila malas.Matanya masih dihalakan ke buku teks.


"Kau ni Bella, dengan kawan sendiri pun nak berkira.Bukan luak pun abang kau tu."

Suhaila cebik bibir lalu menjauh sedikit dari Nabila.


"Kau ni kan, nama je kekampungan tapi perangai..ya ampun."

Nabila menjeling Suhaila di sebelah.


"Eleh, cakap jelah kau jeles sebab aku lagi lawa dari kau kan?"

Sakat Suhaila.


"Tak ada makna.Aku cuma belajar dari kesilapan."


"Maksud kau?


"Aku tak nak abang aku tersilap pilih pasangan lagi."


Suhaila jungkit bibir mendengar kata-kata Nabila.Belum sempat Suhaila membalas, Norasyikin muncul di hadapan mereka dengan tercungap-cungap.


"Wei, kau kenapa?!"

Tanya Suhaila cemas.Setelah menarik nafas panjang, Norasyikin menarik kerusi lalu duduk di hadapan mereka berdua.


"Bella, crush kau!"

Akhirnya Norasyikin bersuara.


"Hah, apa?Crush?"

Suhaila menyampuk manakala Nabila masih terkebil-kebil memandang Norasyikin.


"Hish, crush kau..dah lupa ke?Asyraaf!"

Kata Norasyikin lagi.Kali ini dengan nada yang lebih tinggi.


"Asyraaf?Kenapa dengan dia?Dia dah mati ke?"

Suhaila menekup mulutnya yang celupar.


"Weh, mulut kau ni Su.."

Norasyikin memandang Suhaila dengan kepala tergeleng-geleng.


"Kenapa dengan Asyraaf, Nora?"

Nabila yang sedari tadi menjadi pendengar, kini bersuara.


"Dia dah masuk kelas hari ni!"

Jawab Norasyikin dengan teruja.


"Hah, kau biar betul?Dia dah sihat ke?"

Tanya Nabila lagi seakan tidak percaya.


Sudah lama dia tidak mendengar khabar lelaki itu sejak beberapa bulan yang lalu.Dari apa yang didengarnya, Asyraaf dimasukkan ke hospital ekoran penyakit jantungnya yang semakin serius.Ramai pelajar mengatakan yang Asyraaf mungkin tidak dapat bertahan lama.


"Betul Bella..aku nampak dengan mata aku sendiri.Kecoh kat depan tu tadi.Cikgu semua pergi sambut dia.Apasal korang tak pergi tengok?"

Norasyikin bercerita lagi sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke luar kelas.


"Yeke.Apasal aku tak dengar apa-apa pun?Patutlah Cikgu Rosmizah lambat masuk."

Suhaila mencelah.


Wajah Nabila yang tadinya muram dan suram, kini bertukar ceria dalam sekelip mata.Sangkanya dia tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki yang telah lama disukainya itu sejak sekian lama.


"Kan dah senyum.Sukalah tu."

Norasyikin senyum mengejek.


"Teman aku pergi jumpa dia, jom!"

Ajak Nabila tidak sabar.


"Takkan sekarang kot..mesti dia tengah busy masa ni.Dah macam artis aku tengok.Line clear nanti kita pergilah jumpa dia, okey?"

Norasyikin angkat kening.


"Tak sabar-sabar."

Suhaila menjeling Nabila lalu mencebik bibir.


"Korang tau kan, dekat sekolah ni dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku.Dari dulu sampailah sekarang.Walaupun ramai yang nak tackle aku, tapi aku tetap setia pada dia."

Kata Nabila lalu meletakkan tapak tangan ke pipi.


"Werkk, nak muntah aku dengar."

Suhaila berpura-pura hendak termuntah.


"Kau jeleskan sebab dia layan aku, tapi tak layan kau!"

Nabila menekan lengan Suhaila dengan jari telunjuk.


"Tolong sikit eh.Tak ada makna aku nak jeles sebab budak sakit tu."

Suhaila memutar biji mata ke atas.


"Sakit-sakit pun, anak jutawan..Kalau tak pass SPM pun, tak payah pening kepala nak masuk kolej atau cari kerja.Goyang kaki pun duit berkepuk.Kau ada?"

Kata Norasyikin bagi pihak Nabila.


"Kalau anak jutawan sekalipun, macamlah dapat kat kau, atau kau!"

Kata Suhaila pula kepada Norasyikin dan Nabila lalu dia ketawa semahunya.


Tiba-tiba Nabila bangun dari kerusi.Norasyikin dan Suhaila sama-sama terkejut.


"Bella, kau nak pergi mana?!"

Norasyikin turut berdiri apabila Dania berlalu keluar dari kelas dalam keadaan marah.


"Kaulah punya pasal!Tak boleh nak jaga hati orang sikit ke?Bella tu baru je lepas kehilangan abang dia.Kau ni tak sensitif langsung kan?"

Marah Norasyikin.


Suhaila terdiam.Dia sedar apa yang dikatakan Norasyikin itu benar.Tetapi Nabila juga turut bersalah kerana mencabar emosinya.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi