Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 29

Nabila terjenguk-jenguk di luar kelas.Ramai pelajar yang telah pun beredar dari kelas masing-masing namun bayangan Asyraaf masih tidak kelihatan.Beberapa detik kemudian, Asyraaf keluar dari kelas diiringi beberapa rakannya yang lain.


"Asyraaf!"

Nabila menggamit Asyraaf yang tidak menyedari kehadirannya.


"Hmm, dah mai dah..Okeylah Asyraaf kitorang balik dulu.Jumpa esok!"

Kata salah seorang dari rakan Asyraaf.


"Alright.Bye!"

Balas Asyraaf pula kemudian bergerak menghampiri Nabila.


"Hai, Bella kan?"

Tanya Asyraaf sambil tersengih.


"Hai!Ingatkan dah lupa."

Nabila tersenyum ceria.


"Kenapa tak balik lagi?Tunggu siapa?"

Asyraaf melihat sekeliling kawasan sekolah yang hampir lengang.


"Err, tunggu awaklah!"

Nabila tersipu-sipu.


"Tunggu saya?Kenapa?"

Asyraaf menekan dadanya dengan jari telunjuk lalu mengangkat kening.


"Saya happy sangat bila tau awak dah masuk sekolah balik.Saya ingatkan tak dapat jumpa awak lagi."

Kata Nabila lagi sambil memain-mainkan tali beg sekolah yang tersandang di bahu.


"Awak pun ingat saya dah mati ke?"

Tanya Asyraaf mengusik.Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.


"Eh, taklah!Saya percaya awak pasti akan sembuh."

Jawab Nabila gugup.


"Asyraaf, apa kata kalau saya belanja awak makan!Sempena meraikan awak dah kembali semula ke sekolah."

Kata Nabila lagi dengan senyum lebar.


"Awak nak belanja saya makan?Sekarang?"

Asyraaf membulatkan mata.Terkejut dengan tindakan berani Nabila.


"Sekaranglah.Jom!"

Nabila mula mengatur langkah manakala Asyraaf hanya membontotinya dari belakang sambil tersenyum.


Setibanya di cafe, Nabila dan Asyraaf mengambil tempat duduk yang menghadap ke pintu masuk.


"Memang biasa lepak sini ke?"

Tanya Asyraaf tiba-tiba.


"Biasalah jugak..Kenapa, awak tak suka ke?Kalau tak suka kita boleh makan tempat lain."

Nabila berkira-kira untuk bangun tetapi pantas ditahan oleh Asyraaf.


"Eh, saya tanya je..Makan kat mana-mana pun sama kan.Order lah!"

Kata Asyraaf tersengih lalu melihat menu yang dibawa oleh pelayan.


Sementara menunggu pesanan tiba, mereka kembali menyambung perbualan.


"Awak betul-betul dah sihat ke?Dah tak sakit lagi?"

Tanya Nabila.


"Alhamdulillah, saya diberi peluang kedua untuk hidup.Macam yang awak nampak sekarang, saya dah boleh jalani kehidupan normal macam orang lain."

Jawab Asyraaf dengan rasa bersyukur.


"Alhamdulillah.Lega saya dengar.So, macamana dengan persiapan SPM awak?"

Tanya Nabila lagi.


Asyraaf tidak menghiraukan pertanyaan Nabila.Matanya kini terpaku pada seorang gadis yang menapak masuk ke dalam cafe.


'Aulia.'

Bibir Asyraaf bergerak-gerak namun tiada suara yang terkeluar.Matanya mengekori kelibat gadis itu hingga ke kaunter pesanan.


"Asyraaf!Hei!Awak tengok apa?"

Nabila mengawang-awangkan tapak tangannya di hadapan muka Asyraaf.


"Hah?!"

Asyraaf tersedar lalu menoleh ke arah Nabila.


"Awak tengok apa?"

Ulang Nabila.Dia turut memandang ke arah yang dilihat Asyraaf namun tiada sesiapa di situ.


"Bella, sekejap ya."

Asyraaf bingkas bangun mengejar gadis itu yang keluar semula dari cafe.


"Asyraaf!"

Terkebil-kebil Nabila ditinggalkan Asyraaf.


"Aulia!"

Asyraaf menahan Dania dari pergi.Dia memegang dadanya yang terasa sakit kerana berlari.


Langkah Dania terhenti.Teragak-agak untuk dia menoleh ke belakang.


"Dania Aulia."

Asyraaf menghampiri Dania yang langsung tidak menoleh kepadanya.Kini dia berdiri betul-betul di belakang gadis itu.


"Awak?"


Dania menoleh setelah mendengar namanya dipanggil sekali lagi.Gemuruh perasaannya apabila Asyraaf berdiri begitu hampir dengannya.


"Laju betul awak jalan.Penat saya kejar."

Asyraaf tersengih memandang Dania.


"Sorry, saya tak tau awak yang panggil.Saya ingatkan saya salah dengar tadi.Awak okey tak?"

Kata Dania dengan rasa bersalah.Dilihatnya remaja itu masih memegang dada.


"Tak sangka kan kita jumpa lagi."

Kata Asyraaf tanpa menjawab pertanyaan Dania.Tangannya pantas dialihkan dari dada.


"Awak buat apa dekat sini?Kenapa tak balik terus ke rumah?"


Dania memerhatikan remaja itu masih lengkap dengan uniform sekolah.Tetapi gaya rambutnya berbeza pada kali pertama mereka bertemu.Dengan rambut diselak menampakkan keseluruhan dahinya, Asyraaf kelihatan lebih dewasa.


"Oh, pergi makan dengan kawan kejap dekat cafe ni.Awak?Sorang je ke?"

Tanya Asyraaf pula.Matanya tidak lepas memandang wajah Nabila.


"Singgah beli air je."

Dania menunjukkan kopi yang tergenggam di tangan.


"Okeylah Asyraaf, saya pergi dulu."

Dania meminta diri.


"Awak, kejap!"


Asyraaf meraba-raba poket seluarnya mencari sesuatu.Kemudian baru dia teringat telefon bimbitnya ditinggalkan di atas meja cafe bersama Nabila.


"Berapa nombor awak?"

Asyraaf menarik sebatang pen yang diselit di poket baju lalu bersedia untuk mencatat sesuatu di tapak tangan.


"Hah?"

Nabila pura-pura tidak mengerti.


"Nombor telefon awak."

Ulang Asyraaf sambil tersenyum manis.


"Ahh.."

Teragak-agak Dania menyebut nombor telefonnya.


"Thanks.Nanti saya Whatsapp.Bye Aulia!"

Asyraaf melambai-lambai Dania dengan tapak tangannya yang tertulis nombor telefon gadis itu lalu masuk semula ke dalam cafe.


"Awak pergi mana?"

Tanya Nabila dengan wajah masam mencuka.Makanan yang dipesan sudah pun terhidang di atas meja.


"Sorry, Bella.Jumpa kawan kejap tadi."

Asyraaf menjawab dengan senyum lebar kemudian menyedut minuman sejuk di atas meja.


"Oh, kawan..Kawan awak tu nama Dania Aulia ke?"

Nabila memandang Asyraaf dengan senyum sinis.Dia sempat mengintai dengan siapa Asyraaf berjumpa di luar cafe sebentar tadi kemudian kembali semula ke meja.

Hampir tersedak Asyraaf mendengarkan nama itu.


"Macamana awak tau?Awak kenal dia ke?"

Bulat mata Asyraaf memandang Nabila.


"Kenapa pulak tak kenal.Perempuan tu tunang arwah abang saya.Lagi beberapa hari je diorang nak kahwin.Sebab dialah abang saya meninggal."

Cerita Nabila dengan perasaan geram.


Ternganga Asyraaf mendengarkan cerita yang keluar dari mulut Nabila.Ternyata gadis yang sudah mula mencuri hatinya itu pernah menjadi tunangan orang dan hampir  berkahwin.


"Awak pulak, macamana boleh kenal dengan dia?"

Tanya Nabila dalam nada tidak puas hati.Direnungnya wajah Asyraaf dengan seribu persoalan di minda.


"Err, kebetulan."

Jawab Asyraaf pendek lalu menjamah makanan di atas meja.Sungguh Asyraaf sudah mati selera, tetapi dipaksakan juga demi menjaga perasaan Nabila.


Dalam perjalanan pulang setelah menghantar Nabila, Asyraaf termenung mengingatkan kembali cerita Nabila sewaktu di cafe tadi.


"Tadi awak cakap disebabkan dia abang awak meninggal.Macamana tu?"

Perasaan ingin tahu memuncak dalam diri Asyraaf.


"Dia curang dengan abang saya."

Jawab Nabila bersahaja sambil menikmati makanan.


Jawapan Nabila cukup membuat Asyraaf tersandar di kerusi.Susah untuk dia mempercayai kata-kata Nabila.Walaupun baru beberapa kali bertemu, tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu di dalam diri Dania yang menarik dia untuk lebih mengenali gadis polos itu.


"Abang saya kemalangan dalam perjalanan ke rumah dia malam tu.Kalau tak sebab dia, tentu abang saya masih ada lagi dengan saya sekarang."

Cerita Nabila lagi.Dalam diam dia menyimpan dendam yang tak akan pernah padam terhadap gadis itu.


Walaupun Asyraaf tidak begitu memahami isi cerita yang disampaikan Nabila, dia dapat merasakan yang Nabila sangat bencikan Dania.Kalau tidak masakan dia menyalahkan Dania atas kemalangan yang menimpa abangnya sedangkan dia sudah cukup dewasa untuk menerima setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini adalah atas kehendak Yang Maha Esa.


"Lepas jumpa girlfriend pun mengelamun lagi ke?"

Tegur Fikri yang sedang memandu.


"Mana ada mengelamun.Girlfriend?Mengarutlah!"

Asyraaf tersedar dari lamunan lalu membetulkan duduknya.


"Habis, Bella tu siapa?Tak pernah-pernah bawak naik perempuan dalam kereta ni."

Sakat Fikri lagi.


"Oh, Bella tu kawan jelah Abang Fik.."

Asyraaf tersengih.


"Mula-mula memanglah kawan kan.."

Fikri menyenggol lengan Asyraaf.


"Not my taste lah."

Asyraaf ketawa.


"Habis tu, putera raja ni nak yang macamana?"

Fikri senyum senget.


"Abang Fik, kalau nak cari perempuan, jangan cari yang senang dapat.Nanti senang jugak tinggalkan kita."

Asyraaf jeling Fikri di sebelah.


"Hmm, kalau cari yang susah dapat alamatnya tak kahwinlah abang."

Fikri ketawa.


"Abang Fik tu serius sangat.Perempuan pun takut nak dekat."

Giliran Asyraaf pula menyakat Fikri.


"Takpelah, abang nak tunggu Raaf kahwin dulu.Baru abang cari calon."


"Kenapa pulak?"


"Kalau abang kahwin dulu, macamana abang nak jaga Raaf?"


Asyraaf terdiam.


"Kenapa diam pulak?"

Tanya Fikri.


"Raaf ni memang menyusahkan orang kan?"

Suasana ceria kini bertukar mendung tiba-tiba.


"Siapa kata Raaf menyusahkan orang?"

"Abang?Papa Raaf?Atau mama Raaf?"

Fikri geleng kepala.Kesal dia mendengar kata-kata Asyraaf yang tidak wajar.


Asyraaf hanya diam melayan perasan.Ketika itu juga, bayangan wajah Dania kembali bermain di mata.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi