Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 19

Lama Alvin memerhatikan Danilia Couture.Hatinya meronta-ronta untuk bertemu Dania.Sejak kematian Rizki, Alvin belum berpeluang melihat keadaan gadis itu.Pesanan dan panggilannya tiada satu pun yang berjawab.Tidurnya tidak pernah lena memikirkan gadis pujaan hati.


Setelah berkira-kira, Alvin melangkah keluar dari kereta.Dengan hati yang berdebar, dia membunyikan loceng di pintu butik.


"Alvin?"

Ayumi tergamam melihat jejaka yang disukainya berada di hadapan mata.


"Assalamualaikum, Ayumi.Hai!Dania ada?"

Tanpa berbasa basi, Alvin terus sahaja pada niatnya.


"Waalaikumussalam.Dania..Dania tak ada.Eh, masuklah dulu Alvin.Takkan nak tercegat dekat situ je.Masuklah!"

Tergagap-gagap Ayumi dibuatnya.Perasaanya jadi tidak keruan memandang wajah jejaka kacak itu.


"Dania tak ada?Dia dah balik ke?"

Alvin tidak mempedulikan ajakan Ayumi.Hatinya hampa sekali apabila Dania tiada di situ.


"Kot ye pun masuklah dulu.Kita borak dekat dalam.Saya pun ada benda nak cerita dekat awak."

Sekali lagi Ayumi mengajak Alvin untuk masuk.

Dengan teragak-agak, Alvin masuk ke dalam butik.Matanya terus sahaja meliar ke segenap ruang dalaman butik.


"Dania belum masuk kerja lagi."

Kata Ayumi sebaik sahaja mereka berdua duduk di sofa.


"Oh yeke?Macamana ya dia sekarang?Saya whatsapp dia tak reply, call pun tak jawab.Tu saya cuba cari dia dekat sini."

Kata Alvin pula.


"Awak dengan Dania dah kenal berapa lama?"

Tiba-tiba Ayumi bertanya.Pertanyaan Alvin langsung tidak diendahkan.


"Hah, saya dengan Dania?Err, sebenarnya Dania tu satu sekolah dengan saya dulu.Kenal pun macamtu je.Lepas habis sekolah, kami tak pernah jumpa lagi sampailah arwah Rizki kenalkan dia dekat saya."

Tergagap-gagap Alvin menjawab pertanyaan Ayumi yang tidak disangka itu.


"Oh.."

Balas Ayumi pendek.Matanya tidak lepas dari menatap Alvin.


"So, awak ada jumpa Dania tak?Dia ok ke?"

Alvin kembali bertanya.


"Ada..ada.Tapi minggu lepaslah.Tapi masa tu keadaan dia masih tak stabil lagi."

Jawab Ayumi dengan bersahaja.Dia kembali mengingati bagaimana Dania tergamak menghalaunya waktu itu.


"Apa maksud awak?Dania sakit ke?"

Tanya Alvin cemas.


"Sakit tu takla..cuma emosi dia yang tak stabil.Nampaknya dia masih tak boleh terima yang Rizki dah tak ada."

Keluh Ayumi.


Alvin terdiam.Sungguh tidak menyangka keadaan Dania seteruk itu.


"Boleh awak bagi saya alamat rumah Dania?Saya nak melawat dia."

Pinta Alvin.


Ayumi terkejut dengan permintaan Alvin.Agak hairan melihat jejaka itu begitu prihatin terhadap Dania sedangkan mereka bukanlah kawan rapat.


"Sungguh ke awak nak pergi tengok dia?Tak takut kena halau?"

Ayumi angkat kening.Diperhatinya wajah jejaka itu yang mula berubah.


"Maksud awak?"

Tanya Alvin kehairanan.


"Ya, dia halau saya bila saya cuba nasihatkan dia untuk terima hakikat.Awak boleh bayangkan tak seteruk mana keadaan dia sampai tergamak halau kawan baik dia sendiri."


Alvin tergamam.


"Sampai begitunya cinta awak pada Rizki."

Kata Alvin perlahan tanpa sedar.


"Apa awak cakap?"

Ayumi tidak dapat menangkap apa yang dikatakan Alvin.


"Eh, tak ada apa-apa.Boleh saya mintak alamat dia?"

Alvin meminta seakan merayu.


"Kalau awak nak pergi, saya boleh bawakan.Saya pun nak tengok Dania."

Ayumi memberi cadangan.


"Oh, kalau macamtu baguslah.Boleh kita gerak sekarang?"

Alvin sudah tidak sabar mahu bertemu Dania.Terpancar keceriaan di wajahnya.


"Ok, give me five minutes."

Ayumi bangun meninggalkan Alvin di sofa.Seketika kemudian, dia kembali mendapatkan Alvin yang sudah pun berdiri di muka pintu.


"Ok, Alvin.Naik naik kereta saya..atau kereta awak?Atau naik asing-asing?"


"Takpe, naik kereta saya je.Balik nanti saya hantar awak semula ke sini.Boleh?"


"Ok!"

Ayumi senyum lebar.Bagai mendapat durian runtuh, dia kini berpeluang keluar bersama jejaka itu.


"Mesti awak sedih kan Rizki dah tak ada?"

Ayumi menanyakan soalan bodoh ketika berada di dalam kereta.Dia sendiri tidak tahu mahu berbual apa apabila Alvin hanya diam memandu.Namun dia tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang untuk lebih mengenali jejaka itu.


Alvin mengangguk.


"Tapi saya tak boleh bayangkan perasaan Dania sekarang."

Alvin melepaskan keluhan.


"Yelah, lagi beberapa hari je diorang nak nikah.Kesian Dania.Tapi nak buat macamana kan kalau dah tak ada jodoh."

Ayumi turut mengeluh.


"Alvin, awak ni sebaya dengan Rizki kan?"

Ayumi pura-pura bertanya.


"Ya."

Jawab Alvin pendek.


"Hmm, muda-muda dah jadi doktor.Mesti girlfriend keliling pinggang, kan?"

Lancang mulut Ayumi bertanya.


Alvin yang mendengar hanya ketawa.Matanya fokus memandang jalan raya.


"Tak jawab tu betullah, kan?"

Ayumi tidak berputus asa.Dijelingnya Alvin yang tenang memandu.


"Kalau saya cakap tak ada girlfriend, mesti awak tak percaya, kan?So, saya diam jelah."

Jawab Alvin dengan senyuman di bibir.


Melopong mulut Ayumi mendengarkan jawapan Alvin.


"Hmm, orang handsome macam awak ni mesti memilih, kan?Sebab tu tak ada girlfriend."

Ayumi cuba mengorek sebanyak yang mungkin dari Alvin.


"Mana ada."

Jawab Alvin malas.Dia mula rimas dengan pertanyaan Ayumi.


Ayumi senyum lebar.Peluangnya untuk mendekati jejaka itu kini terbentang luas di depan mata.Hanya tinggal mengatur strategi sahaja.


Setibanya di halaman rumah Dania, Alvin dan Ayumi beriringan keluar dari kereta.Alvin memerhatikan segenap kawasan rumah Dania.Hatinya berdebar-debar.Bimbang seandainya gadis itu tidak mahu bertemu dengannya.


"Jom, Alvin.Kita jumpa mak dengan ayah Dania."

Ajak Ayumi lalu menuju ke muka pintu utama.Alvin di belakang hanya mengekori langkah Ayumi.


"Assalamualaikum..!"

Ayumi memberi salam di muka pintu.


"Waalaikumussalam..Ayumi..masuklah!Eh, Doktor Alvin, kan?"

Encik Iskandar yang membuka pintu, terkejut melihat Alvin yang turut berada di situ.


"Ya, uncle."

Alvin senyum lalu menyalami Encik Iskandar.


"Maaf ya, uncle.Saya datang dengan tangan kosong je sebab tergesa-gesa ke sini sampai terlupa."

Kata Alvin setelah menyedari kelakuannya yang tidak sopan.


"Allah, itu pulak yang dia fikirkan.Dah, masuk-masuk.Auntie ada tu dekat dapur.Kebetulan tengah siapkan minum petang.Bolehlah kita minum sekali."

Pelawa Encik Iskandar.Senang sekali dia menerima kehadiran Alvin hari itu.


"Langkah kanan kan, uncle."

Kata Ayumi tanpa segan silu.


Tidak berapa lama kemudian, Bibik Halimah datang bersama sedulang minuman dan sedikit kuih muih diikuti Puan Saida di belakang.


"Tak sangka pulak doktor nak datang ke sini."

Ujar Puan Saida sebaik melabuhkan punggung di kerusi.Mereka berempat duduk minum petang bersama berhampiran kolam ikan.


"Tak payahlah panggil saya doktor, auntie, uncle.Panggil Alvin je."

Kata Alvin ramah.


Puan Saida dan Encik Iskandar sama-sama tersenyum.


"Terima kasihlah Alvin sebab sudi datang melawat Dania.Alang-alang kamu dah ada dekat sini, bolehlah kamu tolong periksa Dania tu.Dah dekat dua minggu keadaan dia tak berubah.Makin lama makin kurus auntie tengok."

Ujar Puan Saida dengan nada bimbang.


"Tak bawa pergi hospital ke, auntie?"

Alvin bertanya.


"Kami dah cuba pujuk dia pergi hospital, tapi dia tak nak.Setiap kali kami nak bawa dia ke hospital, mesti dia mengamuk.Kami tak sampai hati."

Jawab Encik Iskandar bagi pihak isterinya.


"Tak boleh biar macam tu, uncle.Saya takut Dania mengalami kemurungan dan menjejaskan kesihatan dia."

Kata Alvin pula.


"Habis tu kami kena bawak dia ke hospital mental ke, Alvin?"

Tanya Puan Saida cemas.Dipandangnya wajah suaminya dengan mata yang berkaca.


"Eh, bukan tu maksud saya, auntie.Kita bawa dia ke hospital biasa untuk buat check up.Kalau badan dia lemah, Dania kena tinggal di wad beberapa hari sehingga pulih seperti biasa.InshaAllah."

Tenang sahaja Alvin memberi penjelasan.Ayumi di sebelah hanya diam terpaku memandang Alvin.Sungguh dia merasa kagum melihat jejaka itu.


"Maaf, Alvin ni.."


"Alvin ni mualaf auntie, uncle."

Laju sahaja Ayumi memotong kata-kata Puan Saida.


"Oh, iyeke.."

Puan Saida dan Encik Iskandar berpandangan sambil tersenyum.


"Kalau diizinkan, boleh saya tengok Dania sekarang?"

Alvin sudah tidak senang duduk.


"Boleh-boleh.Silakan."

Encik Iskandar mewakilkan Puan Saida membawa Alvin naik ke tingkat atas.Ayumi turut mengekori dari belakang.


"Nia, sayang.Ada Alvin dengan Ayumi nak jumpa ni.Kami masuk ya, sayang."

Puan Saida menguak sedikit pintu bilik Dania.


Perlahan-lahan mereka bertiga menghampiri Dania yang sedang berbaring mengiring di katil.Dania tidak menghiraukan kehadiran mereka.Matanya terpejam rapat.


"Sayang.."

Puan Saida mengelus lembut pipi Dania.


"Ya Allah, panasnya!Nia, bangun nak!"

Puan Saida meletakkan telapak tangan di seluruh wajah Dania.Bibir gadis itu kelihatan pucat sekali.


"Nia kenapa, auntie?"

Tanya Ayumi panik.Kemudian dia naik ke atas katil untuk melihat keadaan Dania.


"Dia macam tak sedar ni, Alvin.Apa kita nak buat?"

Puan Saida semakin cemas melihat anak gadisnya yang tidak berkutik.


"Kita bawa dia ke hospital sekarang, auntie."

Kata Alvin cemas.Tanpa berfikir panjang, Alvin mengangkat tubuh Dania lalu membawanya turun ke bawah.


Ayumi dan Puan Saida sama-sama tercengang dengan perlakuan spontan Alvin.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi