Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 17

Dania melirik jam di dinding entah kali yang ke berapa.Makan malam yang telah siap terhidang di atas meja dipandangnya dengan hati yang sebal.


"Mana dia ni..Takkan tak sampai-sampai lagi.Kata lepas maghrib.Ni dah pukul berapa?"

Dania mengomel sendiri.

Perutnya yang sedari tadi berkeroncong sudah tidak dipedulikan.Telefon bimbit di tangan diperhatikan lagi.


"Call tak jawab-jawab.Melencong ke mana pulak?"


"Nia, macamana?Dah dapat call Riz?"

Puan Saida yang datang dari belakang mengejutkan Dania.


"Belum, bu.Ibu, Nia risaulah.Dari tadi Nia rasa tak sedap hati.Ibu tolong call mama Rizki boleh tak, bu?"

Kata Dania cemas.

Puan Saida mengangguk lalu mendail nombor bakal besannya.


"Assalamualaikum, Zu.Maaf nak tanya, ni Rizki dah bertolak belum ya dari rumah?"

Tanya Puan Saida sambil memandang Dania.


"Eh, dah satu jam dia keluar Ida..Takkan tak sampai lagi?"

Suara Puan Zulaikha turut kedengaran cemas.


"Allah, yeke Zu.Kami call dia dari tadi tak jawab-jawab.."

Puan Saida semakin cuak setelah mendengar kata-kata mamanya Rizki.


"Kalau macamtu takpelah, Zu.Nanti saya suruh Nia call dia lagi.Kalau dia dah sampai saya bagitau, ya.Assalamualaikum."

Puan Saida mematikan talian.Wajahnya berkerut seribu.


"Macamana, bu.Mama Rizki cakap apa?"

Dania semakin cemas melihat reaksi ibunya.


"Mama Riz cakap dah satu jam dia keluar."

Perlahan sahaja Puan Saida menutur kata.


"Ibu, Nia takut bu.Nia takut kalau jadi apa-apa dekat Riz."

Dania terduduk sambil memegang dada.

Dadanya rasa sesak sekali.Sekali lagi didailnya nombor Rizki.


"Kenapa ni?Ida, Nia?Rizki nya mana?Dah pukul berapa ni?"

Tanya Encik Iskandar yang tiba-tiba muncul di antara mereka.


"Tak tau, bang.Dah puas Nia call tapi Rizki tak jawab-jawab.Saya dah call Zulaikha, dia cakap Rizki dah lama keluar.Risau saya, bang."

Jawab Puan Saida dengan wajah sugul.

Encik Iskandar terdiam.Diperhatinya Dania yang masih tidak lekang dengan telefon bimbitnya.


"Nia, sabar sayang.InshaAllah, tak terjadi apa-apa.Doa banyak-banyak ya, sayang."

Puan Saida memeluk bahu Dania.Dia cuba menenangkan anak gadisnya yang sudah mula mahu menangis.





"Mama, kenapa ni?Siapa call?"

Nabila yang muncul dari dapur dengan segelas air, hairan melihat wajah ibunya yang sugul selepas mendapat panggilan telefon.


"Abang Razif tak jadi balik ke, ma?"

Tanya Nabila lagi sebaik sahaja melabuhkan punggung di sofa.


"Abang Riz kamu, entah ke mana perginya.Dari tadi tak sampai-sampai lagi rumah Dania.Mama risaulah, Abil."

Keluh Puan Zulaikha.


"Yeke, ma?Kejap Abil try call abang."

Nabila meletakkan gelas berisi air di atas meja kopi lalu mencapai telefon bimbit.

Hatinya berdebar-debar setelah mendail nombor Rizki.


"Tak jawab, ma."

Kata Nabila perlahan seraya memandang Puan Zulaikha yang kelihatan semakin cemas.


"Allah.."

Puan Zulaikha mengurut dada.Fikiran buruk segera menerjah ke otaknya.


"Ma, mama tenang dulu.Mungkin kereta abang rosak ke..Lepas tu dia tak dengar kita call.Mana tau kan?Mama sabar ya, ma."

Nabila cuba memujuk Puan Zulaikha sedangkan hatinya sendiri berkecamuk.





Dania mundar mandir di luar kawasan rumah.Lehernya dipanjangkan mencari kelibat kereta Rizki.


"Nia..."

Puan Saida berdiri di muka pintu.

Lemah sekali suaranya memanggil Dania yang masih mundar-mandir.


"Kejap, bu.Nia tengah tunggu Rizki ni!"

Dania tidak mempedulikan panggilan ibunya.


"Nia, sayang.Kita kena pergi hospital sekarang."

Puan Saida menghampiri Dania dengan langkah yang longlai.


"Hospital?Kenapa, bu?Ayah sakit ke, bu?"

Tanya Dania panik.


"Bukan ayah, Rizki.."

Lidah Puan Saida kelu tiba-tiba.

Berat sekali untuk dia meneruskan kata-kata.


"Rizki kenapa, bu?Ibu, jangan takutkan Nia!"

Dania menggoncang perlahan bahu ibunya.


"Rizki accident..Ibu baru dapat panggilan dari mama Rizki.Kita pergi tengok dia sekarang sementara masih sempat."

Terketar-ketar Puan Saida berbicara.


"Ibu, ibu jangan main-main, bu.Nia tengah risau gila sekarang ni tau tak?"

Dania pegang kepala.

Payah benar untuk dia menghadam apa yang dikatakan ibunya.


"Nia, tunggu apa lagi tu?Masuk dalam kereta cepat!Awak pun sama!"

Encik Iskandar memberi arahan kepada Dania dan Puan Saida sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah.


"Kita nak pergi mana, ayah?"

Dania bertanya seperti orang bingung setelah berada di dalam kereta.

Puan Saida menggeleng-gelengkan kepala mendengar pertanyaan anaknya itu.Dia tahu pasti sukar untuk Dania menerima apa yang telah pun berlaku.


"Kita nak pergi tengok Rizki dekat hospital..Rizki accident.Awak tak bagitau Nia lagi ke, Ida?"

Encik Iskandar menjawab dan bertanya dalam masa yang sama.


"Dah, bang.Tapi Nia tak nak percaya."

Jawab Puan Saida yang berada di sebelah.


"Tak..tak mungkin..tak mungkin."

Kata-kata itu berulang di bibirnya sambil kepala digeleng-gelengkan.

Terasa seperti sedang bermimpi mendengarkan kata-kata ibu dan ayahnya.


"Nia, istighfar banyak-banyak.Kita doakan Rizki tak ada apa-apa ya, nak?"

Kata Encik Iskandar sambil menjeling Dania melalui cermin pandang belakang.

Seketika kemudian, esakkan tangis mula bergema memenuhi segenap ruang kereta.




Sesampainya di hospital, Puan Zulaikha dan Nabila sudah pun berada di ruang menunggu.


"Zu.."

Puan Saida merapati Puan Zulaikha yang tersedu sedan.


"Ida.."

Puan Zulaikha memeluk Puan Saida.Tangisannya semakin jelas kedengaran.


"Sabar, Zu.Semuanya ketentuan Allah.Kita sama-sama berdoa ya semoga Rizki diberikan umur yang panjang dan kembali kepada kita."

Puan Saida menenangkan Puan Zulaikha bersama deraian air mata.


"Macamana dengan Rizki, auntie?"

Perlahan-lahan Dania merapati Puan Zulaikha yang sudah dapat mengawal kesedihannya.


"Rizki masih dalam bilik ICU.Doktor kata kecederaan Rizki parah..Peluang untuk dia hidup sangat tipis."

Puan Zulaikha kembali meraung setelah menuturkan kata-kata.

Dania tekup mulut.Kepalanya digeleng-gelengkan.Hampir sahaja dia jatuh terjelepuk di lantai.Mujur Encik Iskandar sempat menyambutnya.


"Nia, istighfar, nak.Istighfar!"

Ujar Encik Iskandar sambil memeluk bahu Dania.


"Ni semua sebab kau!Abang aku accident sebab nak pergi rumah kau!Kaulah punca semua ni berlaku!"

Tiba-tiba Nabila mengamuk.

Dia bangun dari duduknya dan berdiri menghadap Dania.Menjegil matanya memandang gadis itu.


"Astaghfirullahalazim, Abil!Apa Abil cakap ni?!"

Marah Puan Zulaikha.Dia turut bangun dari tempat duduknya.


"Ma, mama tak tau apa yang perempuan ni buat dekat belakang abang!Kau dengar sini, eh.Kalau jadi apa-apa dekat abang aku, aku dengan keluarga aku takkan maafkan kau!Dan kau akan menyesal seumur hidup kau atas apa yang dah kau buat pada abang aku!"


Pang!!!


Satu tamparan hinggap di pipi Nabila.Nabila menjerit kesakitan sambil memegang pipinya.


"Abil dah melampau!Mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar macamni!Abil nak malukan mama ke?!"

Puan Zulaikha sangat tidak menyangka anak gadisnya bakal berkelakuan seperti itu.

Puan Saida dan Encik Iskandar juga sama-sama terkejut manakala Dania hanya tunduk memandang lantai.Sememangnya dia sangat terpukul dengan kata-kata kesat yang dilemparkan Nabila terhadapnya.Tetapi apa yang lebih menyesakkannya kini adalah kemungkinan di mana dia akan kehilangan Rizki.


Nabila terdiam menerima tamparan itu.Dia menyesal telah memalukan mamanya di hadapan keluarga Dania.Namun dalam masa yang sama dia merasa puas kerana dapat meluahkan segala yang terbuku di hati.


"Nia, ayah rasa lebih baik kita duduk dekat sana.Mari, nak."

Encik Iskandar memimpin Dania menuju ke tempat duduk yang agak jauh sedikit dari Puan Zulaikha dan Nabila.

Encik Iskandar tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi di antara Dania dan Nabila tetapi dia tidak mahu keadaan menjadi semakin tegang.


Dania hanya menurut.Air matanya tidak henti mengalir.Dia juga tidak henti berdoa agar Rizki dapat melalui masa kritisnya.


"Ida, maafkan Nabila ya.Nabila jadi macamtu mungkin sebab terlalu risaukan abang dia.Nanti saya suruh Nabila mintak maaf pada Dania.Maafkan anak saya ya, Ida."

Berkali-kali Puan Zulaikha meminta maaf kepada Puan Saida.Dia tidak habis fikir mengapa Nabila bertindak sedemikian.


"Takpelah, Zu.Kita tak payah fikir pasal tu ya.Yang penting sekarang kita doakan Rizki.Itu yang Rizki perlukan sekarang."

Pujuk Puan Saida.

Dia menggenggam tangan Puan Zulaikha bagi menyalurkan sedikit kekuatan.Sebenarnya dia turut merasa terpukul dengan kata-kata Nabila yang dianggapnya sangat tidak wajar diucapkan.Apatah lagi di saat-saat genting seperti ini.


Puan Saida memandang Dania yang duduk menunduk sambil menyapu air mata.Ingin sahaja dia berada di sisi Dania saat itu, namun dia tidak sampai hati meninggalkan Puan Zulaikha yang masih memerlukan sokongannya.


"Nia, dah la tu.Jangan nangis lagi.Bengkak dah mata tu ayah tengok."

Encik Iskandar tidak sanggup melihat Dania sesedih itu.Dia memeluk bahu anaknya.


"Ayah, Nia takut.Nia takut, ayah.Rizki.."

Dania kembali teresak-esak.Dia menyandarkan kepalanya di dada Encik Iskandar.Sungguh dia tidak dapat menahan perasaannya kala itu.


"Dania?"

Tiba-tiba seorang lelaki muda yang berpakaian kemas lengkap dengan kot putih menegur Dania.

Dania mendongak sedikit apabila mendengar namanya dipanggil.


"Alvin?"

Dania terkejut dengan kehadiran Alvin di situ.Lantas dia berdiri menghadap jejaka itu.


"Macamana awak boleh ada dekat sini?"

Dania bertanya dalam sedu sedan yang masih tersisa.


"Sepatutnya saya yang tanya, kenapa awak ada dekat sini?Saya memang kerja dekat sini."

Jawab Alvin.


"Awak ok ke?Kenapa awak menangis?Siapa yang sakit?"

Tanya Alvin cemas apabila Dania hanya diam memandangnya.


"Alvin, Rizki.."

Dania tidak tau apa yang harus dikatakan.Sakit sekali rasanya ingin mengucapkan hal itu.


"Doktor ni kawan Dania ke?"

Tiba-tiba Encik Iskandar mencelah.


"Ayah, ni Alvin.Kawan baik Rizki"

Dania menjawab bagi pihak Alvin.

Kemudian, Alvin menyalami Encik Iskandar.


"Oh, jadi Alvin belum taulah pasal Rizki?"

Tanya Encik Iskandar lagi.


"Kenapa dengan Rizki, uncle?"

Alvin semakin cemas apabila nama sahabatnya disebut.


"Rizki accident..Sekarang ni masih dalam ICU lagi."

Jawab Encik Iskandar.


"Ya Allah, Rizki!"

Alvin tekup mulut.


Bagai tidak percaya kejadian itu menimpa sahabatnya.Padahal baru petang tadi mereka berbual bersama.Dania kembali terduduk di kerusi.Terasa lemah seluruh anggota badannya.


"Alvin, kalau tak keberatan uncle nak mintak tolong Alvin temankan Dania sekejap.Uncle nak pergi beli air."

Encik Iskandar memandang Dania yang sudah pun tersandar di dinding.


"Boleh, uncle.Tak ada masalah."

Balas Alvin.


Sepeninggalan Encik Iskandar, Alvin duduk di sebelah Dania.Dia merenung wajah gadis itu yang basah dengan air mata.Tidak sampai hati rasanya melihat Dania dalam keadaan sebegitu.Tetapi dia juga tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya terdaya memanjatkan doa semoga Allah melindungi Rizki.


"Allah!Rizki!"


"Abang..!"


Jeritan dan laungan Puan Zulaikha bersama Nabila mengejutkan Dania.Dia melihat doktor sudah pun berada bersama-sama mereka.Tangisan Puan Zulaikha dan Nabila semakin lama semakin kuat.


Perlahan-lahan Dania menghampiri ibunya yang turut berada di situ.Langkah longlainya ditemani Alvin dari belakang.


"Nia.Istighfar banyak-banyak ya, sayang.Allah lebih sayangkan Rizki."

Puan Saida menoleh apabila menyedari kehadiran Dania.


Dania hanya bisu.Dipandangnya Puan Saida, Puan Zulaikha dan Nabila silih berganti.Tidak lama kemudian, Puan Zulaikha dan Nabila hilang di sebalik pintu.


"Ibu, Rizki mana bu?Nia nak tengok Rizki.."

Terketar-ketar mulut Dania berbicara.


Puan Saida memeluk Dania.Dia tahu anak gadisnya pasti tidak dapat menerima kenyataan pahit itu.Alvin yang dari tadi berdiri di sisi Dania sudah tersandar di dinding.


"Ibu, Nia nak jumpa Rizki.Riz mesti tengah tunggu Nia sekarang.Cepatlah, bu.Kita pergi jumpa Rizki."

Dania meleraikan pelukan ibunya dan menarik tangan Puan Saida.

Puan Saida menahan Dania.Dipeluknya lagi anak itu.


"Nia, bawak mengucap sayang.Rizki dah tak ada.Rizki dah tinggalkan kita semua."

Kata Puan Saida dalam esak tangis.


Dania menolak tubuh Puan Saida.Jantungnya bagai direntap keluar untuk kali yang kedua.Pandangannya menjadi gelap tiba-tiba.Dania tidak mampu berdiri lagi.Sekelip mata, tubuhnya sudah pun berada dalam dakapan Alvin.


"Dania!"


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi