Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 5

"Yumi, hari ni kita tutup awal ya?"


Dania bersuara memecah kesunyian yang sedari tadi menyelubungi butik.Ayumi yang mendengar kata-kata Dania berhenti seketika dari kesibukkannya.


"Suka hati kaulah, Nia..Aku ikut je."


Ayumi tersengih lalu menyambung kembali pekerjaannya.


"Kita pergi makan jom.Aku lapar."


Dania memandang jam di dinding.Sudah jam tiga petang tetapi dia masih belum makan.Sekarang perutnya mula berkeroncong minta diisi.


"Tau lapar..Ingatkan perut besi."


Ayumi tersengih mendengar rengekkan temannya itu.


"Tadi tu memang tak ada selera.Sekarang pun tak ada selera tapi kena makan jugak.Nanti gastrik."


Dania ketawa melihat Ayumi yang mencebik bibir.


"Okey lah.Kalau kau nak tutup sekarang, aku kemas-kemas dulu."


Kata Ayumi sambil berlalu ke belakang.


*********************************


"Betul ni kau tak nak order makanan lain?Tak menyesal?"


Dania memandang Ayumi yang hanya memesan sepotong kek red velvet.


"Betul..ni pun aku rasa kenyang lagi."


Jawab Ayumi lalu menyuap kek ke dalam mulut.Nasi goreng kampung yang dinikmatinya tengahari tadi masih belum sempat dihadam oleh perut.Dia memerhatikan Dania yang sedang menikmati spaghetti carbonaranya dengan penuh berselera.


"Nia, kau tak nak cerita apa-apa kat aku?"


Pertanyaan Ayumi membantutkan selera Dania.Dia menyua sedikit kopi latte yang masih hangat ke mulut.


"Selama ni aku ingatkan yang aku dah cukup faham dia, tapi aku salah.Rupanya aku belum kenal betul siapa Rizki yang sebenar."


Dania mengeluh.Tangannya ditongkatkan ke dagu sambil memain-mainkan garfu di dalam pinggan.


"Nia, aku memang tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan Rizki.Aku faham kalau kau tak nak terbuka dengan aku.Tapi satu je kau kena ingat sekarang, Nia.Dah tak lama je lagi kau akan hidup dengan Rizki sebagai suami isteri.Mungkin semua ni dugaan menjelang hari-hari bahagia kau."


Ayumi melepaskan keluhan.Kemudian, dia menyambung lagi.


"Jangan disebabkan satu dua hal yang Rizki buat, kau hilang kepercayaan untuk bersama dengan dia.Aku tahu kau sangat cintakan Rizki.Jangan sia-siakan semua ni, Nia."


Ayumi menyentuh tangan Dania memberi semangat.Dania angguk mengiakan kata-kata temannya itu.


Sementara itu di pejabat, Rizki kelihatan tidak senang duduk.Sejak tadi lagi dia gagal menumpukan perhatian pada tugasannya.Telefon bimbitnya diperiksa berulang kali.


Pesanannya lewat Whatsapp masih tidak berbalas.Setelah berkira-kira, dia mendail nombor tunangnya.Perasaan cemas menyelubungi diri tatkala menunggu panggilannya disambut.


Di cafe, Dania dan Ayumi masih rancak bersembang mengenai hari pernikahan bakal mempelai itu.Seketika kemudian, Dania dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya.Wajahnya yang tadi ceria bertukar mendung apabila melihat nama Rizki tertera di skrin.


"Rizki ke?"


Ayumi bertanya apabila melihat Dania hanya diam merenung skrin di tangannya.


Dania mengangguk lemah.


"Angkatlah."


Arah Ayumi.Dia lega kerana Rizki yang menghubungi Dania terlebih dahulu.Ini bermakna Rizki masih mempedulikan Dania, tidak seperti yang gadis itu rasakan.


"Hello."


Dania bersuara lesu.Kata-kata Ayumi sebentar tadi sedikit sebanyak melembutkan hatinya.Namun rasa sakit tetap sahaja berbekas di sanubari.


Rizki berdebar mendengarkan suara itu.Dia senang sekali Dania mahu menjawab panggilannya.


"Sayang, lepas saya jemput awak nanti, kita pergi makan ya?Dah lama kan kita tak keluar makan sama."


Rizki memberanikan diri dengan harapan Dania sudah pun memaafkannya.


"Sorrylah, Riz.Saya dah tutup butik.Ni pun tengah makan dekat cafe dengan Yumi.Thanks."


Dania menjeling ke arah Ayumi yang menggeleng-gelengkan kepala.


"Oh, i see.."


Suara Rizki jelas kedengaran hampa.Hati lelakinya tersentuh dengan penolakkan Dania.


"Sayang, saya harap awak dah maafkan saya."


Rizki bersuara lagi.Mati sudah akalnya untuk memujuk Dania.Kali ini dia harus menanggung sendiri akibat perbuatannya.


"Dah.Saya dah maafkan awak.Esok datang ambil saya awal macam tadi, okey?Bye."


Dania cepat-cepat mematikan talian.Dia tidak sanggup mendengar suara Rizki lagi.


"Jom gerak.Aku nak beli barang dapur sikit sebelum balik.Kau okey kan temankan aku?"


Belum pun sempat Ayumi menjawab, Dania sudah pun melangkah ke kaunter pembayaran.Ayumi hanya menurut.


Setibanya di pasaraya, mereka berjalan seiringan sambil membawa troli masing-masing.


"Nia, aku pergi sana kejap ya.Kau jangan pergi mana-mana pulak.Tunggu sini sampai aku datang.Kang kalau kau hilang payah pulak aku nak cari."


Sempat Ayumi berjenaka lalu meninggalkan Dania yang menahan ketawa.


Dania asyik memilih dan mengisi buah-buahan di dalam plastik tanpa menyedari kelibat seseorang sedang menghampirinya.


"Hai, Dania!"


Dania terkejut apabila namanya dipanggil.Pantas sahaja kepalanya menoleh ke sebelah kanan.


"Alvin.Hai!"


Dania tidak menyangka akan bertemu dengan Alvin di situ.Memang satu kebetulan.


"Tak sangka boleh jumpa kat sini, kan?Seorang je ke?"


Alvin berbasa basi bagi menutupi gemuruh di hatinya.Dalam masa yang sama juga, dia merasa sangat bahagia kerana berpeluang bertemu dengan gadis itu sekali lagi.Rasa rindu yang membuak sejak kali terakhir mereka berjumpa akhirnya terubat juga dengan pertemuan itu.


"Oh, tak..Dengan kawan."


Dania menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Ayumi namun tidak kelihatan.Entah kenapa, dia merasa agak janggal dengan pertemuan itu.Lebih-lebih lagi mengingatkan cerita Alvin tentang dirinya dan kelakuan Rizki yang mencurigakan ketika pertemuan pertama mereka di cafe.Nalurinya kuat mengatakan yang Alvin lah lelaki yang menyukainya sewaktu di sekolah dahulu.


"Oh..Ingat dengan Rizki."


Kata Alvin lagi cuba mencari topik untuk berbual.


"Rizki kan kerja lagi time ni..Awak pulak, dah habis kerja ke?"


Tanya Dania ramah.Menutupi kejanggalan di hatinya.


"Jadi doktor bedah macamnilah.Kerja tak tentu masa.Ada waktu free bolehlah shopping sikit."


Alvin senyum menampakkan baris giginya yang rapi.Dania akui jejaka berketurunan cina itu sangat manis apabila tersenyum.Sejuk mata memandang.Pasti ramai jururawat yang jatuh cinta dengannya.Sempat Dania membuat andaian dalam hati.


Tiba-tiba Dania teringatkan Rizki.Dulu Rizki pernah bercerita tentang cita-citanya untuk menjadi doktor yang tidak kesampaian.


Dania kasihankan Rizki.Dia tahu yang Rizki tidak punya pilihan ketika itu.Namun dia bangga kerana Rizki rela mengambil tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh arwah papanya dan berjaya dalam kerjayanya sekarang.


"Hmm, kena cepat-cepat ada isterilah..Nanti isteri boleh tolong belikan barang dapur dengan masakkan untuk awak."


Dania berseloroh.Dia lega melihat reaksi Alvin yang tersengih dengan gurauannya yang mungkin kedengaran agak peribadi.


Tanpa disedari, disatu sudut yang lain, ada sepasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka berdua.


"Awak dengan Rizki okey, kan?"


Alvin menukar topik.


"Kenapa awak tanya soalan macam tu?"


Pelik Dania dengan pertanyaan Alvin yang tiba-tiba.


"Tak adalah..Kan semalam Rizki lambat jemput awak.Saya tengok muka dia dah macam ayam berak kapur, kelakar habis."


Alvin ketawa geli hati membayangkan muka Rizki yang cemas semalam.Tanpa sedar, dia telah membuka rahsia antara dia dan Rizki.


"Ni mesti Rizki pergi mengadu dekat awak kan?"


Dania geram memikirkan kalau Rizki telah banyak bercerita tentang hal peribadi mereka berdua kepada Alvin.


"Mengadu?Taklah.Kan saya ada dengan dia semalam."


Alvin ternganga.Baru tersedar akan kelancangan mulutnya apabila melihat air muka Dania yang berubah.


'Haiya..macamanalah aku boleh terlebih ramah pulak ni.Alvin..kau ni memang bodoh lah.'


Alvin menyumpah dalam hati.Menyesali atas hal yang tidak dapat diundur lagi.


"Oh..Jadi awak nak cakap yang dia terlupa jemput saya sebab keluar berdua dengan awak?"


Suara Dania bergetar menahan emosi.Wajah Alvin dipandang tajam.


"Wait, Dania.Bukan macam yang awak fikirkan.Let me explain first.Sebenarnya macamni.."


Kata-kata Alvin terhenti di situ.Dia gagal menjelaskan perkara sebenar apabila Ayumi datang menghampiri mereka.


"Nia, sorry!Lama ke tunggu?Eh, ni siapa?"


Ayumi yang muncul entah dari mana terkesima melihat Alvin yang berada di situ.Dia memandang Alvin dan Dania silih berganti.


"Err..Hai!Saya Alvin, kawan..Rizki."


Alvin memperkenalkan dirinya kepada Ayumi apabila melihat Dania hanya mendiamkan diri.


"Oh, hai!Ingat pelancong sesat mana tadi.Saya Ayumi, kawan Dania."


Ayumi begitu teruja berkenalan dengan Alvin.Tanpa sedar, dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan jejaka itu.


"Maaf."


Alvin merapatkan kedua tapak tangan mengisyaratkan yang dia tidak mahu menyentuh wanita bukan mahram.


Ayumi terkejut bercampur malu dengan reaksi yang diberikan Alvin.Dia turut memohon maaf kepada jejaka itu.


"Dania, saya harap awak tak salah faham dengan apa yang saya cakap tadi.Saya tak ada niat nak buat awak marah.Saya mintak diri dulu Dania, Ayumi.Sampai jumpa lagi."


Selesai berbicara, Alvin mengundurkan diri.Dia menampar-nampar mulutnya yang celupar.Kerana terlalu gembira berjumpa Dania, dia tidak dapat menahan mulutnya dari terus berbicara.


"Wei, Nia.Siapa mamat tu?Eloknya..Dahlah handsome, putih, tinggi lagi.Pakej lengkap bak kata orang.Tapi sayang, cha ya nun alif la pulak.."


Ayumi buat muka sedih.Tetapi mulutnya tidak henti memuji apa yang ada pada Alvin.


"Kawan kolej Rizki dulu.Dia dah masuk Islam dua tahun."


Dania menjawab apa adanya.Fikirannya masih terganggu dengan apa yang dikatakan Alvin tadi.


Mulut Ayumi terlopong mendengar kata-kata Dania.


"What?Mualaf rupanya?No wonder lah dia tak nak salam aku tadi.."


Ayumi semakin teruja.Dalam diam dia mengagumi jejaka yang bernama Alvin itu.


Selesai membuat pembayaran, mereka berjalan keluar dari pasaraya menuju ke tempat parkir.


"Tapi lawa macam tu mesti dah ada someone kan?"


Ayumi cebik bibir.Tangannya sibuk memasukkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bonet kereta.


"Eh, gediknya kau."


Dania geli hati melihat sikap temannya itu yang pantang melihat lelaki tampan.


"Alah..Bukan selalu pun aku gedik depan kau.Lagipun kau tau kan?Lepas aku putus dengan mamat sengal tu, sampai sekarang aku tak ada boyfriend lagi.Kau tak kesian kat aku ke?"


Dania tidak mempedulikan Ayumi yang menarik muka masam.Dia lantas masuk ke dalam kereta Perodua Myvi diikuti oleh Ayumi.


"Dania, nanti-nanti kau bawak lah aku jumpa dengan Alvin lagi.Tak pun ajak dia keluar minum ke.."


Ayumi sengih kerang memandang Dania yang tercengang.


"Aku serius ni.."


Kata Ayumi lagi apabila temannya itu tidak membalas kata-katanya.


"Tengoklah macamana.Dahlah, jom balik.Aku penatlah."


Dania membalas kata-kata Ayumi sambil memasang tali pinggang keledar.


"Sikit-sikit penat.Sikit-sikit letih.Macamanalah dah jadi isteri orang nanti.Awal-awal dah tak ada stamina.Aku rasa kau kena makan vitamin lah, Nia."


Ayumi puas dapat mengusik Dania.


"Banyaklah kau punya vitamin."


Dania mencubit lengan Ayumi.Kemudian mereka tertawa bersama-sama.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi