Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 2

Alvin asyik memerhatikan gelagat manusia dari tingkat atas melalui cermin cafe.Kebanyakkannya sibuk dengan gadget di tangan.Tak ramai juga yang berjalan bergandingan dengan pasangan masing-masing.Kelihatan mesra sekali.


Alvin senyum sumbing.Dia menghirup kopi latte kesukaannya penuh nikmat.Setiap kali menikmati kopi itu, dia pasti terbayangkan wajah ayu gadis berambut ikal mayang yang juga menyukai kopi yang sama.


Dania Aulia.Cinta pertama sejak di bangku sekolah lagi.Walaupun berbeza usia, gadis melayu itu berjaya mencuri hatinya hingga sanggup menjadi stalker tidak bertauliah.Kali terakhir Alvin melihat gadis itu pada hari terakhir persekolahan sewaktu di tingkatan lima.Manakala Dania masih di tingkatan tiga.


Selama meminati gadis itu dalam diam, Alvin tidak pernah berniat untuk mengungkapkan perasaannya kerana dia tahu perbezaan antara mereka.Apabila berpisah, baru dia sedar yang dia benar-benar menyintai gadis itu.


Dan kini, setelah bertahun lamanya, mereka dipertemukan lagi dalam situasi yang jauh berbeza.Masih segar diingatannya saat Rizki memperkenalkan Dania sebagai tunangannya.


"Vin, nilah Aulia, tunang aku.Cantik, kan?Kan?"


Kebahagiaan bakal bergelar suami jelas terpancar di wajah Rizki saat itu.


"Aulia?Dania Aulia?"


Alvin memandang Dania tidak berkelip.Seakan tidak percaya Aulia yang selalu disebut-sebut oleh sahabatnya itu adalah cinta pertamanya.Alvin tidak dapat menyembunyikan perasaan bahagianya kerana dipertemukan kembali dengan gadis itu.Tetapi dalam masa yang sama, dia turut kecewa.Dia sedar gadis yang berada di hadapannya kini bukanlah Danianya yang dulu.


"Awak kenal saya?Tapi saya, tak.."


Dania teruja.Dia cuba mengingat-ingat siapa jejaka kacak berketurunan cina yang berada di hadapannya itu namun gagal.Dan akhirnya dia malu sendiri.


"Yelah..manalah awak nak kenal saya, kan?Lagipun, kita berbeza tingkatan.Tapi saya selalu nampak awak.Awak je yang tak nampak saya."


Alvin ketawa kecil menutupi perasaan gemuruhnya.Untuk kali pertamanya dia berbual dengan gadis itu.Terasa seakan kembali ke masa lalu.Kalaulah dia tidak terlalu mengikutkan perasaan malunya dulu, mungkin sekarang dia sudah berteman dengan gadis itu.


"Oh, jadi nilah cinta pertama...Arghh!!"


Rizki mengerang kesakitan apabila kakinya ditendang Alvin dari bawah meja.Mujur Alvin sempat menghentikan Rizki dari membocorkan rahsianya.


'Tak guna punya Rizki.'


Alvin menyumpah-nyumpah dalam hati.Dia kesal dengan mulut celupar sahabatnya itu.Alvin tidak menyangka Rizki dapat meneka walaupun dia tidak pernah menyebut nama gadis itu kepadanya.


"Cinta..pertama?Cinta pertama siapa?"


Dania teragak-agak bertanya.Dia tidak puas hati dengan kata-kata Rizki yang tergantung.Dania pasti apa yang mahu disampaikan Rizki itu ada kena mengena dengannya.


"Aa..tak.Maksud Rizki tu, cinta pertama kawan saya masa dekat sekolah.Saya cerita dekat Rizki pasal kawan saya tu.Dia peminat awak.Dari situlah saya kenal awak."


Dengan tergagap-gagap, berjaya juga Alvin mengarang cerita untuk menutupi kecurigaan Dania.


Rizki memandang Alvin dengan mulut sedikit ternganga.Dia masih tidak percaya bahawa tunangnya dengan gadis yang pernah diceritakan Alvin sewaktu di kolej dulu adalah orang yang sama.


"Oh..Tak tau pulak yang saya ada peminat."

Kata Dania malu-malu.


Pada masa yang sama, pelayan cafe datang mengambil pesanan Dania dan Rizki.Alvin lega kerana Dania tidak terus bertanya.Kopi latte di hadapannya dihirup entah berapa kali.Dia cuba sedaya upaya untuk bersikap bersahaja, seolah-olah baru pertama kali mengenali gadis itu namun tetap tidak dapat menghilangkan debaran di hatinya.


"Kebetulan pulak ek korang ada minat yang sama.Dania ni dari dulu kalau dating kat cafe, mesti pesan hot latte.Tak pernah nak pesan minuman lain.Tak tahu apa yang sedap sangat rasa latte tu.Samalah macam kau."


Rizki memandang Alvin dengan senyum sumbing.Entah kenapa, Rizki merasa tidak nyaman dengan situasi itu.Lebih-lebih lagi apabila melihat cara Alvin memandang Dania.Terbit rasa cemburu di hati lelakinya.Dia dapat merasakan yang sahabatnya itu masih menyimpan perasaan terhadap tunangnya.


Alvin terbatuk kecil mendengar kata-kata Rizki seraya menjeling ke arah Dania yang tersenyum manis.Sungguh, Alvin teramat merindukan senyuman itu.Senyuman yang melahirkan rasa cinta yang sangat indah dalam hatinya.Dalam ramai-ramai gadis melayu di sekolahnya, hatinya cuma terpaut pada Dania seorang.


'Dania, kalaulah boleh kembali ke masa lalu, saya takkan lepaskan awak.'


Hati Alvin menjadi sayu tiba-tiba mengingatkan semua itu.Kalau tidak kerana Rizki, pasti dia tidak akan bertemu dengan gadis itu kembali.Dan pasti hatinya tidak akan sesakit begini.


"Doktor Alvin Malik!"


Rizki yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan Alvin dengan suaranya yang kuat.


"Weh, kau.Terkejut aku!Perangai memang tak berubah kan dari zaman kolej.Suka sangat buat aku lemah jantung."


Kata Alvin sambil meletakkan tangan di dada.

Rizki ketawa sambil menarik kerusi di hadapan Alvin.Terhibur dia melihat wajah lucu Alvin yang jelas terkejut.Pelat cinanya menambahkan lagi geli hati Rizki.


"Dah aku tengok kau dok tenung cermin tu macam nak tembus kenapa?Tengok apa?Ke tengah ingat kat girlfriend..."


Rizki masih tidak puas mengusik sahabatnya.


"Banyakla kau punya girlfriend.Perli aku ke?"


Alvin menghirup kopi yang masih tersisa.Wajahnya kelat.Hatinya terusik dengan kata-kata Rizki.


"Laa, tak betul ke?Hmm, aku ingatkan dah lama tak jumpa kau ni, at least adalah berita baik.."


Kata-kata Rizki terhenti apabila pelayan cafe menghampirinya.Selesai memesan minuman, dia kembali menyambung perbualannya.


"Mula-mula dulu memang aku frust tak dapat penuhi impian aku untuk jadi doktor.Sia-sia je habiskan masa setahun kat kolej perubatan.Tup-tup kena uruskan company jugak.Tapi bila tengok kau, aku rasa bersyukur pulak.Kalau tak, mesti sampai sekarang aku tak ada girlfriend, kan?"


Rizki ketawa semahunya tanpa mempedulikan wajah Alvin yang masam mencuka.Rizki menahan ketawa apabila pelayan datang membawa segelas minuman.


"Kenapa berhenti?Ketawalah lagi.Memang kau nak jumpa aku pun pasal nak ketawakan hidup aku kan?"


Alvin mendengus.Bukan tidak lali dengan perangai Rizki yang suka menyakatnya.


Setahun dia bersama dengan lelaki itu sewaktu sama-sama menuntut di kolej perubatan.Sikap Rizki yang mesra alam dan tidak membezakan warna kulit, membuatkan Alvin selesa berkawan dengannya dan akhirnya menjadi teman mesra.


Ke mana sahaja mereka pasti berdua.Sampai ada yang mengusik mereka sebagai 'couple'.Apabila Rizki terpaksa berhenti kolej kerana kesihatan ayahnya, Alvin sempat hilang semangat untuk belajar.Lebih-lebih lagi waktu itu, dia masih memerlukan bimbingan Rizki dalam soal agama.


Mujurlah persahabatan mereka tidak terputus di situ.Walaupun Rizki sudah berpindah jauh ke United State, dia tidak pernah lupa untuk selalu berhubung dengan Alvin yang berada di tanah air.


"Sorry lah Vin..Kau tahukan aku rindu nak sakat kau macam dulu.Takkan dah jadi doktor pun kuat sentap lagi kot?Sebab tu aku cakap, kau kena ada girlfriend cepat-cepat."


Rizki mengawal dirinya untuk tidak ketawa kali ini.


"Kau ingat dapat perempuan macam petik gitar ke?Lagipun kau tau kan aku masih tak dapat lupakan cinta pertama aku.Bukan senang aku nak buka hati aku ni untuk perempuan lain."


Alvin tidak menyangka kata-kata itu akan keluar dari bibirnya.Dia hanya tersedar apabila melihat reaksi Rizki yang terdiam.Hanya segaris senyuman yang terukir di wajahnya.


"Riz, aku mintak maaf.Aku tak bermaksud.."


Alvin cuak.Mahu sahaja dia menampar mulutnya yang ceroboh.Dia bimbang kata-katanya sebentar tadi akan menggugat persahabatan mereka.Dia dapat merasakan yang Rizki tidak suka apabila mengetahui Dania lah gadis yang dicintainya selama ini.


Sejak perjumpaan mereka di cafe enam bulan yang lalu, iaitu pertemuan kembali antara Alvin dan Dania, Rizki sudah jarang menghubunginya.Apabila diajak berjumpa, ada sahaja alasan yang diberikan Rizki.Hari ini, apabila Rizki mengajaknya untuk bertemu, Alvin gembira dan resah dalam masa yang sama.


"It's ok, bro.Tak perlu pun kau nak tutup-tutup perasaan kau depan aku.Setidaknya, aku lega sekarang."


Rizki senyum lalu melemparkan pandangannya ke luar tingkap.Sedikit keluhan dilepaskan.


Alvin terkedu melihat perubahan sikap Rizki.Rizki yang tadinya ceria, berubah menjadi serius tiba-tiba.Kata-katanya juga kedengaran aneh di telinga Alvin.


"Lega?Apa maksud kau?Aku tak faham."


Rizki memandang Alvin yang jelas tidak sabar menantikan respon darinya.Wajah Rizki berkerut seribu.Tidak tahu dari mana harus dimulakan.Mulutnya terasa berat untuk berkata-kata.




Bersambung..






Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi