Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 21

Dania merenung awan di langit.Pagi itu cuaca agak cerah namun tidak secerah hatinya.Sungguh dia belum bersedia untuk memulakan tugas di butik.Tetapi duduk terperap di rumah hanya membuat dia terus menerus mengenangkan Rizki.


"Nia, kau ok tak ni?"

Bimbang Ayumi melihat Dania yang hanya diam sepanjang perjalanan.


"Aku rindukan Rizki."

Kata Dania perlahan.

Ayumi hanya mengeluh.Tidak tahu apa yang harus dikatakan.


"Setiap hari bila aku buka mata, aku harap yang ini semua hanya mimpi.Aku betul-betul rindukan dia."

Dania menekup muka.Ternyata hatinya belum rela melepaskan Rizki.


"Nia, janganlah macamni.Aku hantar kau baliklah ya?Kau tak payah kerjalah hari ni.Rehat je kat rumah, ok?"

Ayumi cemas melihat Dania yang menangis.

Dania geleng kepala.


"Takpe, Yumi.Aku ok.Sorry, teremosi pulak."

Kata Dania sambil mengesat air mata.


"Aku faham perasaan kau, Nia.Tapi kau tak boleh nak paksa diri kau untuk bekerja sedangkan kau belum bersedia."

Ujar Ayumi.


"Takpe, aku ok.Kau tak payah risaulah."

Dania pura-pura tersenyum.

Ayumi terpaksa mengalah dengan kedegilan Dania.


"Ok, kalau kau nangis dekat butik karang, aku hantar kau balik."

Usik Ayumi.


"Yelah, aku janji tak nangis dah.."

Dania ketawa.


"Haa macamtulah..senyum, ketawa.Macam nilah kawan aku!"

Ayumi turut ketawa.


"Yumi, aku nak tanya sikit."


"Tanyalah."


"Pasal Alvin."


"Kenapa dengan Alvin?"


"Hari yang aku demam tu, Alvin datang rumah ke?"


"Haah, dia yang nak pergi tengok kau.Kebetulan pulak kan kau demam hari tu."


"Oh.."

Dania terdiam.Tidak menyangka Alvin senekad itu datang ke rumahnya.


"Kenapa?"

Ayumi pula bertanya.


"Tak ada apa.Hari tu masa dekat wad ibu ada cakap, Alvin yang tolong bawa aku pergi hospital.Tapi aku lupa nak tanya macamana kejadiannya."

Jawab Dania bersahaja menyembunyikan debaran di hati.


Perbualan mereka terhenti setelah tiba di butik.


"Jadi kau belum taulah kejadian yang sebenar?"


Dania tidak jadi melangkah masuk ke bilik pejabat mendengarkan soalan Ayumi.


"Ceritalah.Apa yang aku tak tau?"

Dania jadi tidak sabar.Dia menghampiri Ayumi yang sedang menyusun atur pakaian yang bergantung.


"Disebabkan kau tak sedarkan diri masa tu, Alvin yang bawa kau turun dari katil ke tingkat bawah."

Ayumi membuka cerita.Dipandangnya wajah Dania yang tercengang.


"Maksud kau, dia angkat aku?"


"Dah tu, kau expect aku atau ibu kau ke yang angkat?"


"Aa..ayah aku?Kenapa bukan ayah aku yang.."


"Ayah kau ada dekat bawah masa tu.Semua orang dah panik tengok kau tak sedarkan diri."

Ayumi memotong percakapan Dania.

Melopong mulut Dania mendengarkan cerita Ayumi.


"Aku pun terkejut sebenarnya.Tapi kalau aku jadi Alvin pun aku akan buat benda yang sama.Lagipun takkan nak harapkan ayah kau yang dah tua tu nak angkat anak dia yang dah besar gajah ni."

Ayumi senyum sumbing.

Dalam hatinya terbit perasaan cemburu apabila melihat kejadian seperti itu di depan mata.


"Yumi..aku mintak maaf."

Dania memandang Ayumi yang tampak tenang.


"Dah kenapa pulak?"

Tanya Ayumi kehairanan.


"Aku tau kau sukakan Alvin."

Perlahan Dania menutur kata.Bimbang seandainya perbuatan Alvin mengundang rasa sakit hati Ayumi.


"Kenapa kalau aku sukakan dia pun?Dia boyfriend aku ke?"

Ayumi tergelak.


"Takpelah aku masuk dalam kejap."

Kata Dania lalu cepat-cepat beredar dari situ.


Ayumi terduduk di kerusi.Tapak tangan diletakkan ke muka yang terasa panas.Seakan tidak percaya dengan apa yang baru diceritakan Ayumi.Masakan temannya itu mahu berbohong tentang hal sebegitu.


"Masa Nia pengsan dekat hospital hari tu, dia jugak yang tolong Nia."

Kata-kata ibunya sewaktu di hospital kelmarin, kembali terngiang-ngiang di kepala.


'Alvin, apa yang awak dah buat?'

Dania menggeleng-gelengkan kepala.

Sukar untuk dia menerima apa yang telah pun terjadi.Walaupun tahu Alvin berniat baik, tetap sahaja dirasakan tindakan jejaka itu seolah-olah mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.


Sedang dia memikirkan hal itu, matanya terpandangkan mawar merah di sudut tingkap yang sudah pun kering dan layu.Saat itu juga, wajah Alvin terbayang di mata.Dania semakin meyakini Alvin lah pemberi bunga misteri itu.


"Apa sebenarnya niat awak?"

Dania berteka teki.Matanya tidak lepas dari merenung mawar merah di dalam balang kaca.


"Tengok apa sampai macam tu sekali?"

Tegur Ayumi yang sudah pun tercegat di muka pintu.


"Kau ni Yumi.Tak habis-habis nak terkejutkan aku kan?"

Keluh Dania.


"Tu, panjang umur.Alvin datang."

Kata Ayumi separuh berbisik.Bibirnya mengukir senyum ceria.


"Alvin?Nak apa dia pagi-pagi ni?Macamana dia tau butik aku dekat sini?"

Dania resah.Belum pun hilang rasa malunya dengan cerita Ayumi tadi, sekarang dia terpaksa pula berdepan dengan jejaka itu.


"Alah kau ni, apa nak dihairankan zaman teknologi macamni?Pergilah jumpa dia kejap."

Ayumi memperlahankan suara.


Dengan teragak-agak, Dania menapak keluar dari bilik pejabat.


"Hai!"

Dania menyapa Alvin yang duduk di sofa.


"Hai, Dania.How are you?"

Alvin turut menyapa dengan senyuman manis seperti biasanya.


"Fine..ada apa ya datang sini pagi-pagi?"

Tanpa membuang masa Dania mengajukan soalan kepada Alvin.


"Maaflah kalau ganggu awak berdua.Saya cuma nak pastikan yang awak baik-baik saja lepas keluar hospital.Ayumi kata awak dah start masuk kerja hari ni.Sebab tu saya datang sini."

Jawab Alvin.


"Oh.."

Dania melirik Ayumi yang berpura-pura tidak mendengar.


"Macam yang awak nampak, saya baik-baik je.Terima kasih atas pertolongan awak pada saya.Saya rasa tak ada apa yang perlu awak risaukan."

Dania berharap agar Alvin mengerti dan segera beredar dari situ.Dia benar-benar tidak selesa dengan kehadiran Alvin.


"Senang hati saya tengok awak dah kembali pulih.Saya betul-betul risau masa awak demam hari tu.Kalau awak rasa tak sihat, cepat-cepat pergi hospital, ok?"

Alvin sempat berpesan sebelum meminta diri untuk pergi.


"Alvin, tunggu!"

Ayumi yang sedari tadi memasang telinga bingkas menahan langkah Alvin.


"Tengahari ni awak sibuk tak?Jom pergi lunch!"

Ajak Ayumi tanpa segan silu.


"Err..boleh.Dania ikut sekali?"

Alvin menyengetkan kepala memandang Dania yang berdiri di belakang Ayumi.


"Hah?Eh, takpe-takpe.Awak keluar jelah dengan Yumi."

Jawab Dania tergagap-gagap.


"Alah, jomlah Nia.The more the merrier."

Kata Ayumi dengan wajah yang ceria.Sebenarnya dia masih kekok untuk keluar berdua bersama Alvin.Mungkin dia harus melibatkan Dania terlebih dahulu.


"Kau sure ke nak aku pergi sekali?"

Dania menarik tangan Ayumi lalu berbisik kepadanya.


"Kali ni je, please..Aku segan lagilah dengan dia.Kalau kau ada ok sikit."

Pujuk Ayumi.


"Yelah-yelah.Suka hati kaulah."

Kata Dania perlahan lalu kembali ke pejabat tanpa mempedulikan Alvin yang masih berada di situ.


"Ok, Alvin.Nanti saya share location.Kita jumpa tengahari nanti."

Kata Ayumi setelah Dania menghilang.


Sebaik Alvin pergi, Ayumi kembali menyambung pekerjaan dengan hati yang berbunga-bunga manakala Dania masih termenung di dalam pejabat.


'Rizki, saya rindukan awak.'

Dania mengusap cincin pertunangan yang masih tersarung di jari manis.Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi.


                     ************


"Nia, kau tau tak Alvin ni belum ada girlfriend tau."

Kata Ayumi ketika mereka bertiga sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran.Hampir tersedak Alvin dibuatnya dengan kata-kata Ayumi yang tiba-tiba.


"Yeke?Macam tak percaya je kan."

Ujar Dania pula sekadar melayan Ayumi bagi menghilangkan suasana janggal di antara mereka.


"Tulah.Aku pun susah nak percaya.Alvin, awak ni suka perempuan yang macamana ek?"

Ayumi bertanya tanpa rasa malu.

Dania di sebelah menjeling gadis itu yang tampak begitu berani bertanyakan soalan peribadi.Susah sekali rasanya untuk menelan makanan di kerongkong.


"Err..saya ni tak memilih.Cuma belum jumpa yang berkenan je."

Jawab Alvin tersekat-sekat.Dia menjeling Dania yang tampak tidak selesa berada di situ.



"Alvin, nanti senang-senang singgahlah butik lagi.Atau kita boleh keluar makan lagi."

Kata Ayumi kepada Alvin ketika mereka hendak pulang.


"InshaAllah.Dania, saya balik dulu."

Alvin menoleh ke arah Dania yang sudah membuka pintu kereta.

Dania hanya mengangguk tanpa memandang Alvin lalu masuk ke dalam kereta.Sudah tidak betah rasanya mahu berhadapan dengan jejaka itu.


"Bye, Alvin.Thanks for the meal!"

Laung Ayumi sebelum masuk ke dalam kereta.


"Akhirnya..dapat juga aku keluar dengan dia kan?"

Ujar Ayumi dengan wajah ceria.


"Nia, kau kenapa?Tak sihat ke?"

Ayumi memandang Dania yang sedang memicit kepala.


"Sorry, Yumi.Boleh tak kau hantar aku balik rumah?Aku rasa tak sedap badanlah.Kepala aku tiba-tiba je sakit."

Keluh Dania.Kepalanya ditekan-tekan dengan jari.


"Ok, ok.Aku hantar kau balik.Tulah aku dah cakap tak payah kerja.Kau degil.Baru keluar hospital dah sibuk nak kerja.Macamlah lingkup bisnes tu kalau kau tak ada pun."

Bebel Ayumi lalu memutar stereng.

Dania memejamkan mata.Fikiran yang berserabut menambahkan lagi rasa sakit di kepala.


"Nia, aku mintak maaflah sebab paksa kau temankan aku makan dengan Alvin."

Ayumi kembali bersuara.


"Its okay.Tapi lepas ni aku tak nak masuk campur dah urusan korang, ok?"

Jawab Dania dengan mata yang masih terpejam.


"Ok..sorry.."


Setibanya di rumah, Puan Saida menyambut di muka pintu.


"Awalnya balik.Nia, kenapa ni?"

Puan Saida bertanya cemas melihat wajah pucat Dania.


"Tak ada apa, bu.Sakit kepala sikit je.Nia naik atas dulu ya."

Jawab Dania lemah.

Tidak sabar rasanya mahu merebahkan tubuh di katil.


Puan Saida menghantar langkah Dania hingga ke tangga dengan pandangan mata.Kemudian dia memandang Ayumi dengan wajah yang berkerut.


"Biasalah, auntie.Anak auntie tu kan degil.Yumi dah cakap suruh dia rehat je kat rumah lagi dua tiga hari tapi dia nak jugak pergi butik."

Ayumi menjelaskan lalu meminta izin untuk kembali ke butik.


                     ***************


Dania merebahkan kepala di bantal.Lega rasanya dapat berehat di atas katil.Dia cuba untuk melelapkan mata sebentar namun bayangan wajah Alvin kembali menerjah ke minda.


"Argghhh..!!"


Dania pegang kepala yang kembali berdenyut.Kemudian dia bangun semula lalu mencapai beg tangan di hujung katil.Beberapa biji ubat dikeluarkan dan dimasukkan serentak ke dalam mulut.Dicapainya pula segelas air putih yang bertutup lalu ditelan dengan rakus.Kemudian dia berbaring semula.


Dania hampir terlelap ketika mendengar bunyi pesanan masuk melalui telefon bimbitnya.Dia meraba-raba telefon di dalam beg tangan dengan mata terpejam.Matanya dibuka sedikit untuk membaca mesej di skrin.


"Jangan lupa makan ubat."


Mesej itu dibaca berulang-ulang kali sebelum telefon bimbit dilempar ke sisi.Dania menutup mukanya dengan bantal.Pesanan ringkas dari Alvin mematikan seleranya untuk tidur.


'Rizki..'


Nama itu disebut berulang kali di dalam hati dan akhirnya dia tertidur bersama linangan air mata.


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi