Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
203,602
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 47 B ; bacaan talkin

Wahai Abdul Karim Bin Abdullah

Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahap yang sempit dan gelap gelita ini.Setelah kami meninggalkan kamu ,maka akan datang dua malaikat yang bernama munkar dan nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah, maka jangan kamu takut dan gentar, jawaplah dengan lidah yang fasih lagi lancar kerana mereka juga makhluk Allah seperti kamu.

من ربك Siapakah tuhan kamu

ومن نبيك Siapakah nabi kamu

وما دينك Apakah agama kamu

وما قبلتك Di manakah kiblat dan penhadapan kamu

وما امامك Apakah ikutan kamu

ومن اخوانك Dan siapakah saudara-saudara kamu

Ketika itu jawaplah dengan lidah yang lancar lagi yakin

Allah tuhanku

Muhammad SAW nabiku

Islam agamaku

Ka’bah itu kiblat dan penhadapanku

Al-quran ikutan pedomanku

Dan tiap-tiap orang islam adalah saudaraku

Bacaan talkin berkumandang... alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Dari memandikan mayat, sembahyang jenazah hinggalah menguburkan semua dilakukan dengan sempurna. Solat dan bacaan talkin dilakukan oleh Imam penjara dan pembantunya. Tidak ramai yang mengiringi jenazah dan menyembahyangkannya. Hanya aku.. 3 orang wadar Penjara.. seorang pegawai Penjara. Pihak perempuan yang datang berziarah pula Puan pengetua dan ketua wadar asrama..... Azilah serta kak Haryati dan anaknya ( kak Haryati sudah memiliki kereta sendiri ,,, aku yang menelefonnya.. nasib kak Haryati tahu jalan ke Sungai Buluh... dia sampai sebaik sahaja jenazah hendak dibawa ke kubur... sampai sahaja... kak Haryati memeluk Sofia... mereka menangis bersama ). Aku lihat Sofia duduk di sebelah kak Haryati sambil kak Haryati memeluknya. Anak kak Haryati pula berada di pangkuan aku.

Setelah bacaan talkin tamat... kami menyiram air biasa di atas kubur pakcik. Mula-mula Sofia meminta aku menyiram dengan air bunga mawar. Tapi tidak silap aku atuk aku pernah menyatakan adalah makruh menyiram air mawar di atas kubur. Tetapi tidak haram menjiruskan air biasa di atas kubur... ini berdasarkan riwayat imam kita asy-Syafii yang meriwayatkan daripada Ibrahim Bin Muhammad daripada jafar Bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi saw telah menyiram (air) atas kubur anakanada baginada Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil.Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya dengan mengatakan perbuatan tersebut adalah bidaah.

Setelah habis upacara pengebumian.. Sofia masih terduduk lemah di pelukan kak Haryati. Puan Pengetua memujuk Sofia.

“Sudahlah Sofia. Pakcik Karim pun sudah selamat dikebumikan. Jangan ditangisi lagi.. tak elok. Kita yang hidup ini kena teruskan hidup. Berdoa.. dan kita sedekahkan Yassin kepada arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat” katanya lembut.

“Ya Sofia.. sudahlah Sofia. Mari kita balik” Sofia mengangguk... kemudian mereka berdua bangun.

“Malam ini kita adakan tahlil dan Doa selamat selepas solat maghrib dekat pusat”

“Terima kasih Puan” kata Sofia. Kami beredar meninggalkan kubur pakcik Karim. Kini pakcik Karim akan keseorangan untuk menjawab persoalan malaikat mungkar dan mungkir.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.