Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,533
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 37 ; khabar angin

BAB 37

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." Surah al-Hujurat, ayat 6.

Awal bulan 6 tahun 2013, merupakan hari terakhir Datin bertugas di sini. Tiada jamuan, tiada ucapan dan juga tiada majlis untuk meraikan Datin. Sepanjang hari tersebut berlalu seolah-olah seperti hari biasa. Malah penghuni juga melakukan aktiviti mereka seperti biasa. Jika semasa persaraan Puan Pengetua dulu.. pagi-pagi lagi sudah ada majlis kecil untuk meraikan perpisahan. Kemudian diikuti dengan sesi bergambar dan bermaaf-maafan sesama penghuni dan warga kerja. Akhir sekali sesi mengetip kad perakam yang terakhir diikuti pula sesi bersalaman dengan semua penghuni sehingga ke pintu pagar.

Tetapi apabila tiba masa Datin meninggalkan pusat perlindungan ini, tidak ada majlis sedemikian dilakukan! Datin hanya terperap di dalam bilik menunggu orang datang ke biliknya untuk memberikan ucapan perpisahan. Aku juga bercadang untuk mengucapkan salam perpisahan dan meminta maaf kepada Datin. Walaupun hati aku berat untuk melakukannya, tetapi kita sesama manusia perlulah bermaaf-maafan.. kata orang putih no heart feeling.Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. Jadi aku tidak masuk dalam golongan yang tidak halal…. Aku mahu berbaik-baik dengan Datin… banyak perkara yang aku buat dengan Datin yang mungkin menyebabkannya berkecil hati.Maklumlah sepanjang Datin mengetuai akulah staf yang paling ‘baik’.. selalu sahaja melanggar perintahnya. Tapi aku tahu aku berada di pihak yang benar. Pukul 2 petang aku mengetuk pintu biliknya, setelah mendengar arahan masuk ;

“Ha! Kamu... kenapa? Hendak mengucapkan tahniah?” perghhhhh.. menusuk betul kata-kata Datin... baik punya perli ;

“Asstafirullah hal azim Datin... saya datang dengan tujuan baik. Saya datang untuk meminta maaf dengan Datin atas segala salah dan silap yang saya lakukan. Saya mengaku mungkin saya ada berkasar dengan Datin.. meninggikan suara kepada Datin sepanjang saya bertugas di sini.”

“Ok” kata Datin pendek.. macam tidak ikhlas jer. Memandang muka aku pun tidak....

“Tahniah dan semoga berjaya di tempat baru” kataku pendek. Datin memandangku

“Saya tidak bermaksud apa-apa. Saya hanya mengharapkan Datin berjaya di tempat baru sahaja” aku cuba menjelaskan niat aku berkata begitu....

“Jadi selama ini saya tidak berjayalah” eh.. eh... kesitu pulak.

“Astafirulahalazim.. saya tiada niat pun hendak berkata begitu Datin. Datin ini asyik bersangka buruk sahaja dengan saya. kenapa Datin?” aku ingin penjelasan Datin.

“Cara kamu cakap tu. Seolah-oleh memperli saya.....” katanya...

“Saya tidak tahulah hendak kata macamana lagi Datin. Apa yang saya buat selama ini... semuanya Datin pandang serong. Sedangkan saya ikhlas. Terpulanglah kepada persepsi Datin... ingatlah Datin... kita perlu bersangka baik kepada orang....”

“Saya tahu kamu semua gembira saya hendak keluarkan? Kamu... semua wadar keselamatan kak Hasni... kak Yaya.. Pengarah dan semuanya berpakat hendak menjatuhkan saya. kamu semua ingat senang hendak jatuhkan saya? tolonglah ye.....” kata-kataku dipotong oleh Datin.... berat betul tuduhannya... bila masa kau berkomplot hendak jatuhkan Datin? ini mesti ada orang yang cucuk Datin ini ;

“Oklah Datin... kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri keluar dulu.. terimakasih atas segala bantuan, tunjuk ajar dan panduan yang Datin berikan sepanjang setahun setengah saya berkhidmat dengan Datin. Assalaimualaikum” aku bangun dan keluar dari bilik Datin.. malas hendak duduk lama-lama dalam bilik Datin. Takut nanti emosi menguasai diri aku melihat perlakuan Datin. Hari-hari terakhirpun masih dengan perangai lamanya. Pukul 5 petang, apabila kali terakhir Datin mengetip kad kerjanya, hanya segelintir staf yang menemaninya. Aku mengambil keputusan untuk duduk di pejabat sahaja, takut nanti kehadiran aku disalah ertikan lagi.. nanti bergaduh pula lagi. Aku dengar cerita hanya kroninya sahaja menemaninya, terutama kak Hashimah. Kak Hashimah yang paling sedih sehingga menangis dan memeluk Datin. Seminggu lagi Pengetua baru melaporkan diri, maka sementara hendak menunggu Pengetua baru.. timbalannya kak Yaya akan mengambil alih sementara bagi menguruskan pusat perlindungan ini.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sementara menunggu Pengetua baru bertugas, maka pentadbiran diambil alih oleh kak Yaya . terdapat gosip-gosip yang berlegar mengatakan bahawa kak Yaya akan mengambil alih terus jawatan Pengetua. Ini selaras dengan tradisi sebelum ini dimana timbalan akan menggantikan Pengetua yang berpindah atau bersara.... amat jarang sekali Pengetua diambil alih atau diisi oleh orang luar. Cakap-cakap mengatakan jika kak Yaya dilantik Pengetua, maka timbalannya nanti ialah kak Hashimah. Aduh..... kalau betullah berita itu.. maka makin harulah pusat perlindungan ini.

Tapi bagi aku itu hanyalah khabar angin yang tidak diketahui kebenarannya. Bahaya juga percaya khabar angin yang kita tahu akan kesahihannya.Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6). Berdasarkan ayat di atas... kita perlu menyelidik sesuatu khabar angin sebelum percaya kepada berita tersebut. Maka, apabila gosip itu timbul mengatakan bahawa kak Hashimah bakal menjadi timbalan Pengetua... mulalah kak Hashimah menunjukkan belangnya. Malah kak Hashimah sering dilihat bersama dengan kak Yaya kemana-mana sahaja kak Yaya pergi. Malah berpakaian pun sudah mengikut stail Datin. Aku berbual dengan ketua wadar pada suatu masa selepas aku berbincang sesuatu di pejabatnya ;

“Betul ke kak Hashimah dilantik sebagai timbalan Hisham?” tanya kak Hasni kepadaku... lah... manalah aku tahu ;

“Saya kurang pastilah kak... semua tu gosip sahaja kak. Hanya khabar-khabar angin sahaja kak.. entah betul atau tidak” jawabku.

“Manalah tahu kamu tahu siapa pengetua yang bakal dilantik. Siapa timbalannya... Kamukan rapat dengan Pengarah.”

“Saya rapat dengan Pengarah? akak ni... seganlah saya hendak bertanya mengenai hal tersebut. Bukan akak lagi rapat dengan Pengarah?? akak lagi lama kenal dengan Pengarah berbanding saya... bukan akak sudah kerja bersama dengan kak Badariah selama lebih 20 tahun ker? Patutnya akaklah yang tanya. Malas saya nak kacau puan pengarah kak.. nanti orang mengata pulak” tanyaku.

“Akakpun segan hendak tanya. Lagipun bukan kak Badariah yang buat lantikan kot. Pejabat di Putrajaya yang buat lantikan Pengetua baru. Tapi kalau betullah gosip ni... akak takut yang berkuasa nanti kak Hashimah kau. Kak Yaya kamu tu bangsa yang tidak kisah,,,,, kadang-kadang dia mengikut sahaja kata-kata staf terutama staf yang senior” memang betul juga tu. Kak Yaya ini suka mengikut kata-kata orang...

“Tah-tah akak yang dilantik sebagai Pengetua” gurauku.

“Ish kamu ini... akak mana layak. Ada Diploma je pun... hendak jadi Pengetua ni... minimum mesti ada ijazah. Entah-entah kamu yang dilantik. Kamukan kesayangan Pengarah” terkena aku balik.

“Saya? hahahahahahahahahaha.. lagilah tidak layak. Saya baru sahaja disini kak. Mahu terbuntang Datin atau kak Hashimah jika saya dilantik Pengetua.”

“Hahahahaahhaahha.. manalah tahukan. Manalah Pengarah di Putrajaya hendak lantik Pengetua dari kalangan lelaki... hendak pecah rekod.. kamu sebagai Pengarah lelaki pusat perlindungan yang pertama.”

“Hahahaahahahahaha. Tidak mengapalah kak. Kita berdoa sahaja semuanya dalam keadaan baik.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.