Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,723
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 3 ; Kaunseling pertama Ani Sofia

“Lelaki itu pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki ) atas sebahagian yang lain ( perempuan ), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka” surah Al-Nisa

Pagi itu selepas sarapan pagi, aku memanggil Sofia ke bilikku untuk sesi kaunseling yang pertama. Tepat pukul 9.10 pagi bilikku diketuk.. Sofia datang dengan diiringi warden keselamatan.. kali ini kak Usmah yang mengiringi Sofia.

“Dik.. akak bawak Sofia untuk sesi kaunseling yang pertama” katanya sebaik sahaja masuk ke dalam bilikku.

“Terima kasih kak.. macamana Sofia? Sedap saya masak semalam?” tanyaku. Manalah tahu tak menepati selera dia pulak.

“Terima kasih.. sedap Encik Hisham masak. Ini bekal semalam.. saya dah basuh” Sofia menghulurkan bekal plastik yang sudah dibasuhnya kepadaku.

“La.. saya ingat Sofia nak balas tadi.. hahahahahahaha” Sofia tergelak sama.

“Nak balas apa Cik.. saya bukan boleh masak pun dekat sini. Makan pun kat kantin.”

“Lawak jer.. jangan panggil Cikla.. panggil abang Hisham jer.... kak saya nak bawak Sofia berbual-bual di taman. Macam biasalah kak” Kak Usmah mengangguk.

“Ok...” dia sudah faham sesi kaunseling yang aku bakal jalankan sebentar lagi.. berbual biasa dan lebih santai.... Kak Usmah akan berada jauh dari kami... tidak perlu iringi kami.

“Jom Sofia. Jom kita berbual-bual kat taman” aku keluar sambil diikuti oleh Sofia. Kami jalan berdua ke Taman yang terletak di belakang pusat ini.. berdekatan dengan asrama untuk wanita yang didera oleh suami masing-masing.

“Macamana sarapan pagi tadi? Ok?” tanyaku sambil kami berdua berjalan menuju taman. Kak usmah ada di belakang tetapi jauh sedikit dari kami. Memberi ruang kepada aku untuk berbual-bual secara peribadi dengan Sofia.

“Ok..... walaupun roti dengan air sahaja.. tapi saya makan. Kat penjara pun sama jugak.”

“Kalau tak lalu saya boleh masakkan lagi... tapi saya pun tadi makan roti jugak.. pagi saya beli roti canai melayu” kataku jujur,....pepagi memang aku makan luar.

“Takpelah bang.. menyusahkan abang je pulak” jawab Sofia.

“Kawan-kawan macamana?”.

“Saya dah baik dengan mereka pagi tadi. Saya dah mintak maaf pun dengan mereka. No more gaduh-gaduh. Kak Haryati yang nasihatkan saya malam tadi.”

“Baguslah.. mereka semua senasib dengan Sofia. Tak baik gaduh-gaduh.. tapi kebanyakkan mereka dulu macam Sofia juga masa mula-mula masuk sini. Memberontak, maklumlah kebebasan mereka disekat... tapi mereka perlu paham, apa yang kita buat ni adalah untuk menyedarkan mereka” jelasku lagi.

“Saya paham. Maafkan saya atas sikap saya semalam.. berkasar dengan abang” kami sudah sampai di Taman bunga..

“Takde apalah. Biasalah tu. Jom duduk di wakaf ni” aku mengajak Sofia duduk di sebuah wakaf yang menghadap taman. Sofia menuruti.. kak Usmah duduk di bangku berjauhan dengan kami.

“Cantik taman ni. Bunga lebat... walaupun hanya bunga ros.. tapi bunganya macam-macam warna pulak” Sofia memuji taman ini.

“Taman ini diselenggara sendiri oleh akak duduk di blok sana tu. Blok tu menempatkan wanita yang didera atau dipukul oleh suami mereka” aku menunjukkan blok yang dimasukkan.

“Kenapa lelaki kejam?” aku memandang Sofia.

“Tidak semua lelaki kejam.... hanya lelaki yang tidak tahu menghargai wanita sahaja yang bertindak sedemikian. Macam saya ni. Sofia ingat saya kejam ker?” aku bertanya semula kepada Sofia.

“Kalau semua lelaki macam bang Hishamkan bagus? Aman dunia wanita.”

“Allah menciptakan sesuatu tu dengan sifat sempurna. Cuma nafsu lelaki sahaja jika tidak dapat dikawal maka jadi perkara-perkara yang memudaratkan. Sepatutnya lelaki tidak menggunakan kelemahan wanita. Menurut FirmanNya dalam suruh Al Nisa bermaksud “Lelaki itu pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki ) atas sebahagian yang lain ( perempuan ), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka” surah Al-Nisa.Maka disini jelas Allah memerintahkan lelaki itu sebagai pelindung kepada wanita. Melindungi dan menyayangi wanita. Tapi sayangnya kini ramai lelaki yang mengikut nafsu daripada melindungi wanita” aku mengelengkan kepala.

“Seperti bapa saya.. Huh” Sofia mengeluh.

“Bapa awak saya dengar dijatuhi hukuman. Betulkan?”.

“Mampus lagi eloklah!” marah Sofia.. nampaknya Sofia marah sangat kepada bapanya.

“Masya Allah. Jangan kata macam tu. Walau dia melayani awak dengan tidak sewajarnya. Dia tetap bapa awak. Saya tahu dia pergunakan awak... tapi awak dah pun diselamatkan... bapa awak pun dah ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan.. malah akan disebat.”

“Saya kecewa... sepatutnya dia melindungi saya seperti abang cakap tadi. Tapi dia? Dia merogol saya. Dia menjual saya. seorang bapa sepatutnya melindungi anaknya” Sofia menangis.

“Iye... tapi dia dah dihukum.. kita sebagai anak patut mendoakan bapa insaf. Ikatan bapa dengan anak tidak akan padam.. percayalah cakap saya ini.”

“Boleh tak kita jangan cakap pasal ni bang Hisham.. kita cakap pasal lain.”

“Ok. Sebenarnya saya ajak ni nak berbual-bual pada masa lepas awak.... keluarga awak... bagaimana awak boleh terjebak ke lembah tersebut” Sofia memandangku.

“Kenapa?” tanyanya dengan pandangan yang tajam.

“Supaya saya tahu bagaimana untuk membantu Sofia” Sofia menarik nafas

“Baiklah” aku mengeluarkan alat perakam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.