Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,743
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 32 ; melawat bapa Ani Sofia di penjara

BAB 32

Bulan 5 tahun 2013, 3 bulan selepas tempoh percubaan dengan... nampaknya Datin mengikuti sepenuhnya syor yang diberikan oleh panel. Tidak ada lagi perkara atau peraturan yang pelik yang diperkenalkan. Datin juga tidak lagi tegas dengan penghuni. Tapi Datin masih tidak menegurku dan orang-orang yang dianggapnya tidak boleh mengikuti cara pengurusannya. Kami berhubung di antara satu sama lain hanya melalui memo. Tapi layan jerlah, selagi dia tak menganggu aku membuat kerja. Malah Datin pun tidak lagi turun padang ke asrama.... dengar ceritanya dia merajuk dengan penghuni asrama yang memberi keterangan negatif terhadap dirinya. Semuanya perkara berkaitan asrama diserahkan kepada timbalannya kak Yaya . Mujurlah akak Yaya telah belajar dari kesilapan. Kak Yaya boleh dikatakan setiap hari turun ke asrama atau blok vokasional untuk berjumpa dengan penghuni seterusnya mengambil berat kebajikan mereka.

Aku dan Sofia? Kami berjumpa setiap minggu seperti biasa.. tetapi tetap ditemani oleh akak wadar keselamatan. Jadi setiap minggu selama sejam.. itulah masa kerja aku dan masa dating aku. Hendak menunggu dari seminggu ke seminggu memang satu penyeksaan.... aku berharap agar Sofia cepat keluar atau mendapat pengampunan agar aku dapat berkahwin dengan secepat mungkin. Pada suatu hari, aku baru teringat tentang ayah Sofia. Walau seburuk mana pun ayah Sofia, aku tetap perlu mendapatkan restu dari ayahnya. Aku meminta bantuan kawanku yang bekerja di Penjara Kajang untuk menjejaki dimanakah ayah Sofia ditempatkan. Alhamdullilah... kawanku berkata ayah Sofia kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana terlibat dalam aktiviti persundalan.

Jadi, pada cuti hari pekerja.. aku mengambil kesempatan untuk melawat ayah Sofia di penjara Sungai Buloh. Disebabkan aku rapat dengan warden penjara dan selalu berulang alik ke Penjara untuk menguruskan hal penghuni-penghuni pusat perlindungan ini.. aku mendapat satu bilik khas untuk melakukan pertemuan ini. Maklumlah, kalau guna saluran yang disediakan.. memang jenuhlah aku hendak menunggu. Maklumlah hari cuti umum, ramai keluarga yang mengambil kesempatan untuk cuti ini untuk melawat keluarga atau kenalan mereka di penjara. Aku sampai di sini lebih kurang 11 tengahari... dalam 15 minit aku menunggu di bilik yang disediakan... ayah Sofia dibawa ke bilik ini. Sebaik sahaja ayah Sofia duduk.. dia memandangku. Dia seolah-olah kehairanan kerana ada orang yang melawatnya ;

“Anak ini siapa? Maaflah. Pakcik tidak kenal dengan anak ni. Rasanya kita tidak pernah berjumpa” katanya sambil mengamati wajahku.

“Maafkan saya pakcik.. benarkah pakcik ini bernama Encik Abdul Karim? Ayah kepada Ani Sofia?” ada kerutan pada dahinya.

“Ya betul. Kenapa cik? Apa yang sudah terjadi kepada Sofia?”

“Sabar pakcik... Sofia takde apa-apa. Alhamdullilah... dia sihat di bawah jagaan kami.”

“Jadi cik ni?” ternyata pakcik tidak jelas dengan kehadiranku.

“Saya Hishamuddin bin Said..... kaunselor di rumah perlindungan dimana Sofia sedang ditempatkan sekarang ini” aku bersalaman dengan pakcik Abdul Karim.

“Alhamdullilah.. Sofia macamana cik? Dia masih marahkan saya lagi?”

“Itu saya tak pasti. Tapi semasa dia masuk mula-mula dulu.. memang dia marahkan pakcik.. dia salahkan pakcik. Tapi kini dia lebih positif pakcik... Sofia pun dah bertaubat.”

“Alhamdullilah... memang semuanya salah pakcik. Pakcik yang memaksanya.. pakcik lupa tanggungjawab pakcik.. sehingga anak pakcik pun, pakcik sanggup rogol dan menjualnya” pakcik Karim mula menangis.. aku bangun dan mengurut belakangnya.. ternyata pakcik Karim setelah hampir setahun ditempatkan disini sudah mula menunjukkan tanda keinsafan. Alhamdullilah.

“Sudahlah pakcik.. perkara yang sudah lepas tu sudahlah” aku memujuk pakcik Karim.

“Pakcik ni berdosa besar nak.... yang pakcik tahu.. gunakan Sofia hendak langsaikan hutang pakcik. Pakcik kuat minum... kuat judi. Hutang keliling pinggang.. sesungguhnya pakcik tergolong dalam golongan yang rugi. Nasib baiklah pakcik sempat ditangkap.. kalau tak. Sampai mati pun pakcik tak sempat taubat nak” kata pakcik karim tersekat-sekat.. sedih kerana menyesali perbuatannya selama ini.

“Sudahlah itu pakcik.. janganlah dikenang lagi perbuatan yang lepas.. yang lepas.. lepas.”

“Nak... pakcik nak jumpa Sofia... nak melutut di hadapannya. Pakcik nak minta ampun atas kesilapan pakcik atas dirinya. Pakcik takut pakcik tak sempat minta maaf dengannya” katanya sambil memegang tanganku mengharap.

“Saya akan cuba pakcik.. saya cuba pujuk Sofia untuk datang bertemu dengan pakcik. Tapi agak susah sikit untuk bawa keluar dari pusat perlindungan tersebut. Banyak prosedurnya,,, tapi saya akan usahakan. Insya Allah.”

“Terimakasih nak” katanya sambil melespaskan tanganku. Aku kembali duduk di kerusi yang disediakan.

“Sofia pun dah bertaubat?”

“Sudah pakcik... dia pun tidak seperti dulu.. kasar.... keras kepala.. degil. Syukur. Malah Sofia juga sekarang ini sudah pandai menjahit baju muslimah. Ada beberapa butik yang mahu khidmatnya menjahit bajunya.”

“Iya... memang Sofia minat dengan kerja-kerja tangan ni.. kalaulah Sofia dapat menyambung pelajaran.. entah-entah sekarang ini dia sudah berada di kolej belajar buat baju. Sayangnya.. masa depannya gelap sebab pakcik. Besok dia keluar dari sana nanti, apalah dia nak buat... ada tak lelaki yang hendak menerimanya” katanya seolah-olah menyesal.

“Saya datang pun pasal itulah encik. Saya sebenarnya suka kepada anak pakcik... Sofia” kataku berterus-terang.. pakcik Karim memandangku.

“Encik sanggup terima anak saya?”

“Ya pakcik.. saya sanggup menerima anak pakcik seadanya.”

“Ya Allah....” kata pakcik Karim terharu .. dia bangun memelukku.

“Saya tidak kisah dia sebelum ini. Bagi saya dia sudah bertaubat... dia sekarang seorang muslimah. Yang penting sekarang ini.. saya mencintai dirinya dan dia mencintai diri saya” aku melepaskan pelukan pakcik Karim.

“Terimakasih Encik Hisham... sesungguhnya kesanggupan Encik Hisham adalah satu anugerah buat saya. Saya rasa sangat terharu... semoga Encik Hisham dirahmati Allah. Saya izinkan encik Hisham bersama dengan anak saya. Saya restui hubungan ini.”

“Alhamdulillah.... syukur.. itulah saya mahukan.. restu ayah Sofia. Terima kasih pakcik.”

“Pakcik bersyukur mendapat lelaki seperti kamu ini untuk Sofia... pakcik nampak kau ni baik. Semoga kamu dapat memandu Sofia ke jalan yang diredhai Allah.”

“Insya Allah pakcik.. tetapi saya hanya akan meminang dan berkahwin dengan Sofia sebaik sahaja Sofia dilepaskan dari pusat perlindungan tersebut 2 tahun lagi.”

“2 tahun lagi? Insya Allah nak.. kalau jodoh kamu tak kemana. Kalau nyawa pakcik panjang... pakcik nak tengok hari bahagia Sofia,,, dah lama dia menderita nak.”

“Janganlah pakcik cakap begitu”

“Kita ni mati bila-bila masa saja nak... mungin esok lusa kita mati. Lagipun pakcik ni dah tua nak. Pakcik pun ada penyakit.. akibat tabiat minum pakcik dulu, pakcik sekarang mengalami masalah hati. Hati pakcik sudah 30 peratus rosak.. Allah”

“Masya Allah.. betul ke pakcik?” aku terperanjat apabila mengetahui perkhabaran ini.

“Betul nak. Sekarang ini tiap-tiap pakcik pergi hospital.. ambil ubat. Sakitnya sudah mula terasa.. badan pun sudah mula letih. Ini semua balasan tuhan nak” pintu dibuka ;

“Encik Hisham.. waktu melawat sudah habis. Pakcik perlu kembali ke sel” aku mengangguk.

“Baiklah pakcik.. saya balik dahulu.. insya Allah saya usahakan untuk membawa Sofia ke sini secepat mungkin.”

“Terimakasih nak sebab lawat pakcik.. cari pakcik” pakcik Karim memelukku sekali lagi.

“Sama-sama pakcik. Jangan risau.. penyakit itu ujian Allah. Hendak melihat sejauh mana ketakwaan kita kepada Allah. Insya Allah pakcik akan sihat semula... ikutlah arahan doktor dan makanlah ubat”

“Terima kasih” pakcik Karim melepaskan pelukannya.

“Kirim salam dengan Sofia. Assalaimualaikum”

“Waalaikumussalam” aku menjawab.. sebentar kemudian warden membawa keluar pakcik karim ke selnya. Aku hanya melihat pakcik Karim dibawa keluar melalui ekor mataku. Syukur Alhamdulillah.. seorang lagi hambaMU yang leka telah kembali ke pangkal jalan. Syukur......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.