Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,551
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 39 ; perjumpaan Sofia dan bapanya

BAB 39

“Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya Diat tidak menyukai orang-orang zalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan” surah Asy-Syuura ayat 43.

Lusa, kami bergerak meninggalkan pusat perlindungan dengan membawa Sofia dan seorang lagi penghuni iaitu kak Yann ke Penjara Sungai Buloh untuk melawat keluarga mereka yang ditempatkan di sana. Sofia melawat ayahnya manakala kak Yann melawat adiknya yang ditahan akibat kesalahan dadah. Selain aku yang menemani mereka, terdapat 2 orang wadar keselamatan iaitu kak Usmah dan kak Zeti. Kami ke Penjara menggunakan van pusat perlindungan. Kami bertolak meninggalkan pusat seawal jam 9 pagi dan dijangka sampai di penjara Sungai Buloh lebih kurang pukul 11 tengahari. Aku duduk bersebelahan pemandu pak Mustakim yang agak peramah orangnya. Kami hanya berbual-bual kosong sahaja diselang seli dengan lawak jenaka.

Sebaik sahaja sampai di Penjara… kami dibenarkan masuk melalui pintu khas oleh warden. Setelah selesai proses dokumentasi, kak Yann dibawa ke bilik lain, manakala aku dan Sofia dibawa ke dalam bilik lain sambil ditemani oleh kak Usmah. Masuk sahaja bilik pertemuan, Sofia terus memeluk ayahnya yang tidak bergari.

“Ampunkan bapak nak… bapak zalim… bapak tak guna sebab jual kau nak. Bapak memang tak guna nak” kata ayah Sofia.. mereka berpelukan dan menangis.

“Takpela bapak….. yang sudah tu sudahlah. Saya pun sudah maafkan bapak… jangan dikenang kisah lama. bapakpun dah bertaubatkan…. Lupakan sahaja kisah lama pak..” pujuk Sofia.

“Ye nak… bapak betul-betul dah bertaubat.. tiap-tiap hari bapak bertaubat. Setiap hari bapak menangis mengenangkan perbuatan bapak terhadap kau nak. Tiap-tiap hari bapak berdoa semoga kau maafkan bapak.. dapat jumpa dengan bapak” ada nada sayu

“Saya pun setiap hari berdoa agar bapak diampunkan dosa.. bapak insaf dan kembali ke pangkal jalan.”

“Sekarang kau tak marah bapak lagi Sofia?” tanya ayah Sofia dan meleraikan pelukannya.

“Tidak bapak.. hanya pada mulanya sahaja saya marah kepada bapak. Rasa tidak berguna lagi hidup”

“Terima kasih Sofia.. syukur Alhamdulillah”

“Bapak ampunkan dosa saya”

“Bapak yang bersalah nak… patutnya bapak yang minta maaf dari kau nak” ayah Sofia memeluknya sekali lagi anaknya.. nampaknya pakcik Karim benar-benar sudah bertaubat atas perbuatannya.

“Saya dengar bapak sakit… benar ke?”

“Ye nak.. bapak baru 3 hari keluar dari hospital nak… hati bapak sudah semakin rosak. Sofia tengoklah keadaan bapak ini… sudah semakin kurus.. makan pun dah takde selera lagi nak”

“Marilah kita duduk bapak.. bapak pun nampak letih” mereka berdua duduk kerusi yang terdapat di dalam bilik kecil itu. Benar.. aku melihat pakcik Karim semakin cengkung, matanya agak kekuningan dan perutnya buncit sedikit. Benar, itu tanda-tanda bagi seseorang yang menghadapi penyakit hati.

“Ini semua balasan Allah kepada bapak Sofia… kan bapak dulu kuat minum” katanya seperti menyesal.

“Sudahlah bapak… Insya Allah bapak akan sembuh. Saya selalu berdoa agar bapak dapat disembuhkan dari penyakit ini. Bapakpun berdoalah agar kesakitan bapak dikurangkan.. insya Allah Allah akan menolong hambaNya yang meminta pertolongan. Bapak jangan berputus asa untuk berubat pak. Lagipun sekarang ini teknologi semakin canggih untuk merawat penyakit pak” Sofia memberi kata-kata harapan kepada bapanya.

“Insya Allah. Kamu bagaimana di sana Sofia.”

“Alhamdulillah pak.. saya sihat sahaja. Saya tenang apabila berada di sana. Macam-macam saya belajar… di sanalahtempat dimana saya belajar erti kehidupan.. erti beragama… erti sahabat. Di situ juga tempay yang Berjaya mengembalikan Sofia kembali ke pangkal jalan pak.”

“Syukur.. terima kasih Hisham sebab tolong jaga dan memulihkan kembali anak aku ini. Sepatutnya tugas mengajar kamu adalah di bawah tanggungjawab aku.. bukan merosakkannya. Selepas itu bersusah payah pula cari aku. Kamu memang lelaki yang yang sebenar-benarnya lelaki yang beriman dan bertanggungjawab.. mengasihi sesama Islam.”

“Saya hanya membantu apa yang perlu pakcik… Hidayah dari Allah memgerakkan saya untuk membantu keluarga ini.. saya hanyalah orang tengah yang memudahkan sahaja” kataku merendah diri.

“Alhamdullilah.”

“Ayah.. saya ada bawa makanan untuk ayah… semalam saya masakkan.. kek sahaja. Itu yang sempat” Sofia menghulurkan bekal yang dibawa. Ayahnya mengambil dan membukanya… ada potongan kek di dalamnya.

“Mana sofia belajar masak? Setahu ayah Sofia tidak pandai masak?” kata ayah Sofia kehairanan.

“Saya belajar dari senior saya di dalam pusat perlindungan itu ayah. Malah saya juga belajar menjahit ayah. Alhamdulillah saya kini telah mahir untuk menjahit.”

“Jahitannya sangat kemas pakcik… sampaikan banyak butik yang mahu mengupah Sofia membuat jubah muslimah” sampukku.

“Alhamdulillah… nanti kamu keluar bolehlah ambil tempahan ye tak. Kamu ni seperti mak kamu… memang berbakat menjahit seperti arwah mak kamu.”

“Lama kita tak melawat kubur mak ye ayah” kata Sofia sayu.. tiba-tiba terkenangkan arwah maknya.

“Mak kamu memang baik… isteri yang mithali. Dulu berjaya ubah ayah dari kaki judi dan mabuk. Ayah memang beruntung beristerikan mak kamu… suaranya lembut… tidak pernah menengking ayah. Walaupun kadang-kadang ayah lalai menunaikan tanggungjawab ayah sebagai ketua keluarga, suami dan seorang hamba Allah. Tapi dia akan sentiasa bercakap baik”

“Kita doakan mak agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman ayah. Mesti mak gembira di sana apabila kita telah kembali ke jalan yang diredaiNya”

“Amin.. ayah setiap hari berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan dapat berjumpa disana nanti” katanya sambil mengesat air matanya… nanti pak Karim sangat merindui akan isterinya.

“Ayah sudah makan?”

“Sarapan sudah. Tapi bapak tidak berselera hendak makan Sofia.. makan roti tadipun tidak habis. Hisham.. pakcik nak mintak tolong Hisham”

“Tolong apa pakcik?”

“Kalau pakcik tiada selepas ini.. kamu jagalah Sofia baik-baik. Jagalah dia sehingga dia berkahwin seorang suami yang mendapat menerima kisah silamnya. Yang boleh menjaganya setulus ikhlas,,, yang boleh melindunginya” kata pak Karim sayu ;

“Bapak cakap apa ni? Jangan cakap yang bukan-bukanlah bapak” tegur Sofia.

“Sofia… kesihatan bapak semakin merosot nak. Hati bapak dari sehari ke sehari semakin rosak. Masa mula-mula ayah kena dulu, hanya 10 peratus sahaja hati bapak yang rosak… kini sudah 30% Hati bapak yang rosak nak.. bapak rasa… bapak tak lama lagi hidup di dunia ni nak” kata ayah Sofia perlahan.

“Bapk jangan cakap macamtu. Insya Allah bapak akan sihat… kalau doktor nak Hati baru… saya boleh bagi bapa hati saya ni. Ambillah berapa banyak bapak hendak ambil. Sofia rela kalau Doktor hendak mengambilnya” tawar Sofia. Nyata Sofia sanggup berkorban apa sahaja untuk bapaknya yang tersayang.

“Tidak nak… bapa sudah tua.. sudah tidak mampu lagi untuk menjalani pembedahan. Lagipun bapa tidak mahu Hati kamu.. hati kamu patut diberikan kepada orang yang lebih layak untuk mencintainya,,, bukannya kepada bapak. Lagipun bapa sudah reda Sofia untuk menghadap Allah yang maha Esa… untuk menerima pembalasan akibat perbuatan ayah Sofia.”

“Tidak bapak” Sofia tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya.

“Keputusan bapak muktamad Sofia….. Hisham… boleh tak janji dengan pakcik. Pakcik tiada sesiapa lagi di dalam dunia ini yang dapat menjaga Sofia. Saudara mara kami semua pulaukan kami. Tidak mahu menerima kami….. tidak pedulikan kami sekeluarga lagi nak. Cuma kau sahaja tempat aku mengharap” kata pak Karim penuh mengharap;

“Baiklah pakcik.. saya akan menjaga Sofia sepenuh hati saya apabila Sofia keluar nanti. Itu janji saya.. tidak perlulah pakcik risaukan lagi mengenai Sofia” kataku memandang Sofia. Ya Sofia.. aku akan menyuntingmu sebaik sahaja kamu keluar dari pusat perlindungan.. biarlah apa yang orang nak kata. Aku ikhlas mencintai dan menyayangi dirimu. Tetapi aku rasa hari ini bukan sesuai untuk aku meluahkan niatku kepada pakcik Karim. Biarlah kalau boleh Sofia hendak keluar dari pusat ini baru aku meminta izinnya..

“Terimakasih Hisham.. jasa kau memang aku tidak dapat balas… biarlah Allah membalasnya.”

“Saya bukan hendak balasan pakcik. Saya ikhlas kerana Allah.”

“Sofia….. bapak berharap agar Allah memberikan bapa peluang untuk melihat Sofia berkahwin. Masa itu barulah bapak berasa lega.. sekurang-kurangnya ada yang menjaga Sofia secara sah”

“Janganlah bercakap lagi pasal ni pak. Sofia sedih sangat” kata Sofia berlinangan Air mata.

“Maafkan saya.. sekarang ini sudah hampir pukul 12 tengahari… waktu makan. Saya perlu membawa pakcik ni ke selnya semula” kata warden yang mengiringi pakcik karim. Kami mengangguk..

“Baiklah bapak… sofia balik dahulu. Lepas ini sebulan sekali Sofia akan melawat bapak. Hisham sudah dapatkan kebenaran untuk saya melawat bapak.”

“Syukur nak.. takdelah ayah rindu dengan Sofia sangat.”

“Pakcik.. kami pergi dulu yer. Jangan lupa makan ubat… ikut arahan doctor. Pasal Sofia pakcik jangan risau… kami semua akan menjaganya dengan baik” kataku mengurangkan kebimbangan ayah Sofia. Sofia memeluk kembali ayahnya.. matanya tertumpah lagi…. ternyata Sofia saya sayangkan ayahnya. Kemudian pelukan dileraikan… ayah Sofia dibawa keluar oleh warden yang bertugas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.