Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,618
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 41 ; kak hashimah... kak hashimah

BAB 41

Pagi besoknya itu aku menghadiri mesyuarat yang diadakan pejabat JKM negeri.. mesyuarat jawatankuasa khas kaunseling peringkat Negeri (aku sebenarnya tiada mood untuk menghadiri mesyuarat ini disebabkan hal semalam apabila permintaan aku untuk mengambil Sofia sebagai isteriku yang sah telah ditolah mentah-mentah oleh ayahku). Semua kaunselor menghadiri diri kecuali kak Hashimah. Dia enggan menghadirinya atas alasan sibuk dengan kegiatan asrama ( sebenarnya kak Hashimah ini enggan mengikuti apa juga program atau kursus yang dilakukan di luar pusat perlindungan.. alasannya semasa dia muda-muda dahulu sudah puas berkursus atau menjalani latihan.. katanya kursus dahulu dengan sekarang sama sahaja. Katanya bagilah orang muda pula belajar. Apa pulak samanya, pendekatan tahun 1990 dahulu adalah berbeza dengan pendekatan sekarang. Begitu juga dengan menguruskan fail dan kaedah kaunseling... juga telah berbeza, sebab itulah ada satu hari itu pegawai audit kaunseling datang... kak Hashimah mendapat markah audit yang terendah. Lepas itu salahkan aku kerana tidak memberitahu tentang fail pengurusan baru. Aku balas balik cakap kak Hashimah di hadapan pegawai audit yang aku telah memberikan fail baru untuk diisi oleh kak Hashimah.. tetapi kak Hashimah enggan kerana katanya aku memandai menukar sistem fail. Segala bukti telah aku tunjukkan bahawa kak Hashimah telah menerima fail sistem baru. Akhirnya kak Hashimah mengakuinya. Tetapi dia enggan belajar daripada aku sistem fail baru ini.. katanya dia boleh belajar sendiri. Tapi akhirnya bila aku semak.. tunggang langgang... aku yang kena betulkan balik... inilah namanya bodoh sombong... geram pulak aku )

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah bahagian kaunseling dan psikatri peringkat negeri.. encik Azlan Shaari. Mesyuarat dilakukan di bilik seminar hotel berdekatan dengan ibupejabat. Mesyuarat lebih kepada pengurusan dan audit kaunseling. Paling membosankan aku menjawab pertanyaan Encik Azlan mengenai ketidakhadiran kak Hashimah... seperti biasa aku menjawab kak Hashimah sibuk dengan kegiatan asrama.

“Kamu pun jadi ketua warden jugakan dahulu... boleh sahaja hadir setiap mesyuarat yang kami buat. Bukannya kami buat mesyuarat tiap-tiap hari.... kadang-kadang 3 bulan sekali baru kami panggil buat mesyuarat.”

“Entahlah... Encik Azlan faham jelah. Kak Hashimah macamana.. kalau mesyuarat, kursus atau seminar.. mana dia hendak pergi. Katanya dahulu masa muda dia sudah puas menghadirinya.. sama sahaja” aku mengulangi kata-kata kak Hashimah;

“Dulu lain.. sekarang lain. Dulu sistem manual.. sekarang semuanya mahu didokumentasi dan difailkan. Nanti dia juga yang ketinggalan prosedur kaunseling yang terkini. Nampaknya tidak salah lagi saya memilih kamu menjadi ketua kaunselor di sana. Kalau kak Hashimah saya pilih.. agaknya lingkuplah pusat perlindungan itu. Saya dengar dia masih menggunakan pendekatan kaunseling sepertimana 20 tahun dulu. Kamu sebagai ketua tegurlah dia.. ubah pendekatannya. Nanti penghuni bosan dengan cara kerjanya” aku ini manalah ada kuasa nak nasihatkan kak Hashimah... bukann dia hendak dengarpun;

“Masalahnya Encik.. dia rasa bahawa saya telah merampas jawatannya yang pada anggapannya sepatutnya menjadi hak miliknya. Dia lebih senior dan tahu segala-galanya. Apa pun saya buat atau memberi nasihat.. dia akan meningkah saya. Seolah saya ini memandai-mandai dalam mempersoalkan cara atau kaedah kaunselingnya. Hanya Pengetua sahaja yang boleh menegurnya” aku melampaiskan apa yang terbuku di hatiku. Aku hanya bercakap perkara yang benar.. bukan memandai-mandai.

“Baiklah.. nanti saya bercakap dengan Puan Pengetua awak berkenaan perkara ini” habis sahaja mesyuarat dalam pukul 12 tengahari ( mesyuarat bermula pukul 9 pagi ), aku ke bilik Puan Pengarah (kak Badariah).. sudah lama aku tidak berjumpa dengannya.. temujanji pun sudah dibuat semalam. Nasib baik kak Badariah ada di dalam biliknya. Sekarang kak Badariah telah bergelar Dato. Beliau mendapat anugerah Dato pada tahun ini selama Hari keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini;

“Assalaimualaikum Dato” kataku sebaik sahaja aku masuk ke dalam biliknya.

“Waalaikumussalam.. ha Hisham.. panjang umur kau.. akak baru nak telefon kau. Manalah budak ini.. kata nak datang. Sudah masuk waktu makan tengahari tak datang-datang.”

“Maaflah.. lambat sikit.. mesyuarat habis pukul 12 tadi. Banyak agenda.. maklumlah hendak tutup fail.”

“Biasalah cik Azlan kau. Suka mesyuarat yang lama-lama... macamana Sofia?” kak Badariah sebenarnya sudah mengetahui hubungan aku dengan Sofia.

“Sofia ok.. dia sihat. Sofia kirim salam dengan akak. sebenarnya saya datang ini hendak minta pandangan Dato.”

“Apa dia Hisham? tidak payahlah panggil Dato.. itu gelaran sahaja. Panggil macam biasa.. akak jer” katanya merendah diri... sama seperi dahulu;

“Baiklah kak. Hubungan saya dengan Sofia ditentang oleh ayah saya. Ayah saya tidak mengizinkan saya berkahwin dengan Sofia” aku sudah tidak tahu kepada siapa yang aku hendak minta pandangan.. hanya kak Badariah sahaja harapan aku untuk memberikan cadangan.. maklumlah orang lama kaunseling.. tentu dia ada rancangan

“Mak kamu? Setuju?” tanya kak Badariah.

“Pada mulanya tidak setuju.. tetapi akhirnya dia bersetuju dengan pilihan saya. Emak saya ok sahaja.... cair bila dipujuk... ayah sahaja yang hatinya agak keras.. makumlah askar.”

“Bagi saya beginilah Hisham. Adalah normal bagi orang tua untuk tidak bersetuju dengan pilihan kita jika kita hendak berkahwin dengan orang yang tidak sekufu atau mempunyai pengalaman lepas yang memeritkan. Saya bagi contoh.. diri saya sendiri” memeranjatkan aku... kak... kahwin dengan pusat penghuni juga ker?

“Maksud akak?” tanyaku ingin tahu.

“Akak berkahwin semasa belajar... suami akak dulu pekerja kilang sahaja. Tidak sekufu dengan keluarga akak yang kedua-duanya orang tua akak merupakan pegawai tinggi kerajaan. Keluarga akak memang menentang pilihan akak. Pada fikiran mereka akak nanti keluar universiti ada ijazah dan mendapat pekerjaan yang bagus.. manakala suami akak pula dulu hanya pekerja kilang di Bangi.. tak silap akak kilang Sony. Masa itu kilang Sony baru dibuka... dan kesemuanya pekerja tempatan.. bukannya seperti sekarang... pekerja semua warga asing.”

“Keluarga akak menentang permintaan akak disebabkan suami akak bekerja kilang?” tanyaku;

“Iya... keluarga akak semuanya mempunyai pendidikan yang baik. Begitu juga ayah dan ibu akak. ayah akak seorang Pengetua manakala ibu akak akauntan. Dan apabila akak melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan suami akak.. mereka menentang habis-habisan.... lagipun akak masih belajar ketika itu. Mereka menyalahkan suami akak menggunakan guna-guna untuk mendapatkan akak.. menyebabkan akak tergila-gilakannya. Malah mereka siap pergi ke tempat kerja suami akak dan menghamburkan kata hamun.”

“Selepas itu?”

“Suami akak bersabar... katanya.. kita minta kepada Allah. Insya Allah Allah akan makbulkan. Akhirnya pada suatu hari... akak kemalangan..... akak dilanggar kereta semasa membonceng motosikal ke kuliah. Akak dimasukkan ke dalam wad... masa itu keluarga akak semuanya berada di Perak. Akak tak sedarkan diri.. suami akak puas ke sana kemari bertanya macamana nak hubungi keluarga akak. Akhirnya suami akak dapat nombor telefon rumah dari pihak universiti.. dialah menelefon keluarga akak dan memberitahu keadaan akak. Besoknya keluarga akak terus datang ke hospital.... mereka melihat suami akak tertidur duduk di luar bilik menunggu di wad.. masa itulah keluarga akak tersentuh melihat betapa sayangnya suami akak kepada akak. Mereka nampak kasih sayang suami akak kepada akak sehingga sanggup menunggu akak di wad. Akhirnya, keluarga akak merestui pernikahan kami. Masa itu nikah gantung sahaja dahulu.. bila akak sudah tamat pengajian.. baru kami bersanding.”

“Masya Allah.. Allah itu maha besar. Dia tunjukkan kepada keluarga akak betapa suami akak mencintai dan menyayangi akak secara tidak langsung” segala puji bagi Allah.

“Itulah... Allah maha mendengar. Begitu juga antara kamu dan Sofia... mintalah kepada Allah supaya dilembutkan hati ayah kamu Hisham. walau sekeras pun hati manusia... Insya Allah Allah akan melembutkan mereka. Pintalah kepada Allah Hisham.”

“Hari-hari saya berdoa kak.. terutama selepas subuh.”

“Baguslah.. selepas Subuh adalah waktu sebaik-baiknya untuk berdoa”

“Saya nak tanya.. selepas akak berkahwin dengan suami akak.. suami akak tersu berniaga ker?” apa yang aku tahu.. sekarang ini suami kak badariah adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

“Eh tidak. Selepas kahwin.. suami akak terus menjadi operator di situ. Setahun selepas akak berkahwin dengannya.. akak minta dia sambung belajar separuh masa. Suami akak ada STPM... tetapi sayangnya dia terpaksa bekerja kerana desakan hidup. Suami akak anak sulung... ada 7 adik beradik yang masih belajar dan yang akan belajar. Keluarga suami akak hanyalah petani... jadi mereka tidak mampu lagi menanggung pelajaran adik-adik abang. Jadi abang akak terpaksa berkorban... 6 tahun kerja.. dia berkahwin dengan akak.. masa itu 2 adiknya baru sudah habis belajar.”

“Kemudian?”

“Abang akak mengambil kursus elektrik secara sambilan... kemudian dia kerja dengan LLN. Selepas 5 tahun.. barulah dia berani ambil lesen bagi sebagai kontraktor pendawaian. Sedikit demi sedikit sehingga sekarang perniagaan suami akak semakin berkembang sehinggalah sekarang”

“Alhamdulillah. Rupanya kes akak ini lebih kurang sama dengan kes saya” tak sangka betul dulu kak Badariah mengalami masalah yang sama denganku;

“Biasalah Hisham... minda kita masih tidak terbuka... mahu kahwin dengan sekufu sahaja. Yang setaraf....”

“Bila dengar cerita akak ni lega sikit hati saya.. kalau tidak. Tak tahulah apa saya hendak buat. Mahu frust menonggeng saya kak. Hahahahahahaha.”

“Hahahaahahahahah. Eh! Sudah dekat pukul satu ni.. kamu sudah makan belum?”

“Belum lagi kak.. tadi mesyuarat pun kuih sahaja. Minum-minum sahaja.”

“Jom kita makan nasi arab.. akak ada tahu satu kedai yang sedap. Nanti akak ajak kawan akak lagi seorang.”

“Baiklah kak” akak mengangkat telefon dan menelefon kawannya untuk makan bersama kami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.