Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
203,577
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 31 B ; hati berbunga-bunga

Balik sahaja Sofia ke katilnya.. Sofia mendengar MP3 dan ikut sekali bernyanyi sama. Hatinya berbunga keriangan kerana cintanya terhadap Hisham berbalas.. ertinya tangannya tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga terharu kerana Hisham sanggup menerimanya walaupun tahu status dirinya sebelum ini. Masa dia tengah galak menyanyi-nyanyi kecil di atas katilnya, seseorang menepuk bahunya, Sofia terperanjat. Rupanya kak Azilah yang menepuknya tadi;

“Amboi..... seronok nampak? Baru lepas jumpa pakwe ker?” Sofia tersenyum.

“Takde apa-apa kak” Azilah ternampak sampul surat di atas meja kecil disisi katil Sofia. Beliau mencapainya.

“Gambar apa ni?” ringan sahaja tangannya membuka sampul yang diberikan Hisham tadi kepada Sofia.

“Akak jangan!” belum sempat Sofia menegah... Azilah membuka dan melihat gambar yang ada di dalam sampul surat tersebut.

“Gambar kau dengan Hisham????? kau ada hubungan ke dengan Hisham??? jadi betullah gosip-gosip yang aku dengar tu yer” kata Azilah kehairanan.

“Syhhhhhhhhh.. jangan cakap kuat-kuat. Kita bincang di wakaf bawah kak” pinta Sofia.. beliau tidak mahu rahsianya diketahui oleh orang lain.

“Wah.. macam ada rahsia kerajaan je ni.... jom” Sofia bangun dan mengekori Azilah ke wakaf yang terletak di bawah. Wakaf tersebut jauh dari asrama dan membolehkan mereka berbual tentang perkara-perkara privasi dengan aman. Setelah mereka berdua duduk ;

“Akak... saya kalau boleh tak mahu kecoh-kecoh pasal benda ini.”

“Pasal apa ni.. ha.. korang berdua bercinta yek” kata Azilah.

“Bukan bercinta.. kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Abang Hisham dahpun meluahkan isi hatinya kepada saya tadi.”

“Mengenali hati budi masing-masing???? Alasan kau ni macam dalam melodi pulak. Ooooooo... patutlah menyanyi-nyanyi tadi. Rupanya hati tengah berbunga... tahniahlah Sofia. Betul tak sangkaan akak.. kau sukakan Hisham tu. Sekarang ni Hisham pun suka kau.. apa lagi. Kahwinlah.”

“Bukan semudah itu kak. Hisham yang sukakan saya.. tapi keluarganya kalau membantah.. macamana pulak nanti?” Azilah terdiam.. bersetuju dengan pendapat Sofia.

“Betul jugakkan... kalau keluarga dia tak boleh terima kau. Pun haru juga.... besar juga ujian yang menanti korang berdua ni yer.”

“Itulah kak.”

“Dah.. jangan sedih... akak percaya, keluarga Hisham akan bersetuju untuk untuk menerima kau. Hisham itu beragama orangnya.. tentu dia akan menggunakan pendekatan yang baik dan lemah lembut untuk menerangkan nanti mengenai kau pada keluarganya. Aku percaya keluarga Hisham akan menerima kau”

“Saya harap begitulah kak.”

“Sekarang ini.. tugas kau... mintak.. berdoa kepada Allah. Supaya hubungan ini direstui olehNya. Berdoa supaya dilembutkan hati ayah dan mak mertua kau untuk menerima kau. Insya Allah, benda yang baik akan dirahmati Allah.”

“Terimakasih kak. Insya Allah.... saya akan berdoa setiap kali solat saya.”

“Bila dijangka Hisham nak meminang kau?”

“Hisham cakap... selepas sahaja saya tamat jalani hukuman... saya akan terus berkahwin dengannya.”

“Oklah tu. Sempatlah Hisham nak kumpul duit... lagipun kau baru 20 tahun. Muda lagi.... bolehlah aku jadi pengapit kau.. hahahahahaa”

“Hahahahahaah... boleh kak. Akak .... saya nak mintak tolong akak ni”

“Apa dia?”

“Boleh tak akak tolong rahsiakan perhubungan saya dengan Hisham. saya tak mahu kecoh-kecohlah kak.. terutama kak Janaa tu.. akak tahulahkan dia tu kepoh macamana. Nanti Datin marah, saya takut Hisham ditukarkan pulak nanti.”

“Insya Allah. Akak janji simpan rahsia ni” janji Azilah.

“Terimakasih kak.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.