Home Novel Keluarga Kerana Cintanya
Kerana Cintanya
NaimTamdjis
10/8/2014 21:01:20
6,105
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4

Sinopsis


Razif seorang pemuda berusia 30an yang kaya jatuh cinta dengan gadis penjual kuih bernama Amilia. Mamanya Datin Emelda mahu percaya bahawa harta dan pangkat adalah jaminan masa hadapan dan ingin menjodohkan Razif dengan orang lain. Walau bagaimanapun kerana rasa kecintaan yang kuat antara satu sama lain selain sokongan suaminya Dato Osman maka Datin Emelda bersetuju untuk mengahwinkan Razif dan Amilia dengan beberapa syarat. Walaupun syarat itu nyata tidak membebankan dan boleh diterima tetapi sebenarnya adalah perangkap Datin Emelda agar Amilia berpisah dengan Razif.

Akhirnya pada satu ketika Razif merasakan Datin Emelda sudah melampau bertindak membawa keluar Amilia dari neraka ciptaan Datin Emelda. Mereka berdua memulakan hidup baru di selatan tanah air dan meninggalkan segala-segala di Kuala Lumpur. Mereka bermula dengan berniaga kecil-kecilan. Walaupun Razif mempunyai kelulusan yang baik dan boleh meminta kerja dengan berjawatan besar tetapi Razif tahu mamanya pasti akan mengagalkan usahanya bagi dia mendapatkan pekerjaan. Ini kerana Datin Emelda telah menggunakan pengaruhnya bagi Razif mendapat kerja yang bagus di Kuala lumpur setelah meletak jawatan di syarikat papanya. Walaupun susah dan hanya menyewa rumah pangsa kos rendah bagi memulakan kehidupan. Nak tahu selanjutnya… kena baca sampai habis.Hihihi


Bab 4

Pukul 6 petang mereka berdua sampai di Medan Mara Bandar Tasik Selatan. Sampai di gerai nombor 3 di mana Amilia berjualan dengan ibunya. Razif terus mendapatkan Amilia.

“Amilia, papa saya datang,” Amilia tersenyum dan mendapatkan Dato Osman. Tangan Dato Osman diraih dan diciumnya. Dato Osman tergamam seketika dengan perlakuan spontan Amilia.

“Saya Amilia Dato. Kawan Razif,” lemah lembut tutur kata Amilia. Dato Osman.

“Oh. Ini Amilia yang kau gila-gilakan tu ye Razif,” usik Dato Osman. Razif tersipu malu. Begitu juga dengan Amilia yang tertunduk malu.

“Jemputlah dulu Dato. Emak saya ada belakang itu tengah memasak. Maaflah gerai sahaja. Mungkin Dato tidak selesa,” Amilia berbasa basi.

“Eh! Kenapa hendak berDato-Dato pula. Kitakan hendak jadi keluarga. Panggil sahaja pakcik. Pakcik tidak kisah. Asalkan makanan sini sedap. Apa yang sedap di sini?” Dato Osman nampak pipi Amilia memerah.

“Sini yang istimewa Dato… eh pakcik. Pulut panggang udang kering dengan karipap. Tapi kalau pakcik hendak kuih manispun ada,” Dato Osman terliur. Sudah lama dia tidak makan pulut panggang udang kering kesukaannya.

“Bawakan pakcik karipap, pulut panggang dan juga kuih donut untuk 2 ye. Air the tarik 2 kurang manis,” pinta Dato Osman. Amilia mengangguk.

“Pakcik duduklah dulu. Nanti saya hantarkan,” Amilia meminta diri untuk mengambil pesanan Dato Osman. Dato Osman dan Razif duduk di kerusi. Orang agak ramai di medan selera ini.

“Pandai kamu pilih. Bagus budaknya, bersopan santun. Macam inilah papa suka. Macamana kamu boleh berjumpa dengannya?” puji Dato Osman. Kali ini pipi Razif pula memerah.

“Kebetulan pa. Saya pernah makan kuih yang dia buat di satu majlis rumah kawan saya. Pulut panggang udang kering dia sedap sangat pa. jadi saya mintaklah contact dengan kawan saya. Masa saya buat panggilan pertama, dialah yang jawab. Masa itu saya dah terpikat dengan budi bahasanya papa. Kemudian bila dia beritahu setiap pagi dia ada meniaga di Cheras, saya 2 kali sehari akan ke gerainya beli kuih makan di pejabat. Lama-lama hati sudah terpaut dengannya. Dan saya terus menyatakan hasrat untuk menyuntingnya sebagai isteri saya. Tidak silap 2 bulan sahaja kami berkenalan,” jawab Razif panjang lebar.

“Singkatnya. Ooo patutlah sebulan dua ni kamu selalu keluar awal pukul 6.30 pagi sudah keluar. Selalu pukul 8 baru kamu keluar. Bila ditanya kamu hendak sarapan dulu. Rupanya ada udang sebalik mi,” usik Dato Osman.

“Hihihi,” Razif hanya tersengih. Amilia datang dengan membawa sedulang yang berisi air dan kuih dipesan. Secara tertib Amilia meletakkan dulang di atas meja dan menyusun gelas dan piring di atas meja.

“Jemputlah minum pakcik. Kuih biasa-biasa sahaja,”

“Kalau Amalia hendak tahu. Inilah kuih kesukaan pakcik dahulu. Sudah 30 tahun pakcik tak makan kuih ini di gerai. Jemput nak makan sekali,” pelawa Dato Osman.

“Pakcik makanlah dulu. Ramai pelanggan lagi, nanti kejap lagi saya panggil mak. Jemput ye pakcik,” Dato Osman mengangguk. Amilia berlalu pergi. Dato Osman segera mengambil pulut panggang dan membukanya balutan dan terus disuapkan ke mulut. Sambil menutup mata Dato Osman menikmatinya.

“Sedapnya pulut panggang orang rumah kamu ni. Inilah pulut panggang terbaik yang pernah papa rasa,” Dato Osman mengambil satu lagi pulut panggang.

“Orang rumah? Amy belum jadi orang rumah sayalah papa. Kena ada satu rintangan hendak diatasi papa. Papa jangan lupa tu,”

“Insya Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana. Minta banyak-banyak dengan Allah.”

“Yelah pa. Tapi pa, satu je saya musykil. Kenapa papa pesan teh tarik kurang manis untuk saya juga. Bukan ke papa je yang ada kencing manis.”

“Hahaha. Papa sahaja nak melawak dengan kamu,”

“Lawak kasar ni papa,”

“Hehehe. Ha. Tu mungkin ibunya yang datang,” seorang perempuan tua bertudung litup memberi salam. Dato Osman dan Razif menjawab salam dan mempersilakan ibu Amilia duduk. Dato Osman dan ibu Amilia berbual-bual sementara mata Razif mencuri pandang Amilia yang sedang sibuk melayan pelanggan. Nyata hatinya telah terpaut dengan gadis bertudung litup itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.