Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
40,080
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 13 - Tamat

Mail Keding berlari menuju ke rumahnya. Dia menoleh ke belakang.

“Mail! Tolong makcik nak! Mail Kau kawan aku! Aku nak pulang ke tempat asala aku! Mail! Mail!” hanya kedengaran kata kata itu berselang seli dengan suara Deris Mamak dan emaknya.

Mail Keding semakin hampir ke rumah emaknya. Hidungnya terbau akan sesuatu.

“Bau dodol hangit?” tanya sendiri.

Mail Keding masuk ke laman rumahnya. Dia terperanjat apabila melihat sesusuk tubuh pontianak di laman rumahnya. Mail Keding berhenti berlari. Makhluk itu memandangnya dengan wajah yang menunduk.

Patutlah diorang biarkan dodol itu hangit! Rupanya keluarga akupun kena kacau! Apakah sial malam raya ni diorang nak mengacau! Bentaknya di dalam hati.

“Hehehehe...”

Mail Keding menelan air liur. Dalam fikirannya dia ingin berlari ke rumah tok penghulu. Baru sahaja dia memusing badannya dia tersentak apabila melihat lembaga Deris Mamak sedang menghampirinya. Dia memandang ke arah pontianak dan melihat makhluk itu juga sedang menghampirinya. Bau hangit dodol masih lagi kuat dihidu olehnya.

“Tolong! Jangan kacau aku! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Allah tolong aku! Tolong!”

Splashhhh!

Mail Keding terasa wajahnya seperti disimbah air. Dia yang tadinya tidur bangun terjaga kerana terkejut.

“Oi! Membuto ko?” marah Ujang.

“Teman kat mana ni?” tanya Mail Keding terpinga pinga.

“Kek rumah omak kau lah. Takkan kek umah Siti Exora pulak?” jawab Ujang sinis.

Mail Keding mengitari pemandangan sekitar. Hari masih lagi gelap dan dia tertidur di kerusi rotan. Hidungnya terbau dodol yang hangit.

“Mana lembaga Deris Mamak, emaknya dan pontianak?”

“Ekau ni mimpi ko apo? Itulah pocayo sangat cerita karut marut. Tadi ekau ditugaskan kacau dodol ni dengan Damian. Damian dah masuk dalam. Ekau totido kek luar ni. Den terbau dodol hangus dalam bilik.

Eden tengoklah. Rupo eih ekau tertidur tak kacau dodol. Api kemain bosa. Hangus dodol omak. Sapo nak makan dodol hangus ni?” terang Ujang.

Mail Keding melihat dodolnya. Ternyata dodolnya sudahpun hangus tidak dikacau.

“Jadi takde hantu.”

“Takdelah. Mimpi yo tu. Mainan syaitan. Maklumlah malam ni syaitan yang terbelenggu dah dibebaskan. Dah jom copek angkek kuali ni. Jomlah tido. Lomang jolah tahun ni. Lagipun mano ado kodai bukak pukul 3 pagi ni,” arah Ujang.

Mail Keding mengangguk. Mereka mengangkat kuali dan memadamkan bara api. Setelah dipastikan bara api terpadam. Mereka masuk ke dalam rumah dan menguncinya.

Di pintu masuk rumah emak Mail Keding, 3 lembaga berdiri muncul seketika sebelum menghilangkan diri.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.