Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
83,982
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 8

Sementara itu di rumah orang tua Mail Keding

“Mano poie si Mail ni omak? Dah pukul 11 malam ni… tak balik balik lagi? Jumpo air mata ke?” rungut abang ipar Mail Keding si Ujang yang kini terpaksa mengacau dodol akibat ketiadaan Mail Keding.

“Entahla. Kamu dah telefon Mail?”

“Tu Ezah dah telipon. Tapi tak dapek dapek. Goramlak sey. Tadi sey dah masak lomang. Ni nak tolong kacau gelamai pulak. Mau tak bongkar esok ni.”

“Kamu panggillah anak mak Damian. Biar dia kacau. Kamu cari dia? Tak rumah Osman… rumah tok ketua. Takpun kat simpang tu. Rasanya tengah ketagih nak merambu kat situ.”

“Aik. Malam syawal pun nak merambu lagi.”

“Puasa mereka berdua cuti merambu. Ini mungkin mereka main gitar baik,” tebak mak Mail Keding.

“Tak habis-habis. Nah mak! Sey cari Mail keding! Damian! Damian!” panggil Ujang.


Ujang membonceng motorsikal milik ayah mertuanya. Motorsikal Honda 70 yang tersengguk senguk enjinnya. Dari kejauhan dia dapat melihat motor Mail Keding yang diparkir di tepi jalan. Ujang memberhentikan motornya di sisi motor Mail Keding.

“Eh! Ini motor Mail Keding. Konapa motor di sini? Mano dio poie ni?” tanya Ujang kepada dirinya sendiri.

Ujang memandang keadaan sekeliling. Sunyi dan sepi. Ujang menelan air liur.

“Gelapnya. Mail! Mail! Mano ekau poie ni? Momorut ko!” panggilnya lalu memandang ke dalam kobun.

“Alahai. Mano ekau poie ni. Den ni dahla ponakut. Nak masuk dalam ko tidak ni?” kata Ujang sendirian.

Enjin motornya mati. Ujang cuba untuk menghidupkan semula tapi gagal.

“Aduyai. Mati pulak enjin motor ni,” rungut Ujang.

Dia segera menongkatkan motornya lalu beralih ke arah motor Mail Keding. Dia melihat-lihat motor Mail Keding.

“Apolah dio ni kunci moto tinggal kat sini. Ini kek KL ni dah ilang moto buek camni. Tak sompek bona ko nak momorut? Mano dio ni? Mail! Mail!” panggil Ujang lagi.

“Ish budak ni pokak ko apo? Mano dio poie ni. Macam macam hallah.Den jugok kono cari,” rungut Ujang lagi.

Ujang memandang ke dalam kebun. Pokok buah buahan meliuk liuk ditiup angin.

“Karang tak cari marah pulak orang tuo tu. Yang handa buek gelamai si Mail ni. Nyusahkan botolah!” marah Ujang lalu kakinya melangkah masuk ke dalam kebun.

Apabila Ujang telah masuk ke dalam kebun kedua-dua belah lampu motorsikal hidup dengan sendirinya!

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.