Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
83,973
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 3

Tanpa sedar Mail Keding membuka bunga silatnya. Walaupun sumbang tapi di meneruskannya.

“Anak. Anak ni kenapa beria benar membuka bunga silat?” sapa seseorang.

Mail Keding yang tersedar dari latahnya kembali beristifar.

“Astafirullah! Maafkan saya. Saya terperanjat tadi.”

“Maaflah nak kalau kami kejutkan anak. Kami penduduk dari penempatan seberang kampong.Nama pakcik, pakcik Hassan. Kami datang nak bertakbir di dalam masjid,” kata seorang tua yan menegur tadi.

Mail Keding memandang orang yang menegurnya. Dia terperanjat apabila melihat begitu tinggi orang tua yang menegurnya. Kepalanya juga hampir mencecah bumbung kolah. Mail Keding terpaksa melangut untuk memandang.

“Oooo. Nak bertakbir! Masya Allah. Saya ingat Haji Hamzah yang nak mengusik saya. Jap! Kampong sebelah? Bukan kampong sebelah kampong orang asli? Kampong belah mana ni?” tanya Mail Keding lurus.

Mail Keding memandang ke arah tangga masjid. Dia melihat wanita yang naik di pintu belakang semuanya berjubah putih dan bertelekung.

“Hanya Imam sahaja yang tahu tentang kewujudan kami. Juga Ustaz Zaher. Kami juga hamba ALLAH seperti manusia juga. Cuma kami dalam bentuk yang berbeza.”

“Oooo,” jawab Mail Keding yang masih memandang kamu wanita berpusu naik tangga masjid.

Matanya pula beralih melihat kaki Jemaah wanita. Dia terperanjat apabila melihat kaki wanita itu seperti terawang awang tidak menjejak tanah. Seolah olah wanita itu tidak berjalan tetapi terbang.

“Kami bukan manusia. Tapi makhluk Allah yang beriman kepadanya. Alhamdulillah,” kata orang tua tersebut.

Mail Keding memandang semua orang lelaki yang kini sudah berkumpul dihadapannya. Mail Keding melihat tapak kaki mereka yang terawang awang tidak menjejak tanah.

“Saya balik dulu Pak Hasan,” pinta Mail Keding tergopoh gapah menuju ke arah motor.

“Assalamualaikum!” laung Jemaah lelaki beramai ramai.

Mail Keding hanya mengangkat tangan kerana dirinya ketakutan. Pak Hasan tersenyum lalu melambai. Tanpa memandang ke belakang Mail Keding terus menuju kea rah motor. Apabila dia mahu Menghidupkan enjin, Mail Keding menoleh ke arah Jemaah lelaki. Mereka sudah hilang dan berada di dalam masjid. Mail Keding melihat ke dalam masjid dimana tingkapnya telah terbuka. Hanya cahaya putih sahaja menerangi kawasan dalam ruang dalam masjid.

Takbir mula kedengaran. Mail Keding segera menghidupkan enjin dan membonceng motornya keluar dari halaman masjid.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.