Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
84,053
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 2

Mail Keding segera melangkah menuju ke arah bilik air yang terletak di halaman belakang masjid. Hanya lampu kalimantang yang dipasang di luar masjid menyinari.

“Uuuu… uuuu”

Bunyi burung hantu jelas kedengaran. Mail Keding terasa jantungnya berdebar. Kenangan berhadapan dengan Panglima Endai dan Buragas kembali diiganti. Betapa ngerinya wajah Makhluk terkutuk yang dilihatnya dulu. 

“Aik burung hantu? Kau nak takutkan aku pulak? Dahla tadi Haji Hamzah baik takutkan aku tadi. Orang tua tu tak habis habis menyakat aku,” gumam Mail Keding sendirian.

Mail Keding lekas melangkah ke tandas. Dia perlu melepaskan hajat kecilnya yang ditahannya sejak takbir tadi. Apabila sampai di kawasan kolah. Lampu kalimantang berkelip kelip.

“Hai. Masa nipulak lampu kalimantang kat kolah ni berkelip. Tadi elok je. Ya ALLAH, janganlah KAU duga aku macamni YA ALLAH. Aku insan yang lemah. Cukuplah KAU duga aku dulu. Amin.”

Setelah habis berdoa, Mail Keding segera masuk ke dalam tandas.

“arghhh lega.” Katanya selepas selesai membuang air.

“Debushh!” bunyi air kolah dikocak oleh seseorang.

“Oooo mak ko!” latah Mail Keding terperanjat apabila mendengar bunyi air kolah seolah olah dicedok oleh seseorang

Kemudian terdengar air sedang dicurahkan.

“Aik! Siapa pula malam-malam buta ni ambik wuduk? Takkan takde yang balik lagi? Takkan budak budak main air? Bukan ke tadi semua orang dah balik? Pintu masjid dah dikunci? Pelik teman.

Takkan hantu pulak nak main air? Inikan masjid?” tanya kepada dirinya sendiri.

“Debush… debush… debush,” bunyi air dicedok kedengaran bertalu-talu lalu dicurahkan.

“Ish. Dengar macam ramalah pulak. Ke Haji Hamzah ni nak mainkan aku? Saja nak menyakat awok. Tapi kenapa bunyi macam ramai yang cedok air. Nak keluar ke tidak tengok ni?” bisiknya perlahan.

Kriukkkk!

Bunyi pintu masjid dibuka kedengaran. Mail Keding yang membatu seorang diri di dalam tandas semakin kehairanan.

“Ish? Siapa pula yang buka pintu masjid? Sah ni mesti orang kampong nak kenakan aku. Ingat aku takut ke?”

Lalu Mail Keding segera membuka selak dan membuka pintu air. Dia memandang kearah kolah. Dia terperanjat apabila melihat lelaki berpakaian jubbah serba putih sedang mengambil air sembahyang di kolah.

Mereka tinggi tinggi belaka malah ada kepala yang hampir mencecah atap kolah malah tangan mereka juga 2 kali lebih panjang daripada manusia biasa. Wajah mereka bercahaya.

“Masya ALLAH. Kamu semua siapa?” tanya Mail Keding yang terperanjat.

Kesemua entiti itu memandang Mail Keding. Mereka memandangnya dengan wajah yang berkerut. Mail keding menelan air liur.

"Eh! Silalah ambil air sembahyang. Saya balik dulu ye. Saya membuang air sahaja. Hehehe."

"Assalaimualaikum!"

"Eh mak kau solat. Eh ! kau ambil air sembahyang.! Satu kolah kau tibai! eh Tibai!" latah Mail Keding apabila tiba-tiba sahaja di dijerkah oleh seseorang.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.