Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
84,065
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 1

"Alhamdulillah. Syukur. Esok dah raya. Cukup 30 hari kita berpuasa Tok Amin," kata Mail Keding sebaik sahaja mereka di luar surau selepas solat Isyak dan bertakbir.

"Alhamdulillah. Kome cukup puasa 30 hari ke Mail?" tanya Haji Hamzah.

"Aik Haji. Muka saya ada muka orang tak puasa ke? Muka bercahaya ni," balas Mail Keding.

"Idoklah. Kamu tu dulu sebelum ni. Selalu mak kamu bising ponteng puasa. Ate, disuruhnya aku dengan imam nasihat kome puasa," sampuk Tok Amin.

"Itu dulu Haji.... Tok Amin. Zaman muda remaja belia tang tang tang. Biasalah ngelat ngelat ni. Alah, bukan saya tak tahu Haji Hamzah dulu makcik pernah cerita pernah ngelat jugak. Sampai dikejar dengan Tok Jadi sebab kantoi curi nyioq di siang hari."

"Ish kamu ni. Ada je rahsia aku kamu korek dengan makcik kamu. Udahle. Aku nak pi balik tolong makcik kamu. Sebagai suami mithali,banyak aku nak tolong makcik kamu," jawab Haji Hamzah mempertahankan diri.

"Itulah. Akupun nak nolong bini aku sama. Kamu tak tolong mak kamu Mail?"

"Mau idaknya. walaupun abang dan kakak saya balik. Tapi sayalah yang kena kacau dodol tu karang. Orang lain membute... aye yang kena kacau. Tapi saya nak pi tandas dulu. Nak buang air dulu.

"Ha. Kami balik dulu ya," pinta Tok Amin.

"Balikle. Nanti saya nyusul."

"Kamu tak takut ke?"

"Takut apa Haji Hamzah?"

"Malam nikan setan dibebaskan?"

"Ish! Kamu ni Haji. Udah jangan ditakutkan budak tu."

"Apalah Haji Hamzah ni. Tak ingat kata Ustaz ? ALLAH maha berkuasa."

"Hak hak hak. Aku saja mengusik kamu. Udele. Kami pergi dulu. Assalaimualaikum.

Mereka bersalaman. Kemudian Haji Hamzah dan Tok Amin berlalu ke arah motor masing masing. Imam sekali sahaja menghidupkan enjin. Manakala Haji Hamzah beberapa kali cuba untuk menendang bagi menghidupkan enjin C 70nya.

"Lahai Haji. Berapa kali dah saya suruh tukar motor. Tak jugak tukar. Ini nak hidupkan enjinpun semput. Macam tuannya juga."

"Diamlah kome. Bak sini duit nak beli motor baru," marah Haji Hamzah.

Setelah beberapa kali barulah enjin semput C70 Haji Hamzah berjaya dihidupkan.

"Kami pergi dulu. Jangan lupa kunci pagor," laung Tok Amin mengingatkan.

Mail Keding mengangguk dan hanya membiarkan Haji Hamzah dan Tok Amin membonceng motorsikalnya keluar dari kawasan masjid.

Setelah hilang dari pandangan, Mail Keding berlalu ke belakang masjid untuk ke bilik air. Langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi burung hantu bersahut sahutan.

"Alamak. Time nilah kau nak bunyi."


Bersambung

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.