Home Cerpen Seram/Misteri Kisah Seram Malam Jumaat 2 -Hipnosis
Kisah Seram Malam Jumaat 2 -Hipnosis
NaimTamdjis
19/1/2017 18:26:45
6,568
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Masih lagi raw


Bab 1

Has dan Farhan 2 orang sepupu sedang beristerihat di rumah mereka selepas pulang dari kerja. Mereka berdua seperti belangkas yang tidak dapat dipisahkan. Lahir pada malam keliwon, di hospital yang sama malah kelahiran mereka disambut serentak di hospital kerajaan. Mereka membesar bersama, bersekolah di sekolah yang sama malah belajar di universiti yang sama dalam bidang yang sama! Bekerjapun di syarikat yang sama! Arghh memang semuanya sama!

Ramai menganggap mereka berdua kembar kerana keakraban dan wajah mereka yang seiras. Tetapi tidak. Mereka hanyalah sepupu. Tetapi yang membezakan antara mereka adalah kelebihan mereka melihat dunia yang lain. Has mempunyai kelebihan melihat dunia lain sedangkan Farhan seorang penakut yang penakut!

Kelebihan ini mereka tahu secara tidak langsung semasa menuntut di Uitm Puncak Alam. Masa tu kawan mereka yang balik selepas Maghrib hilang apabila melalui tangga Puncak Alam. Di Uitm Puncak Alam ni terkenal dengan tangga yang lebih tinggi dari Batu Caves. Bayangkan kolej kediaman di bawah manakala bangunan fakulti di atas puncak bukit.

Sudahlah jalan menuju ke Puncak Alam tu dikatakan berhantu. Ramai yang kata kampus Puncak Alam ni keras kawasan. Kawasan jin bertendang. Kawasan hutan lalu dibangunkan UITM sebab kampus utama dah tak boleh tampung pelajar. Kat Shah Alam ni mana lagi nak buat kampus baru. Kawasan dah penuh dimajukan. Jadi Kat Puncak Alam kawasan jin bertendanglah dibangunkan. Bukan haiwan je yang habitatnya ekosistemnya terganggu… tapi makhluk haluspun ekosistemnya boleh terganggu tau. Sejak itu, mereka berdua melakukan kerja menghalau hantu atau jin ni secara halus. Banyak dah tempat mereka pergi. Dah penulis malas nak bebel panjang panjang. Jom kita baca cerita Has dan Farhan.

Has dan Farhan duduk melepak di depan televisyen selepas selesai menikmati hidangan makan malam. Farhan sedang sibuk melayari blognya “Duo Hipnosis” manakala Has sedang leka melihat cerita Korea.

“Tengok. Tengok cerita Korea mesti menangis,” tegur Farhan.

“Alah kau tu. Tengok hindustanpun samakan? Mestilah. Akukan jiwa lembut. Sedih tengok hero si Goblin ni berpisah dengan aweknya,” balas Has.

“Itu drama jelah. Bukan betulpun. Jiwa lembut tapi berani pulak masuk ke dunia mereka!” sindir Farhan kembali.

“Itu anugerah. Akukan tak sangka kes Uitm tu membuatkan aku tahu ada kebolehan begini. Dari nak menolong kawan sampai terkenal dari mulut ke mulut.”

“Itulah. Tak sangka betul. Dulukan nak tolong kawan baik kau kan si Era Fazlina. Tapi akhirnya banyak kes kita selesaikan.”

“Orang tahu sebab kau masuk dalam blog. Kepoh sangat,” marah Has.

“Hehehe. Hit dapat banyak. Banyak iklan masuk. Ala… dalam dunia yang serba serbi naik ni kenalah pandai cari duit tambahan. Harapkan gaji. Tengah bulan dah makan megi. Di Kuala Lumpur ni serba serba mahal. Nak masuk tandaspun bayar 50sen.”

“Era Fazlina dah kahwin. Kita bila lagi?’ soal Has.

“Hahaha. Itu soalan cepu emas. Mungkin lelaki takut sebab kau asyik berkepit dengan aku. Sampaikan bos kita Tuan Fakar tu selalu perli kita sesuatu. Akupun pelik. Kau kena buli dengan Tuan Fakar tu kau masih lagi nak bekerja disitu."

“Aku malas nak tukar kerja. Kerja kat situ senang naik LRT. Naik motorpun mudah. Sebab dekat dengan rumah kita ni. Kalau kau dah takde hati.. kenapa masih kerja disitu?” soal Has kembali.

“Sebab aku nak dekat dengan kau je. Kitakan mana boleh berpisah. Hahaha.”

“Ceh! agak dah. Anyway, Ada job baru tak?” soal Has.

“Ada ada. Aku baru buka mesej dan baca. Ada job baru di sebuah villa," jawab Farhan yang masih ralit melihat tabnya.

“Villa lagi?”

“Biasalah. Rumah tinggalkan menjadi tempat kesukaan makhluk makhluk ni semua.”

“Bacalah kes.”

“Villa Sir Sweetham. Bekas pesuruhjaya Tanah Melayu. Dibina pada tahun 1910 sebagai kediaman pegawai British di Jalan Stonor.”

“Kuala Lumpur?”

“Yup. Berkeluasan setengah ekar. Dah ditinggalkan sejak tahun 70an. Katanya ada kes dan pembeli sering diganggu. Akhirnya dibeli oleh seorang hartawan baru baru ni. Dan PA hartawan tu minta bantuan kita untuk merungkai misteri bangunan tersebut,” terang Farhan.

“Menarik. Bila kita nak jumpa hartawan tu?”

“Hartawan tu takde masa nak jumpa kita. PAnya sahaja. Aku tengok gambar PA dia kemain handsome.”

“Mana mana. Nak tengok.”

Farhan memberikan tabnya kepada Has. Has melihatnya.

“Hero goblin aku lagi handsome,” usik Has.

“Hek eleh. Kau berangan ajalah. Kau ingat goblin tu pandang kau ke? perasan!”

“Eleh. Cemburulah tu.”

“Nak ambik tak job ni?”

“Mestilah. Arrange meeting.”

“Done!”


Bab 2


Mereka berjanji temu keesokan harinya di Teh Tarik Palace selepas waktu pejabat.

“Mana PA handsome kau tu? Dah 6.10 dah ni,” soal Has.

“Ala biasalah orang koporat. Ada mesyuarat ke. Ada kerja ke. Tunggulah Has. Kau jugak nak job ni,” jelas Farhan.

“Aku penatlah nak menunggu. Dahlah seharian bekerja. Paling best kena bebel dengan Encik Rahman sebab salah kira stok.”

“Itulah. Aku suruh tukar kerja taknak.”

“Kerja apa nak buat? Bukannya senang nak cari kerja sekarang.”

“Assalaimualaikum,” seorang lelaki memberi salam.

Mereka berdua serta merta memandang orang memberi salam. PA Hensem yang dimaksudkan oleh Farhan menegur mereka.

“Oh. Encik Hidayat. Panjang umur. Has baru sebut nama Encik Hidayat. Jemput duduk,” pelawa Farhan.

“Maafkan saya lambat. Jumpa Dato tadi,” balasnya berbahasa basi lalu duduk di kerusi di hadapan mereka.

“Pesanlah minuman dulu Encik Hidayat.”

“Usah panggil Encik Hidayat. Panggil Yat sahaja. Rasanya kita sebayakan. Waiter!” Hidayat mengangkat tangan memanggil pelayan.

Seorang pelayan warganegara Bangladesh datang mengambil pesanan. Lelaki itu sesekali menjeling Farhan. Farhan membuntangkan matanya. Has menyembunyikan ketawanya melihat ulah Farhan.

“Siot punya bangla. Aku nak dinguratnya,” marah Farhan berbisik kepada Has.

“Handsome apa. Macam hero hindustan yang kau selalu tengok kat TV,” perli Has.

“Handsome? PA depan aku ni lagi hensem.”

“Eh minum je ke? Makan makan taknak? Jangan takut. Saya belanja,” soal Hidayat.

“Betul ke ni?” soal Farhan inginkan kepastian.

“Betul. Ambik lagi menu waiter. Nak tambah pesanan,” jawab Hidayat.

Bangla itu mengangguk lalu beredar ke kaunter untuk mengambil menu lagi. Tersenyum bangla itu apabila menghulurkan menu kepada Farhan. Farhan buat muka serius. Mereka memesan makanan.

“Dato suka apabila kamu berdua bersetuju untuk buat kerja ni,” kata Farhan.

“Kami menolong je. Dato tak cuba cara lain?”soal Has.

“Bomoh dah. Dah 2-3 bomoh tapi tak berhasil. Makhluk tu degil sangat. Masalahnya kerja kerja pengubahsuaian susah nak dijalankan sebab makhluk tu menganggu. Dato nak villa tu siap cepat. Dia nak tinggal. Dekat dengan pejabatnya. Senang nak berulang alik,” jelas Hidayat.

“Tapi masalahnya kenapa nak tinggal rumah tu. Kan lebih baik tinggal di kondo ke. Penthouse ke?” soal Has.

“Rumah tu bertanah. Ada kolam. Ada kebun bunga. Dekat dengan pejabat. Di Kuala Lumpur kawasan KLCC.. jalan Stonor mana nak dapat lagi rumah bertanah?” jelas Hidayat.

“Jadi. Apa gangguan rumah tu?” Farhan mencelah.

“Ada seorang entiti remaja perempuan dan orang tua yang sering menganggu orang buat kerja. Katanya dia dah lama duduk situ dan takkan berpindah. Masa kontraktor buat kerja pembinaan. Tak kira siang atau malam mesti dia akan datang kacau.”

“Kacau macamana tu?” soalnya lagi.

“Begini…”

Harry melihat orang bawahnya bekerja. Hari itu adalah hari pertama syarikatnya mendapat kontrak bagi mengubahsuai banglo yang telah dibeli oleh seorang hartawan. Hari ini cuma kerja kerja pembersihan di dalam banglo. Petang nanti baru barang barang pembinaan yang dipesan akan sampai. Pekerjanya galak membersihkan semak samun di luar rumah. Harry melihat ke arah villa usang yang terbiar.

“Macam tempat jin bertendang. Sudahlah lama rumah ni tak dihuni. Tapi besar. Cantik pula tu. Ada kolam renang. Sayang. Mesti ada cerita di sebalik villa ni,” gumamnya

Tiba tiba di terlihat kelibat perempuan sedang berdiri termenung di tingkat atas. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambutnya.

“Eh. Siapa pula yang ada di atas tu?”

Harry masuk ke dalam rumah. Dia mahu tahu siapa yang berdiri di tingkap bilik utama. Apabila di masuk keadaan rumah berselerak. Harry segera ke tingkat atas. Suasana dalam rumah agak kelam. Dia terus masuk ke dalam bilik. Tidak ada sesiapa di dalam bilik tersebut.

“Pelik. Bukankah tadi aku lihat ada perempuan muda berdiri di sini?”

Harry berdiri di tepi tingkap. Dia memandang pekerjanya membuat kerja di laman bawah. Kemudian dia memandang ke hadapan. Bangunan pencakar langit bersusun di hadapannya.

“Di hadapan aku bersusun bangunan pencakar langit dan jalan yang bising. Tak sangka di tengah tengah Kuala Lumpur ada villa yang terasing. Jauh dari hiruk pikuk kota. Mungkin itulah sebabnya hartawan tu beli tanah ni. Aman.. sunyi. Jauh dari hiruk pikuk kota…”

Bammm!

Pintu pintu bilik tertutup dengan kuat. Harry serta merta hampir melompat kerana terkejut.

“Jilake! Kuatnya angin,” marah Harry.

Harry beredar ke pintu. Dia perlu mengawasi kerja kerja anak buahnya. Pintu dibukanya. Apabila pintunya dibuka dia kaget. Wajahnya serta merta pucat.

“Dia nampak nenek kebayan depan pintu. Bongkok. Bertongkak. Wajahnya mengerikan. Pengsan serta merta. Pekerja bergegas naik ke bilik bila dengar benda jatuh dengan kuat. Bila tengok nampak Harry pengsan sebab nampak benda tu. Pelik juga sebab siang.”

“Benda tu bukan kira siang atau malam. Siang ada. Tapi jarang aktif. Dia aktif waktu malam.”

“Lepas tu?”

“Kontraktor tu cuba upah bomoh. Tapi gagal. Setiap hari pekerja diganggu. Malah dirasuk. Akhirnya tukar kontraktor lain. Lepas tu sama juga. Akhirnya Dato ada terbaca mengenai kamu berdua. Jadi dia minta saya uruskan.”

“Baiklah. Kami bersetuju,” kata Has dan Farhan serentak.

“Pengerasnya?”

“Kami bukan bomoh atau pawang nak pengeras itu semua. Tapi bayarlah ikut kemampuan,” jawab Farhan.

“RM 5000 cukup untuk bayaran separuh?” soal Hidayat.

Has dan Farhan berpandangan. Mereka tersenyum. Masyuk tugasan kali ini!


Bab 3

Seperti dijanjikan mereka berjumpa di hadapan bangunan Sime Darby selepas Isyak pada malam minggu itu juga. Has dan Farhan sudah menunggu sejak pukul 9 lagi. Kini waktu sudah menginjak pukul 9.40 malam.

“Manalah PA handsome kau ni. Selalu lambat. Janji pukul 9 malam. Ini dah pukul berapa?” soal Has yang sudah bosan menunggu.

“Tunggu ajalah. Diakan dah bayar kita duit 5K. macam biasa PA Dato macam tu memang sibuk sahaja ikut bos,” jawab Farhan.

“Kau dah mesej?”

“Dah. Tak balas. Macam biasa.”

“Nasib baiklah upah kali ini lumayan. Selalu dapat 50-100 je. Paling busukpun 200.”

“Maknanya Dato tu percaya kita boleh bantu dia. Ala orang kayakan. Setakat Rm 10 K apalah sangat. Dengar cerita Dato tu beli Villa tu dekat 3 juta.”

“Sayang. Harga 3 juta tapi berhantu.”

Satu kereta Honda City menghampiri dan dipakir di belakang kereta mereka.

“Boleh tahan PA handsome kau. Pakai Honda,” perli Has.

Hidayat keluar dari kereta lalu menuju ke arah mereka.

“Maaflah lambat. Biasalah KL jem,” Hidayat memberikan alasan.

Dia tersipu sipu.

“Alasan standard. Selalu lambatkan?” marah Farhan.

“Betul ni jem. Kat MRR 2 ada kemalangan. Tersangat kepala mak rempit tu sampai hancur mukanya,” Hidayat menberikan alasan.

“Eeee. Apa ni cerita benda menakutkan kita,” kata Farhan.

“Aik. Takkan penghalau hantu takut dengar benda ni? Hati mesti kental. Kan Has?”

“Sepupu saya Farhan ni memang penakut sikit. Saya je yang jiwa kental hadapi semua ni,” balas Has.

“Patutlah. Dah jom. Hari makin lewat. Ikut saya ya," ajak Hidayat.

Mereka mengangguk bersetuju. Hidayat masuk ke dalam keretanya. Dia mula memandu ke jalan raya. Has memandu keretanya mengikut kereta Harry. Mereka masuk ke Jalan Stonor. Bangunan pencakar langit ke kiri kanan. Kemudian Hidayat memberi isyarat ke kiri lalu membelok. Has mengikutinya. Satu laluan tidak berturap mereka lalui.

“Rupanya di sebalik kemajuan ada juga rumah villa usang. Jalan tak berturap.”

Has menfokuskan pemanduan. Dalam 100 meter mereka sudah berada di pintu pagar. Hidayat memberhentikan keretanya. Dia bergegas keluar lalu berlalu ke arah pintu pagar. Dia menyeluk poketnya untuk mengambil segugus kunci. Lalu mangga pintu dibuka. Dia menolak pagar. Berkeriut bunyi pagar ditolak. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memandu keretanya masuk ke dalam.

“Tinggi pagar. Patutlah tak nampak apa yang di dalam,” gumam Has.

Has memandu keretanya masuk. Pandangan mereka tertancap kepada villa putih yang tersergam suram.

“Besarnya rumah,” puji Farhan.

“Rumah untuk Pesuruhjayakan. Mestilah besar.”

“Agaknya apa sejarah yang tertanam di rumah ini ya.”

“Itu mungkin akan dapat aku tahu bila aku dah masuk kedalam dunianya.”

Has memakirkan keretanya bersebelahan kereta Hidayat. Keadaan di laman sangat gelap kerana tidak ada lampu menerangi kawasan sekitar. Hidayat keluar dari kereta sambil memegang lampu suluh yang agak besar. Has dan Farhan keluar. Lampu kepala dibuka.

“Inikah rumahnya?" soal Has kepada Hidayat.

“Ya inilah rumahnya. Besar tak?”

“Cantik. Terserlah rekabentuk kolonial. Besar pula tu.”

“Cantik. Besar. Tapi sayang..” Hidayat mematikan kata katanya.

“Takut ke nak cakap?” sindir Farhan.

“Orang tua kata. Jangan sebut. Nanti dia datang,” balas Hidayat.

“Hahaha. Tahukan Yat bahawa kita ni datang nak cari dia?” balas Has.

Hidayat menelan air liurnya.

“Dah jom kita masuk,” ajak Has.

“Nak buat kat mana?” soal Hidayat.

“Bilik utama Harry jumpa nenek kebayan tu.”

“Gulp.”

“Aik. Lelakipun takut ke?” perli Farhan.

“Ni pengalaman pertama tau Yat kena. Tak pernah jumpa benda benda tu semua. Siap bawa quran mini ni ha,” jelas Hidayat lalu mengeluarkan Al Quran mini yang siap dalam plastik dalam poketnya.

“Ala. Jangan takut. Buat biasa biasa sahaja. Nampak Quran tu baru beli…”

“Senang nak letak dalam poket. A ah. Baru belia. Tu yang lambat.”

“Hensem tapi penakut,” bisik Has kepada Farhan.

“Awak. Al Quran tak menjadi azimat kalau awak tak baca. Al Quran untuk dibaca. Difahami. Tapi ramai orang buat Al Quran macam Azimat. Contoh gantung di rumah. Gantung di kedai. Atau ada dalam bilik supaya syaitan tak berani masuk. Itu salah. Al Quran bukan azimat, Baca Al Quran barulah jin syaitan takut,” terang Farhan panjang lebar.

“Oh yeke. Hehehe….”

“Sudahlah. Tunjukkan kami dimana biliknya Yat.”

“Jom.”

Hidayat berjalan menuju ke pintu rumah yang sememangnya telah lompong diikuti oleh mereka berdua.

“Nanti dulu. Sebelum masuk kita kena baca ayat suci dan bagi salam,” pinta Has.

“Yat. Bacalah ayat ayat lazim dan Ayatul Kursi. Kemudian berdoa dan bagi salam,” kata Farhan.

“Ha? Saya ke?”

“Lelakikan imam? Habis siapa lagi,” soal Has.

“Saya tak hafal sangat.”

“Bacalah dari Quran awak beli tu. Ingat Quran untuk dibaca.”

“Eh! Ya tak ya jugak.”

Hidayat membuka Al Quran kecil yang dipegangnya. Dia menyelak beberapa helaian.

“Awak cari apa?” soal Farhan.

“Ayat Lazim.”

“Hmmm. Meh sini saya tunjukkan.”

Farhan mengambil Al Quran dari tangan Hidayat. Dia membeleknya sebelum diberikan kepada Hidayat semula. Hidayat mengangguk lalu mula membaca surah yang dimaksudkan. Has ingin tergelak mendengar bacaan Hidayat yang agak merangkak. Tapi ditahan juga. Hampir setengah jam juga Hidayat membaca sebelum memberikan salam.

“Mulakan dengan langkah kanan dan jangan lupa Bismillah,” tegur Has.

Hidayat melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan.


Bab 4

Keadaan di ruang tamu agak gelap. Mereka mengitari pemandangan sekitar.

“Besarnya ruang tamu,” puji Has.

“Biliknya ke tingkat atas. Marilah.”

Mereka bertiga menaiki tangga sambil dilalui oleh Hidayat. Apabila sampai mereka terus ke tingkat atas.

“Yat… tutup pintu,” pinta Has.

Hidayat mengangguk lalu menutup pintu. Keadaan dalam bilik sangat sejuk disebabkan oleh tingkap yang tidak ada kaca menyebabkan angin malam menderu masuk.

“Lain macam sejuknya ni,” adu Hidayat.

“Has.. aku ambil kerusi tu boleh?”

Has mengangguk. Farhan mengambil kerusi kayu yang berhabuk lalu diletakkan di tengah tengah bilik. Has mengambil sebatang lilin lalu menyalakannya di tengah bilik.

“Buat apa lilin? Nak menurun ke?” soal Hidayat.

“Kurafat. Nak terangkan bilik ni,” jelas Farhan.

Hidayat tersipu malu. Kini bilik terang benderang dengan cahaya lilin. Has duduk di kerusi diambil tadi oleh Farhan. Hidayat pula duduk bersila. Dia tidak mahu mengadap tingkap. Takut terlihat benda yang tidak sepatutnya. Has pula mengeluarkan jam poket dari beg sandangnya. Has menutup matanya.

“Wah! Aku dapat lihat duo mistik ni buat kerja.”

“Syhhh diam. Has tengah bertenang. Jangan cakap kuat kuat,” larang Farhan.

Has menarik nafas perlahan lahan 3 kali. Dalam5 minit dia mendiamkan diri sebelum mengangguk. Has membukakan matanya. Farhan berdiri di hadapan Has. Jam loket diayunkan di hadapan mata Has. Anak mata has bergerak mengikut ayunan jam.

“Has… aku nak kau kosongkan fikiran kau. Jangan fikir apa apa. Aku nak kau fikir tentang rumah ni. Aku nak tahu pasal apa makhluk tu ada dalam rumah ni. Boleh?” kata Farhan lembut.

Has mengangguk. Anak matanya masih mengikut ayunan jam. Akhirnya matanya terlelap.

“Has… aku nak kau masuk dunia mereka. Aku nak kau masuk dunia mereka Has. Cari mereka Has,” kata Farhan semakin perlahan.

Pandangan Has kini semakin gelap. Fikirannya kini kosong. Semakin lama semakin suara Farhan tidak lagi kedengaran. Akhirnya telinganya tidak lagi mendengar apa apa suara. Ternyata dia kini berada di bawah minda separa sedara. Tiba tiba ada cahaya putih kecil di hujung pandangannya. Has membuka matanya perlahan lahan. Cahaya putih semakin banyak. Akhirnya apabila pandangan matanya terbuka sepenuhnya. Dia melihat pemandangan di dalam bilik yang tadinya dia duduk bersama Farhan dan Hidayat. Tapi dia kini berseorangan. Bilik lengkap berperabot dan hari telahpun siang.

“Aku dah masuk ke dunia mereka,” katanya perlahan.

Hidayat melihat Has telahpun tertutup matanya. Farhan telah memberhentikan ayunan jam loketnya.

“Aku dah masuk ke dunia mereka,” gumam Has perlahan.

“Wah! Boleh bercakap waktu tidur,” kata Hidayat.

“Syhhh! Diamlah,” marah Farhan.

Hidayat menutup mulutnya dengan kedua tangannya.

“Cari mereka. Kita ada misi…” kata Farhan perlahan.

Has mengangguk apabila mendengar bisikan Farhan. Dia bangun lalu menuju ke arah tingkap. Dia berasa pelik melihat di hadapannya tidak ada KLCC. Tidak ada bangunan pencakar langit.

“Mana pergi semua bangunan pencakar langit ni? Takkan dah hilang?”

Has melihat di laman rumah yang kemas dan tersusun. Cantik. Tidak seperti semasa kedatangannya. Laman agak semak dan mengerunkan. Apabila dia menoleh ke belakang Farhan terkejut. Dia melihat nenek kebayan dan seorang gadis remaja sudah berdiri di muka pintu.

“Kau siapa?” tanya Has.

“Kamilah yang hendak kamu jumpa tadi.”

Has menarik nafasnya. Dia perlu bertenang.

Hidayat nampak Has menarik nafasnya perlahan lahan. Farhan duduk di sebelah Hidayat.

“Nampaknya Has sudah mula menenangkan dirinya. Dia sudah berinteraksi dengan makhluk tersebut.”

Hidayat mengangguk.

“Makin menarik. Berinteraksi dengan makhluk tu?”

“Ya. Itulah kelebihan Has. Aku hanya membantu sahaja dia ke alam separa sedar. Dia alam itu, dia boleh berinteraksi dengan makhluk tersebut.”

“Tapi nampak macam tidur.”

“Dia tak tidur. Itu sebahagian proses hipnosis.”

“Oooo.”

Has membuka matanya semula. Makhluk itu memandangnya tajam.

“Kau nak apa datang ke mari?”

“Aku nak pujuk kau supaya keluar dari rumah ini.”

“Apa. Keluar? Berapa banyak bomoh yang paksa kami keluar tapi tak berjaya. Budak hingusan macam kau nak minta kami keluar?”

“Pemiliknya nak tinggal di sini.”

“Kami pemilik rumah ini!”

“Saya minta tolong cara baik. Pergilah…”

“Hahaha. Aku nak tengok kemampuan kau menghalau kami. Halaulah.”

“Farhan. Tolong aku..”

Hidayat dan Farhan melihat mulut Has terkumat kamit. Farhan segera bangun dan mendapatkan Has. Dia membuka telinga mendengar kata kata Has. Kemudian dia menoleh memandang Hidayat.

“Oi! Apa lagi baca Yasin kuat kuat,” arah Farhan.

Hidayat membuka helaian Al Quran kecilnya dan mula membaca Yassin.

Has tersenyum mendengar bacaan Yasin dialunkan oleh Hidayat. Walaupun agak perlahan dan tergagap Hidayat membacanya. Nenek kebayan dan remaja perempuan tadi mula gelisah. Tiba tiba Nek Kebayan menghilangkan diri.

“Mana nenek kebayan? Takkan dah lari baca ayat suci ni?” soal Has.

“Dia pergi hentikan kau baca Yassin!” marah remaja perempaun itu.

“Nama kamu siapa?”

“Aku Hitam.”

“Hitam? Macamana kau boleh berada di sini? Kenapa kau taknak manusia tinggal di sini? Kenapa kau berdua dengan nenek tu ada di sini?” soal Has.

Hidayat cuba membaca Yasin sehabis baik walaupun ada kekurangan. Farhan pula masih berdiri di hadapan Has.

“Hitam? Macamana kau boleh berada di sini? Kenapa Kau taknak manusia tinggal di sini? Kenapa kau berdua dengan nenek tu ada di sini?” gumam Has perlahan.

“Nampaknya Has dah mula nak korek rahsia,” kata Farhan perlahan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk. Hidayat serta merta berhenti membaca Al Quran.

“Jangan berhenti. Teruskan bacaan. Benda tu nak kau berhenti membaca!” arah Farhan.

Hidayat mengangguk lalu menyambung semula bacaan.

Tok! Tok!

Pintu diketuk lagi. Bacaan Hidayat mula tersekat sekat.

“Awak. Teruskan bacaan,” Farhan memberikan sokongan.

“Cu… buka pintu cu. Buka pintu. Nenek nak masuk bilik nenek,” kata wanita tua bersuara di sebalik pintu.

Tangan Hidayat mula mengigil memegang Al Quran.

“Pedulikan suara tu. Baca lagi kuat Hidayat!” arah Farhan.

Hidayat semakin kuat membaca ayat suci. Tangannya tetap mengigil.

“Cu. Buka pintu cu. Cu… tolong nenek cu!” kata wanita tua di sebalik pintu yang turut kuat.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk lagi kuat seolah olah hendak roboh pintu diketuknya. Kemudian terhenti.

Tiba tiba sahaja kerusi yang diduduki oleh Has jatuh perlahan lahan ke belakang. Farhan serta merta memegang kerusi Has mengelakkan ia jatuh. Tapi kerusi itu hanya jatuh separuh seolah olah ada satu kuasa yang memegangnya. Kemudian kedengaran pula seolah olah ada barang dibaling di ruang tamu.

“Apa tu?”

“Benda tu dah mengamuk. Cepat habiskan bacaan Yasin. Bila bila masa sahaja Has akan sedar. Nampaknya benda ni liat sikit!” kata Farhan.

Hidayat meneruskan bacaan.

“Has… Has. Kalau rasa tak ok kamu sedarkan aku. Has!”

Has mendengar kata kata Farhan di dunia sebelah sana. Tapi masalahnya lehernya kini dicengkam oleh Hitam. Hitam berasa sangat marah. Has tidak boleh bergerak. Dia perlu memberikan isyarat kepada Has supaya proses hipnosis dihentikan. Jika tak dia akan terperangkap di dunia ni selama lamanya.

Hidayat masih membaca Al Quran. Farhan masih memanggil Farhan. Dia serba salah untuk menghentikan proses hipnosis kerana Has akan memberikan isyarat bila proses itu dihentikan. Sudah tidak kedengaran lagi benda dicampak. Hidayat berasa lega.

“Has… Has. Kamu ok ke tak ni? Bagi isyarat cepat.”

“Cu. Bagi nenek masuk cu,” kata seseorang.

Hidayat dan Farhan serta merta memandang ke arah tingkap. Nampak seorang perempuan tua bongkok sedang terawang awang di luar tingkap.

“A.. a… apa benda tu?” soal Hidayat tergagap.

“Jangan pandang! Teruskan bacaan!” arah Farhan.

Hidayat memandang Al Qurang dan mula membaca. Tangannya sudah mengeletar teruk. Bacaannya ke laut. Farhan mula membaca Ayatul Kursi dengan kuat. Selepas selesai dia segera makhluk itu menjerit dan menghilangkan diri. Farhan memulakan proses menyedarkan Has.

“Has. Has! Kembali ke dunia nyata Has. Has,” panggil Farhan lembut.

Farhan menepuk lembut pipi Has. Anak mata Has bergerak gerak. Tiba tiba dia membukakan matanya. Kerusi kembali seperti asal. Nafas Has tercungap cungap seolah olah lemas di dalam air. Has memegang lehernya.

“Kenapa Has? Kenapa?”

“Dahsyat. Sangat dashyat. Makluk tu marah aku. Kita kena keluar dari sini cepat. Aku tak mampu. Aku tak mampu!” kata Has.

“Hehehe. Hehehe,”

Kedengaran hilaian ketawa dari halaman rumah. Hidayat berhenti membaca dan memeluk Al Quran yang dipegangnya.


Insya ALLAH akan diterbitkan 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.