Home Cerpen Keluarga Maafkan saya cikgu
Maafkan saya cikgu
NaimTamdjis
9/5/2013 12:09:38
5,612
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Episod 4

Irfan sampai di banglo pada pukul 9 pagi. Seperti biasa Joe belum bangun lagi. Mak Mah menghidang Cikgu Irfan mee goreng ala mamak.

“Mak Mah tak minum sekali?”

“Mak Mah dah minum tadi dengan Pak Musa. Minumlah cikgu.”

“Mak Mah… saya hendak minta tolong Mak Mah”

“Nak minta tolong apa cikgu?”

“Tolong ambil telefon bimbitnya.”

“Apa? Cikgu hendak buat apa?” Mak Mah terkejut dengan permintaan Irfan.

“Saya hendak delete nombor kawan-kawannya yang tak guna tu” Irfan menjelaskan hasratnya.

“Kenapa?”

“Saya dah tahu punca kenapa Joe tidak mahu bersekolah. Pengaruh rakan-rakan. Joe lebih seronok berada di luar sekolah berbanding belajar. Saya hendak padamkan nombor kawan-kawannya.”

“Tapi. Joe ada FB. Tentu dia masih boleh berhubung dengan kawan-kawannya.”

“Saya sudah hack FBnya semalam” jawab Irfan selamba.

“Cikgu….”

“Saya buat ini untuk kebaikkannya. Sampai bila Mak mah nak lihat Joe tidak bersekolah. Bukankah Mak Mah yang mengasuhnya sejak dari kecil? Mak Mah tidak mahu lihat dia berjaya?” Mak Mah terdiam.

“Baiklah cikgu” Mak Mah naik ke tingkat atas untuk mengambil telefon bimbit Joe. Tak sampai 5 minit Mak Mah turun dengan membawa dua buah telefon bimbit berjenama dan diletakkan di atas meja makan.

“Terima kasih Mak Mah.”

“Mak Mah masuk ke dapur dulu” Irfan mengangguk. Setelah Mak Mah masuk ke dapur, Irfan mengambil Samsung 3 milik Joe.

“Semalam baik punya kamu ketuk cikgu. Arah-arah cikgu macam cikgu ini pemandu kamu. sekarang ini. Siaplah kamu Joe. Tibalah hari pembalasan” Irfan mula memadamkan kesmua nombor telefon yang ada. Hari ini Irfan ada satu perancangan untuk menyedarkan Joe. Setelah selesai, Irfan meminta Mak Mah memulangkan kembali telefon Joe.

Pukul 11.35 pagi… Joe bangun dengan sendirinya. Setelah mengeliat Joe melihat jam tangannya yang masih belum dibuka sejak semalam.

“Dah pukul 11 lebih. Tentu papa dah pergi kerja. Kalau aku telefon papa tanya hal duit… mahu aku dibambunya. Balik nantilah aku tanya. Cikgu mesti tengah tension tunggu aku. Hahahahahahahaha. Nasiblah cikgu.” Joe bangun dan mengambil tuala mandinya yang tersangkut. Joe membuka tingkap… dia melihat Cikgu Irfan mencangkung .

“Hari ini pukul satu aku ada janji dengan mereka hendak pergi ke The Curve Damansara. Duit takde ni..” tiba-tiba Joe teringat sesuatu.

“Apalah aku ni sengal sangat! Duit simpanan tetap akukan ada” Joe bingkas bangun dan menuju ke laci almari bajunya untuk mencari buku bank. Akhirnya dia dapat buku bank tersebut dan terus melihat penyatanya;

“Hahaahhahahahaha. 100,000 ribu ringgit. Wow! Thank you mama and papa. I love u all” Joe memasukkan buku tersebut di dalam beg sandangnya. Dia terus keluar dari bilik dan turun ke dapur untuk bersarapan ringkas. Selepas bersarapan Joe mendapatkan Cikgu Irfan di laman rumah. 


“Hai cikgu…” Irfan yang terkejut dengan sapaan anak muridnya 

“Kamu ni. Tak bagi salam dahulu. Selalu sergah saya” marah irfan… nasib baik dia tidak melatah… kalau tak jadi bahan ketawa Joe dan rakan-rakannya.

Jadi cikgu… apa tunggu lagi. Jom jemput kawan-kawan saya.”

“Kita hendak pergi mana pula? Bila hendak belajar ni?”

“Ala. Kitakan buat lawatan sambil belajar. Jomlah. Dorang dah tunggu tu.”

“Destinasi?”

“The Curve Damansara.” Irfan bangun dan menuju ke wakaf untuk mengemas laptopnya.

Sampai di lobi The Curve…

“Korang pergi Auntie Sandy Kopitiam… tolong order apa yang aku suka itu dengan kek sekali. Sat lagi aku turun. Aku nak pergi bank keluarkan duit… aku belanja kamu semua. Cikgu sekali” mereka mengangguk… Cikgu Irfan hanya tersenyum. Joe bergerak ke kaunter Bank Malaysia di mana mamanya menyimpan wang. Setelah mengisi borang dan mengambil nombor, Joe menunggu seketika. Setelah nombornya dipanggil Joe segera ke kaunter dua… kerani kewangan segera mengambil buku dan borang Joe. Kerani menaip sesuatu di komputernya ;

“Adik hendak keluarkan 2 ribu ringgit?” tanya kerani kepada Irfan.

“Ya kak.”

“Ada masalahlah dik. Akaun adik telah dibekukan.” What!

“Maksud akak?”

“Adik tak boleh keluarkan wang adik.”

“Tapi itu akaun saya. Takkanlah saya tidak boleh keluarkan duit saya sendiri” bantah Joe.

“Maaf. Akaun ini ada dua penama… adik dan ibu adik. Ibu adik sudah bekukan pengeluaran. Adik hanya boleh keluarkan duit semasa umur adik 18 tahun.” Apa! Sampai hati mama buat begini.

“Terimakasihlah kak.” Joe berjalan lemah. Nampaknya dia memerlukan pertolongan Cikgu Irfan membayar bil makannya nanti. Joe terus berjalan menuju ke Auntie Sandy Kopitiam. Sampai di sana hanya kelihatan kawan-kawannya, tidak kelihatan Cikgu Irfan. Joe berlagak seperti biasa dan berbual-bual dengan kawannya,

“Eh! Mana Cikgu Irfan ye? Dah sejam tak nampak batang hidung dia” tanya Joe kepada kawan-kawannya.

“Entah. Tadi kata hendak memerut… berak batu kot?” jawab Zham sambil didikuti gelak ketawa kawan-kawan yang lain. Joe hanya tersenyum… dia tidak sedap hati.

“Ala! Pedulikanlah dia. Cikgu Irfan tu bukan budak kecil lagi. Dah sejam kita lepak di sini. Jom kita tengok wayang” ajak Lias pula.

“Jap. Aku telefon dia. Duit semua dia pegang. Siapa hendak bayar bil ni” Joe mengambil fonselnya dan membuka buku telefon. Joe terkejut kerana buku telefonnya kosong… langsung tiada nombor.

“Kenapa? Macam terkejut jer?” tanya Amer.

“Nombor aku semua hilang. Aduh! Siapa hendak bayar ni.”

“Takkan kau satu senpun takde?” tanya Lias.

“Takde. Betul… aku ada 10 ringgit je dalam dompet aku ni.”

“Kau jangan… bil ni hampir seratus.”

“Tong-tonglah. Kata kawan dunia akhirat aku.”

“Yelah-yelah. Aku ambil duit dalam mesin ATM. Amer jom” ajak Lias kepada Amer. Mereka bangun dan berlalu pergi.

“Eh! Akupun lupa aku tak bawa duit. Aku pergi ambil kat ATM. Kau tunggu yer. Kita tong-tong” Zham lantas bangun dan meninggalkan Joe keseorangan.

“Eh! Tunggu aku dulu” Zham berlalu pergi tanpa mempedulikan panggilan Joe.

30 minit Joe menunggu kelibat mereka bertiga… tapi tidak kelihatan. Sah! Aku dah ditinggalkan. Kata kawan dunia dan akhirat… tapi bila aku susah mereka tinggalkan aku Semalam bila aku senang, masing-masing minta macam-macam. Joe bangun menuju ke kaunter.

“Bilnya rm 89.70 dik” kata akak juruwang tanpa ditanya.

“Akak. Saya hendak jumpa pengurus.”

“Kenapa dik?”

“Tadi saya cuba keluarkan duit. Tapi akaun saya disekat. Sekarang ni saya hanya ada 10 ringgit je kak” jelas Joe.

“Kalau tak mampu makan di sini. Makan saja di McD dik. Nanti akak panggilkan manager” juruwang memanggil pengurusnya dan menceritakan segalanya. Kemudian pengurus memanggil Joe masuk ke dalam pejabatnya ;

“Betul kamu takde duit nak bayar?”

“Saya ada 10 ringgit sahaja bang” pengurus muda dalam lingkungan lewat 30 itu mengangguk.

“Kamu ada barang berharga?”

“Saya ada jam dengan henpon sahaja bang” Joe mengeluarkan Samsung 3nya.

“Macamni. Kamu bagi abang telefon bimbit ini sebagai cagaran. Bila ayah kamu beri duit nanti jumpa abang balik. Boleh?” Joe berat hati memberikan telefon bimbit tersebut. Satu lagi telefon telah ditinggalkan di rumah.

“Tapi”

“Adik ada duit nak bayar?” tanya pengurus tersebut.

“Tapi telefon ni mahal bang. 1500 mama saya beli.”

“Kalau adik tidak mahu bagi abang, Ok. Abang telefon polis. Nanti papa dan mama adik juga yang malu.” Joe serba salah.

“Baiklah bang. Abang ambillah… jagalah dia baik-baik. Bila papa saya beri duit… saya datang tuntut balik” pengurus itu mengangguk dan mengambil telefon Joe.

“Ok. Adik bolehlah balik ke rumah. Kita tak caj apa-apa” Joe mengangguk dan keluar dari bilik. Setelah Joe keluar dan menutup pintu;

“Bodoh! Bagi aku telefon 1500 dengan harga 90 ringgit” pengurus tersebut tersenyum dan membelek telefon Joe.



Episod 5

Jam tangan menunjukkan pukul 7.00 petang. Dari tadi Joe hanya melilau sekitar The Curve, Tesco dan juga Ikea dengan harapan kawan-kawan papa dan mamanya berada di sini untuk meminta pertolongan. Tapi hampa. Joe duduk di taman The Curve di mana ada bangku disediakan. Joe telah cuba beberapa kali menelefon rumahnya tidak diangkat. Syiling yang ada sudah habis digunakan untuk menelefon manakala duit 10 ringgit yang ada telah habis digunakan untuk membeli roti dan air. Joe perlu balik ke rumah… dia tidak mahu terkandas di sini. Joe melihat jamnya sekali lagi… tiba-tiba dia ada satu idea… lebih baik dia menjual jam jenama Swatchnya untuk mendapatkan tunai segera sebagai tambang teksi. Joe melihat mereka yang lalu lalang untuk menari mereka yang tidak mempunyai jam. Joe menoleh abang yang duduk di sebelah dan melihat tangannya. Ternyata abang tersebut tidak memakai jam ;

“Assalaimualaikum bang. Tunggu siapa?” Joe menegur lelaki yang duduk di sebelahnya.

“Tunggu orang rumah abang. Tah apa yang dibelinya” ada nada jengkel.

“Abang tak pakai jam?”

“Rosak.”

“Abang saya ada jam. Swatch bang.. saya tolak kat abang murah je” Joe menanggalkan jamnya. Abang itu bangun ;

“Bang… 100 pun jadilah bang. Papa saya beli dekat 500 bang” Joe menawarkan harga yang dirasakan munasabah.

“Takpe… abang tak beli cara macamni. Abang beli dekat kedai… ntah-ntah kamu menipu” abang tersebut masuk semula ke dalam The Curve. Joe hampa… tapi dia tidak boleh hampa selamanya. Dia perlu jual jamnya itu. Joe mencuba lagi.. kali ini sasarannya seorang lagi lelaki melayu yang agak metroseksual yang sedang berjalan masuk ke dalam The Curve.

“Bang… bang. Saya ada jual jam ori Swatch bang. Abang angkatlah 100… harga sebenar 500.” Lelaki itu mengelengkan kepala tanda tidak mahu. Dicubanya lelaki lain yang berjalan masuk ke dalam gedung belah belah itu tetapi hampa. Akhirnya selepas lebih 20 lelaki yang ditahannya enggan membeli jam… Joe kembali duduk semula di kerusi tadi. Di sebelahnya ada seorang lelaki melayu pertengahan umur yang turut sama duduk di kerusi tersebut. Joe menekup mukanya… dia kecewa.

“Kenapa dik? Abang tengok dari tadi adik mundar mandir tahan orang. Adik jual apa?” Joe memandang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

“Saya hendak balik ke rumah pakcik. Duit saya takde… akaun saya dibekukan. Macamana saya hendak balik ke rumah kalau saya takde duit pakcik. Sebab itu saya sedaya upaya jual jam saya ni” Joe menunjukkan jam tangan di tangannya.

“Kamu hendak jual berapa?” tanyanya seperti berminat.

“100 sahaja pakcik. Pakcik hendak beli?”

“Kebetulan pakcik sedang mencari jam untuk anak pakcik. Tengok jam kamu” Joe tersenyum… dia memberikan jam tersebut kepada pakcik tersebut. Pakcik tersebut membelek jam Joe.

“Ori ke jam kamu ini nak?”

“Ori pakcik… papa saya belikan dekat 500.”

“Biarlah pakcik berterus terang. Kalau kamu jual jam di tengah jalan ini. Orang tetap akan menganggap jam yang kamu jual itu ciplak atau tiruan waima kamu beli dengan harga 1000. Bagi mereka kalau beli di kedai waima yang tiruanpun… mereka akan tetap menganggap ori. Kamu fahamkan maksud pakcik?” Joe mengangguk.

“Berapa pakcik nak ambil” Joe tawakal.

“50 sahaja nak. Boleh?” Joe kecewa mendengarnya… tapi dia tidak ada pilihan yang lain.

“Baiklah pakcik. Pakcik ambillah. Sekurang-kurangnya saya ada wang untuk makan selama 2-3 hari” pakcik itu mengangguk dan mengambil wang dari poketnya. Pakcik tersebut memberikan not 50 kepada Joe. Joe mengambil dan menciumnya… barulah dia sedar akan nikmat mendapat wang di saat terdesak. Dahulu semasa senang-senang dia membelanjakan duit membabi buta sahaja.

“Terimakasih pakcik… saya pergi dahulu” Joe bangun dan segera ke perhentian teksi. Dia mahu segera balik ke rumah. Dia mahu meminta maaf kepada papa dan mama atas keterlanjuran dan sikapnya sebelum ini. Setelah Joe berlalu pergi… seorang lelaki melayu berambut panjang menghampiri pakcik tersebut ;

“Assalaimualaikum pakcik Dorani” sapanya.

“Waalaikumussalam Cikgu Irfan.”

“Sungguh pandai Tuan Haji berlakon” puji Cikgu Irfan.

“Kamupun apa kurangnya… dengan rambut panjangnya. Dengan cermin mata John Lennonnya.”

“Sesekali menyamar.”

“Kat luar takpe. Kat dalam sekolah… sila ikut etika kerja ye Cikgu Irfan.”

“Hahahahahahaha. I will… mana jamnya?” Haji Dorani mengambil jam Joe di dalam poketnya.

“Saya akan pulangkan” Haji Dorani mengangguk. Irfan bergerak ke perhentian teksi.

“Abang… teksi dari sini ke Kajang berapa?” tanya Joe kepada abang pemndu teksi yang sedang menunggu pelanggan di barisan hadapan.

“Kajang mana dik?”

“Country Height.”

“100 dik” pemandu menunjukkan jari angka 100.

“Mahalnya.”

“Kalau nak murah… abang hantar adik sampai KL. 60 abang caj.”

“Kenapa mahal bang?”

“Kat sini memang caj macam tu dik… lagipun dah malam.”

“Saya ada 53 ringgit je bang.”

“Kalau macamtu adik naik bas.”

“Tapi.”

“Kalau takde duit jangan berangan nak naik teksi” jawab abang teksi itu berang. Joe berlalu pergi… dia duduk di kerusi panjang yang terletak berhampiran. Sekali lagi Joe menekup mukanya;

“Papa… mama. Kenapa tak pedulikan Joe. Papa dan mama tak sayangkan Joe ke? Semua orang tinggalkan Joe? Cikgu Irfan tinggalkan Joe. Orang di sini semuanya tak bantu Joe. Mungkin Joepun macam itu juga dahulu… tidak mempedulikan orang lain semasa Joe ada banyak duit. Maafkan Joe papa dan mama… Joe tahu Joe salah. Janganlah tinggalkan Joe” Irfan ada duduk di sebelah Joe… dia mendengar setiap kata-kata Joe. Irfan tersenyum…

“Siapa kata semua orang tinggalkan Joe. Semua orang sayangkan Joe. Saya tidak tinggalkan Joe” ungkap Irfan. Joe menoleh ke arah Irfan.

“Cikgu Irfan!” Joe memeluk Irfan.

“Dah! Dah! Jangan nak touching sangat… baru kena tinggal tak sampai sehari dah menangis. Peluk-peluk ni nanti orang pandang kita ni pasangan dua alam pulak kang.”

“Maafkan saya cikgu… saya janji tak buat lagi.”

“Cikgu buat ini semua sebab cikgu nak kamu buka mata kamu tu sikit. Mana kawan-kawan kamu masa kamu dalam kesusahan? Cikgu lihat mereka lari naik cab meninggalkan kamu. Mereka berkawan dengan kamu disebabkan duit kamu… bukannya ikhlas dan jujur hendak berkawan dengan kamu” nasihat Irfan.

“Saya tahu cikgu… hari ini saya sedar apa maknanya kawan yang sebenar. Apa maknanya kesusahan. Apabila saya susah, semua orang memandang hina saya, mengambil kesempatan ke atas saya.”

“Dah… lepas ini cari kawan yang senonoh sikit. Jangan asyik cari kawan mansa seronok sahaja. Jangan mudah sangat taburkan wang kepada kawan.”

“Saya faham cikgu. Tapi terkilan dengan papa dan mama saya. saya telefon rumah tak diangkatnya. Mereka tak sayangkan saya ke cikgu?”

“Sayang… siapa kata tak sayang. Cuba lihat pintu masuk Ikea… yang memakai jubah tu?” kerusi yang mereka duduk bertentangan dengan Ikea yang terletak di seberang. Joe terlihat papa dan mamanya berdiri di pintu masuk Ikea dengan memakai jubah kedua-duanya. Joe bangun tapi tangannya dipegang oleh Irfan.

“Sebelum tu, ambil semula jam dan telefon kamu ini” Irfan menghulurkan barang kepunyaan Joe. Joe mengambil dan mengucupnya;

“Terimakasih cikgu… masyaAllah. Barang kesayangan saya. Macamana cikgu mengambilnya?”

“Cikgu ekori kamu. Cikgu lihat kamu jumpa manager restoran dan orang tua itu. Cikgu tebuslah balik.”

“Terimakasih cikgu.”

“Sudah… pergilah ke orang tuamu Johari. Minta maaf kepada mereka… berjanji untuk belajar semula.” Joe mengangguk.

“Terimakasih cikgu! Maafkan saya atas sikap saya semalam” Joe bersalaman dan mencium tangan Irfan. Irfan mengangguk. Selepas melepaskan tangan Irfan… Joe segera berlari anak mendapatkan kedua ibubapanya di seberang…

“Hati-hati melintas! Kereta banyak!” laung Irfan. Di seberang Joe segera mendapatkan kedua ibubapanya. Mereka berpelukan. Setelah habis drama beberapa minit mereka meleraikan pelukan.. Joe melambai tangan kepada Irfan di seberang diikuti Dato dan Datin. Irfan membalasnya. Kemudian mereka sekeluarga masuk ke dalam Ikea. Seorang tua duduk di sebelah Irfan;

“Sedih?” tanyanya. Irfan memandang lelaki pertengahan umur itu.

“Airmata gembira Tuan Haji” Irfan tersenyum

“Saya dengar kamu tolak upahnya 30,000 ribu ringgit yang Dato beri.”

“Saya ikhlas. Lagipun adalah lebih mulia jika seorang guru melihat perubahan pada anak muridnya bukannya disebabkan oleh wang semata-mata. Bukankah itu yang diajar oleh Tuan Haji selaku mentor saya? Bak kata Tuan Haji… cukuplah sekadar ucapan terimakasih. Itu sudah mengembirakan hati seorang guru.”

“Hahahaahahahahaha. Yelah Cikgu Irfan Zainal bin Tan Sri Kamaruddin Ariffin.”

“Agaknya inilah perasaan Tuan Haji bila Tuan Haji dapat memulihkan saya dahulu yang jauh hanyut.”

“Tentu… dan ini juga perasaan ayah kamu apabila kamu telah berjaya kembali ke pangkal jalan.”

“Terimakasih Tuan Haji.”

Tamat pada 9/5/2013… rumahku syurgaku.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada guru-guru kita yang telah pergi. Jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai. Ilmu yang mereka ajar bermanafaat kepada kita sehinggalah kita menutup mata. Alfatihah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.