Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
83,917
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 4

Sarjan Seman pesara polis yang sedang membakar lemang di halaman rumah bersama Carlo Din anak sulung yang pulang beraya di kampong halaman. Sarjan Seman adalah seorang pesara polis yang baru sahaja pencen dan mengambil keputusan untuk tinggal di rumah pesaka milik keluarganya.

“Bila nak masak lemang ni yah?”

“Entahlah Carlo. Ayahpun tak tahu. Lama tak melemang. Tahun ni beraya di sini baru nak melemang balik. Nak hidupkan suasana beraya di desa.”

“Itulah. Tak silap Carlo… 20 tahun dulu last kita melemang. Itupun kat rumah ni le. Selepas Makwan meninggal kita tak balik kampong. Bila ayah pencen tiba tiba ayah mahu tinggal di sini.”

“Banyak kenangan ayah di sini nak. Rumah ini pun terbiar dekat 20 tahun.”

“Rumah ni tak berhantu ke yah?”
“Isk! Kamu ni mulut cabul betul. Ayah dah bersihkan rumah ni. Zahir dan batin.”

“Zahir dan batin?”

“Zahir benda yang kita nampak. Macam ayah betulkan rumah ni. Cat. Tukar atap. Batin benda kita tak nampak. Macam jin. Hantu. Syaitan. Ayah dah panggil orang kampong baca Yasin. Pagar rumah ni.”

“Pagar? Mana ada rumah kita pagar ayah?”

“Ish! Bukan pagar tu. Ni pagar benda yang kita tak nampak. Pagar supaya makhluk halus tak berani datang ke rumah kita.”

“Greng… greng… greng… grengg.”

Bunyi motor kedengaran dari jauh.

“Siapa pulak tu?”

“Siapa lagi kalau bunyi motor satu kampong boleh dengar. Mail Kedinglah tu. Agaknya dari masjid nak balik ke rumah.”

“Mail Keding?”

“Iyalah. Yang duduk hujung sana tu.  Mesti dia lalu jalan ni. Harap dia tak pau lemang kita.”

“Ish ayah ni takkanlah.”

Bunyi semakin galak kedengaran tanda motor Mail Keding semakin menghampiri. Carlo bangun dan melihat ke arah jalan raya. Dia melihat cahaya lampu motosikal semakin menghampiri. Carlo dengan niat ingin berkenal kenalan dengan penduduk kampong.

“Greng… greng… greng… greng.”

Sarjan Seman turut bangun. Mail Keding hanya fokus kepada pemanduannya.

“Siapa pulak yang menumpang Mail Keding tu ayah?” tanya Carlo.

Sarjan Seman menfokuskan pandangannya kea rah belakang motor Mail Keding.

“Hantu!!!” dia terus menjerit lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Carlo hairan dengan tindakan ayahnya. Dia menfokuskan semula pandangannya ke arah Mail Keding yang bila bila masa akan melintasinya. Carlo mengangkat tangan apabila Mail Keding semakin menghampiri. Mail Keding membalasnya. Sebaik sahaja Mail Keding melintasi Carlo… Carlo terpaku kerana sesusuk tubuh berambut panjang dan berkain putih berada di belakang motor Mail Keding!

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.