Home Cerpen Seram/Misteri Barongan
Barongan
NaimTamdjis
15/4/2013 20:03:34
6,504
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang

Episod 5

20 minit kemudian Pak Mustarjo, seorang pembantu, anak Imam dan juga Siak sampai di rumah ayah Aqish. Mereka berbincang di luar laman rumah ;

“Macamana Imam?” tanya tok siak.

“Aku, anak aku, Bilal dan ayah Aqish ke rumah arwah Tok Aki. Kamu Mustarjo serta siak dan juga pembantu kamu tolong jaga Zainol. Dari tadi Zainol ini tidur mati. Aku takut budak itu telah pergi ke alam sana. Alam syaitan” Pak Mustarjo mengangguk. Imam dan kumpulannya berlalu ke rumah arwah Tok Aki. Sampai di halaman rumah, keadaan gelap gelita. Sunyi dan sepi. Ayah Aqish mula berasa cuak ;

“Tok. Sunyi sangat rumah ni? Si Amir ada ke dalam rumah ini? Saya balik ke rumah boleh Imam? Seriau saya ni.”

“Apalah kamu ni? Penakut bebenau. Tadi pergi dapurpun rumah kamu aku yang meneman. Kamu jangan takut. Imam ada. Kalau kamu takut… Akupun takut sekali” kata Bilal pula. Bilal memandang ke kiri dan kanan. Imam hanya tersenyum.

“Baca apa yang patut Bilal. Wagiman. Baca Ayatul Kursi. Insya Allah selamat” Imam mengangkat tangan dan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Setelah selesai Imam mengaminkan dan menyapu mukanya.

“Jom kita masuk” ajak Imam. Imam bergerak masuk ke dalam rumah.

“Gelap Imam” kata ayah Aqish. Imam mengambil telefon bimbitnya dan membuka lampu yang ada.

“Mari” Imam berjalan menuju ke muka pintu. Sampai di muka pintu. Imam mennyuluh ke ruang tamu. Amir sedang duduk bersimpuh di tengah laman sambil memakai topeng barongan merah. Matanya terpejam…

“Assalaimualaikum Amir” Imam memberi salam. Amir membuka matanya. Merah menyala mata Amir.

“Aku bukan Amir! Aku barongan! Kau hendak apa!” deram Amir.

“Aku hendak kau keluar daripada badan budak ini. Kau tidak layak mengganggunya. Dia bukan tuan kau. Tuan kau sudah mati” tegas Imam.

“Walaupun tuan aku sudah mati. Tapi aku tetap hidup 100 tahun lagi. Hahahahahahahahahaha” Amir berdiri. Kemudian dia membuka bunga silat ;

“Ah sudah. Hantu ini bersilat pula” sampuk Bilal.

“Kita hendak bersilat juga ke? Saya sudah lama tidak bersilat Imam. Bunga-bunga silatpun saya lupa Imam” sampuk ayah Aqish.

“Saya akan bersilat dengannya” Anas anak Imam menawarkan dirinya.

“Lupa... Kamu dulu bekas wakil daerah dalam pertandingan silat dulukan. Nasib baik ada kamu.”

“Kamu boleh Anas?” tanya Imam kepada anaknya.

“Insya Allah ayah.”

“Ingat. Yakinlah kepada Allah. Bila kamu dapat kunci pergerakannya. Ayah akan segera buang barongan yang menumpang di dalam badan Amir.” Anas menangguk dan menanggalkan serban di atas kepalanya lalu masuk ke ruang tamu.

“Ini amaran terakhir saya. Saya mahu kamu keluar daripada badan anak muda ini secara baik” Amir merengus.

“Hahahahahahahaha. Marilah bertarung denganku anak muda” barongan yang berada di dalam Amir tidak mahu menyelesaikan secara baik.

“Baiklah” Anas membuka bunga silatnya. Begitu juga dengan Amir. Jika Anas membuka langkah silat gayung, Amir membuka langkah silat jawa. Amir menerpa…

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Setelah Imam dan kumpulannya berlalu ke arah rumah arwah Tok Aki, Pak Mustarjo serta anaknya dan siak naik ke atas rumah. Mereka duduk di ruang tamu di mana Zainol tidur dengan lenanya. Pak Mustarjo cuba mengoncang bahu Zainol, tetapi tiada reaksi. Pak Mustarjo merasa pergelangan tangan Zainol… ada nadinya lagi. tetapi bergerak sangat laju.

“Hidup lagi ke budak ni wak?” tanya Siak.

“Hidup lagi. Tetapi nadinya laju. Aku rasa budak ini sudah masuk ke alam lain” jawab Pak Mustarjo.

“Alam lain tu, alam barzakh ke Wak?” sampuk pembantu Pak Mustarjo.

“Hish kamu ni Iwan! Bukanlah! Alam lain maksudnya budak ini telah masuk ke alam ghaib.”

“Apa kita hendak buat Pak Mustarjo”

“Mari kita bacakan Yassin. Ilmu aku tak setinggi Imam. Kita cuba sedarkan dia” mereka mengangguk bersetuju. Pak Mustarjo meminta Surah Yassin kepada emak Aqish. Mereka mengambil air sembahyang dan terus membaca Yassin. Baru ayat yang ke 8, Zainol mendadak bangun. Ini menyebabkan kaum perempuan yang duduk di sofa terperanjat. Mereka berhenti membaca Yassin dan memegang Zainol. Zainol meronta-ronta, akhirnya pegangan mereka bertiga dapat dileraikan. Zainol berlari menuju ke tingkap dan melompat. Pak Mustarjo dan yang lainnya cuba mengejar. Zainol berlari ke arah jalan raya.

“Kau kejar Iwan. Aku tak larat” kata Pak Mustarjo termengah-mengah. Kudaratnya tidak sebaik Iwan. Iwan terus mengejar Zainol.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pertarungan berlangsung sengit. Kedua-dua belah pihak sering menyerang dan bertahan. Pada satu ketika Amir berjaya menewaskan Anas… Tetapi Anas segera bangkit dan melawan balik. Akhirnya, apabila Anas berjaya membaca Surah Yassin sehingga habis. Anas menghembus ke arah muka Amir. Amir terjelepok jatuh… Di kesempatan ini Anas mengambil peluang untuk mengunci pergerakan Amir ;

“Cepat walid!” Imam dan yang lainnya segera mendapatkan Amir yang semakin kuat meronta untuk melepaskan diri.

“Kamu Wagiman dan Bilal pegang kaki dia” arahan itu dituruti segera Bilal dan ayah Aqish. Imam segera memegang ibu jari Amir dan membaca sesuatu. Apabila habis sahaja Imam Baba membaca, Amir tidak lagi kuat meronta.

“Aku sudah kata, jangan ganggu budak ini. Kenapa kau degil?”

“Dia tuan aku!”

“Dia bukan tuan kau! Tuan kau dah mati! Aku mahu kau keluar sekarang!”

“Hahahahahahahahahahaha” Amir ketawa. Ketawanya garau. Imam memicit ibu jari Amir dengan lebih kuat.

“Aduh sakitttttttttttttttt” raung Amir.

“Kau hendak keluar atau tidak?” tegas Imam.

“Aku takkan keluar!”

“Baiklah” Imam mengambil segenggam garam. Dibacanya sesuatu. Kemudian dilemparkan kepada tubuh badan Amir.

“Aduhhhhhhhhhhhhh! Aku terbakar! Sakit!” raung Amir. Dia meronta dengan kuat. Kemudian Imam mengeluarkan badik kecil dari poket seluarnya. Dia menunjukkan badik itu kepada Amir.

“Engkau ingat badik ini lagi barongan?” berubah air muka Amir apabila melihat badik tersebut.

“Tolong. Tolong jangan bunuh aku!” rayu Amir.

“Aku akan bunuh kau jika kau tidak mahu keluar daripada tubuh budak ini. Aku mahu kau keluar dan masuk ke dalam bekas ini” Imam menunjukkan botol kaca bekas minuman yang dibawa.

“Tolong. Tolong. Jangan bunuh aku. Jangan bunuh aku menggunakan badik milik wali Allah itu. Baik. Aku keluar. Bantulah aku keluar” Imam Bab mengangguk.. kemudian mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tangan kanannya melurut dari ibi jari hingga membawa ke dada seterusnya ke mulut. Sebaik sahaja sampai di mulut Amir, asap hitam keluar dan Imam memegangnya lantas dimasukkan ke dalam botol kaca.yang ditutup dengan kain. Imam lekas membalutnya setelah botol ditutup. Amir batuk. Matanya tidak lagi memerah. Wajahnya mempamerkan kehairanan apabila melihat Imam dan yang lain mengelilinginya.

“Saya kena rasuk ke Imam?”

“Iya. Alhamdulillah kamu telah pulih. Berehatlah” Imam bangun.

“Aku hendak ke rumah kamu Wagiman. Hendak lihat keadaan di sana pula. Kalau ada apa-apa, kamu jangan bimbang. Anak aku ada” mereka bertiga mengangguk. Imam keluar rumah menuju rumah ayah Aqish.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sampai di rumah ayah Aqish, Imam diberitahu oleh Khadeeja apa yang berlaku terhadap Zainol. Imam lantas menelefon Pak Mustarjo. Kata Pak Mustarjo Zainol berada di laman rumahnya. Imam Baba bergegas ke rumah pak Mustarjo. Sampai di sana Imam Baba terkejut apabila melihat Zainol memanjat ketapang yang menjulang tinggi.

“Macam mana ni Imam? Kita nak kena panjat juga ke?”

“Tak silap aku, tanah kamu duduk ini dulu hak milik Tok Aki ye?”

“Iya Imam. Saya beli sebaik sahaja Tok Aki meninggal. Kenapa?”

“Masya Allah. Inilah tempat tinggalnya selama ini.”

“Jadi kita hendak buat apa Imam?” tanya pembantu Wak Mustarjo. Imam mengambil sebungkus garam. Beliau membaca sesuatu kemudian menaburkan beberapa genggam garam di sekeliling pokok ketapang tersebut.

“Apa kau buat itu Imam! Kau musnahkan rumah aku!” Zainol melompat dari atas dahan pokok ketapang yang menjulang tinggi ke bawah tanah. Pak Mustarjo dan pembantunya terkejut apabila melihat tidak ada apa kecederaan dialami oleh Zainol. Zainol menerkam Imam dan Imam menepisnya lalu dikeluarkan badik. Zainol menjauh ;

“Mana kau dapat badik tu?” kata Zainol terketar-ketar.

“Dari arwah Imam Deli. Dia bapa saudaraku.”

“Apa! Kau menjauh dari aku!”

“Kalau tadi adalah barongan. Kau siapa pula” tanya Imam.

“Aku semangat kuda kepang. Aku penghuni pokok ini. Dulu tuan aku adalah Tok Aki.”

“Kenapa kamu ganggu budak ini?”

“Barongan kata, budak ini tuan aku.”

“Barongan telah aku masuk ke dalam botol” Imam menayangkan botol kaca yang berisi asap hitam. Itulah barongan.

“Kau berjaya menangkapnya?”

“Kalau kamu tidak mahu mati di tangan badik milik wali Allah ini. Silakan masuk ke dalam botol” Amir menunduk.

“Baiklah” serta merta Amir duduk seperti bertapa. Seketika kemudian dia jatuh terbaring. Imam membuka botol dan asap hitam masuk ke dalam botol. Imam segera menutup botol dan membaca sesuatu. Kemudian dia memandang Pak Mustarjo dan pembantunya.

“Angkat budak ini ke rumah Wagiman.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.