Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,654
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 8 ; kasih yang bertaut kembali

BAB 8

Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersadba maksudnya.... “sesiapa yang melepaskan seseorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan darinya daripada satu kesusahan dari hari akhirat dan sesiapa yang melapangkan seseorang itu dari kesempitan maka Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan akhirat” hadis riwayat Muslim.

Pukul 7.30 pagi aku sudah sampai di pejabat ( 6.30 pagi sudah bergerak balikdari kampung ). Selepas  membuat kerja pejabat sedikit dan berjumpa dengan seorang penghuni untuk sesi kaunseling pada sesi pagi, aku terus ke bangunan Vokasional yang menempatkan pusat latihan bagi program memasak dan menjahit. Tujuan aku adalah untuk berjumpa dengan kak Haryati. Sampai di sana aku lihat penghuni yang mengambil kelas masakan sedang sibuk menyiapkan biskut raya yang ditempah. Ku lihat kak Haryati sedang memberikan arahan kepada penghuni-penghuni yang lain. 3 orang warden sedang mengawasi mereka. Aku pergi ke arah kak Haryati..

“Assalaimualaikum.. wah sibuk nampak. Macam mandur pulak saya tengok akak ni. Arah sana... arah sini” perliku apabila melihat teletah kak Haryati yang sedang sibuk mengarahkan anak buahnya.

“Banyaklah kau Hisham. Mandur apanya... kalau akak tak suruh... nanti tak jadilah kek dan biskut ni. Tak siap pulak tempahan.. tahun ni banyak nak kena siapkan. Kamu ni kenapa datang sini? Nak jumpa akak ker?” tanyanya.

“Ye kak. Boleh saya jumpa akak kejap. Hal peribadi” kataku separuh berbisik.. aku tidak mahu penghuni lain tahu tentang hal peribadi kak Haryati.

“Ok.. mai ikut akak” aku mengikut akak ke kawasan yang agak jauh dari penghuni lain.

“Aper cer?” tanya kak Haryati.

“Alhamdulillah.. saya dapat memujuk keluarga akak. Petang ni keluarga akak datang berbuka dengan akak. Bawak anak akak sekali” jelasku.

“Betul ke ni Hisham?” tanya teruja.

“Betullah akak, takkan saya nak tipu akak. semalam saya pergi rumah keluarga akak kat Semenyih. Mula-mula tu dia marah bila saya berterus terang dengan mereka. Tapi akhirnya mereka menerima penjelasan saya kak. Alhamdulillah.”

“Terima kasih Hisham.. terima kasih” kak Haryati memelukku.. dia menangis air mata aku tergamam.

“Errr.. akak. Tak patut akak peluk saya.. nanti orang nampak. Jadi isu besar nanti....” akak melepaskan pelukannya.. dia mengesat airmatanya dengan apron.

“Terimakasihlah Hisham. kau dah banyak tolong akak. Akak tak tahu macamana nak membalasnya.”

“Takpelah kak. Dah memang tanggungjawab saya menolong kita sesama Islam. Dalam satu hadis Muslim.... daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W bersadba maksudnya.... sesiapa yang melepaskan seseorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan darinya daripada satu kesusahan dari hari akhirat dan sesiapa yang melapangkan seseorang itu dari kesempitan maka Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan akhirat.”

“Semoga Allah membalas segala kebaikan Hisham dengan ganjaran pahala.”

“Insya Allah.”

“Keluarga akak datang masa berbuka ker?’

“Ye kak” jawabku

“Kalau begitu.. akak nak masak sikit kuih untuk anak akak. Coklat ker.. sempat ni. Ya Allah... terima kasih kerana mengizinkan aku berjumpa dengan anakku. Terimakasih banyak-banyak Hisham. akak pergi dulu... nak buat biskut untuk anak akak.”

“Pergilah akak.. saya pun nak pergi tengok Sofia kat bilik menjahit ni” sebaik sahaja aku berkata begitu.. akak masuk kembali ke bilik masakannya semula.... aku pula keluar menuju ke bilik jahitan. Dari jauh sudah kedengaran bunyi mesin jahit... Sofia mungkin sedang ligat untuk menyiapkan tempahan sempena Hari Raya ini. Apabila aku masuk.. aku melihat Sofia tekun menjahit. Aku mengejutkannya

“Ha..... buatpa tu!”

“Opocot... mak kau bunting.. eh mak kau bunting. Abang Hisham..., terkejut tau Sofia. Apalah abang ni” penghuni lain ketawa melihat Sofia melatah.

“Saja jer kacau Sofia. Kenapa? Tak boleh ker? Melatah jugak Sofia ini yer” katanya tersenyum.

“Bukan tak boleh. Buatnya saya melatah teruk tadi.. habis gunting ni saya tikam abang.. dah saya kena hukuman lain pulak karang. Jangan kejutkan orang latah sesuka hati.. kelak merana diri nanti bang” jelas Sofia... tapi apa yang Sofia cakap itu memang betul. Orang melatah ini bukannya sedar apa yang dia buat masa tengah latah. Terutama bila sudah naik syeikh...

“Hahahahahahahaha... maafkan abang Sofia. Khusyuk nampak? Sampai abang sampai pun tak perasaan?”

“Mestilah bang. Banyak tempahan nak kena siap.. lagipun tempahan dari butik.. kena buat betul-betul. Saya kadang-kadang bawak baju ni kat Dorm.. malam selepas terawih sambung lagi jahit. Pakai tangan.”

“Oh yeker. Siannya.... banyak ke tempahan?”

“Hampir 100 pasang busana muslimah butik tempah dengan Sofia.. separuh sudah siap.. ni diorang nak 100 lagi. Yang hantar 50 minggu lepas pun diorang kata dah sold out. Nasib baik ada kak Ena yang tolong gunting dan jahit tangan sebelah malam. Kalau tak matilah saya.”

“Eh! Jangan cakap macamtu. Takde matinya Sofia menjahit semua ni. Mati tu hak Allah.”

“Sorilah bang.. dah terbiasa cakap begitu. Kenapa abang datang ni?”

“Tara!” aku menunjukkan bungkusan yang aku bawa dari tadi. Sofia membukanya... kain ela untuk dibuat baju melayu.

“Abang nak suruh saya jahit baju melayu ker?” tanyanya.

“Yup.. boleh tak?” kataku penuh mengharap... maklumlah.. sudah lambat sebenarnya nak minta Sofia menjahit.. aku pulak asyik sibuk dengan kerja sehingga sampai lupa nak buat baju Melayu. Aku tak suka beli baju melayu siap..... macam tak sedap pakai pulak.

“Boleh... tapi lambatlah sikit. Saya kurang sikit jahit baju Melayu... tapi kalau nak baju kurung Kedah bolehlah. Nak?” wah! Melawak pulak Sofia ni.

“Wah! Pandainya... nak suruh abang pakai baju Kurung raya ni? Pengsan mak abang nanti. Hahahahahahahahahaha. Tak sanggup mak nyah” aku membuat aksi adik-adik...

“Hahahaahahahahahaha. Abang jangan risau.. saya cuba siapkan sebelum Raya.”

“Ok.. buat betul-betul tau. Nanti kawan-kawan tanya, abang rekemenlah Sofia. Dan jangan lupa komisennya 20 persen.”

“20 persen? Macam cerita P Ramlee pulak. 20 sen bolehlah” balasnya.

“Itu cerita seniman Bujang Lapok... dulu bolehlah 20 sen. 20 sen boleh makan nasi lemak. Sekarang 20 sen masuk tandas pun tak lepas. Aduyai.”

“Hahahahahahahahaha.... takpelah. Nanti kita cerita lagi pasal komisen ni yer” kata Sofia

“Oklah.. abang nak balik dulu. Ada kerja sikit kat pejabat.. nanti kita jumpa masa berbuka yer. Puasa tak?.”

“Sebenarnya tidak boleh puasa. Tapi malas pi kantin makan.. sahur dan berbukalah jugak. Lagipun boleh diet sekali.”

“Kurus kering macamni nak diet lagi? Oklah abang pergi dulu.. papai.”

“Bye-bye bang” aku berlalu keluar.. sebelum keluar aku menegur penghuni yang lain.. dalam setengah jam jugak aku kat dalam bilik itu. Mengusik dan bergurau dengan mereka.

{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 6 petang sebaik sahaja aku mandi dan solat.. fonselku berdering. Aku menjawabnya.

“Hello, assalaimualaikum.. Hisham disini.. apa boleh saya bantu?.”

“Hisham.. ni pakcik Mat ni.. pakcik dah ada kat lobi pejabat.. nak jumpa dengan Haryati”

“Oh pakcik. Bagi saya 5 minit.. jap lagi saya turun pejabat. Saya baru lepas mandi dan solat.”

“Ok.. pakcik tunggu” aku segera memakai baju dan keluar rumah menuju lobi pejabat. Kelihatan anak Haryati sedang berlari kesana dan kesini. Maklumlah tengah lasak.. aku terus bersalaman pakcik Mat. Kemudian aku membawa keluarga Haryati ke Bilik Warden On call.. aku rasa disini lebih privasi untuk pertemuan keluarga ini. 5 minit kemudian Haryati turun sambil ditemani oleh Warden. Sampai sahaja Haryati lantas memeluk keluarga dan anaknya. Anaknya menangis kerinduan.. ni yang touching ni.

“Mak.. ayah.. Haryati mintak maaf kerana malukan mak dan abah selama ni” katanya sambil memeluk pakcik Mat dan seterusnya ibunya.

“Takpelah nak.. sepatutnya ayah yang mintak maaf dengan Haryati.. ayah gagal menjadi seorang ayah yang baik. Ayah gagal membentuk kamu... sehingga kamu hanyut” ayah Haryati menyesal atas keterlanjurannya selama ini.

“Yang lepas tu lepaslah ayah.. jangan dikenang-kenang lagi. Saya pun dah bertaubat... insaf akan kesilapan saya yang lalu” jawab Sofia.

“Ayah pun dah bertaubat nak... mungkin sebab ayah alpa akan perintahNya. Sebab itu anak-anak abah semuanya tak berjaya. Semuanya gagal” kata Pakcik Mat.

“Sudahlah ayah. Kita sama-sama lupakan hal yang lalu... mulai harini kita bermula semula bagai sebuah keluarga. Keluarga yang berlandaskan syariahNya ya ayah.”

“Ye nak.”

“Arisa..... rindu kat mak tak?” kata kak Haryati sambil memeluk anaknya malah menciumnya.. jelas kak Haryati sangat-sangat merindui anaknya.

“Windulah.. napa mak keje ama cangat” kata anak kak Haryati sedikit pelat.

“Mak banyak kerja sayang” Haryati mencium anaknya lagi.

“Maafkan kami kerana pisahkan kau dengan anak kau Haryati” kata mak Yam.

“Sudahlah mak.. saya dah lama maafkan mak.” Aku rasa aku harus bergerak sekarang.. kehadiranku akan menganggu pertemuan ini kelak.

“Baiklah.. saya rasa.. saya patut beredar dulu” aku meminta diri untuk keluar dari bilik tersebut.

“Eh! Nak kemana Hisham.... mailah berbuka sekali” ajak pak Mat.

“Saya rasa.. saya patut berbuka sama dengan penghuni yang lain. Takpelah Pak Mat... lainkali sahaja. Nanti pukul 8 malam nanti saya iringi keluarga Pak Mat keluar” aku bersalamanan dengan Pak Mat. Aku dan warden keluar dari bilik tersebut. Biarlah kami memberi privasi kepada keluarga yang sudah 2 tahun tidak berjumpa.. tentu banyak perkara yang ingin dibualkan.

{{{{{{{{{{{{{{{

Haryati bernyanyi-nyanyi kecil apabila balik dari solat terawih tadi. Kegembiraan Haryati turut dirasai oleh Sofia....

“Hai kak... bernyanyi sakan nampak? Baru jumpa pakwe ker?” tegur Sofia.

“Apalah.. manada pakwe kat sini.. semua pekerja perempuan. Lelaki yang ada pun si Hisham tu.”

“Habis tu kenapa gembira sangat ni?”

“Takkan kau tak tahu. Aku tadi dapat jumpa anak aku dengan keluarga aku. Itu yang happy semacam tu.”

“Owh. Yeke? Patutlah tak nampak semasa berbuka tadi. Anak sihat?” tanya Sofia.

“Alhamdulillah sihat. Ini yang aku tak sabar nak keluar dari tempat ni.. lagi setahun je lagi. Lepas ini aku ingat nak besarkan anak aku... aku nak cari rezeki yang halal. Lagipun ayah aku ada simpan duit sikit. Aku ingat nak buat kedai kek dan biskut. Itu jer kemahiran yang aku ada” Haryati menyatakan perancangannya selepas dia keluar dari pusat perlindungan ini.

“Baguslah akak... akak lagi setahun nak keluar. Saya ni lagi 2 tahun setengah baru boleh keluar” kata Sofia lemah.

“Sabarlah dik... pejam celik pejam celik lama-lama habislah hukuman adik tu. Macam akak.... tup-tup dah nak keluar dah. Adik menjahit pakai tangan jer?” katanya apabila Sofia mula mengeluarkan alatan jahitannya dari almari.

“Yelah kak. Peraturan tak benarkan kita kerja di bengkel memalam buta.. terpaksalah saya menjahit pakai tangan... nasib baik ada kak Ena tolong.. kalau tak.. mati kutulah saya.. dapat siap satu baju jadilah semalam”

“Memang beginilah kalau masa Raya... memang banyak tempahan. Kadang-kadang masa pun tak cukup.. kena tolak tempahan... tapi nasib baik lah ramai yang boleh menolong. Dengan adanya program macamni.. sekurang-kurangnya kita taklah mati kutu duduk dalam ni. Dapat duit lagi.. walaupun tak banyak.. tapi cukuplah untuk memulakan hidup yang baru.”

“Betul tu kak... saya harap dapatlah sedikit wang. Saya ingat pun keluar nanti nak buat jahitan ni secara sepenuh masa. Lagipun butik tu dah kenal dengan saya... ada link senang sikit... ingat nak buat dari rumah dulu.. bila ada modal... baru sewa kedai” kata Sofia.

“Baguslah.. ada perancangan. Kita lupakan sejarah hitam kita.. kita mulakan hidup yang baru. Oklah Sofia.. ganggu je Sofia nak menjahit. Akak balik bilik dulu.. nak tidur. Besok kena kerja nak siapkan tempahan.”

“Baiklah akak.. assalaimualaikum.”

“Wassalam.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.