Home Cerpen Islamik Tuhan... ampuni aku
Tuhan... ampuni aku
NaimTamdjis
15/5/2013 12:42:52
2,897
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Episod 6

Sebulan telah berlalu. Asy semakin berubah, setiap malam dia akan ke masjid bersembahyang jemaah. Pagi-pagi lagi dia akan bangun untuk bersolat Subuh. Dari hanya merangkak membaca Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran yang lainnya kini lancar sahaja bacaannya. Kali ini Asy benar-benar berubah... bukan berubah disebabkan Aisyah. Tetapi disebabkan oleh kemahuannya sendiri. Mel? Masih lagi seperti dahulu tidak berubah walau sedikitpun. Asy berdoa siang dan malam agar Mel terbuka hatinya untuk bertaubat... petang itu selepas berkebun, membersihkan diri dan bersolat. Dia duduk di pangkin halaman rumah. Dengan ditemani gitar kapoknya... dia memetik irama lagu Im Creep dendangan kugiran Radiohead. Tamat sahaja Asy menyanyi Aisyah sampai dengan menaiki motor ditemani anak sulong Zaffran. Asy tersenyum. Pujian hatinya datang.

“Hi bang... dari jauh lagu dah dengar lagu you not belong to me? Teringatkan awek KL ker?” Asy tersenyum. Gitarnya masih dipegangnya.

“Untuk wanita yang abang sayang dalam diam.”

“Iya. Siapalah agaknya wanita tu yer?” Aisyah cuba mengorek rahsia Asy.

“Abang hanya mampu memujanya dalam diam. Apa sedar siapalah abang.”

“Amboi... bunyi macam dah giveup jer. Abang, cubalah dahulu... kalau mencintai dalam diam tanpa memberitahu si gadis... besok dikebas orang.” Asiyah masih duduk di atas motornya.

“Entahlah.”

“Ni ada jemput-jemput pisang. Abang makanlah ya” Asiyah menghulurkan bekas empat segi yang diisi jemput-jemput pisang. Asy mengambilnya ;

“Susah-susah aja.”

“Along suruh masak lebih. Beri kepada 2 orang bujang yang ada kat rumah ni.”

“Terimakasih banyak-banyak Aisyah.”

“Aisyahpun 4 hari lagi hendak bertolak balik ke Mesir.”

“Kenapa cepat sangat?”

“Cuti semester dah habis bang.”

“Owh. Yelah... mesti kita rindu masakan Aisyah.”

“Ha? Selama ini bukan kitapun yang masak. Kak Long yang masak. Boleh dikatakan rindu juga ker?”

“Hahahahahahahahaha.” Mereka berdua ketawa. Aisyah meminta izin untuk balik ke rumah.

Malam itu selepas balik dari masjid, Asy hanya duduk termenung di sofa. Tv yang dibuka tidak menarik minatnya. Mel keluar dari bilik duduk di sebelah Asy... dia perasaan akan perubahan pada diri Asy sejak petang tadi. Biasanya kalau Asy ada masalah, tentu dia akan termenung;

“Kau ni kenapa? Macam orang mati bini jer. Ceciter, mana tahu aku boleh tolong” lamunan Asy terhenti apabila Mel menegurnya.

“Takde apalah” pandangannya tertumpu di kaca TV.

“Hek eleh. Nak sorok dari aku. Aku ni berkawan dengan kau sejak kecil lagi. Aku tahulah peel kau ni. Kalau asyik termenung tu... aku tahulah mesti ada sesuatu.”

“Ishhh kau ni. Tak boleh sorok langsung. Yelah. Aku beritahu... Aisyah balik ke Mesir 4 hari lagi... mungkin tahun depan baru dia balik.”

“Kalau dia nak balik Mesir... biarlah. Bukan bini kau pun. Apa... kalau dia balik Mesir kau kena puasa setahun ker” Mel cuba bergurau.

“Kau nikan... tak sensitiflah dengan perasaan aku” Asy merajuk.

“Alaalalalalalala. Aku gurau jelah. Aku tahu perasaan kau... kau sayang diakan? Tapi sampai sekarang kau masih lagi memendamkan perasaan kaukan?” pujuk Mel.

“Itulah... aku ni kotor. Aku rasa macam tal layak berpasangan dengannya. Tangan aku ni pernah membunuh. Pernah merompak. Pernah menipu. Pernah berjudi.” Asy mengangkat kedua belah tangannya.

“Itu dulu. Kau dah bertaubat. Sekarang yang ada di sebelah aku ini Asyraff. Bukan Asy yang aku kenal dulu. Cerita yang lama jangan dikenang lagi. Kaupun dah tak mengulang lagikan.”

“Betul ker? Kau rasa Aisyah boleh terima aku?” tanya Asy yang masih lagi ragu-ragu.

“Insya Allah. Kau ikhlas untuk menyayanginya.”

“Lidah aku kelu nak berterus terang dengan Aisyah.”

“Kalau macam tu... kau beli tudung untuk Aisyah. Kau katakan hadiah sebagai ucapan terimakasih kerana selalu menghantar lauk. Kau selitkanlah nota atau surat ker... luahkan isi hati kau” Mel memberikan cadangannya.

“Boleh ker?”

“Apa tak bolehnya. Usaha tu. Sampai bila nak memendam perasaan begini.” Asy memegang tangan Mel.

“Terimakasih sahabat. Kaulah kawan dunia akhirat aku” Asy memeluk Mel. Mel terkedu dengan tindakan Asy. Selesai berpelukan Asy bangun

“Kau nak gi mana?”

“Aku nak tulis surat” jawab Asy dengan nada gembira.

Keesokan harinya Asy mengajak Mel ke pekan Jerantut untuk membeli tudung buat Aisyah di pekan sehari.

“Berapa tudung ni kak?” tanya Asy kepada perempuan pertengahan umur yang gerainya menjual aneka tudung pelbagai fesyen. Asy berkenaan dengan tudung ala-ala ustazah. Asy selalu nampak Aisyah memakai tudung tersebut keluar ke pekan. Tudung yang menutup leher dan juga dadanya. Bukan tudung fesyen sekarang yang hanya menutup rambut tetapi tidak menutup dada dan leher seperti yang disyariatkan.

“40 ringgit dik” jawab kakak peniaga.

“Tak boleh kurang sikit ke kak” Asy membelek-belek tudung jingga tersebut. Dia sangat berkenaan dengan tudung tersebut.

“35 dik harga mati” putus akak tersebut.

“Bolehlah” Asy mengambil dompet duitnya di poket seluar. Dia mengeluarkan not 50 hasil upah menebang pokok durian tua milik tok ketua. Untuk menyara hidupnya, Asy melakukan pelbagai kerja sementara menunggu hasil sayurnya dituai. Dia mengambil upah memotong getah, menebas kebun orang, mengail ikan mahupun membantu Zaffran berniaga di Taman Negara. Mel hanya goyang kaki duduk makan hasil kongsi gelap dahulu. Duit gaji Asy dahulu disimpannya di Bank. Tidak digunakan satu senpun... haram. Asy menghulurkan wang tersebut... kakak itu masuk ke dalam untuk memulangkan wang baki. Asy mencari di mana Mel, kelihatan agak jauh sedikit di kedai baju lelaki sambil menghisap rokok. Setelah wang baki diserahkan bersama tudung yang telah dimasukkan ke dalam plastik... Asy pergi ke arah Mel.

“Kenapa jauh dari aku?” tanya Asy sebaik sahaja berdiri di sebelah Mel.

“Segan aku dok kedai tudung lama-lama. Jatuh imej aku.”

“Hahahahahahaha” Asy tergelak.

“Hello kawan... beli tudung untuk amoi ka?” satu suara menegur dari belakang. Asy dan Mel memandang ke belakang untuk mengetahui tuan punya badan yang menegur mereka tadi. Steve!

“Steve!” kata mereka serentak.

“Banyak jauh lari? Lama tada jumpa” apa lagi... buka langkah seribulah Asy dan Mel.

“Oi! Mana mau lari!” jerit Steve. Serentak dengan itu beberapa kuncu kuncu Steve mengejar mereka berdua. Mel mengetuai larian sambil diikuti oleh Asy. Mereka berlari ke arah belakang rumah kedai. Steve dan gengnya terus mengejar. Tapi sayang, di hujung lorong geng Steve telah menunggu. Mereka terperangkap!

“Mana mau lari Asy... Mel. Satu pekan orang gua ada ma” gertak Steve.

“Kau nak apa ha!” Mel mangambil kayu panjang kebetuan ada berhampiran. Dia mematahkan kayu tersebut dan memberikan kepada Asy satu patah kayu.

“Haiya. Apa ni main kayu-kayu. Gengster sekarang pakai pistol ma.” Steve mengeluarkan pistolnya disisipkan di pinggang. Sayang mereka berdua tidak membawa pistol.

“Lu kalau anak jantan one by onelah. Takut ka!” cabar Mel.

“Haiya. Ini olang mahu matipun mau gaduh lagi. Lailah” Steve menyimpan pistol. Serentak dengan itu Steve dan kuncu-kuncunya menyerang Asy dan Mel. Mereka bertarung... dengan menggunakan kayu, Asy dan Mel mematahkan serangan mereka. Tetapi makin ramai kuncu Steve datang membantu... mereka membawa senjata seperti Bat, kayu hoki dan besi untuk menyerang. Akhirnya Asy dan Mel dapat ditangkap.

“Hahahahahahahahaha. Wa ingat lu orang banyak taiko. Tapi kalah juga.”

“Tak guna kau Steve... ramai bolehlah kau cakap besar. 2 lori kau bawak” balas Mel berang. Asy hanya terdiam. Dia berisfihar dan berdoa agar dia dilepaskan.

“Wa tatak kira. Janji gua dapat bunuh lu dua olang” Steve mengambil pedang samurai dari tangan salah seorang kuncunya. Dia bergerak ke arah Asy. Asy mengucap...

“Steve! Kau nak buat apa! Kau bunuh aku! Aku yang bunuh ayah kau! Dia takde kena mengena dengan kes tu! Steve!” rayu Mel,

“Sebelum lu mati.. lu tengok kawan lu mati!” lantas Steve menghunus pedang samurai dan menikam Asy.

“Allah!!!!” jerit Asy apabila pedang dirodok ke dalam perutnya.

“Ashraffffffffffffffff!!!!” jerit Mel. Asy memandang Mel. Badannya terasa lemah untuk berdiri. Plastik yang berisi tudung tetap kejap di tangannya. Asy terduduk... kuncu-kuncu melepaskan Asy. Dia terbaring.

“Kenapa kau bunuh dia setan! Kan aku cakap aku yang buat!”

“Gua tak mau cakap banyak” Steve menghunus pula pedang untuk merodok perut Mel. Baru dia hendak bergerak, satu tembakan dilepaskan dan mengenai bahu Steve. Mel memandang dari maan arah tembakan tersebut.. rupanya pihak polis telah sampai. Geng-geng Steve lari dan melepaskan Mel. Mel segera mendapatkan dan memangku kepala Asy;

“Asy... Asy. Bertahanlah” Mel memegang perut Asy yang dirodok oleh Steve tadi. Darah membuak keluar. Airmatanya mengalir.

“Mel. Mel... aku rasa aku tak sempat beri tudung ni kepada Aisyah. Kau tolong beri tudung ni kepada Aisyah. Su.... su... surat ada da... dalam poket aku” Asy menghulurkan plastik tudung yang kemas dipegangnya. Asy mengambilnya.

“Baiklah... nanti aku beri.”

“Ki... ki... rim. Sa.. sa.. Allah. Salam dengan Aisyah.”

“Mengucap Asy. Mengucap” Asy mengucap lemah. Darah keluar dari mulut dan hidung  Asy.

“Tu.. tu.. han. To.. to.. long maafkan diriku.” Asy menutup mata.

“Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh!” jerit Mel. Airmatanya berjujuran mengalir...

Tamat 15/5/2013


Alhamdulillah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.