Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
203,615
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 34 ; melawat keluarga kak haryati

BAB 34

Hujung minggu tersebut, aku meluangkan masaku untuk melawat kak Haryati di rumah keluarganya di Semenyih semasa dalam perjalanan pulang ke Seremban. Aku sudah menelefonnya dahulu untuk memastikannya ada di rumah.. alhamdulillah katanya dia ada di rumah bersama keluarganya. Sudah hampir 3 bulan aku tidak berjumpa dengan kak Haryati rasanya untuk bertanya khabar. Maklumlah masing-masing sibuk.... kak Haryati sibuk uruskan perniagaan biskut dan keknya. Diberitakan tempahannya sangat menggalakkan.. maklumlah kak Haryati pandai menggunakan internet untuk memasarkan barangnya. Aku pula terlalu sibuk dengan tugas di pusat perlindungan ( terutama melayan karenah Datin ). Pukul 10 pagi aku sudah sampai di rumah kak Haryati. Ayahnya menyambut aku di pintu pagar. Anaknya juga berlari menyambut aku

“Yeeeee.. uncle Hisham datang” kata kakak riang ( kakak merupakan panggilan manja bagi anak kak Haryati.

“Akak sehat? Mak buat apa?” aku merendahkan badanku separas anak kakak.

“Mama buat kek.”

“Kek.... ni pakcik ada bawa mainan. Nah” aku menghulurkan satu set mainan alatan memasak kepada kakak.

“Yeeee... boleh ita main acak-acak” kata kakak pelat.

“Boleh.. nanti kakak masak kek cantik-cantik yer” kakak mengangguk.

“Atuk... jom main acak-acak” sambil menunjukkan mainan yang baru aku belikan kepada pak Mat.

“Kakak masuk dulu yer.. nanti. Buka mainan ni.. nanti atuk datang,”

“Yeeeee... kita main acak-acak. Tima kacih pakcik” katanya sambil mencium pipiku.. kesian. Budak ni perlu kasih sayang seorang bapa..... kemudian kakak berlari masuk ke dalam rumah sambil mengendong mainan yang aku berikan tadi.

“Dari sehari ke sehari.... memang kakak tanya.. kenapa Hisham lama tidak datang rumah kami”

“Maafkan saya pakcik. Saya sibuk sangat kebelakangan ini... itu yang tak sempat tu hendak datang ke sini. Tapi saya selalu telefon kakak... kadang-kadang pakai 3G lagi” walaupun aku sudah lama tidak berjumpa dengan kak Haryati dan anaknya.. tetapi boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku menelefon kak Haryati. Setiap kali aku menelefon kak Haryati... aku mesti akan berbual-bual anaknya yang memang petah berkata-kata... ini membuatkan aku terhibur melayan kakak;

“Mailah masuk rumah.. si Haryati ni.. sibuk betul dengan kek dia. Sampai makcik kau pun terjebak sekali kena tolong. Sekarang ni... pakcik pulak yang kena jaga cucu.”

“Banyak tempahan kak Haryati dapat ke pakcik?”

“Banyaklah jugak... dapur membakar dah beli dua. Yang satu tu dah tak cukup nak bakar kek atau biskut. Meh masuk” aku mengikuti pak Mat masuk ke dalam rumah.

“Haryati.. oooo Haryati.. ini Hisham datang ni” pak Mat memanggil Haryati yang mungkin sibuk di dapur membuat kek ;

“Jap Hisham... akak tengah bakar kek” jawabnya kuat kedengaran dari dapur.

“Pakcik.. saya masuk dapur tengok Haryati buat kek pakcik” aku meminta izin pak Mat untuk melihat kak Haryati membuat kek.

“Ha silalah.. pakcik pun nak layan cucu pakcik kejap” aku masuk ke dapur. Kelihatan Haryati dan maknya sedang sibuk membakar kuih bahulu.

“Wah.. kuih bahulu pun ada jugak” tegurku.

“Ishhhh budak ni... buat terperanjat makcik jer. Nasib baik makcik tak melatah... bagilah salam dulu anak oi” latah makcik.

“Hahahahahahahahahaha... minta maaf makcik. Assalaimualaikum “ kataku;

“Waalaikumussalam... buat apa masuk kat dapur ni Hisham.. berselerak ni.”

“Takdelah kak.. saja nak tengok akak buat kuih.”

“Ahhh.. macamlah tak pernah tengok akak buat kuih. Dulu bukan kamu ke selalu lepak bilik memasak... pastu tapau kek akak... hahahahahahahaha. Sudah jom ke depan... panas sini” sempat pulak kak Haryati kenakan aku.

“Amboi akak.. ngungkit nampak. Dah akak dulu bagi saya rasa.. akak dulukan suka buat ujikaji. Tukar-tukar resepi. Saya yang jadi mangsa merasa kek akak. Makcik.. saya pergi ke depan dulu yer.”

“Baiklah.... maaflah tak dapat melayan nak... ada tempahan kahwin besok.. nak 3 ribu biji bahulu. Siap nak bungkus sekali... itu yang sibuk tu.”

“Takpe... janji orang kita kena tepati. ” aku keluar dari dapur.. sampai di ruang tamu kelihatan anak Haryati leka bermain plastisin dari set masakan yang aku beri tadi. Plastisin itu selamat kerana aku membeli plastisin yang menggunakan bahan organik. Plastisin itu digunakan untuk membuat doh bagi biskut atau kek. Macam-macam warna yang ada;

“Mama. Ete buat iskut...” kata anak Haryati.. Haryati memeluk anaknya.

“Iye.. cantiknya biskut” puji kak Haryati.

“Nanti kita boleh tolong mama kan.”

“Iya.. nanti kakak dah besar... kakak tolong mama yer” aku duduk di sofa di ruang tamu.

“Saya datang ni kak.. saja bertanya khabar. Lama dah rasanya saya tak datang jumpa akak.. selalu melalui telefon saja.”

“Pakcik masuk ke dapur ye nak... nak tolong makcik kau” pak Mat meminta diri untuk masuk ke dalam dapur semula... mungkin ingin membantu mak Yam membakar kuih bahulu ;

“Baiklah pakcik” setelah pak Mat masuk ke dalam dapur.

“Alah.. orang tu dah ada buah hati.... sibuk jaga buah hatinya itu.”

“Janganlah merajuk kak... mana akak tahu,”

“Kan Sofia selalu telefon akak. tiap-tiap minggu telefon akak... sian korang, Dating seminggu sekali”

“Takpelah kak... dah kahwin nanti tiap-tiap hari Dating.. hahahahahahahah.”

“Hahahahahahahahaha... keluarga macamana? Dah tahu?”

“Itu yang masalahnya kak.. keluarga saya tidak tahu lagi pasal ni. Saya takut keluarga saya tidak mahu menerimanya kak. Akak tahulah kan sejarah Sofia itu macamana. huh” aku mengeluh.

“Aik... kaunselor pun takut nak beritahu keluarga. Hishamkan pandai hendak psiko orang. Gunakanlah psikologi untuk mempengaruhi keluarga Hisham untuk menerima Sofia.”

“Ini kes lain kak... saya nak berumah tangga dengan orang yang ada sisi gelap di masa dulu. Emak saya dulu pernah berkata.. cari yang semenggah sikit. Kalau saya beritahu Sofia itu bekas penghuni rumah perlindungan wanita... berterus terang pasal sejarah dia masa lalu. Saya rasa mahu mengamuk mak saya nanti” aku tidak boleh membayangkan bagaimana jika emak membantah hajatku ingin berkahwin dengan Sofia;

“Itulah.. percintaan korang ni memang complicated sikit. Tapi kau juga cakap dengan akak... berserah kepada Allah. Takkan kau dah lupa?” kak Haryati mengembalikan semula kata-kata yang pernah aku ucapkan kepadanya... tokono den ;

“Kadang-kadang bercakap lebih senang daripada melaksanakannya kak. Hahahahahahahahahaha. Akak tak tahu pasal ayah saya... kalau tidak boleh atau tidak suka akan sesuatu perkara itu... ayah tetap tidak akan benarkan.” aku sudah masak betul dengan perangai ayah aku.

“Yakin kepadalah Allah Hisham... insya Allah, jika niat kita ikhlas... segala perancangan kita akan berjalan lancar. Berdoa... seperti Hisham selalu cakap. Hisham buat benda yang baik Hisham” Hmmmmmm... terkesan juga kata-kata kak Haryati di hatiku ;

“Yelah kak.. satu hari nanti saya akan beritahu juga keluarga saya. bila saya telah diberikan kekuatan oleh Allah untuk memberitahu keluarga saya. akak berdoalah supaya saya dapat berkahwin dengan Sofia.”

“Akak selalu berdoa dik... akak nak sangat lihat kamu dengan Sofia disatukan Hisham” sebentar kemudian mak Yam membawa sedulang air.... ada air kopi panas dan kuih bahulu panas. Juga terdapat 2 jenis hirisan kek berlainan perasa.

“Apa susah-susah ni makcik. Buat-buat air bagai” aku berbahasa basi;

“Tak susahlah Hisham... takde apa pun. Kek dengan baulu jer” kak Haryati menuangkan air di cawanku. Kopi tarik..... pekat;

“Terima kasih makcik.”

“Sama-sama nak” makcik kembali ke dalam dapur. Aku mengangkat cawan dan minum.. masih panas lagi.. memang kaw makcik yam buat air. Anak Haryati berlari ke arahku.

“Pakcik nak kek.”

“Ish budak ni... ada ke macam tu. Pergi basuh tangan dulu bersih-bersih... kotorkan main plastisin tadi. Nanti masuk mulut..... sakit perut nanti. Basuh bersih-bersih pakai sabun” kak Haryati menegah anaknya..

“Takpe. Nak kek yer.. pakcik suapkan” aku mengambil satu hiris kek pandan;

“Bukak mulut nak. Aummmmm... pandai” anak kak Haryati makan kek yang aku suapkan ke mulutnya.

“Dap tak? Nak lagi.. bukak mulut” aku menyuap anak Haryati sehingga habis kek tersebut.

“Nah... ambil air ni. Minum tak air kopi?” tanyaku kepada kakak ;

“Air opi... nanak.. nak air olen”

“Nak air oren mintak dekat nenek kat dapur.. basuh tangan sekali tau” anak Haryati berlari ke dalam dapur.

“Maaflah anak akak Hisham... budak ni manja betul dengan kau pulak. Tiba-tiba sahaja.”

“Takpelah kak.. saya faham. Akak cepat-cepatlah cari ayah budak tu.. saya rasa budak tu inginkan kasih sayang seorang bapa kak” kataku jujur.

“Buat masa ini biarlah dulu. Akak tak terpikirkan pun lagi pasal hendak kahwin. Akak macam dah serik nak berlaki lagi.. ialah.. pengalaman akak dengan lelaki ni pahit sedikit. Biarlah akak fokus menjaga anak dengan perniagaan akak ni.. lagipun akak baru meniaga Hisham.. banyak kerja hendak kena buat.”

“Insya Allah kak. Saya doakan akak mendapat jodoh yang baik. Eh kak.. dah pukul 11.00 dah ni.. saya nak balik dululah.. nanti bising pulak mak saya tu. Saya janji nak sampai pukul 12 tengahari ni” aku meminta diri hendak pulang ke Seremban.

“Kejap yer.. akak nak bungkus baulu”

“Eh kak.. tak payahlah susah-susah” seganlah pula aku.

“Susah apa.. akak memang buat lebih tu. Lagipun nak minta tolong Hisham bagi baulu dekat Sofia dengan Azilah sekali ... dengan kak warden.”

“Yelah kak” kak Haryati masuk ke dalam dapur. Seketika kemudian.. anak Haryati keluar.

“Acik nak alik ker?” tanyanya pelat.

“A ah sayang.. acik nak balik.. mak makcik tunggu dekat kampung.”

“Ala... kita aru nak main ngan acik” ala-ala ala.... buat muka pula budak ni.

“Maaf ye sayang.. nanti minggu depan pakcik datang lagi. Kita gi jalan-jalan nak?” aku memujuk kakak.....

“Etul ker?”

“Betul... pakcik janji bawa kakak jejalan. Kita pergi mandi laut ker... pi makan-makan ker. Nanti pakcik fikirkan yer” lagipun minggu depan aku rasa aku tidak kemana-mana... bosan juga kalau tiap-tiap minggu balik rumah di Seremban... layan budak ni pun ok juga ;

“Yeeeeeee.... sayang pakcik”

“Sayang cium pakcik sikit nak” anak Haryati mencium aku di pipinya.

“Pakcik janji tau.. inggu depan atang.”

“Ye pakcik janji” aku memeluk anak Haryati.. kemudian Haryati keluar dari dapur membawa 4 bungkus bekas plastik.

“Mama..... inggu depan Hisham anji nak bawak ete jalan-jalan” kak Haryati memandangku.

“Dia merajuk.. saya datang sekejap. Tak layan dia main.. saya pujuklah dia nak bawa dia jejalan minggu depan. Boleh tak?” tanyaku.

“Boleh... tapi anak mama jangan nakal-nakal yer.”

“Kita janji ite baik aja” janji kakak

“Eh.. kakak ikutlah sekali.. takkan saya dengan anak akak jer?”

“Takpe ke akak ikut.. nanti Sofia jeles”

“Ishhhh.. takdelah kak... saya bawa anak akak jejalan... bukan pergi Dating. Lagipun bukan kita berdua sahaja kak”

“Yelah.”

“Yeeeeeeeeeeeee.... dapat jalan-jalan ngan pakcik asim” anak Haryati melonjak kegembiraan.

“Hashim... ini ada 4 bungkus bekas bahulu... satu untuk keluarga Hashim, satu untuk warden. Yang kecil dua ni satu untuk Sofia dan satu untuk Azilah”

“Ok... susah-susah akak ni. Terima kasih yer... saya balik dululah.”

“Kakak... salam dengan pakcik Hashim.. dah nak balik dah.”

“Angan lupa auuuuuu” sambil mencium tanganku.

“Tak... acik janji” selepas itu aku bersalaman dengan pak Mat....... sebelum keluar rumah.. aku melambai-lambai anak Haryati.. kesian betul jika seorang anak membesar tiada ayah disisinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.