Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,638
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 40 B ; ayah menentang Ani Sofia menjadi menantu

Besok paginya selepas sarapan ayahku mengajak aku berbual di beranda. Mulanya ayahku berbual mengenai hal kerja dan keluarga... akhirnya dia berbual mengenai Sofia....

“Ayah dengar kamu sudah ada perempuan yang kamu minat. Betul ker?” tanya ayah aku.

“Betul ayah.”

“Kata emak kamu.... budak tu penghuni pusat yang along kerja sekarang ini?” sah malam tadi tentu mak aku telah memberitahu tentang Sofia;

“Ya.. betul ayah. Mana ayah tahu” kataku buat-buat tanya

“Mak kamu beritahu malam tadi. Budak tu bekas pelacur?” pertanyaan yang terlalu berterus terang memeranjatkan aku. Ada nada yang tidak senang dalam pertanyaan ayah tadi;

“Iya ayah.”

“Kamu ni sudah tiada orang lain ker nak pilih? Kenapa pilih perempuan macam itu juga? Yang lebih baik daripada budak tu. Siapa nama budak tu?” walaupun ayahku berkata dengan lembut.. terdapat nada ketegasan dalam kata-katanya.. jelas ayah aku tidak bersetuju dengan pilihan aku.

“Sofia ayah... ayah, dia sudah bertaubat ayah. Dia sekarang sudah menjadi muslimah sejati dan tidak akan mengulangi perbuatannya. Dia buat itu semua dulu sebab terpaksa ayah... bukan atas kerelaan sendiri. Masa itu dia tidak dapat menolak. Tapi sekarang alhamdulillah.. dia sudah kembali ke pangkal jalan. Insya Allah dia akan menjadi yang terbaik untuk saya.”

“Ya... ayah tahu. Tapi.. masalahnya adalah dia tu bekas pelacur. Kita ini semua keturunan baik-baik. Kalau kamu kahwin juga, apa yang kamu hendak ayah cakapkan kepada nenek kamu? Latar belakangnya.... keturunannya.. pekerjaannya? Kamu jangan hendak malu ayah long... keluarga kita tidak pernah berkahwin dengan perempuan macam itu.. adoyai. Mana ayah hendak letak muka ayah ni nanti.”

“Kita tidak payahlah cerita kisah silam Sofia ayah. Cerita apa yang dibuatnya sekarang.... tidak ada orang tahu jika kita tidak bercerita lanjut ayah.”

“Kalau orang tanya ayahnya mana.. hendak jawab ayahnya dalam penjara.. begitu?”

“Berterus terang walaupun menyakitkan hati ayah.”

“Yang malu ayah long.. bukan kamu. Macam sudah tiada perempuan lain dalam dunia ini yang kamu hendak dijadikan isteri. Kalau kamu hendak sangat kahwin.. ayah boleh pinangkan anak dara kampung ni... itu anak wak tu... ayah ada merisik anaknya baru putus cinta. Kalau kamu nak.. ayah boleh pinangkan untuk kamu. Diapun baik jugak.... hormat orang tua.... rajin.. pandai memasak.... cantik juga. Orang macam itulah kamu hendak jadikan isteri... bukan dengan orang yang mempunyai sejarah hitam. Kamu jangan nak malukan keluarga kita long. Cuba kamu mengucap long... Allah” nampaknya ayah aku memang jelas tidak bersetuju dengan hasrat hati aku untuk mengambil Sofia sebagai suri hidupku.

“Ayah merisik anak wak? takdepun ayah beritahu saya tentang risik-risik ni. Ayah.. saya sayangkan Sofia.. saya cintakan dia ayah” ya.. memang aku mencintai Sofia.....

“Aku bukan apa.. nak tunggu kau kahwin.... lambatlah jawabnya. Sedangkan adik kau dah kahwin. Ayah hanya bertanya sahaja..... bukannya merisik betul-betul sampai bawa cincin tanya. Ayah dengan mak kamu pun bukannya bercinta juga.. orang tua yang jodohkan kami. Tapi sampai sekarang kekal. Along, tolonglah long..... janganlah kamu meneruskan hasrat kamu itu. Ayah bukan hendak melarang kamu berkahwin... tapi carilah isteri yang baik keturunannya” nampaknya itulah kata putus dari ayahku... ayah tidak bersetuju dengan pilihan hatiku.. aku hanya mengangguk. Aku bangun dan masuk ke dalam bilik.. ayahku memandang dengan pandangan kosong. Aku kecewa apabila hasrat hati aku untuk beristerikan Sofia tidak direstui oleh ayahku.

Maka sepanjang hari itu aku mendiamkan diri.. malah hanya terperap di dalam bilik sahaja. Tidak seperti biasa melayan adik-adik dan emak di dapur. Semasa makan tengahari pun aku kurang bercakap. Malah adik-adik aku membuat lawak pun aku hanya tersenyum sahaja... tidak sebelum ini aku akan membalasnya atau menokok tambah. Selepas solat zuhur, aku duduk semula di dalam bilik. Aku bukan merajuk dengan ayah... tetapi kecewa apabila niat baikku untuk berkahwin dengan Sofia tidak di restui ayah. Aku hanya merenung gambar Sofia... Sofia.. maafkan abang.... nampaknya kita tidak mungkin dapat bersatu. Semangat abang sudah punah..... tidak tahu apa yang abang hendak buat lagi. Pada ketika ini syaitan mula membisik.. ala... kahwin jer kat siam..... senang... pakai wali hakim. Aku istifar dan membaca untuk menghalau bisikan syaitan. Aku tidak sanggup membuat perkara yang memalukan keluarga aku. Biarlah benda yang aku hendak itu tidak dapat.. tetapi menderhaka atau memalukan mereka sesekali tidak aku lakukan. Ada setahun lagi sebelum Sofia dilepaskan.. aku perlu menyakinkan ayah supaya menerima Sofia sebagai menantu. Ya! Itulah yang aku akan buat.. yakinkan ayahku bahawa Sofia sudah berubah dan menjadi seorang muslimah. Yakinkan bahawa Sofia dan aku saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.