Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,583
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 6 ; Anak kak Haryati

BAB 6

“Barangsiapa di antara kamu yang hadir ( di negeri tempat tinggalnya ) pada bulan itu (Ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa (selama bulan itu), dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka wajib baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan” surah Al-Baqarah ayat 185.

Bulan 7 tahun 2012... genaplah sudah 4 bulan Sofia ditempatkan disini. Harini bermula kewajipan untuk berpuasa bagi umat Islam. Alhamdullilah.... Sofia semakin berubah. Daripada seorang gadis yang pemarah dan agak liar perlakuannya kepada seorang yang santun, berbudi bahasa dan mula beribadah ke Allah. Sofia juga mula memakai tudung.... dan menjaga auratnya. Sofia juga memasuki kelas memasak dan menjahit.. malah Sofia juga sangat pandai menjahit dan merekabentuk baju. Apa yang membanggakan aku hasil kerja Sofia telah ditempah oleh beberapa butik terkenal terutama baju muslimah untuk raya tahun ini. Sesi kaunseling juga selama 2-3 bulan ini melihatkan hasil yang positif.. malah Sofia juga semakin ceria dan periang.. tidak seperti dulu yang bersikap negatif. Sebagai seorang kaunselor perubahan itu memang membanggakan aku... ibarat seorang doktor yang melihat seorang pesakit yang dirawatinya sihat dan boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Begitulah juga dengan aku.... kini aku boleh mengfokus kepada penghuni-penghuni lain atau penghuni baru yang ingin mendapatkan khidmatku. Lamunanku terhenti apabila aku telefon berdering ;

“Yup kak Hasni.. ada apa boleh saya bantu?” Kak Hasni merupakan ketua warden kanan rumah perlindungan ini di talian

“Dik... Haryati nak jumpa dengan Hisham” jawab kak Hasni.

“Nak jumpa?kenapa?” tanyaku kehairanan,,, tiba-tiba pulak kak Haryati nak jumpa dengan aku ni.

“Tahla. Dia kata peribadi. Dia taknak beritahu akak hal apa.”

“Ok.. saya pun takde kerja nak buat. Bolehlah panggil dia berjumpa dengan saya di bilik saya kak” kami menamatkan perbualan.. aku menunggu kak Haryati di bilikku... lima belas minit kemudian pintu aku diketuk.. Haryati datang dengan ditemani oleh seorang warden.. Kak Usmah.

“Yup kak Haryati. Ada apa yang boleh saya tolong? Nak ambil tempahan biskut raya ker” Haryati merupakan ketua membuat biskut Raya.... manalah tahu dia nak ambil tempahan pulak.

“Hahahaahahaha.. itupun ye jugak. Tapi saya ada hal peribadi nak cakap ni dengan Hisham” aku mengangguk faham.

“Kak Usmah.. takpe. Biarkan kami berdua di taman nanti. Saya ada hal nak dibincangkan dengan Haryati” kak Usmah mengangguk.

“Jom.. taman. Kita berbual-bual di sana” aku mengajak Haryati ke taman. Bagiku berbincang di taman adalah lebih santai berbanding jika berbincang di dalam bilik yang. Apabila sampai ke taman, kami duduk ke wakaf yang disediakan.. aku memilih wakaf yang terdapat berhampiran koridor supaya takdelah timbul fitnah nanti. Ramai orang lalu lalang di koridor terutama pekerja pusat perlindungan ini.

“So akak.. apahal yang akak nak jumpa saya ni?” kataku memulakan bicara.

“Nak mintak tolong Hashim” nak minta tolong apa pulak?

“Nak mintak tolong apa tu kak?” kataku.

“Tolong pujuk ayah dan mak untuk pulangkan anak akak. Saya nak sangat jumpa anak akak.. sejak akak duduk sini.. mak ayah akak tak pernah hendak membawa anak akak melawat akak. akak amat merinduinya Hisham.”

“Alhamdullilah.. memang dari dulu lagi saya menanti kebenaran akak supaya dapat satukan akak dengan anak akak. Tapi dulu akak mengelak bercerita tentang anak akak” memang dari mula aku bekerja disini lagi aku dah suruh akak Haryati berjumpa dengan anaknya. Tapi Haryati enggan

“Sekarang akak dah sedia. Akak rindukan anak akak.. tapi keluarga akak macam mengasingkan diri daripada keluarga akak... mereka cuba pisahkan anak akak dengan akak” Haryati mengeluarkan sesuatu dari koceknya.

“Ini alamat keluarga akak. Pergilah kau kesana... pujuklah mereka. Tapi kalau mereka taknak.. jangan paksa mereka” aku mengambil kertas yang diberikan oleh Kak Haryati... Semenyih? Taklah jauh. Besok aku pergilah. Lagipun esok hari sabtu... hari kedua berpuasa... boleh aku singgah umah mak kejap.

“Baiklah. Besok saya pergi.. insya Allah kak.. saya akan cuba memujuk keluarga akak untuk membenarkan anak aka berjumpa dengan akak.”

“Terimakasih Hisham.. kamu banyak menolong akak”

“Ini kewajipan saya... tolong menolong sesama Islam. Apatah lagi merapatkan tali silaturahim sesama manusia.. besar ganjarannya” jelasku.

“Untung sesiapa dapat Hashim sebagai suami” aku tersipu.. ke situ pulak.

“Hahahahahahahahaha.. ke situ pulak. Macamana biskut raya? Banyak tempahan?” aku mengubah topik.

“Alhamdullilah.. banyak.. tak menang tangan dibuatnya. Tempahan pasaraya pun banyak.... harap kami dapat penuhi seminggu sebelum raya. Nak order?” tanya kak Haryati.

“Oklah.... macam biasa. Almond London dan kek coklat Brownie 2 bungkus. Akak masak kek tu sedaplah. Kalah beli kat Secret Recipe.”

“Hahahahahahahaha... besok akak keluar ingat nak bukak kedai keklah.”

“Saya sokong 100 peratus. Kalau saya beli ada diskaun tak?” kami ketawa. Kemudian kami berbual-bual hal-hal lain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.