Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,553
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 10 ; aurat wanita

BAB 10

“Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dari memandang yang haram dan kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” surah An-Nur ayat 31.

Selepas solat Asar... giliran aku pula untuk memberikan sedikit tazkirah.... selalunya giliran ustaz yang memberikan tazkirah tetapi seperti biasa aku menjadi bidan terjun untuk membuat tazkirah. Baru aku bagi salam untuk memulakan tazkirah.... seseorang mengangkat tangan.

“Dik Hisham... mana pi Ustaz Azrul tu?” aku melihat siapa yang bertanya.. rupanya kak Limah.

“Ustaz tu MC kak. Dia tak datang.. demam katanya. kenapa kak?”

“Saja tanya... besok dia datang tak?”

“Besok ustazah kot beri tazkirah. Kenapa kak?”

“Owh... ok. Tak.. saja jer tanya” aku tersenyum...... sebenarnya aku faham kenapa kak Limah bertanya kepada ustaz. rindu kot.... susah betul jika orang sudah angau ni..

“Sebenarnya akak Limah ni rindu dengan ustaz tu” usik seorang penghuni.. deraian ketawa mula kedengaran. Aku membiarkannya.... aku lebih suka jika suasana lebih santai dalam sesi tazkirah ini.. suasana ceria akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penghuni.

“Baiklah. Harini saya nak tazkirah sikit mengenai aurat wanita. Saya rasa semua orang tahu tentang aurat wanitakan? Iaitu hanya menampakkan tapak tangan dan juga muka sahaja. Ini selaras dengan suruhan Allah mengenai aurat wanita di dalam suruh An-Nur ayat 31 iaitu dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dari memandang yang haram dan kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Amin” aku mengaminkan terjemahan ayat yang aku baca.

“Jadi akak-akak dan adik-adik sekelian.. dari terjemahan yang saya baca tadi... apa yang anda dapat atau faham maksud ayat tersebut?” tanyaku kepada sekelian yang hadir. Aku lebih suka komunikasi dua arah iaitu yang mana audien memberikan respon kepada aku berbanding komunikasi satu arah dimana audien hanya mendengar sahaja dan menerima sahaja tazkirah. Bila adanya komunikasi dua hala.. aku boleh tahu samada penghuni memahami ceramah yang aku berikan dan sekurang-kurangnya audien terlibat sama dalam perbincangan. Seorang mengangkat tangan ;

“Maksud ayat tersebut, Allah memerintahkan kita orang perempuan supaya menutup aurat kepala dengan memakai tudung” Amy.... seorang penghuni memberikan tafsirannya terhadap ayat yang aku bacakan tadi.

“Bagus.. betul. Lagi” tanyaku lagi kepada penghuni.. jawapan Amy hanyalah satu daripada maksud ayat itu tadi.

“Kita jangan memperlihatkan barangan perhiasan secara berlebih-lebihan” aku mengangguk.

“Hanya beberapa orang yang boleh memperlihatkan aurat kita. Macam suami, anak-anak, saudara dan kaum sejenis kita.”

“Bagus...... tepat sekali ketiga-tiga makna ayat yang diberikan tersebut. Dalam ayat tersebut jelas Allah menyuruh kita memakai hijab atau tudung untuk menutup aurat kita.. jadi saya nak tekankan disini ialah adap dalam pemakaian tudung. Zaman sekarang, alhamdullilah... ramai anak-anak gadis kita yang memakai tudung. Tapi mereka memakai tudung bukannya nak mendapat keredaan Allah. Tapi nak berfesyen. Akhirnya bukan pahala yang dapat tetapi dosa yang mereka akan dapat” aku memandang semua penghuni.

“Apa maksud abang Hisham?” tanya seorang penghuni.

“Ada yang memakai tudung tetapi menampakkan tubuh badan mereka terutama bahagian dada. Dalam surah An Nur juga ada Allah berfirman... hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung mereka hingga menutup dada mereka... ayat 31. Maksudnya disini, dalam pemakaian tudung, seorang wanita itu hendaklah menutupi dada mereka dari pandangan lelaki,”

“Termasuk juga leher?” tanya Syira.

“Bagus Syira. Ya, termasuk juga leher yang juga dikira sebagai aurat. Tapi sayangnya, tudung sekarang ini lebih kepada fesyen. Ada seorang artis terkenal tanah air selepas berkahwin ingin berhijrah memakai tudung. Niat itu dah bagus... tapi sayangnya tudungnya macam skalup sahaja. Hanya menutupi sebahagian rambut di atas. Sedangkan sebahagian besar rambut lagi nampak oleh pandangan lelaki. Ada juga yang bertudung tapi fesyennya pula seperti mak datin... hanya selempang sahaja hinggakan tudungnya jarang sekali. Juga menampakkan anak rambut... tidakkah mereka tahu bahawa menampakkan anak rambut juga haram seperti mana sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.... wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Jadi jelas hadis tersebut menyatakan perempuan wajib menutup aurat rambutnya dilihat oleh mahramnya.”

“Masya Allah bang... sampai begitu sekali seksaan Allah terhadap mereka yang memperlihatkan rambutnya” tanya Sofia.

“Ya. Nak berfesyen boleh. Tapi ikutlah suruhan Allah.... melabuhkan tudung dan menutup leher dan dadanya serta tidak menampakkan anak rambutnya. Janganlah kita berfesyen seperti orang kafir hingga melanggar batas-batas seperti yang telah ditetapkan oleh Allah. Kadang-kadang saya tengok... bertudung seperti Sister gereja pula..... alasan fesyen... masya Allah” aku mengelengkan kepala.

“Bagaimana jika kita telah bertudung lengkap tapi berpakaian yang ketat? Saya dengar juga tidak boleh?” tanya Sofia. Bagus Sofia...

“Memang trend orang-orang muda sekarang.. pakai tudung tapi baju ketat.. suar ketat. Pakai baju baby T atau seluar legging. Menampakkan bentuk tubuh. Itu pun salah sebenarnya. Menampakkan tubuh badan untuk tatapan para lelaki. Sabda Rasullullah S.A.W. , sesungguhnya... sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong kepada maksiat.. yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga atau mencium bau syurga.. riwayat Bukhari dan Muslim. Ulama telah sepakat.. telanjang disini merangkumi pakaian yang membuka bahagian tertentu, nipis, ketat, yang membentuk tubuh badan dan jarang. Tapi sayangnya ramai anak muda sekarang pakai tudung tapi memperlihatkan bentuk tubuh badan. Tak gunalah pakai tudung.. baik bogel terus.. sama sahaja pakai ketat dengan berbogel” disusuli ketawa oleh penghuni. Mungkin ada yang terkena batang hidung sendiri. Tapi bagi aku adalah untuk menyedarkan... bukannya menjauhkan maruah mereka;

“Jadi.. ada artis tu pakai seluar legging salahlah bang Hashim?” tanya seorang penghuni.

“Yup.. menampakkan auratnya. Saya teringat satu surah berkaitan kewajipan memakai pakaian yang labuh. Tak silap saya surah Al-Ahzab ayat 59..... Hai Nabi-Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab iaitu baju yang labuh dan longgar... yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun dan maha penyayang. Amin.... maka, menjadi kewajipan anda semua untuk memakai pakaian longgar dan labuh.”

“Habistu? Kami tidak boleh berfesyen?” tanya seorang lagi penghuni.

“Boleh.. siapa kata tak boleh. Sekarang ni banyak busana muslimah yang banyak dijual diluar sana. Semuanya menepati syarat seperti yang dituntut dalam Islam. Cantik-cantik belako... ayu apa bila seseorang perempuan bertudung dan berpakaian seperti itu. Allah hendak menjaga kehormatan dan kesucian wanita. Melindungi mereka supaya tidak membuat dosa kering. Hanya suami sahaja yang layak melihat tubuh badan seseorang wanita. Allahualam.”

“Bagaimana dengan mencukur bulu kening?” tanya seorang hadirin.

“Haram.... walau apapun tujuannya. Seperti untuk nampak cantik atau cun. Ini berdasarkan hadis sahih Bukhara dan Muslim..... Allah melaknat wanita yang memasang rambut palsu, wanita yang mencuku bulu alis, dan wanita membuat tattoo. Ini bagi membezakan wanita Islam dengan wanita kafir.”

“Pakai rambut palsu pun haram Hisham? walaupun rambutnya botak?” tanya kak Haryati.

“Pakai sahaja tudung kak. Kan senang... tak payah beli rambut palsu” kataku disambut dengan deraian ketawa penghuni.

“Apakah hukumnya mencukur bulu kaki?” aku terdiam seketika.. soalan ini susah untuk dijawab. Aku tidak mengetahui tentang hukum perkara ini.

“Bagi soalan yang itu susah saya nak jawab.. ada ulamak yang kata boleh... ada yang kata tak boleh. Contohnya ada ulamak kata.... kalau menyerupai lelaki... harus dicukur. Jadi soalan itu saya gantung dulu. Tanyalah mereka yang lebih berilmu... saya tak berani bagi nasihat atau kuliah benda yang saya rasa samar-samar tentangnya.” itulah rumusan aku. Soalan yang aku rasa was-was nak jawab.. aku akan minta ditanya yang lebih pakar..... aku taknak buat rumusan sendiri. Takut nanti salah jawab.... berdosa pulak.. niat hendak bagi ilmu... tapi berdosa sebab salah bagi tafsiran pula.

“Baiklah.. sampai disini sahaja kuliah kita. Mungkin lepas ni saya akan jadi bidan terjun lagi.. takut ustaz tu demam berpanjangan..... saya akhiri dengan majlis kita dengan bacaan doa” aku membaca doa dan menamatkan kuliah pada hari itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.