Home Novel Seram/Misteri Chandelier
Chandelier
FiFi HafiZa
13/4/2017 23:36:39
33,413
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Kirana lancar bekerja. Jantung dan hati Ku Syakira dihiris dan dicincang lumat. Diperiksa semula agar tiada cebisan berketul. Setelah dicincang halus, Kirana menuang sedikit darah Ku Syakira untuk dicampurkan dengan pasir kaca dan kerak garam. Tanur periuk dipanaskan segera. Masa semakin pantas berlalu. Darah harus dicampurkan segera. Kirana mahu membentuk lampu hias chandelier hasil dari organ Ku Syakira!

Leka Kirana memproses campuran darah bercampur hati dan jantung Ku Syakira dalam membentuk kaca khas untuk chandelier. Dari mencairkan bahan campuran organ dan kaca hingga terbentuk arca dan proses meniup untuk membentuk bahan kaca. Semuanya dilakukan lancar sekali. Dengan hati-hati, Kirana membentuk juntaian manik halus kaca campuran darah dan organ penting Ku Syakira. Di satu sudut, roh Ku Syakira hanya memandang sayup kesedihan.

Bintik-bintik peluh dibiarkan sepi. Kaca yang siap dibentuk ditinggalkan untuk proses penyejukan. Biar campuran organ dan bahan kaca bersatu dahulu sebelum disejukkan. Penutup relau yang sedang panas itu dibuka. Apinya marak menjulang.

Tok! Tok! Tok! Kirana terpisat-pisat membuka matanya. Matanya digosok perlahan. Lesu. Siapa lah yang mengganggu ni.

“Masuk!” Kirana menjerit.

“Cik Puan, maaf. Cik Puan Ku Syakira.....” Mata pembantu rumahnya, Mak Munah memerah. Baru lepas menangis agaknya. Kirana membuntangkan mata. Ku Syakira? Kirana menelan liur.

“Kenapa?” Kirana menyoal malas-malas. Sempat lagi Kirana menggeliat membetulkan urat-urat badan.

“Cik Puan Ku Syakira hilang. Di biliknya tak ada, di dapur pun tiada. Pak Deraman jumpa kain batik Cik Puan yang berdarah di bangsal. Nampak macam bekas kena seret tapi tak ada darah pun di tanah. Bekas tapak kaki pun tiada.” Jelas Mak Munah dengan panjang lebar.

“Mak Munah pergi maklumkan pada Tok penghulu. Saya nak menyiapkan diri dahulu. Minta Tok Penghulu ke mari dengan orang-orangnya. Kita fikir yang baik-baik sahaja. Mak Munah pergi sekarang!” Kirana memerhati pembantu rumahnya berlalu pergi.

Semua orang dalam rumah agam ni menyenangi Ku Syakira termasuk semua penduduk kampung. Semua tak pedulikan aku yang berpanas di loteng menyiapkan tempahan chandelier. Kirana menggetapkan bibir dan berlalu menyiapkan diri. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah. Terganggu tidurnya kerana Ku Syakira. Semua kerana dia.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh FiFi HafiZa